Hebahan Projek Amal EXIM Bank Malaysia

by - Selasa, Jun 04, 2013

 

Aku terima satu email dari seorang rakan yang minta aku hebahkan satu program amal pada korang semua.. Hehehe .. Orang minta tolong , kita tolong apatah lagi bab kebajikan .. Takkan nak charge gak kan.. Melampau sungguh laaaa ..

Saya akan menganjurkan program jualan amal yang melibatkan tiga pertubuhan bukan kerajaan iaitu Tasputra Perkim, Pusat Majudiri Y for the Deaf dan Wisma Harapan yang bertujuan untuk mengutip dana bagi kos operasi dan kos harian mereka”.

CSR Carnival_resize

Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan kerjasama Tasputra Perkim, Pusat Majudiri ‘Y’ for the Deaf dan Wisma Harapan (SAMH) akan menganjurkan jualan amal - “Charity Jumble Sale 2013 yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi kos operasi, harian dan perubatan untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang cacat fizikal dan mental .

Jualan amal ini akan berlangsung:

Tarikh: 9 June 2013 (Ahad)

Jam: 9:00 – 3:00 petang

Venue: Tasputra Perkim, Lot 3498, Jalan Ampang Hilir 5, 55000 Kuala Lumpur.

Antara aktiviti yang menarik sepanjang “Charity Jumble Sale” termasuklah gerai-gerai permainan ala “fun fair”, peluang untuk merasai kehebatan menaiki kereta mewah seperti Lamborghini, “face painting”, gerai-gerai jualan makanan dan seni kraftangan serta lain-lain lagi.

Hasil kutipan dana ini sesungguhnya memberi erti yang besar pada mereka. Marilah kita membeli sambil beramal.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Siti Aida (03-2601 2403 / aida@exim.com.my)

 Map_Tasputra

Kalau sudi , share la artikal ni .. Mana la tau kan .. Ada yang sudi membantu dan menderma .. 

You May Also Like

2 comments

  1. hai uncle. Lama hanna tak jenjalan kat sini. heee.. *kali ni datang jenguk*

    BalasPadam
  2. good aktiviti...insyallah follow

    BalasPadam