Natural remedi yang patut ada di rumah !
Sejak dapat tips remedi ni di media sosial , aku cuba buat dan amalkan. Kemudian aku kongsikan bersama ahli keluarga dan ternyata ianya memberi kesan dan impak positif pada kesihatan. Bahan yang aku gunakan ni memang boleh dapat di dapur tapi ianya bukanlah sekadar bahan biasa tetapi adalah rempah ratus yang amat tinggi nilainya pada satu ketika dulu.
Halia.
Kunyit.
Lada hitam.
Habbatus Sauda.
Kulit kayu manis.
Madu Asli.
Nah.. kalau digabungkan semua ni , fuh... dia punya kesan memang menakjubkan. Dengan izin Allah. Remedi ni bukan orang Asia je dah amalkan malah seluruh dunia dah pun tahu akan kebaikannya. Dan ianya menjadi kewajiban untuk aku bawa bersama ketika travel ke mana mana saja sebagai ubat jika aku atau anak anak jatuh sakit seperti demam batuk selsema , kembung perut , sakit kepala dan sebagainya.
Nak dijadikan cerita , baru baru ni aku buatkan air dari pati remedi ni untuk sepupu aku yang mengadu kembung perut , sakit sakit sendi dan saraf. Alhamdulillah , selepas 2 botol dia abiskan.. rasa lega dah pada dia. Dan dia mesej aku mintak aku buatkan dia remedi ni ! Huhhu..
Jual ? Hurm.. setakat ni aku takda plan nak buat jualan sebab gabungan ni boleh dikira premium. Kalau nak jual murah , kena guna bahan yang kualitinya pun.. hurm.. Sebab tu aku jual dalam bentuk asing asing. Maka mereka yang membelinya boleh beli dan buat sendiri. Mudah je pun..
🌿 1. Ginger (Halia)
- Anti-radang, bantu kurangkan sakit sendi & otot.
- Legakan perut kembung, loya, masalah penghadaman.
- Tingkatkan peredaran darah & panaskan badan.
🌿 2. Tumeric (Kunyit)
- Mengandungi curcumin – anti-radang & anti-oksidan kuat.
- Bantu kesihatan hati, kawal gula darah, dan baik untuk otak.
- Kuatkan sistem imun & elak jangkitan.
🌑 3. Black Pepper (Lada hitam)
- Mengandungi piperine – tingkatkan penyerapan curcumin (kunyit).
- Baiki penghadaman & cegah kembung.
- Anti-oksidan, bantu kawal kolesterol & gula.
🌿 4. Habbatus Sauda (Jintan hitam)
- Ada thymoquinone – anti-radang, anti-bakteria, anti-kulat.
- Kuatkan imun badan, baik untuk pernafasan & alergi.
- Bantu turunkan gula & kolesterol.
🌿 5. Cinnamon (Kayu manis)
- Kawal gula darah & sensitiviti insulin.
- Anti-oksidan, lawan radikal bebas.
- Baik untuk jantung & sistem peredaran darah.
🍯 6. Madu asli
- Sumber tenaga semula jadi.
- Anti-oksidan & anti-bakteria.
- Baik untuk tekak, batuk, usus & penyembuhan luka.
✨ Gabungan Keseluruhan
Apabila digabungkan, ia boleh memberi manfaat berikut:
1. Anti-radang & anti-oksidan berganda
- Campuran Kunyit bersama halia , habbatus sauda dam kayu manis bantu kurangkan radang kronik (punca penyakit jantung, kencing manis, sendi).
2. Kuatkan sistem imun
- Campuran Habbatus sauda bersama madu dan halia bantu lawan jangkitan, baik untuk selesema, batuk dan resdung.
3. Tingkatkan penyerapan & keberkesanan
- Piperine dalam lada hitam buat curcumin (kunyit) lebih mudah diserap, jadi kuasa anti-radang lebih tinggi.
4. Kawal gula & metabolisme
- Kayu manis , kunyit , habbatus sauda dan madu (dalam kuantiti sederhana) bantu stabilkan gula darah & tenaga.
5. Baik untuk pencernaan & usus
- Halia bersama lada hitam dan madu bantu legakan kembung, gastrik ringan & baiki flora usus.
6. Sokongan jantung & otak
- Anti-oksidan tinggi lindungi salur darah & saraf, baik untuk memori dan kesihatan kardiovaskular.
Peringatan:
Jangan berlebihan, terutama kayu manis & kunyit → boleh ganggu hati kalau dos tinggi.
Pesakit darah tinggi/ambil ubat cair darah → kena berhati-hati (madu, kayu manis, halia boleh mempengaruhi ubat).
Sebaiknya ambil dalam bentuk minuman suam atau pati campuran 2–3 kali seminggu.
Beli : https://Halia1.wasap.my


4 comments
kakmieja datang baca & BW.
BalasPadamBrown Carvenosa with ED says: Awokbagi campuran apa utk sedara awok yang sakit sendi dan saraf tu? Saya memang mencari2 campuran anti radang dan saraf ni. Amat mengganggu kehidupan. Nak pergi gym pon susah.
BalasPadamBro, boleh ajar cara buat pati remedi ni
BalasPadamTuan sukatan bahan2 ni macam mana yg
BalasPadam