BEN ASHAARI



Dulu , yer ...aku mmg ketagih .. skang tak lagi .. aku ketagih biskut IKO ..hehee... kurus beb..hahaha..

Aku skang giler berblog jer ... Dulu kat FB gitu gak , banyak beno 'membebel ' dalam tu .. bukan bergame atau bergossip .. aku suka buat FORUM dalam FB tu ..menarik ... skang ni , takdah .. geng geng forum pon ilang mana tah .. huhu

Dalam KOSMO online hari ni , ada artikal berkenaan KETAGIHAN SOSIAL NETWORK .. aku rasa ramai giler orang ketagihan ni ... kalau satu hari tak tengok FB , bleh mengigil jari jemari dia ..

Aku dah berjaya buang ketagihan tu .. kira kalau tak tengok FB pon ok lagi .. tapi kalau tak tengok blog ???? Aku leh gigil .. hahaha ..bukan pe , blog cam kebun bagi aku .. mesti dibajai selalu .. hehehe ...

>>> KETAGIHAN LAMAN SOSIAL MAYA

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Baru baru ni ( tak pasti bila ) aku ada terbaca kisah budak bijak yang lulus UPSR dengan 5A , telah hilang dari rumah .. Dari gambaran yang cuba wartawan tu sampaikan , keadaan biliknya bersepah tetapi cuma kad pengenalan dan buku bank nya saja yang hilang .. Manakala telefon bimbitnya masih ada di dalam biliknya ..

Aku rasa , diorang saja buat gitu seolah olah nak menunjukkan rumah itu dirompak agar keluarganya tidak mengesyaki yang dia itu sebenarnya melarikan diri dari rumah .. haih

Dalam suratkhabar hari ini pula ( sedang aku baca ) , rupa rupanya masyuk bercinta !! Larikan diri sebab nak berkahwin .. Yang perempuan baru berusia 15 tahun manakal yang lelaki 19 ... ermm...

Di mana akal lelaki tu ? Kenapa tergamak buat begitu ? Kalau dah gatal sangat pun , ikut la adat .. Paling tidak pun tunggu laa abis sekolah .. Mmg la lepas kawin pun boleh sambung sekolah , tapi ada bezanya .. Tak kesian ke kat keluarga perempuan tu ? Baru mereka nak berbangga dengan kebijaksanaan anak mereka tapi akhirnya kebanggaan mereka tu dirampas dek perbuatan anak kesayangan diorang tu .. Yang lelaki tu boleh la menabur sejuta janji .. Akan buat segalanya untuk anaknya .. Hari ni , semua ok ... esok lusa ? sapa tau ? Sekurangnya bagi la budak perempuan tu membalas jasa mak bapak dia .. ni tidak ? belum apa apa lagi , dah 'kehilangan ' anak tersayang .. Aku pasti sangat la keluarga perempuan tu teringin melihat anak mereka tu di menara gading .. Anak dara mereka yer ... Skang ni ? bukan tak boleh .. aku rasa boleh kalau mereka bersungguh sungguh .. tapi kalau dah di usia muda pon dah 4-5 anak .. camana tu ? cukupkah pendapatan laki dia tu ? bergaji besarkah untuk menampung semua kos ? Atau cukup la sampai abis SPM ...Pastu duk umah je ..kalau begitu perancangan mereka , aku tak boleh nak kata apa la ...

Kalau cinta sekali pun , sepatutnya benarkan perempuan tu abiskan pelajaran .. Kalau ada jodoh , maka bersatu juga nanti ... Jgn la buat kerja giler ...

Dalam bijak bijak manusia , ada jugak ' ketidakbijakkan ' ... Dah terbukti... Bukan satu.. ramai begitu .. adakah aku diantaranya ? hahahaha... ntah ...

Artikal tersebut boleh di baca di sini
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Ibn Abdil Barr meriwayatkan dari Anas R.A., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu adalah wajib atas tiap-tiap orang Islam. Bahawasanya para malaikat akan menebarkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha alam ilmu yang dituntunya."

Ibn Adiy, Abu Nu'aim, Al-Uqaili, Al-Baihaqi, Adh-Dhia', Abu Al-Qasim al Qusyairi, Al-Khatheib dan Ibnu Alyak An-Nisaburi meriwayatkan dari jalan Abu 'Atikah, dari Anas r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam."

Kata Al-Albani: Hadis ini adalah Maudhu'.

Penyakitnya ialah: Abu 'Atikah.

*Abu 'Atikah ialah; Tharif bin Sulaiman yang disepakati ulama' akan kedhaifannya:
a) Al-'Uqaili memandangnya sangat Dhaif
b) Al-Bukhari berkata: Abu 'Atikah mungkar hadisnya.
c) Kata An-Nasa'i: Ia tidak Thiqah
d) Kata Abu Hatim: Zahibul Hadis
e) As-Sulaimani menyebutnya di antara orang yang dikenal dengan membuat Hadis.

Al-Imam Ahmad bin Hanbal sangat mengingkari hadis ini

Hadis ini disebutkan oleh Ibnul Jauzi dalam kitabnya; Al-Maudhu'at dan beliau berkata: Kata Ibn Hibban: Hadis ini Batil, tiada asalnya dan diakui oleh As-Sakhawi dalam kitabnya; Al-Maqashid. Adapun bahagian kedua Hadis, iaitu "Kerana menuntut ilmu itu wajib atas tiap-tiap orang Islam" banyak diriwayatkan dari jalan lain dan dia adalah sahih seperti yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam kitabnya; Silsilatul Ahadith Shahihati (3913-3914).

Az Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Ibn Karram, dari Ahmad, dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasululllah SAW bersabda:
"Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China."

Hadis ini adalah Maudhu'.

Penyakitnya ialah: Muhammad bin Karram dan Ahmad bin Abdullah bin Khalid al-Juwaibari:

a) Kata Az Zahabi: Al Juwairabi adalah di antara orang yand dijadikan perumpamaan dengan kebohongannya:
b) Kata Ibn Hibban: Dia adalah Abu 'Ali, salah seorang dajal.
c) Kata An-Nasa'i dan Ad-Daruquthni: Dia adalah pembohong.
d) Kata Ibn 'Adiy: Al Juwaibari membuat Hadis untuk Ibn Karram mengikut kemahuan Ibn Karram dan Ibn Karram mengtakhrijnya dalam kitab-kitabnya dari Ibn Karam. Kemudian Az Zahabi menyebutkan beberapa buah Hadis yang membuktikan kebohongan Al-Juwaibari, di antaranya Hadis di atas.

Dan mengenai Ibn Karram pula, Az Zahabi berkata: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang ahli Bid'ah yang saqith hadisnya. Ia banyak meriwayatkan hadis dari Ahmad Juwaibari dan Muhammad bin Tamim as-Sa'di yang kedua-duanya pembohong:

a) Kata Ibn HIbban: Ibn Karram menjadikan iman itu ialah perkataan tanpa makrifat.
b) Kata Ibn Hazmin: Ibn Karram berkata: Iman itu ialah perkataan dengan lidah, dan jika beriktiqad kufur dengan hatinya maka dia adalah mukmin.
c) Kemudian Az-Zahabi berkata: Dia ini adalah seorang munafiq sejati, pasti di tempat yang paling bawah dari neraka, apakah yang memberi manfaat kepadanya dengan menamakannya sebagai seorang mukmin?
d) kata Ibn Iraq: Muhammad bin Karram as-Sajistani adalah seorang Syekh golongan Karamiah yang dengan Bid'ahnya meriwayatkan hadis-hadis Maudhu'.

*Rujukan: Himpunan Hadis Dha'if dan Maudhu' (Jilid 2), oleh DRS. ABDULH GHANI AZMI BIN HADI IDRIS. (keluaran: Al-Hidayah)

dari group FB - Fiqh Dan Sunnah
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

LIHAT gaya hidup anda hari ini. Adakah anda menjalani kehidupan dengan sebaiknya atau sebenarnya telah banyak mengabaikan kesihatan diri? Atau adakah anda terlalu menuruti tabiat buruk yang tidak sepatutnya anda ikuti?

Sebenarnya ramai daripada kita yang mengamalkan cara hidup yang memudaratkan kesihatan diri.

Tetapi bak kata orang perkara lepas jangan dikenang. Yang penting sekarang jangan biarkan tabiat buruk itu terus menguasi diri. Masih belum terlambat untuk melakukan perubahan.

Apa yang telah anda lakukan kepada tubuh badan anda boleh diubah dan tubuh sudah tentu akan memberi reaksi positif terhadap perubahan tersebut. Yang penting, perubahan segera perlulah dilakukan dan jangan tunggu lagi.

Untuk memulakan perubahan memang mengambil masa. Lazimnya otak memerlukan kira-kira 14 hingga 21 hari untuk tindak tanduk ulangan supaya ia betul-betul 'meresap' dalam diri sebagai amalan harian.

Apabila amalan tersebut sudah sebati dalam diri maka secara automatik ia akan menjadi satu tindak balas perlakuan normal pada individu tersebut.

Apa amalan baik yang boleh digunakan untuk menggantikan tabiat buruk itu?

Kadang-kadang kita lupa, nenek moyang kita banyak meninggalkan petua dan amalan yang cuku baik untuk tubuh badan.

Jika anda tidak percaya anda boleh mencubanya dan buktikan sendiri.

Amalan atau tabiat pertama yang perlu diberi perhatian ialah pastikan anda makan lima sajian bersaiz kecil setiap hari.

Masyarakat di Barat mengambil makanan sebanyak tiga kali sehari, tetapi sebenarnya adalah lebih baik untuk anda menikmati makanan sebanyak lima kali sehari. Tetapi mesti ingat, ia perlulah dalam kuantiti yang kecil sahaja.

Kenapa begitu? Kerana apabila anda kerap makan namun dalam kuantiti yang sedikit, anda akan kekal menyalurkan nutrien, tenaga, darah dan gula untuk keperluan tubuh sepanjang hari.

Makan dengan cara ini juga tidak membebankan sistem penghadaman dan sistem metabolisme. Ia sekali gus mengurangkan risiko penyakit jantung.

Amalan kedua ialah menukar tabiat menaiki lif dengan menaiki tangga. Senaman setiap hari boleh menjadikan anda seorang yang sihat, menguatkan sistem imunisasi, otot dan menambah tenaga.

Jangan jadikan kerja yang padat sebagai alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti fizikal. Cuba cari peluang untuk berjalan laju, berjoging atau mungkin juga menaiki basikal ke tempat kerja sekiranya tempat kerja dan kediaman tidak terlalu jauh.

Selepas solat Subuh boleh menyertai kumpulan tai chi di taman perumahan atau mungkin juga boleh mula mendaftar di mana-mana pusat gimnasium berhampiran. Mulakan sekarang dan anda pasti akan nampak kesannya.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh dari kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekali gus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

Pastikan minum lapan gelas air setiap hari. Air amat penting bagi memastikan tubuh berfungsi secara sihat. Para saintis juga bersetuju bahawa air yang bersih daripada pencemaran kimia dan toksik adalah baik untuk kesihatan dan umur yang panjang.

Jadi pilihlah air yang telah ditapis di mana proses penapisan yang terbaik ialah menerusi arang yang diaktifkan kerana ia mengasingkan benda asing tetapi dalam masa yang sama mengekalkan kandungan mineral.

Perlu juga diingat, jangan menyimpan air di dalam bekas plastik kerana bahan yang terkandung dalam plastik tersebut yang disebut polychlorinated biphenyls (PCBs) boleh meresap ke dalam air.

Menambah amal ibadah bagi umat Islam dan bermeditasi bagi yang bukan Islam.

Memang tidak dinafikan tekanan boleh memendekkan usia seseorang. Dalam kehidupan kita yang serba moden hari ini memang tidak boleh lari daripada tekanan, tapi ia boleh dielakkan jika anda pandai mencari jalan mengelakkannya.

Beribadah atau bermeditasi adalah salah satu cara terbaik untuk melegakan tekanan dan menyegarkan anda semula. Menerusi ibadah dan meditasi anda akan dapat bernafas dengan baik.

Apabila pernafasan anda sempurna ia secara tidak langsung menyingkirkan sebanyak 70 peratus toksin dan benda kotor dalam tubuh anda.

Amalan tersebut juga menjadikan minda anda tenang, mengurangkan hormon tekanan dan mengajar tentang disiplin diri. Ini semua memang penting untuk memastikan kehidupan yang anda lalui sihat dan diberkati.

Jika ada masa terluang boleh juga mencuba senaman ini. Duduk dengan selesa di atas kerusi empuk atau boleh juga bersila di atas lantai.

Pejam mata dan setiap kali masalah timbul di fikiran anda bayangkan masalah tersebut berada dalam sebiji belon. Bayangkan belon yang membawa masalah tersebut terbang tinggi di langit dan akhirnya hilang daripada pandangan.

Cuba ulang cara ini hingga anda tidak lagi memikirkan tentang masalah tersebut. Selepas beberapa ketika anda pasti akan berasa ringan dan fikiran anda akan lebih fokus.

Mungkin dengan mengamalkan lima amalan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yang lebih berkualiti di muka bumi ini. Cubalah dan jangan bertangguh untuk setiap perkara yang baik.

dari www.utusan.com.my
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (60)
    • ▼  Disember 2025 (1)
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes