Aku kena gi IPC di Damansara. Aduh.... semalam dah kecoh banjir ! Tengok gambar pun dah cukup mengerikan. Camana eh nak ke IPC ? Aku dapat tau yang ada stesen MRT berhampiran dengan kawasan tu. Aku tanya kawan kawan yang biasa guna pengangkutan awam. Heee.. dulu , akulah 'Raja Pengangkutan Awam' ni tapi selepas kawin dan tak bekerja , aku tak da alasan kukuh untuk guna dah.
Kawan blogger whatsapp aku... Sue Izza. Dia bagitau stesen mana yang dengan dengan rumah aku. Aku dalam keadaan bingung , memang tak terfikir apa apa. Banyak ujian buat diri aku kebelakangan ni. Huhuh... Setelah dapat info , aku atur perjalanan. Check Waze.. dari rumah aku ke Stesen MRT Sungai Jernih, Kajang mengambil masa dalam 40 minit. Tu pun tak sesak ! Huhuh... Kalau sesak , entah berapa lama lak.
Maka selepas subuh , aku terus keluar.. Dan aku parking di Tesco Kajang. Dari situ aku berjalan kaki. Dalam 3 minit gitu je. Tak jauh pun. Pergh.. ni pertama kali nak guna MRT. Harapnya mudah je la.. hahaha.. Aku ikut jer orang. Dan sampai laa ke mesin token. Dan... laaaa , senang rupanya !
Search jer.. taip nama stesen , terus keluar pilihan !
Baru RM4.90. Pergi balik RM 9.80 ! Jimat. Tak perlu tempuh kesesakkan lalulintas.
Petunjuk masa
Nah... tak perlu tanya kaunter dah !
Sampai dah !
Naik jam 7.40 . Sejam je amik masa. Ok la kan ?
Sempat sarapan lagi.
Alhamdulillah... pasni nak ke mana mana event , naik kemudahan awam jer. Tiba tiba rasa macam kat Jepun dah ! Hahahahaaa..