Aku baru terima satu mesej dari rakan blogger.. Hurm.. katanya dia difitnah dan dikritik di dalam blognya sendiri.. Ada la orang tinggal komen gitu...
Hurm... sebenarnya , dunia blog ini dunia cabaran.. Kita bukan berkata kata , tetapi melahirkan dalam bentuk yang terang terang boleh dijadikan bukti ! Kita nampak .. bukan mendengar.. kalau secara lisan , mungkin kita boleh kata , tersilap dengar ... Tapi kalau baca , kita boleh cetak atau print screen.. amat bahaya jika salah tulis..
Yer.. mmg .. aku tau ... bercakap pon boleh direkodkan... cuma dalam blog ni segalanya dalam bentuk penulisan .. jika tersalah 'cakap' , maka akan dikritik atau dikutuk habis habisan ..
OK..berbalik pada rakan blogger kita yang baru je kena fitnah .. Apa yang boleh aku nak nasihatkan ialah ,
- YAKIN PADA MAKLUMAT YANG KITA TULIS KECUALI JIKA ADA KRITIKAN YANG MANA PENGKRITIK TERSEBUT MENGEMUKAKAN BUKTI YANG LEBIH KUKUH DAN MUNASABAH ..
- JIKA BENAR BENAR MEMBANTU PEMBACA LAIN , MAKA JANGAN HIRAUKAN MEREKA YANG BERSIKAP IRI HATI ..
- YAKIN PADA DIRI SENDIRI ..
ok.. aku bagi tu jer .. Mereka takkan henti menyakat kita selagi kita belum buktikan keteguhan kita dalam dunia blog ini . Bila satu hari nanti kita berdiri di kemuncak , kita pandang mereka dan senyum.. Dan berkatalah " TERIMA KASIH ATAS SEMANGAT YANG KAMU BERIKAN ! "