Aku kan pergi jauhhhh mengembaraaaa.. Mencariiii .. kedamaiannn ..
Memandangkan ramai kata mereka masuk ke blog aku hanya untuk baca pasal Qhaliff , maka aku buat keputusan remove blog aku ni dan biar je Qhaliff cerita mengenai dirinya sendiri , bila dia reti menaip .. Reti menaip yer.. Bukan reti mengorek keyboard aku ni haa ..
Merajuk ? Takde laa.. Aku biasa dah dengan persekitaran begini .. Tak kisah dah .. Yelah , masing masing punya citarasa kan ? Apa nak buat.. Dah mereka kat gitu , takkan aku nak paksa lak kan ?
Tapi .. Sat .. Sebenarnya bukan sebab Qhaliff yang comel .. Tapi sebab gaya cerita aku yang menyebabkan dia jadi comel ! Ini bermakna.. Haaa.. Tanpa aku bercerita , Qhaliff tetap biasa je.. Waahhh .. Ini bermakna , sentuhan aku menyebabkan ianya menjadi panass ! Adeh.. Macam M.Nasir lak aku .. hehe ..
Takde la.. Tak kisah laaa.. Cerita pasal sapa sapa pon , aku gak yang ‘bercerita’ kan ? Bukan kerana gambar ke apa .. Tanpa gambar pun , penyampaian aku mampu membuatkan pembaca mengimaginasikannya sendiri .. kan kan ?
Eleeeehh.. Dengki la tuuuuu ..