Sakit sangat kepala semalam. Nak tidur tak boleh ! Ubat makan dah.. Bila terdedah pada kepanasan seharian , aku pasti akan sakit kepala ! Hurmm.. Dah tua.. bukan manja ! Dulu , layan 7 sebelah seharian pon selamba jer.. Tapi tu zaman muda la.. Heee..
Teringatkan Soft Cooling Gel Pillow yang dipinjamkan kepada aku .. adik aku beli .. hee.. Masa tu Qhaliff demam. Suhu tinggi.. Suruh gunakan pada Qhaliff..
Aku pun try la pakai malam tadi.. Letakkan kat kepala sambil baring. Tak sampai 5 minit , terasa lega dah .. Dan , buat kali pertamanya sejak aku balik sini .. aku lena sangat tidur ! Huhuhu…
Camana nak pakai ? Beli kat farmasi berhampiran pastu masukkan ke dalam peti ais. Kasi sejuk gitu.. Jangan risau , dia takkan mengeras punya ! Tapi dia punya sejuk , mmg best ! Bila demam atau badan sengal sengal terutama selepas bersenam , boleh guna menda ni ..
Harga ? Tak la sampai seratus pon.. Tak cecah pon RM50. Murah jer.. Rasanya mmg patut ada satu di rumah ..