Teringat kata kata aku pada wife satu tika dulu sewaktu aku awal awal lagi dalam dunia blog .. Waktu tu aku sibuk amik gambar makanan untuk dijadikan entri di blog aku ..
“ Mana la tau kot kot satu hari nanti , dapat email jemputan untuk makan freeeee .. hehehe .. “
Dan aku pun buat la entri review makanan sebagai permulaan .. Mana la tau kan.. Rezeki dari ALLAH ..
Bermula dari tahun 2009 dan skang 2012 , syukur pada ALLAH berkat kesabaran aku dalam dunia blog , mengharungi pelbagai dugaan .. byk jemputan persendirian aku terima … Terharu dan bangga atas segala usaha yang aku lakukan berjaya membuka mata mereka yang memandang rendah pada aku dari mula dulu ..
Terbaru , aku dapat jemputan dari pemilik restoran D’ Kayangan Steambot untuk g menjamu selera di situ … Terharu sehhh ..
Aku harap rakan rakan blogger yang ada diluar sana, berbloglah dengan ikhlas dan jika ingin berjaya , jangan sesekali menindas rakan lain dan paling penting adalah semangat persaudaraan dalam dunia blog bagi menjamin kejayaan bersama !
Ingat , segalanya bermula dari bawah untuk mengecapi manisnya kejayaan ..