Di KLIA.. Hurm.. terpusing pusing mencari makanan yang patut aku makan di usia ni ! Huhuh.. cari salad kalau ada ! Tetiba ternampak Secret Recipe nun di hujung sana. Terus aku ke situ sebab tau ada salad.
Tengok harga.. RM13. Fuh , mahalnya harga sebuah kesihatan.. Hahahaha.. Tengok makanan lain , aku tak beberapa nak sangat. Bukan takda selera atau tak mahu tapi takut menyesal selepas tu.. Huhuhuh..
Aku order Caesar Salad dengan air mineral. Hurm.. Kalau ada lemon , leh jadikan dia air detox terus. Payah jugak nak jaga kesihatan di luar dari rumah sendiri ni !
Ok la .. tak berat sangat untuk usus dan perut aku. Aku tak nak dah makan sampai kembung perut ! Memadai sekadar dapat makan je.. Tapi aku kena abiskan gak la ni takut dalam kapal terbang kang , aku kelaparan..
Hurmm… seronok sebenarnya bila kita mengamalkan cara hidup begini. Walaupun agak mahal tapi berbaloi dengan pulangannya.. Buang gula , garam , minyak , lemak dan kita akan dapat keselesaan pada tubuh badan.
Aummmm… moga semangat gini berterusan.. Hahahaha..