Tak dinafikan ... pada mula berblog kita akan mencuba pelbagai cara untuk menarik perhatian pembaca .. Bukan sesuatu yang mudah untuk mengalihkan padangan mereka kepada blog blog yang 'mentah' .. aku punya blog pon mentah lagi ..
Menipu ? Hurm.. aku bukan menipu tapi saja berjenaka dengan blogger .. Aku suka bermain dengan emosi pembaca ... Dari situ , aku boleh belajar menangkap kemahuan pembaca .. Apa yang mereka cari sebenarnya dalam setiap blog ..
Bermula pada tajuk hinggalah ke gambar .. Tajuk , mmg perlu garang .. Kalau tak garang , confirm pembaca pon tak berminat nak klik ..
Tajuk yang garang , contohnya ... " Aku makan burger tadi " ... rasanya ada tak nak klik ? Kalau aku tulis " Aku makan 3 bijik burger tadi " .. Mesti ada yang terbeliak bijik mata.. Dalam tu kena la cerita yang benar.. mmg perlu la cerita yang kita makan 3 bijik burger.. tapi kalau tulis .. "Acah jerr " .. maknya ... kita nyanyi lagu " Kau pertama dan terakhir " .... haaa...
Mmg perlu kita mencuba pelbagai teknik dan strategi sebelum kita jumpa 'diri' kita ... Bukan mudah ... tapi kena la sabar dan berhati hati.. jangan sampai ada yang terasa hati atau makan hati ..
Kesimpulan yang aku dapat setelah sekian lama aku berblog ni , sebenarnya pembaca suka bacaan ringan ... Majoritinya ... suka yang ringan dan tidak memberatkan kepala .. kalau nak berat berat , diorng lebih rela tunggu pesta buku antarabangsa kuala lumpur .. Lagi berbaloi kan ?
Menipu jangan.. berjenaka ok.. kita bagi pembaca tersenyum dan geram tapi gembira.. Macam aku kata tadi , kita bermain dengan emosi pembaca..
Kalau aku kata aku nak tutup blog , korang caya ?