" Air barbican ?? Erk... halal ke ?? Nama cam air arak jer .. "
Terpinga-pinga gak aku walaupun dah bagitau halal.. Tapi nak je cakap... tuuuuu ... ( rujuk SINI )
Tang tu tak kisah la pulak ???? Aiseyman ..
" Air barbican ?? Erk... halal ke ?? Nama cam air arak jer .. "
Terpinga-pinga gak aku walaupun dah bagitau halal.. Tapi nak je cakap... tuuuuu ... ( rujuk SINI )
Tang tu tak kisah la pulak ???? Aiseyman ..
Nampak ? Semua kena sekat... Kira boleh baca teks je la.. hahahha... Bypass server ? Tamo la.. hahahaha.. tu akan mengundang bencana pada pc aku nanti ..
Nampak ? hahahahah .. Apa guna kalau speed 1gbps ? Untuk view akhbar harian dan juga ?? Tapi bagus gak kan .. Semua boleh buat keje kan kan ? Kononnya ...
Lalaalalala ...
Tu diaaa... antara antara carian pelik lalu tersesat kat blog aku.. hahaha.. padahal ? ada ke aku wat entri pasal tu ? Grrr..
Lebih tepat lagi mereka yang sememangnya banyak masa dihabiskan mengadap internet lalu digoogle la mereka dengan keyword-keyword tertentu.. Jom kita tengok satu persatu .. Ini untuk bulan Julai 2011..
Bermula dari paling kecil cariannya..
Dan banyak lagi !!! Grr.. lebih 5000 keyword saja untuk bulan ni ..
Terbaca di Bharian Online td berkaitan isu video klik FAIZAL TAHIR yang baru bertajuk , KARMA .. mencetuskan kontoversi mengatakan tidak sesuai untuk budaya kita ..
Bagi aku , tajuk pon awal awal lagi tak sesuai dengan kita dah .. kenapa ? Ok.. mari kita baca apa itu KARMA ..
Hukum Karma adalah sebahagian daripada kepercayaan agama Hindu. Perkataan 'karma' bermakna 'tuhan'. Hukum karma adalah kepercayaan bahawa yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas jahat, semasa seseorang itu masih hidup di dunia ini. Cerita Si Tanggang adalah contoh klasik pengaruh Hindu dalam sastera rakyat Melayu pra-Islam.
Ramai orang menyangka Hukum Karma serasi dengan Islam. Malah ramai orang yakin Hukum Karma adalah hukum yang memang wujud dan ia adalah hukum semula jadi ciptaan Allah.
Tema Hukum Karma popular dalam cerita-cerita, baik cerita-cerita yang diterbitkan dalam bentuk buku, bangsawan, drama TV, filem dan lain-lain. Malah, jikalau watak jahat tidak menerima hukuman jahat, ia dianggap tidak cocok dengan ajaran Islam.
Dalam surah Yusuf terdapat banyak watak jahat, namun tidak seorang pun daripada watak-watak jahat itu menerima hukuman atas kejahatan yang mereka lakukan. Malah Nabi Yusuf sendiri sebagai watak yang baik ditimpa banyak penderitaan.
Kisah Nabi Yusuf membayangkan bahawa dalam novel Islami, kejahatan tidak dianjurkan supaya dibayar dengan kejahatan juga. Malah dianjurkan supaya watak utama yang ideal itu harus mengalami pelbagai penderitaan yang berat.
Hukum Karma berbeza daripada ajaran Islam kerana bagi penganut Hindu, Hukum Karma itu hukum yang berlaku di atas dunia ini. Maka setiap musibah yang menimpa seseorang di dunia ini diyakini adalah balasan kepada kejahatan yang telah dilakukannya.
Mengikut fahaman Hindu, musibah adalah hukuman daripada Sang Karma (tuhan) disebabkan seseorang itu melakukan dosa.
Hukum Karma tidak serasi dengan konsep 'dugaan' dalam Islam. Dalam Islam salah satu fungsi musibah adalah sebagai dugaan, makanya orang-orang yang baik, malah nabi-nabi sekalipun ditimpa musibah. Tidak mungkin penderitaan yang dialami oleh nabi-nabi adalah hukuman dari Sang Karma.
sumber : Halaqah
Nilailah sendiri yer .. Jawapan FAIZAL TAHIR : SINI