Patut disediakan satu lg logo ..
'18 TS' bererti Tanggung Sendiri ..
Bermaksud pelakon membuka aurat .. Tengok atas tanggungan sendiri ! Dosa tanggung sendiri laa..
Kan kan ?
Published with Blogger-droid v2.0.2
Patut disediakan satu lg logo ..
'18 TS' bererti Tanggung Sendiri ..
Bermaksud pelakon membuka aurat .. Tengok atas tanggungan sendiri ! Dosa tanggung sendiri laa..
Kan kan ?
Pagi tadi sebelum keluar g island hopping , aku merayau jap kat blog blog yang punya pengaruh tersendiri … Hehe.. Entrinya mmg senantiasa menjadi tarikan bagi pembaca blog ..
Dan entri yang aku baca tadi adalah berkenaan status di FB yang bagus bagus .. Haa.. Kira status alim ulamak la gamaknya .. Padahal orangnya tak la pulak eh ? Kira gitu la bunyinya.. Aku pasti ada yang bersuara lantang la tu.. Hehe..
Masalah kan ? Semua tak kena kat mata manusia ni.. Aku yang kadang kadang status cinta , kata jiwang.. Letak politik , kata tak mengenang jasa ! Bagi status personal , kata nak muntah ! Huk aloh … Mau je aku kata , ‘ WOI , NI AKU PUNYA FB LAAA.. TAK SUKA , BLAH ! ‘ tapi aku tau .. kalau aku kata gitu , confirm dia terasa dan tercalar hatinya .. Maka tak pe la.. aku pun biar je la..
Dan kadang-kadang status aku bersifat sinis .. Bukan apa , kalau tak gitu nanti ada yang leka.. Maka kita sama sama la tolong ketuk kepala satu sama lain ! Takkan tu pon tak leh kan ?
Mungkin ada yang suka pandang dari sudut positif dan ada yang sebaliknya .. Aku pulak , hanya akan tulis apa yang aku rasa ketika itu.. Kalau terasa tu , maknanya , dia gitu la kan ? Lagipun aku tak sebut nama sapa sapa pon .. Aku tulis secara santai jer..
Terasa ke ?
Huk ! Huk ! Huk ! Ramai mengalirkan airmata .. lebih lagi bila Dhia mati .. Perghh…. Serius .. aku tengok sambil main game ! Bila iklan baru aku tengok tv .. Haaa..
Hehehe.. Best ke ?? Tah la.. aku tak ikut dari mula lagi .. Lagi pon aku pemilih skit .. Pelakon-pelakon Tentang Dhia , bukan feveret aku , jadi tak berjaya mencuri perhatian aku dan masa aku di waktu maghrib untuk menontonnya .. Hehe..
Walaubagaimana pon , ianya berjaya menarik ramai penonton terutama yang beragama Islam untuk mengadap tv lebih lama dari mengadap sejadah pada waktu maghrib .. kan kan ? Hehe.. jangan la marah.. Yer , aku pon bukan bagus mana pon.. Kira mesej ni untuk aku gak la kan ? Hahah…
Akan ada yang kata time iklan nanti g solat .. Haa… Korang tau sebenarnya kan ? Takkan nak tulis gak .. Nak tipu sapa sebenarnya ? Heheh.. Jangan beri alasan sedangkan kita tahu hakikat sebenarnya.
Aku tak salahkan drama Tentang Dhia mengenai waktu penyiarannya .. TV3 patut pertimbangkan semula.. Kalau dapat buat sebelum subuh lagi bagus kan ? Hahaha.. Jangan la pk sangat keuntungan. Kalau Allah nak bagi rezeki tu , tak kira waktu dah.. Tapi kan bagus beramal sambil berhibur.. hehe.. Yelah , rakyat Malaysia sanggup bangun untuk menonton bolasepak pada awal pagi , takkan tak leh bangun untuk tengok drama kan ? Ha… Cer fikirkan ? Hahaha.. Bukannya tak logik kan ?
Entahlah .. Malaysia ni dah terlalu banyak sangat hiburan .. Nasib baik la masih ada mengunjungi masjid untuk bersolat.. kalau tak ? Sila rujuk entri Namun kita masih riak dan bongkak ! dan Wah.. sambut Tahun Baru eh ? ..
Kita dah semakin alpa dan leka dengan hiburan .. Wallahualam.
Aku tahu cerita ni dari Ujang tu haa.. Dia kata best dan lawak .. Tau tau , kat TV3 main semalam dan bersambung hari ni ! Pasti ada yang tensen punya kan sbb bersambung ! Mahunya tak besambung , hampir 3 jam tuuu .. Tu kalau takde iklan , kalau ada ??? Haaa , mau 4 jam jadinya ! Hahaha ..
3 Idiot , yang berjaya menarik minat wife aku yang tak minat hindustan untuk menonton semalam dan hari ni .. Ini bermakna cerita tu best la.. Tapi bagi aku , filem lakonan Aamir Khan ni mmg susah la nak boring atau takde pengisian .. Bagi aku la..
Kalau rajin , g tengok kat Youtube .. Sampaikan ada mat salleh pon bagi komen yang positif pasal filem ni .. Haaa.. Ini bermakna aku tak temberang la kan .. Hehehe …
Aku pon tak tengok lagi sebenarnya .. Download dah .. dan simpan dalam hp aku.. Tunggu masa je nak layan .. Hahaha .. Sayang je rasanya nak tengok citer best .. Bila masa yg benar benar free , baru layan !
Ok.. dah.. jom download 3 Idiots , klik SINI ..
Heh .. ingat korang je boleh buat report polis kalau kena pukul atau dera ? Haaa.. Lelaki pon boleh tau ! Tampar la kalau berani ! Tak pasal pasal naik turun mahkamah kita nanti ! Muahahhaaa…
“ Seorang pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan memukul suaminya menggunakan fail pejabat sembilan bulan lepas.
Kamaliah Basir, 35, didakwa telah mendatangkan kecederaan kepada Zaihan Md Lani, 48, dengan menggunakan fail pejabat di bahagian badan semasa berada di dalam kereta di perhentian simpang tiga lampu isyarat Persiaran Semarak Api dan Persiaran Apec, Cyberjaya, Sepang, di sini, pada 12.45 tengah hari 3 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. “ – Hmetro
Skang ni ramai gak lelaki kena dera dengan isterinya termasuk .. sapa eh ? Ada ke ? Aku ? Aku ? Kalau berani , cuba laaah.. Aku report polis jer .. Lalalala …