Kalau kat TV3 , dari jam 7-8 malam .. citer apa gamaknya yer ? Kalau zaman aku kecik dulu , confirm cerita cina ! Ingat lagi , si Fei Mau tu .. Tu pon ramai gak melekat !
Skang ni drama-drama yang pastinya hebat ! Cam baru-baru ni , episod akhir Tentang Dhia berjaya mengumpul 3 juta penonton . Haa.. Satu kebanggaan buat mereka wooo ! Bangga dapat kumpul 3 juta waktu tu.. Perghh …
“ Menurut Pengurus bagi Kumpulan Pengurusan Jenama Wanita TV3, Puan Hadzelynda Khairuddin, “Sejak mula bersiaran pada 9 November 2011 hinggalah ke episod terakhir pada hari Khamis lalu, drama bersiri 30-episod ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja di kaca televisyen dengan purata 2.5 juta setiap episod. “ – Gua.com.my
Dan terbaru , Gemersik Kalbu .. Amacam ? Ada sapa sapa lagi nak bersantai waktu tu menonton bersama keluarga sambil makan pop-corn ? Pastu akan terus menyatukan keluarga kita punya arr.. Yelah , sama sama tolong lap airmata punyer..
Aku pelik .. Kenapa bila malam , cerita semua sangatlah mengarut ?? Kenapa jam 7 malam tu , baru buat yang best ? Nape tak kul 9 malam ? Why ? Why ? Kenapa waktu umat Islam sepatutnya mendirikan solat berjemaah tu laaa disogoknya hiburan gitu ?
Kalau nak kata cerita tu ada faedah , kan bagus sekali tayang waktu yang aku kata tadi.. Kul 9 malam keatas .. Pe susahnya ??? Iskh.. Tak paham betul aku.. Ops.. ada menda yang kita tak faham , dan takkan faham selamanya .. Haish..
Entahlah .. Agaknya , mereka nak kumpul teman akhirat kelak kot ? Sapa nak join ??
Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,
“ Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.”
Imam Muslim pula meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a:
“ Ada seorang lelaki buta telah datang mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia tidak mempunyai orang yang boleh memimpinnya pergi ke masjid. Oleh itu dia mengharapkan Baginda memberi kelonggaran kepadanya untuk bersolat di rumahnya. Pada mulanya Baginda telah membenarkannya, tetapi kemudiannya Baginda menarik balik kebenaran tadi setelah Baginda mengetahui bahawa si buta tadi dapat mendengar seruan azan solat yang dikumandangkan di masjid.”
- Rakanmasjid.com
Pesanan untuk aku jugak yang selalu leka dan lalai .. Astagfirullah al’azim…