BEN ASHAARI



 

image

Berpeluh aku dengar tadi sewaktu memandu pulang dari KL tadi. Aku tak berapa sihat sangat sebenarnya tapi terpaksa ke KL sbb nak amik HTC aku tu . Maklumlah , segala urusan kerja aku ada kat situ ..

Bila terdengar berita ni , aku geleng kepala .. Haihh .. Mudahnya melempiaskan amarah pada si kecil yang tak tau apa apa langsung kecuali senyum , ketawa dan menangis tu ..

Emaknya 22 tahun.. Teman lelaki dia , 19 tahun.. Wehhh , 19 tahun di zaman ni ..maaf cakap la yer , seluar dalam pon ada yang mak basuhkan lagi ok ! Yang benar benar matang di usia ni , sikit sangat ! Haihhhh .. Zaman dulu , 9 tahun dah boleh urus rumah .. Tak kira lelaki atau perempuan .. Zaman ni ? Tu pon pandai dah nak bercinta .. adoiyai ..

Sekarang apa jadi ?  Bercinta tu , pandai pandai la pilih pasangan .. Jangan takat pandai cakap , muka kacak atau jelita, dah sauk untuk dijadikan pasangan hidup .. Teliti betul betul .. Penting wooo .. Kalau sebelum kawin pon , dah pandai naik tangan , bayangkan selepas kawin .. Hurm ..

Untuk kes ni , tak tau nak kata apa … Semua dah cukup pandai dan matang .. Tegur , melenting .. Panggil kawan ramai ramai, pastu belasah si penegur tu .. Tak tegur ? Inilah jadinya ..

Akal ada , pakai ..

 

Sumber : Hmetro

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Susu ibu laaa .. Aku mana ada susu .. Susu bukan sekadar air pada bayi . Ianya adalah segalanya buat si kecil ..

Jom baca ..

 

Masalah susu

Keadaan ini mungkin disebabkan anda tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Penyelesaiannya
mudah sahaja: susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar.

Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara dan jarak antara penyusuan  mestilah tidak melebihi 2 jam. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

  • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid
    Pemakanan.
  • Banyakkan minum air sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien
    seperti senarai di bawah:

image

* Makan makanan yang halal yer .. Yang ada khinzir tu , jgn la mengada lak eh  ..

Setahu aku , kurma , badam bagus dimakan oleh ibu yang menyusu. Yang penting , tamo stress la eh .. Suami suami tu pon , jangan kasi isteri anda tu stress .. Kang , anak tak makan kangg ..

Berhati-hati!

  • Hadkan pengambilan teh dan kopi kerana minuman ini boleh menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif.
  • Awasi pengambilan alkohol kerana ia boleh mengurangkan penghasilan susu.
  • Cuba elakkan daripada mengambil sediaan herba terutamanya jika bayi anda mengalami jaundis atau dilahirkan pramatang.
  • Jangan ambil ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor.
  • Jangan merokok atau biarkan diri sendiri dan bayi terdedah kepada asap rokok kerana ini boleh menjejaskan penghasilan susu.

 

Masalah Payudara

“Apa patut saya lakukan jika puting saya
leper atau tenggelam?”

Bermula daripada penyusuan kali pertama,galakkan bayi untuk memasukkan sebahagian besar mulutnya ke dalam payudara. Tarik keluar puting anda sebelum mula menyusukan bayi dengan merangsangnya, menarik areola atau menggunakan pengepam payudara.

“Payudara saya bengkak, keras dan ia
menyakitkan saya. Apa yang
berlaku
?”
Payudara bengkak memang perkara yang biasa berlaku 2 hingga 4 hari selepas bersalin. Ini menandakan susu tidak mengalir keluar dengan betul.

Bagi mengatasi masalah ini, susukan bayi secara kerap dan gunakan jaram panas atau suam ke atas payudara anda. Jika payudara masih rasa keras, perah sedikit susu sebelum dan selepas menyusukan bayi. Namun begitu, usah bazirkan susu ini; simpanlah untuk diberikan kepada bayi dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

“Puting saya pedih!”
Puting rasa pedih mungkin disebabkan oleh posisi penyusuan yang tidak betul, jangkitan kandida, penggunaan pengepam payudara yang
tidak betul dan sebagainya. Untuk mendapat kepastian, bertanyalah kepada doktor.

Pada penyusuan yang berikutnya, pastikan posisi yang betul dan pastikan bayi menghisap puting dan areola dengan betul. Mulakan penyusuan pada puting yang kurang rasa pedih. Pakai pakaian yang longgar untuk memberi ruang kepada puting terdedah kepada udara dan melegakan rasa pedih. Tukar pelapik coli secara kerap dan gunakan pelindung puting untuk mengelak puting daripada bergesel dengan pakaian.

Oleh kerana puting anda terlalu sensitif pada waktu ini, elakkan daripada menggunakan sabun, krim atau losen ke atas puting. Sebaliknya, sapukan sedikit perahan susu ke atas puting untuk membantu menyembuhkannya.

“Saya rasa saya mengalami mastitis.”
Mastitis berlaku apabila salur susu tersumbat menjadi jangkitan dan menyebabkan simptomsimptom seperti selsema. Segeralah berjumpa
doktor. Jika tidak dirawat, mastitis boleh menjadi abses yang memerlukan pembedahan. Jangan berhenti menyusukan bayi. Sebaliknya, teruskan penyusuan selagi mastitis tidak berterusan selama 3 hari atau lebih. Malah, anda perlu lebih kerap menyusukan bayi. Pastikan posisi penyusuan yang betul dan cara ‘melepaskan’ bayi dari payudara. Jika inflamasi mengeluarkan nanah, susukan bayi pada payudara sebelah.


“Terdapat ketulan kecil, keras dan sakit
pada payudara. Ada yang tidak kena?”

Ini bermakna salah satu salur susu anda tersumbat. Apa yang boleh anda lakukan ialah mengurut perlahan-lahan ketulan tersebut ke
bawah mengarah ke puting sebelum dan ketika penyusuan. Letakkan tuala lembap, hangat ke kawasan tersebut sebelum menyusukan bayi. Jika anda memerah susu, elakkan dari menekan tisu-tisu payudara terlalu kuat. Juga pastikan anda tidak memakai coli yang terlalu ketat.

 

Semoga perkongsian maklumat ini dapat membantu .. InsyaAllah ..

 

Sumber :

image

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Dulu kan , sbb ada baby kan atau lebih tepat sewaktu jahil bab susu ibu ni walaupun kat sekolah dah belajar dan juga sendiri pon selalu minum susu tapi tu susu berprotein tinggi , aku anggap susu ibu ni cam susu biasa je ..

Setelah kehadiran Qhaliff dan juga perkongsian maklumat dari rakan pembaca blog dan juga alam maya seperti Facebook dan Twitter , aku semakin memahami kepentingan menyusu ibu. Bahkan si anak mmg rapat giler ngan ibunya walaupun yang bagi susu tiap tiap hari tu bapak dia yang jadi Mr. Mama ni haaa .. Ada mak dia , baru leh tidur lena tanpa didodoikan !

image

Ini baru skit je ..Sebenarnya , banyak lagi kelebihan susu ibu ni .. Hurm.. Kuasa Allah .. Sapa sangka , susu  yang keluar dari tubuh badan seorang ibu mampu membesarkan si bayi yang sebesar ibu jari hingga mampu berjalan serta melindunginya dari pelbagai penyakit berjangkit ..

 

Sumber :

image

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Antara rancangan terbaik yang pernah diterbitkan oleh TV3 ! Tahniah ! Simple tapi sangat sinisss .. hahahahha .. Ngan aku aku terasa .. hahahaha ..

Perbanyakkan lagi rancangan rancangan macam ni .. Baru laa ‘sedar diri ‘ sikit .. Tak perlu sampai 2 jam punya cerita , teladan 5 minit ! Baik 5 minit punya rancangan , 5 minit tu teladan ..

Tahniah sekali lagi .. Tak sabar nak tonton minggu depan punya ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Dah setahun 3 bulan aku beli D51000 tapi jarang guna sbb aku lebih suka guna HTC aku tu .. Maklumlah , terus amik dan upload ke  FB , Twitter , blog mahupun Instagram .. Senang skit .. Malas nak edit edit ..

Tadi , aku g NIKON Alamanda untuk bertanyakan perihal dslr aku ni. Yelah gara gara amik gambar Qhaliff dan nampak ‘ lebam di dahinya ‘ tu ..

Dia tanya aku camana aku leh tau ‘penyakit’ kat dslr aku tu .. Ecehh .. mentang mentang la aku guna kamera amatur .. hehehe .. Tapi ok la.. staff NIKON ALAMANDA tu sangat memberi kerjasama. Mana la tau kot aku main belasah je cakap kena kulat .. Padahal aku dah buat tesis bab ni.. Eceh .. hahaha .. konoonn ..

Maka , dslr aku tu kena tahan seminggu dan akan dihantar ke center untuk pembedahan . Dan charge yang dikenakan cuma RM80.. Ok laaa.. At least kat sana nanti , diorang check semula memandangkan dslr tu masih dalam warranty .. hehe .. Belasah ajaa.. Janji okehh ..

Korang yang ada dslr tapi tak guna tu , adalah lebih baik beli dry box dan simpan dalam tu dari nanti simpan terus dlm stor !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes