Yang terbaru , Qaseh Syuhada .. Hari ni majlis aqeqah dia .. Tu pasai semua berkumpul .. Hehe ..
Mana Qhaliff ? Kitorang segan ler .. hehe..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Yang terbaru , Qaseh Syuhada .. Hari ni majlis aqeqah dia .. Tu pasai semua berkumpul .. Hehe ..
Mana Qhaliff ? Kitorang segan ler .. hehe..
Terima kasih pada blogger Telur Dibasuh kerana maklumkan pada aku di Twitter tengahari td. Kalau dia tak bgtau , aku tak tau gak sbb dah berkurun tak beli paper .. hehe
Jutaan terima kasih pada Utusan Malaysia dan juga rakan rakan dunia maya ... Semoga Allah berkati anda semua ..
Bangunnnnnn daddyyyyy !!!!!
Aku tak bangun bangun lagi hingga kul 10 pagi .. Mak dia ada .. jaga Qhaliff jap,.. Nak balas dendam berhari bgn awal ! Bukan apa , mlm td tdo sakit kepala .. Ni dah ok skit ..
Ok tak alasan ?
Bharian melaporkan , cucu perempuan kepada Pengarang majalah Wanita, Normala Hamzah meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di sebuah pusat jagaan di Jalan Duta di sini hari ini.
Dalila Haifa Dafrizal Shah, tiga bulan, disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Tawakal, Jalan Pahang untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira 5 petang tadi, bayi itu ditemui dalam keadaan muka kebiruan dan tidak bergerak oleh ibunya yang datang menjemput dua anaknya dari pusat tersebut.
Petikan atas tu dari akhbar Bharian. Aku tak mungkin tulis secantik gitu la yer .. Ok, kembali pada isu .. Tersedak susu .. Menurut dari rakan pembaca yang mana aku pernah buat entri yang sama isunya iaitu tersedak susu , mereka kata kebanyakkan yang tersedak susu ni ialah mereka yang gunakan susu formula .. Hurm ..
Qhaliff , selalu gak muak dan tersedak susu. Walaupun dah disendawakan , dia tetap akan muak. Mungkin sbb terlebih minum susu. Jadi , aku kurangkan jumlah setiap botol. Kira bagi mencukupi untuk sekalli minum.
Dan alhamdulillah , tak dah muak . Kecuali bila dia menyusu sambil main ! Haaa .. Mesti ada punya .. Yelah , dah dijolok jari dalam mulut , bapak budak pon boleh muntah gitu haa ..
Jadi , hati-hatilah dengan anak anda yang masih kecik itu . Aku pun kena hati hati gak ..
Hahahaha .. bijak , bijak ! Aku tak leh bayangkan kalau aku buat gini pada Qhaliff !
Di London , sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak. Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.
Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.
Walaupun mungkin ada rasa tak sesuai atau mengarut sekurangnya mereka datang dengan satu idea yang mengabungkan 2 dalam 1 .. Ok la kan ? Hehehe..
Amacam ? Hahaha .. Kalau Qhaliff pakai ? Tunggu nanti nanti nak pindah umah baru .. hehe .