Cuba guna pakai tips ni terutama bila bersukan dan anda berjaya melakukan kejayaan !!
Confirm !! Samada diorg akan bersorak menyokong atau muntah darah di situ juga.. Bergantung pada kekiutan muncung anda juga..
Alhamdulillah .. Best raya ? Hehehe .. Kalau aku kat Kelantan skg , confirm aku pengsan kekenyangan akibat terlebih makan daging.. hehehe .. Darah tinggi ? Er , macam takde dah jee.. huhu .. Pelik ? Magic ? Atau aku yang tak check ? Part tak check tu yang aku tak buat memandangkan takde rasa sakit kepala seperti sblm sblm ni .. hee ..
Selepas solat sunat AidilAdha , aku ajak keluarga aku pergi beraya ke rumah keluarga angkat aku .. Aku membesar dengan diorang laa.. Anak-anaknya semua kawan sepermainan .. Ayahnya , bekas AJK Masjid. Sekarang ni tak jadi dah sbb kakinya dah dipotong akibat kencing manis. Sukar dan bergerak ..
Antara topik yang dibuka ialah mengenai haiwan korban .. Apa yang aku nampak hari ini , disetiap kediaman ( flat / apartment ) dah standby lembu untuk dikorbankan .. Hurmm … Contohnya , di flat ni sediakan 2 ekor.. Flat sebelah 2 ekor .. Kenapa tak digabungkan atau diletakkan saja di masjid dan kemudiannya di bahagikan pada orang yang benar benar layak dapat ?
Hurmm… Menurut ayah angkat aku tu , ‘perangai’ yg tak bagus dibuat oleh ‘mereka’ yang terlupa ALLAH MAHA MELIHAT , ialah memilih bahagian yang mereka nak dan dibawa pulang !! Apa dah jadi ?
Berbeza zaman aku kecil dulu la.. Semua lembu dikumpulkan dan masjid penuh sesak dgn orang yang inginkan daging korban. Mereka datang bersama kupon kupon mereka dapat .. Yang benar2 layak ! Hurmm .. Sekarang ni , makin ramai layak walaupun berkereta mewah !
Aku malas nak kata lebih .. nanti ada pulak yg terasa .. Cuma , kita kena belajar balik la bab bab gini terutamanya bab amanah .. Segalanya akan disoal semula di akhirat ..
Wallahualam ..

Alamanda Putrajaya .. Kalau pergi sini dalam keadaan kelaparan , pasti tak tau nak singgah mana untuk makan .. Kalau ikutkan aku , semuaaa dalam ni sedappp belakaaa ..
Tetapi jika ada wife dan Qhaliff .. confirm kena cari yang menarik dan selesa .. Manakah itu ??
Hehehe.. Aku akan pilih Black Canyon. Satu tika dulu , Black Canyon bukanlah pilihan aku sbb layanan yang kurang memuaskan serta makanan yang .. hurmmm .. ala ala je gitu ..
Tetapi sejak dua menjak ni , terdapat perubahan .. Apa yang dihidangkan , serupa dalam gambar ! Yang ni sukar nak dapat kat mana mana restoran yang pernah aku pergi.. Dalam gambar menyelerakan tapi bila sampai atas meja .. gulp ! Jauh lari rupanyaa..

Kalau tanya aku apakah makanan feveret aku , maka jawapan aku ialah .. semua !! Semua nampak sedapppp !! Huhuh..
Tapi utk malam tu , aku main pilih je.. Tengok gambar cantik , itulah yang aku pilih.. Hehehe… Apakah sama ?
Yerrrr.. samaa .. Hahahah .. Dan rasanya ? Yummyyyy… Harga yang sedikit mahal tidak menjadi perkiraan aku sbb berbaloi dengan apa yang aku makan ..
Aku try 3 jenis makanan dan .. sedap kesemuanya !! Airnya pun sedap banget terutama lime jus dia .. Terasa masam dia hingga ke hujung tekak ! Huhuhu …
Aku keluar dari restoran ni dengan perut kenyang sangat ! Lama dah tak rasa kekenyangan gini bila makan kat restoran .. heeee …
Haa , baru aku tahu kewujudan aplikasi HungryGoWhere.my yg mana mudah utk kita cari restoran utk menikmati makanan tanpa kira masa dan tempat ! Download je ke dlm smart phone korang ( Android dan iOS ) dan bersedialah utk menikmati makanan yg meyelerakan !! Waalaahhh …
Untuk lebih lanjut , sila baca kat SINI ..













