


Maka sebab tu laaa …




Maka sebab tu laaa …

Dalam dia dok main tepi aku , tetiba dia bangun dan ke belakang aku .. Aku perasan tapi tak sangka perbuatan dia ni !! Dia bukak seluar dan lampin pakai buang dia tuuu dan berlari ke tandas ..
Terkejut beruk aku ! Selama ni dia cuma buat bila dengan wife . Tak sangka lak dia buat gitu dengan aku. Aku pandang dia dan dia sengih je sambil pegang anu diaa.. Huk alohhh.. Nak kena sunat dah niiih !
Aku simpan hp aku . Pergerakkan aku slow tapi dalam hati aku suruh cepat sebelum Qhaliff kencing atas lantai ! Dan , jangkaan aku tepat sama sekali !
Dia kencing !! Hurm.. salah aku .. Dia dah warning dah tadi dengan berlari ke tandas ! Adehhh ..
Tak pasal pasal tambah kerja aku …
Bersungguh nak menulis !! Bagi la main SPen aku tuu .. Tiba tiba ... ada satu insiden yg mengelikan hati aku berlaku lalu terus aku terlupaaaa ..
Dah selesaikan Qhaliff, aku kemas rumah skit sblm wife balik dan pening kepala tgk kapal karam di dlm rumah .. Dan ketika inilaaahhh segalanya berlaku !!
SPEN AKU HILAAANGGGG !!! HUARGHHHHH..
Rasa nak bertukar jd hijau jerrr tp bila tgk muka dia , terus aku kekalkan kesabaran aku dan terus mencari dan caridan cari !!
Setengah jam aku geledah umah .. tak jumpa ! Akhirnya aku tenangkan diri dan isitghfar .. Hurrmmm , jumpa dahhh .. Bila masa dia bukak laci dan letak Spen aku dlm tu ?? Bertuah laaaa dia nih ..
Bila aku baca review mengenai dua dua hp ni , aku terpikat ! Serius !! Review yang benar benar memikat .. hehehe.. Tapi takkan takde kelemahan kot ?? Apakah kekurangan kedua dua hp ni ?? hurmmm..
Aku ingat nak jual Nokia Lumia 925 dan Note 8.0 untuk amik Note 3 ni . Yelah , buat apa banyak banyak hp kan ? Tapi rasanya tak jadi la sbb Nokia Lumia 925 ni , berbeza dengan kedua dua phone di atas yg gunakan os Android .. Tunggu murah skit la kot baru nak try .. Tapi nak try yang mana ?
Aku lebih tertarik pada Note 3 yang mana lebih pantas dari Note yang aku gunakan sekarang ditambah lagi dengan kamera serta flash sedia ada di bahagian belakang dan kualiti gmbar yang jauh elok dari Note 8.0 aku skang ni .. Aplikasinya pon jauh lebih baik dari skang ni ..
Sony Experia Z1 , aku baca reviewnya .. Memang best ! Tapi sbb takde ‘pen’ , tak guna gak la .. Walaupun boleh masuk air tapi untuk aku yang senantiasa buat kerja dgn menggunakan hp ni , pasti terasa kekurangan selepas aku kenal Samsung Note yang gunakan SPen ..
Kesimpulan .. Kedua dua phone ni mmg best utk digunakan . Segalanya bergantung pada matlamat aku sendiri. Sony , lasak dan bagus untuk diusung ke sana dalam keadaan apa sekali pon. Manakala Note 3 , bagus untuk mereka yang utamakan kepantasan dalam pengurusan pekerjaan mereka ..
Harganya , lebih kurang dan menaiknya , dua dua ada ‘jam’ .. hehehe .. Gi baca review kat web rasmi mereka ..
“ Daddy jaga aku dari seusia satu hari hingga sekarang ni .. So what ? Ingat duk umah tak leh jana duit ke ? “

Hehehee .. Ada kawan tanya .. Apakah aku masih lagi seorang suri rumah ?? Aku senyum jer.. Aku akui je la .. Nak kata apa dah kan ? Nak je aku tanya la kat diorang ..
“ Korang dapat handphone free tak ? Laptop ? Er , external hardisk ? Powerbank ? Atau tidur kat mana mana hotel dan makan percuma sambil dilayan serupa VVIP oleh pengurus tempat tu ? Atau orang bayar setiap apa yang ko tulis ? “
Bukan riak .. tapi inilah kenyataannya .. Bila pergi kerja , buat kerja .. Balik rumah , lepak kedai kopi .. berborak kosong .. pastu tidur ! Bila sebut internet , katanya membuang masa dan tak berfaedah !
Bersepah orang gini ! Aku bukan apa .. Kesian jer.. Yelah , walaupun gaji beribu atau berpuluh ribu tapi nak tanya .. Apakah anda bahagia dengan kerja anda ? Stress ? Kalau bahagia , bagus ! Anda berjaya capai impian anda .. Tapi kalau sebaliknya ??
Aku dulu , dok senantiasa terfikir.. Apakah ini yang aku cari ?? Bangun pagi , gi keja. Berebut naik LRT .. Kejar masa nak punch card .. Pastu tunggu bos kasi arahan .. Kena perli dengan kawan kawan. Lunch , makan sambil mengumpat .. Pastu balik keje.. Tidur , esoknya ulang semula ! Nak tunggu hari Sabtu dan Ahad tu , punyaaa la seksa ! Bila sampai Sabtu , kejap pulak dia berlalu .. Pastu gi keje balik .. Sampai bila aku nak tensen gini ??? Bukan ini yg nak aku nak ! Bukan gini aku nak abiskan usia muda aku !!
Bila aku fikir gitu , maka aku carilah apa yang aku nakkk sangat dalam kehidupan ini .. Dan Allah tunjukkan jalannya , 5 tahun lepas dan aku berjaya melakukannya dengan baik sehingga sekarang ! Buat pengetahuan korang , aku jarang kekal bekerja di tempat orang. Kalau dapat 3-4 tahun tu , kira bagus laa .. Aku mudah bosan..heeee..
Berbalik pada persoalan rakan aku tu , aku cerita la serba sedikit mengenai kerja aku .. Dan menariknya, dia tertarik dan ingin syorkan pada pihak pengurusan dia untuk gunakan khidmat blogger untuk projek mereka seterusnya .. hee.. Kalau ada rezeki , ada laa .. Cuma tak bestnya , belum apa apa .. dahhhhh minta % ! Hahahahha.. Adeh..
Kesimpulannya , buatlah apa yang kita rasa betul dan benar selagi mana tak melanggar undang undang agama dan manusia , kan ?
Hurm.. aku ada 3 projek hujung minggu ni.. Shell , Petronas dan NGO mana tah .. Nak amik mana satu ? Mana yg bayar banyak la kannn .. Masa itu emas wooo ..