BEN ASHAARI



 

Penat ...sangat penat hari ni. Bermula dengan dugaan di pagi hari.. Hampir mood terus hancur tetapi alhamdulillah , bila kita sebut je REDHA maka ... kita serahkan segalanya padaNya.

Selesai tugasan hari ni dan buat pertama kalinya aku merasai satu pengalaman baru sejak bergelar blogger ni  .. Menarik walaupun rasa cam nak meletup dah diri ni .. hehe.. Sesuatu yang diluar dugaan dan jangkaan ..

Di LRT Cheras .. Turun saja dari lrt , aku terpandang seorang makcik berbangsa melayu berumur kurang upaya ( buta ) bersama seorg  perempuan berkulit cerah. Aku ingatkan anaknya sbb cara dia memimpin makcik tu seolah macam mak dan anak . Aku selisih dengannya dan sempat memandang wajah perempuan tu. Tak nampak .. Aku biarkan jer. Cuma timbul rasa sayu di hati jer. Tapi makcik tu , nampak ceria jer.. huhu .. Untung manusia yang punya mata di hati ni ..

Di luar stesen LRT , aku dapat naik teksi. Dan kebetulan mereka berdua tadi , berada berhampiran dengan aku. Aku pandang sekali lagi. Wanita tu berbangsa cina dan muda lagi. Dengan earphone di telinganya , dicabut agar dapat berkomunikasi dengan baik .. Sangat teruja melihat situasi begitu. Nak je amik gambar tapi risau pulak nanti disalaherti. Jadi aku biarkan saja ..

Bila melihat situasi begini , aku pelik .. kenapalah ada pihak dok sibuk melagakan bangsa ? Biar timbul masalah perkauman ? Haihhh .. Jangan gitu. Rakyat Malaysia ni berbilang kaum dan sememangnya bersatu bila ada yang nak merosakkan negara !

Di negara ni .. sama sama makan , sama sama hidup. Buat apa gaduh gaduh kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Ada la pulak yang tak puashati ngan entri aku yang lepas seolah aku tak tau apa apa mengenai isu tersebut ! Sebelum aku up , pastinya aku dapatkan 'sejarah' isu tersebut ..

Ni nak tanya.. kalau bukan laaaa si artis tu yang bersuara , rasa rasanya ' si kipas mati ' nak mai 'sound' aku tak ? Takde punya laaa .. Ni sbb artis kesayangannya yang sound tu yang dia tak senang duduk !

Adehhh .. tolong la yer .. Aku bukanlah penyokong tegar KJ atau Siti tapi kalau tengok balik statement Siti tu .. lebih kurang jeeer pon dengan statement KJ .. Sapa tua ? Siti tua dari KJ ke ? Dan ada ke menteri tua atau menteri muda ? Mana belajar ada menteri muda ?

Dan satu lagi .. Tak yah la nak menyibuk hal orang terutama di luar bidang. Kalau nak tegur pun , tak yah nak mention nama orang .. Bagi je secara umum ..

Diri sendiri pon perlu kena selak balik ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Ok, faham dah ??? Senang je kan ? Sekian .. tak yah dah nak terang panjang panjang ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hahaha.. Dia pasang lagu yang ada kat kereta dia tu .. Pastu bantai menari ! Aku tak tau la punca jadi gitu ! Nak kata dia terlebih gula , tak pulak. Nak kata dia hyperactive .. langsung la tidak .. Tapi inilah dia antara tanda tanda anak semakin membesar dengan sihat ..

Sedikit perkongsian untuk bayi seusia Qhaliff dari PAMA

• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.  
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.

Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.

Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif.

1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.

Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.

Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah. -PAMA

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Hurmmm... Gini ceritanya.. Awal pagi ni aku nak ke pejabat Nokia.Ada keje kat sana skit. Jadi , wife antar aku LRT Cheras dan dia terus ke Putrajaya. Dlm kereta , dia minta duit kecik kat aku utk beli breakfast.  Kat dia semua duit besar jer.

Lepas bg duit , aku tak masukkan dompet tu terus ke poket belakang seluar aku sbb susah nk selit.. jadi aku letak celah peha aku.. satu kebiasaan yg tak patut dilakukan sama sekali !!!!

Sampai LRT , aku turun dan cek poket aku .. Dompet takde !!! Arghhhh.. Aku syak dalam kereta .. terus aku amik teksi dan suruh kejar wife aku yg dah berlalu 10 minit !!

Call dia , tak berangkat sbb hp dlm beg tangan dia ..  Aku suruh ke rumah org tua aku .. Nak pinjam duit dari mak aku sbb ada RM10 jer. Aku kena pergi juga ke Nokia sbb dah janji.. Doa harap ada dlm kereta la dompet aku tuu..

Sesampai semula ke LRT , aku ternampak sesuatu atas lopak jalan raya yg mana tempat sama wife aku turunkan aku td .. Aku doa sangat tu dompet aku.. huhu.. Turun je teksi, aku terus ke situ. DAN SEMEMANGNYA TU DOMPET AKU !! Alhamdulillah ... rezeki aku dan nasib baik hari hujan !!  Kenapa ? Sbb semua org dlm keadaan 'segera' ! Takde yg berlenggang kangkung.. huhu..

Memang rezeki aku.. Aku siap gi balik kat pemandu teksi tu dan tunjuk kat dia dompet aku tuuu.. hahaha.. Adeh.. Tgk jam , dah kul 8 pagi dan aku perlu ada kt sana jam 9 .. Sempatkah ?

Sempat ... alhamdulillah..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
31 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (5)
    • ▼  Februari 2026 (2)
      • Risau gastrik , gerd di bulan puasa ? Ni tips mudah..
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes