BEN ASHAARI



 

Jimat , jimat !! Malas nak beli perfume mahal ! Mahal tapi macam murah je perfume sekarang ni ! Konon tahan lama.. tapi pakai jap jer , dah hilang bau ! Pelik pulak camana bau mamak roti canai boleh tahan lama walhal bergelumang dengan roti canai je pon !

Maka , aku gi Watson Alamanda tadi .. beli je Romano Metro Pulse setelah tergoda dengan adik ipar aku punya Roman.. Pakai skit je tapi bau tahan .. Tahan la gak dari tak pakai apa apa kan ..

Harga? Mampu beli laa.. Baru RM30 jer ! Sekarang ni banyak dah perfume di pasaran terbuka atau pasaran online.. Kena rajin cari jer.. Cuma hati hati je dengan yang tiruan yer.. Rosak baju nanti ! Huhuhu..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

BAGAIMANA untuk menjadi pemenang?

Untuk FACEBOOK USER :

Cara-caranya sangat mudah..

1. Like Page PATI BATOOK ORI.

2. Like dan Share pada gambar testimony Pengguna.

3. Gambar yang dikongsi mesti mempunyai Status yang menarik, dan mempunyai paling banyak Like & share akan dikira sebagai pemenang

4. Anda juga perlu menukar setting kepada PUBLIC.. PERADUAN SHARE n LIKE ini akan tamat pada 30 Disember 2014.

5. Komen ‘DONE’ pada Banner Contest di PAGE PATI BATOOK ORI.

Hadiah yang di tawarkan adalah seperti berikut: 

1. Pemenang Utama – RM100 + Pati Batook Ori

· PEMENANG bertuah yang terpilih akan di maklumkan di PAGE  PATI BATOOK ORI 

 

Untuk Rakan BLOGGER :

CARA-CARA nya sangat mudah..

1. Like Page PATI BATOOK ORI.

2. Like dan Share pada gambar testimoni Pengguna.

3. Buat entry yang menarik mengenai PATI BATOOK ORI.

4. Sertakan Link page ‘PATI BATOOK ORI’ di dalam entry tersebut.

5. Entry tersebut Mesti dikongsi dalam facebook blogger dan yang Paling banyak Like & share akan dikira dalam pertandingan tersebut..

6. Anda juga perlu menukar setting kepada PUBLIC.

7. PERADUAN SHARE n LIKE ini akan tamat pada 30 Disember 2014.

8. Komen ‘DONE’ pada Banner Contest di PAGE PATI BATOOK ORI

Hadiah yang di tawarkan adalah seperti berikut: 

1. Pemenang Utama – RM200 + Pati Batook Ori

  • PEMENANG bertuah yang terpilih akan di maklumkan di PAGE  PATI BATOOK ORI 

 

Syarat-Syarat :

1. Peserta mesti mengguna nama penuh ‘PATI BATOOK ORI’. Batook ori tidak diterima.

2. Tarikh Peraduan 12 Disember 2014 hingga 30 Disember 2014.

3. Keputusan akan diumumkan di Page ‘Pati Batook Ori’.

4. Keputusan adalah muktamad dan hadiah akan dikirimkan dalam masa 15 hari dari keputusan peraduan.

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Penulis : MNH Sastera Melayu

Jangan pernah tidak percaya bahawa orang Melayu dan Bumiputra masih gagal menguasai ekonomi negara. Bangsa bangsa lain khususnya Cina sudah jauh meninggalkan orang Melayu dalam bidang ekonomi. Mereka terus berjaya dan berjaya mencipta kekayaan buat diri dan bangsa mereka. Melayu? Hanya menjadi penonton pasif sahaja melihat kejayaan dan kekayaan mereka.

Sudah terang lagi bersuluh, sepuluh orang terkaya di Malaysia dimonopoli oleh bangsa Cina. Hanya Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menjadi wakil tunggal orang Melayu di tempat sepuluh teratas senarai tersebut. Soalan saya, di mana orang Melayu yang lain? Inilah perkara yang perlu dikaji dan diselidiki oleh semua pihak bagi mengatasi masalah ini.

Sebagai seorang penulis blog dan pemerhati bangsa, saya mula memerhati dan mengkaji mengapa orang Melayu sering gagal dalam bidang perniagaan. Tulisan yang anda baca ini adalah hasil pengalaman dan pengamatan saya sendiri. Baca dan cuba buat kritik diri agar kita sebagai orang Melayu dapat berjaya dalam bidang perniagaan selepas ini.

Antara sebab orang Melayu gagal dalam bidang perniagaan adalah :

1. Tidak cukup ilmu dan pengalaman

Kebanyakkan dari bangsa kita tidak cukup ilmu dan pengalaman untuk menceburi bidang perniagaan. Ingatlah, ilmu sangat penting untuk berjaya. Bagaimana untuk kita berjaya jika kita tidak punya ilmu? Sepatutnya orang Melayu perlu belajar dengan ahli ahli perniagaan yang berjaya dan menimba pengalaman dengan cara bekerja dengan mereka. Belajar bagaimana mengurus dan mentadbir sesuatu perniagaan. Rasai dahulu pahit manis dan jatuh bangun dalam dunia perniagaan. Apabila sudah cukup ilmu dan pengalaman, barulah anda dapat membuka sebuah perniagaan dengan berjaya.

Semua tokoh tokoh usahawan terkenal tidak berjaya dalam sekelip mata. Mereka berusaha menimba ilmu dan pengalaman sebelum mereka membuka perniagaan mereka sendiri dan akhirnya mereka berjaya. Tidak percaya? Baca buku Biografi Syed Mokhtar Albukhary. Baca dan cuba perhatikan bagaimana dia berniaga kecil kecilan dahulu sebelum berjaya membuka empayar perniagaan yang besar. Tanpa ilmu, sesiapa pun tidak akan berjaya.

2. Tidak cukup ibadah dengan Allah

Seorang ahli perniagaan umpama seorang pengambara di dalam dunia ini. Mereka perlu menyerahkan hidup mereka seratus peratus kepada Allah Taala untuk terus hidup dan bertahan. Bagaimana anda mahu berjaya jika anda tidak solat? Bagaimana anda mahu berjaya jika anda melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhan Allah? Ingatlah, untuk berjaya kita perlukan restu daripada Allah. Jangan sesekali jauh daripada Allah jika anda mahu berjaya. Banyakkan berdoa dan beribadat kepada Allah. Insya Allah… Allah pasti akan membantu kita untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Perbanyakkan menunaikan solat Dhuha, solat Taubat, solat Hajat, solat Tahajud dan zikir. Insha Allah…perniagaan anda pasti berjaya.

Apabila kita banyak beribadat, kita bukan sahaja akan dekat kepada Allah malah perniagaan kita juga akan terus berjaya dan berkembang. Allah itu Maha Melihat, Maha Pemurah dan Maha Pengasih. Allah tidak akan membiarkan hambaNya yang bertaqwa terkontang kanting seorang diri. Nasihat saya, dekat dekatkanlah diri dengan Allah selalu untuk menjadi usahawan yang berjaya.

3. Kurang bersedekah

Antara kunci rezeki adalah bersedekah. Banyakkan bersedekah dari segi wang ringgit dan ilmu. Sebagai contoh, ketika anda makan di sebuah warung, datang seorang peminta sedekah kepada anda, jangan sesekali halau peminta sedekah itu. Berilah sedikit wang kepada dirinya. Banyak atau sedikit bukan soalnya. Sama ada dia menipu atau tidak, itu belakang kira. Ingatlah, Allah sengaja gerakkan hati peminta sedekah itu kepada anda kerana Allah mahu memberikan anda pahala. Cuba bayangkan jika anda menghalau peminta sedekah itu, dapatkah anda pahala? Oleh itu banyak banyaklah bersedekah. Jika anda sudah berjaya, kongsikan ilmu kejayaan anda dengan orang lain. Itu juga satu sedekah. Anda tidak akan rugi sebaliknya akan terus kaya dan berjaya.

Sedekah yang paling baik adalah kepada kanak kanak dan orang miskin. Beri mereka duit jika anda terserempak dengan mereka. Jika anda jumpa peminta sedekah di tepi jalan, hulurkan sedikit wang. Ingatlah, Allah melihat apa yang kita lakukan. Sedekah bukan sahaja akan buat perniagaan kita berjaya, malah dapat menghindarkan kita dari penyakit dan mara bahaya. Nasihat saya, banyak banyaklah bersedekah…

4. Kedekut

Antara salah satu punca orang kita gagal dalam perniagaan adalah kerana mereka kedekut. Cuba kita singgah di restoran restoran yang dimiliki oleh orang Melayu. Harga nasi goreng kampung sahaja sudah mencecah RM5 namun setelah habis sepinggan ada di antara kita yang berasa tidak kenyang. Mengapa? Kerana peniaga memberi kita nasi sedikit sahaja. Hanya satu mangkuk kecil nasi. Sudahlah harga mahal, kemudian kita pula tidak berasa kenyang apabila makan di restoran itu. Ditambah pula makanan itu tidak sedap! Akibatnya, pelanggan tidak lagi datang ke restoran itu. Jangan sesekali kedekut dengan pelanggan kita. Ingat lagi dengan konsep sedekah? Mengapa orang Cina mudah berjaya dalam perniagaan? Kerana mereka tidak kedekut. Tidak percaya? Cuba masuk ke restoran Cina Muslim. Walaupun harga makanan mereka mahal, namun makanan mereka sedap dan mengenyangkan. Oleh sebab itu pelanggan sering datang ke restoran mereka.

5. Produk atau perkhidmatan tidak berkualiti

Sebagai penuntut dalam bidang Pengajian Perniagaan, aspek utama dalam perniagaan adalah kepuasan pelanggan. Bagaimana pelanggan mahu berpuas hati jika produk yang kita tawarkan tidak berkualiti? Contoh mudah apabila kita membeli nasi lemak. Mahukah kita makan nasi lemak yang tidak sedap dan kadang kala hampir basi? Sudah tentu tidak. Pelanggan juga tidak suka dengan layanan dan perkhidmatan yang lambat kerana itu membuang masa mereka. Oleh itu, sediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan jika anda mahu perniagaan anda berjaya dan kekal bertahan.

6. Malas

Firman Allah : Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubah nasibnya sendiri. Jika kita malas berusaha, bagaimana kita mahu berjaya. Saya melihat antara sebab musabab orang Melayu gagal dalam perniagaan adalah kerana sikap malas! Sebagai contoh, hari ini kita buka kedai. Kemudian selama tiga hari kita tutup kedai. Kemudian kita buka lagi selama dua hari. Kemudian kita tutup selama seminggu kerana malas. Bagaimana kita mahu berniaga jika sikap kita begitu? Bagaimana kita mahu ada pelanggan yang setia jika kedai kita selalu buka tutup dan buka tutup? Sikap malas perlu dibuang dari diri kita jika kita ingin berjaya dalam perniagaan.

7. Sombong

Jangan sesekali kita sombong, selalu marah marah dan bersikap kurang ajar dengan pelanggan. Sebagai contoh, saya pernah masuk ke sebuah kedai runcit, sudahlah layanan pekedai itu tidak mesra, apabila saya tanya dia banyak soalan, dia marah saya pula dan dia menjawab dengan nada kasar. Akibatnya, saya tidak lagi singgah ke kedai itu dan akhirnya kedai itu pun sudah tidak wujud lagi di kawasan rumah saya. Jelas bukan bahawa sikap sombong akan menyebabkan perniagaan kita akan terjejas teruk? Oleh itu, sentiasalah bersikap baik dengan pelanggan. Beri layanan yang sama rata kepada mereka. Jangan pilih bulu ketika melayan pelanggan maksudnya kita hanya memberi layanan yang baik kepada pelanggan yang kaya, pelanggan yang kurang kaya kita buat acuh tidak acuh sahaja. Sikap semacam itu perlu dihapuskan dalam diri kita. Semua pelanggan adalah ‘raja’ di dalam kedai kita. Beri layanan yang baik kepada mereka dan Insha Allah…perniagaan anda pasti akan berjaya.

Kesimpulannya, inilah tujuh sebab sebab mengapa orang Melayu sering kali gagal dalam bidang perniagaan. Saya harap dengan penulisan ini dapat memberi kesedaran kepada kita semua supaya melakukan anjakan paradigma dan meningkatkan motivasi untuk kita terus berjaya dalam bidang perniagaan.

Sebagai blogger yang cinta akan bangsanya, besarlah harapan saya untuk melihat anak anak Melayu terus berjaya dalam bidang perniagaan dan ekonomi. Saya bukanlah pakar ekonomi cuma seorang blogger dan pengedar Shaklee yang mahu melihat anak bangsanya mengecapi kejayaan dan kemewahan di tanah airnya sendiri. Wassalam

 

Setiap artikal adalah pendapat atau pengalaman penulis sendiri. Takde kaitan dengan admin blog. Terima kasih. Jika anda berminat menjadi Penulis Jemputan , bolehlah emailkan artikal anda di benashaari@yahoo.com

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ini jadinya kalau masuk politk !

Hilang terus kekacakan ! Terus muka dah macam tua 10 tahun dari usia sebenarnya ! Jadi untuk elakkan kes begini berlaku pada korang , aku syorkan korang … blogging ! Blogging dengan ikhlas dan kesannya memang mengejutkan !

Serius ! Aku sendiri tak percaya akan kesan sampingannya ! Aku ingatkan rakan rakan otai memain ! Patutlah diorang mampu berblogging sampai ke hujung hayat .. Hurmm…

Dah makin nampak perubahan kan ? Mata .. telinga .. misai.. janggut pon sama beruban. Cuma tang rambut tu , aku hold jap.. Masuk awal tahun aku simpan panjang la .. Kacak terlalu awal pun bahaya gak.. Godaan anak dara wooooi ! Tak tahannn …

Kensel bersara !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku tak sangka wife masak kali ni sedap banget !! Peliknya , dia masak cepat jerr dari sebelum sebelum ni ! Maksud aku , walaupun ada gangguan dari si kecil , dia dapat masak mee kari ni dengan pantas sekali !

Rupanya dia gunakan pes Kari Kepala Ikan dari Tok Mommy’s Kitchen !! Adoiyai.. Ini bermakna aku kena order lagi la pes pes yang ada dijual kat fan page dia ! Jangan risau , penghantaran pantas punya !

Aku tambah 3 kali ! Aku pelik nape sedap sangat ari ni.. Dia marah aku wooo.. Selama ni masak tak sedap ke ?? Aku jawab sedap la… Cuma kali ni sedap dia lain skit .. hahahaha … Qhaliff pon makan bertambah !

Pandai jugak dia ‘derhakakan’ menu.. Rupanya dia awal awal lagi dah dapat idea dari Mat Gebu.. Dan kebetulan Mat Gebu jugak derhakan resepi dari pes Tok Mommy’s Kitchen ! Dia buat laksa asam dari pes Asam Pedas ! Perghh.. berapi tuuu ..

rsz_tok_mommy_laksa_asam

Amacam ? Terliur ? Hehehehe .. Senang je nak buat… Kasi beli itu pes jer.. Pastu pandai pandai ler …

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes