
Rumah rakan blogger di Lipis dan Kuala Kerai juga menjadi mangsa banjir kali ini.. InshaAllah , kami #kelabbloggerbenashaari akan cuba membantu nanti.

Rumah rakan blogger di Lipis dan Kuala Kerai juga menjadi mangsa banjir kali ini.. InshaAllah , kami #kelabbloggerbenashaari akan cuba membantu nanti.
Soalan yang sering aku terima bila orang tertarik dengan Qhaliff ..
“ Boy ke ? Ingat girl tadi.. “.
Pastinya soalan begitu akan diajukan bila Qhaliff tersengih pada mereka .. Mesra alam gitu ! Berbanding adiknya , payah giler nak dapat senyuman ! Puas jadi ‘badut’ baru nak sengih..


Biasanya mereka akan tertarik dengan rambut Qhaliff .. Muka lembut Qhaliff ( dapat dari aku tuu ) , menambahkan pertanyaan di benak mereka .. Heheheh .. ( Takde pulak orang tanya aku ni laki ke perempuan.. Hurm.. ).
Panjang rambut Qhaliff ? Tak nak potong ke ???? Ada yang tanya gitu.. Hurm.. Biar la dulu .. Nanti nak layer kan.. nak wat cam..
Boleh ? Hahahaha … Yelah , bapak nak buat.. tak leh dah.. Dah senja.. Anak je la sebagai gantinya.. Hahahaha ..
Takde la.. Qhaliff tak nak gunting rambut. Dia suka main rambut dia yang panjang tu.. huhu…
Dua berita dalam sehari.. Aku hanya mampu tertunduk sayu dan berdoa agar segala urusan dipermudahkan Allah.
Berita pertama mengenai banjir yang melanda negeri negeri di dalam negara kita yang tercinta ini. Pelbagai berita dan gambar disebarkan di media sosial. Sayu… Dikatakan fenomena air pasang ini berpunca dari ‘new moon’ yang dijangka berlaku malam ini dan malam esok dengan ketinggian air hingga 3.19 meter di Terengganu. Di negeri lain , aku tak pasti. Takde info mengenainya.
Di Lata Rek.. tempat ni aku beberapa kali teringin nak singgah .. Dan inilah terjadi pada hari ini .. Sebelum banjir dan ketika banjir !

Kelantan , Terengganu , Pahang , Perlis dan Perak sedang mengalami banjir ini. Sama sama kita berdoa kepada Allah..

Dan berita kedua ialah sepupu Qhaliff , Ammar dimasukkan ke wad kerana denggi. Menurut ibunya tadi , Ammar muntah darah. Hidungnya pon berdarah. Semoga Allah sembuhkan penyakitnya. Esok nak gi lawat dia kat Hospital Sg. Buloh.
Hurmm.. Qhaliff suka main dengan Ammar.. Ammar pandai layan dia walhal beza 2 tahun.. Kalau dah jumpa , tak sanggup nak berpisah dah Qhaliff tu ! Hahahaha ..

Alhamdulillah.. Kesemua blogger yang ikut trip yang ditaja oleh firma guaman khas Kelab Blogger Ben Ashaari ni selamat tiba di Bukit Gambang Resort seperti yang dirancangkan.. Sayangnya , ramai tak dapat ikut sebab ada hal peribadi. Tiada paksaan.. hehehe ..




Alhamdulillah.. trip ni berjaya segarkan minda rakan rakan blogger dan menambahkan lagi semangat persahabatan di antara kami semua.
Terima kasih #kelabbloggerbenashaari , Nett dan Wan Roslina. Kalau ada yang teringin nak gunakan khidmat guaman , leh tanya aku.. InshaAllah..
“ Byeeee..”.
Ramah pulak Qhaliff ni. Ni bukan perangai aku. Perangai mak dia pun bukan.. Perangai ramah dia ni mmg tak tau dari mana. Dengan mana mana budak pun dia leh masuk dalam tempoh seminit ! Sejak je dia approach budak tu main sama .. melainkan budak tu tak nak la ! Confirm dia datang mengadu kat aku dan tak nak main dah dengan budak tu.. Kena marah la tuu.. haaha.. Biar dia belajar..
Bila aku berbual dengan orang , dia akan tiru.. Berbual sama la kononnya ! Pastu.. dia senyum dan babai orang tuuu .. Iskh iskh… Ada orang kata bila budak ramah gini , bahaya ! Mudah ikut orang tak dikenali.. Hurmm ..

Hurm.. sesekali aku suka ‘tinggalkan’… Nak tengok respon dia .. Apakah dia menangis atau dia gi mencari ! Yer , dia mencari dan bila dia akan senyum sampai ke telinga sambil hela nafas panjang ! Lega laaa tuu.. Penakot gak rupanyaaa ! Sesekali kena ajar gitu untuk kita tau apa dia akan buat bila dia keseorangan ..
Harapnya nanti besar … jangan kuat tegur awek dah laa.. Jenuh daddy nanti !