Di Osaka , Jepun ketika ini..
Hurmm…. Cerahnya langit ! Tengok matahari terbenam… SubhanAllah ! Cantiknyaaa…
Manakala di Malaysia ? Kita sendiri yang merosakkan apa yang dah diberikanNya ! Maka.. tengok je la asap.. dah jadi musim dah setiap tahun !
Di Osaka , Jepun ketika ini..
Hurmm…. Cerahnya langit ! Tengok matahari terbenam… SubhanAllah ! Cantiknyaaa…
Manakala di Malaysia ? Kita sendiri yang merosakkan apa yang dah diberikanNya ! Maka.. tengok je la asap.. dah jadi musim dah setiap tahun !
Dalam kapal terbang.. 6 setengah jam perjalanan yang .. Hurm.. Apa aku nak buat eh ? Tidur ? Mata belum mengantuk… Kapal terbang sedang mengharungi jerubu di luar sana.. Bergoyang goyang aku dibuatnya. Tetiba terfikir.. andai ini penghujungnya ? Arghhhhh !
Terus aku capai telefon pintar aku.. Bukak album dan tengok video permata hati aku ni ! Aduhhhh.. Rindu mencengkam jiwa ! ARghhh.. PAsni aku tak nak g travel tanpa mereka dahhhh ! No ! No ! No !!
Aku tutup album gambar dan pasang Al-Quran.. Terus tenang hati aku.. Redha dan harungi saja hari mendatang..
Nasib baik ada Facebook Messanger ! Leh layan video call.. huhu..
Kali pertama aku singgah makan sini , pada tahun 2012. Masih ada entri tu lagi dan dari situlah segalanya bermula ! Entri aku bertajuk UMMIZA CAFE – Masakan Melayu Oriental berada di page utama dan memberi kesan positif pada restorannya.
Dan kali ni aku kembali membawa rakan rakan blogger bersama aku untuk berkongsi rasa mengapa UMMIZA CAFE menjadi pilihan aku sekeluarga terutamanya ketika bersarapan pagi dan makan tengahari !
Terus terang kalau aku makan tengahari di sini , aku akan tergaru garu kepala untuk memilih lauk pauk. Segalanya menyelerakan. Dan rakan-rakan blogger bersetuju dengan apa yang aku katakan pada mereka setelah menjejaki kaki di sini ..
Dan.. mereka teruja melihat hidangan yang disediakan !
Kalau tak nak makan nasi , ada kuih muih..
Menyelerakan , bukan ? Aku tahu dah… hehehe .. Antara menu yang ada di sini ialah ayam masak merah , ayam kicap berlada , ayam masak lemak cili api , ikan kembung berlada , ikan keli berlada , asam pedas ikan , udang sambal petai , sup cendawan , gulai ayam kampung kentang , gulai rebung , gulai pucuk ubi , kari daging campur kentang , gulai siput sedut , dan macam macam lagi masakan kampung.
Tapi kalau nak datang makan tengahari di sini , masakannya bukan semua ada la.. ikut hari ! Melainkan nak buat tempahan masakan yang tidak melebihi 300 orang , semua menu disebutkan boleh dibuat. Contohnya untuk majlis harijadi , ulangtahun , makan keluarga atau majlis majlis di pejabat..
Aku memang suka datang sini sebab… BERSIH ! SEDAP ! Dan mereka peramah ! Qhaliff kalau datang sini , confirm rileks.. hahaha ..
Makan time ! Hehehee..
Dan selepas perut kenyang.. aktiviti diteruskan dengan berkaraoke dan .. seperti biasa laa.. selfie ! Jerebu tidak menghalang kami dari bertemu dan bergembira di UMMIZA CAFE ! TERBAIKKKK !
Untuk tempahan , boleh hubungi :
Puan Nor - 019 6682069 | Ain – 011 10602569
Alamat : NO 229, Batu 29 Kampung Jenderam , Hulu Sepang.
Instagram : UMMIZACAFE
Setiap kali travel , perut buncit ! Makan banyak tapi part lawas tu masalah ! Kekadang sebab masuk angin gara gara tempat baru pon leh kata yer gak.. Tu macam perut aku dan bapak aku ! Asal gi tempat baru , mesti kembung punya.. Haaaa..
Maka… setelah dua kali punya pengalaman , kali ni aku bersedia !
Minyak Pati Batook Ori ni dah kena ada dalam beg ! Kalau mabuk pon leh sapu kat kepala.. kasi lega ! Dan kembung pon , inshaAllah.. Aku memang selalu simpan stok dan kasi kat kawan kawan bila diorang diserang kembung perut atau sakit dada.. Hurmm..
Dan untuk lawaskan perut.. Kali ni aku bawak sama Elite S7 HYBRID FAT BURNER !
Setakat ni , aku belum boroi walaupun dah lebih 1 tahun tak ke gym ! Tunggu Zahra besar skit baru leh ke gym semula..hehehe.. Ini bermakna produk yang aku minum setiap pagi dan malam ni berkesan untuk aku dari mengelakkan masalah seluar sendat.. hehehee…
Dan ada lagi satu lagi produk aku bawa bersama ke Jepun kali ni.. Nanti aku up di Facebook aku eh..hehehe..
InshaAllah.. Jumpa di Osaka esok malam ! Doakan agar segalanya dipermudahkan.. walaupun mood dah ke laut !
Yang sorang kaki melawa ! Dah pandai pilih baju sendiri.. Tak kasi kacau rambut dia ! Dan berposing depan kamera !
Hurm… bapak pon tak pernah posing gini ! Asyik berdiri tegak jer.. Adehh…
Dan.. yang ni pantang dengar lagu ! Aku pun tak tau la mana dia belajar menari hanya dengan gerakkan bahu.. ( Wife pandang aku.. ) .. Iskhhh…