BEN ASHAARI



 

Perancangan awal hari ni nak ke Taman Wetland di Putrajaya. Nak g tengok aquarium yang viral di Facebook kebelakangan ni..Tapi bila sampai situ , kereta bersepah ! Parking sampai terlajak laris ..  Aku tanya wife aku.. camana ? Dia suh aku datang je nanti ngan Qhaliff . Waktu orang kerja ! Hehehehe…

Dan terus ke IOI MALL Putrajaya sebab dah dekat. 7 minit dari situ. Pon sama gak.. Penuh orang tapi parking banyak lagi kosong.. Bila penuh gini , aku tak suka sebab aku guna stroller untuk anak aku. Sorang dukung sorang dalam stroller.

Kenapa aku tak suka ??? Di IOI Mall , mereka yang guna stroller kena guna lif ! Tak boleh guna ekslator ! Tak seperti di Alamanda . Ada ekslator yang mesra stroller mahupun troli ! Sebab tu I LOVE ALAMANDA ! Cuma di Alamanda aku benci part mereka yang suka parking kat tepi jalan ! Tu yang nak g tengok wayang tuuu.. Malas nak parking di tempat yang sepatutnya. Nak jimat tapi tengok wayang ! Aparaaa.. Beli dvd pirate la kalau nak jimat !

Ok… Sambung.. Kenapa tak leh guna ekslator ??

image

Nak tak nak , kena guna gak lif ! Dan di lif pulak , ada isu lain ! Isu ramai manusia yang tak tau mana satu yang patut didahulukan !

image

image

Yang dok menunggu lif ni , kebanyakkan orang muda.. yang bujang., yang sedang asyik bercinta.. Yang guna stroller ni , jangan cakap la.. Ramai laaa ! Dah kami tak leh guna ekslator.. Nak tak nak kena guna lif ! Terpaksa berebut dengan insan insan yang sihat sejahtera ni !

Bayangkan aku dok dukung Zahra dan kekadang tukar dengan Qhaliff yang dah kepenatan dan mengantuk ! Sambil tunggu lif ! Lama okkkk ! Bukan seminit dua . Lebih 15 minit la jugakkk ..

Ikut hati aku.. nak je aku sound  kat situ tapi memikirkan rakyat Malaysia ni dah semakin payah nak ditegur , maka aku plan nak maki hamun dalam entri aku ni tapi sabar.. Ramai baca ni ! Bawak bawak tahan mulut ! Serius aku pelik laaa .. Majoriti yang guna lif tu adalah bangsa yang dikatakan penuh dengan budi pekerti ! Ada yang bagus , tapi jumlahnya dah boleh dikategorikan dah nak pupus !

Yang aku sakit mata ni , spesis yang berkapel dan berebut jugak guna lif ! Kalau aku laaaa.. baik guna ekslator ! Baru best jenjalan ! Ingat ingat la .. korang pn akan kawin dan akan ada anak.. Fikir la skit yer !

Aku rasa.. aku tak nak g dah IOI Mall Putrajaya. SERIK ! Teringat aku naik lif di Jepun baru baru ni.. Yang tua diutamakan.. Hurmm.. Di Malaysia , lantak laaaa.. Janji aku lepas ! Bukan semua.. tapi segelintir je yang ingat orang lain !

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Sebelum aku menjejakkan kaki ke Osaka , baru baru ni .. ‘Osaka’ dah lama wujud dalam diari kehidupan aku. Aku punya baju OSAKA 06.. Qhaliff dan Zahra juga ada.. Entah kenapa , aku suka dengan OSAKA.. Dan ditakdirkan , aku sampai jugak ke sana ! Rezeki..

Dan baru baru ni , aku balik Kelantan.. merayau kat Wakaf Che Yeh , ternampak sehelai baju yang cukup menarik ! Baju ni aku tak jumpa kat Osaka tapi kat Kelantan ! Hahahaha..

image

Pakai baju ni dan ke Alamanda Putrajaya.. Dan di situ , ditakdirkan sekali lagi… terjumpa dengan OSAKA !

image

Dan masuk ! Tengok barangan yang dijual , segalanya berharga RM5.30 ! Gulp… sememangnya ada barangan yang aku nampak di Osaka , dijual di sini ! Dan harganya memang murah berbanding di sana .. Hurmm..

image

image

Jumpa jugak satu barang ni.. lama dah aku carik. Kalau kat Low Yatt , harga mau berpuluh ringgit gak tapi kat sini.. baru RM5.30 ! Huhuhuh… Rembat selalu !

Masa tak mengizinkan nak mencari lagi.. nak g makan.. Dan akan kembali di waktu orang tak ramai iaitu hari kerja ! Lalalalaa…

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Kul berapa Qhaliff tidur semalam ? “. Tanya wife sambil menjeling kat Qhaliff yang tidur berhampiran dengan aku , di sofa !

Dah jadi tabiat sekarang , kami berdua tidur di atas sofa.. mengadap television. Aku , terpaksa tidur luar sebab buat kerja dan kalau semua pakat tidur beramai ramai , memang tak tidur jawabya ! Zahra akan kekal aktif kalau abang dia ada ..

Nak jawab apa eh.. Hurmm…

“ Awal gak la… Dalam kul 3 gitu… Tertidur sendiri.. “ . Jawab aku. Dan wife start membebel. Aku faham.. Tapi nak wat camana.. Qhaliff takkan nak masuk dalam bilik punya selagi aku ada di luar dan kalau aku masuk pon , dia tak nak ! Dia nak tidur kat luar. Nak layan tv dulu sebelum tidur.. dan Youtube ! Hurmm..

Aku bagi cadangan.. Sebelum tidur , kita baca buku beramai ramai. Maka kelmarin , wife pun beli la buku.. Beratus la jugak katanya..

image

Apakah berhasil ?? Semalam , Qhaliff tidur ngan aku lagi ! Di sisi aku. Tengok tv sampai terlena ..

Hurm…. Kena ubah tabiat ni sebelum dia besar ! Tak bagus !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Lama dah aku tunggu ! Fuh.. sememangnya , aku kembali berjaya menjimatkan beratus ringgit ! Kalau tak , setiap dua hari aku pasti akan reload RM50 ! Qhaliff akan abiskan semua kuota internet aku semata mata untuk layan Youtube jer !

Tapi sejak Magic Sim diperkenalkan oleh Celcom.. Fuhhh ! Internet tanpa had bermula jam 1 pagi hingga 7 pagi ! Ok la kan ? Sapa nak bagi ??? Hahahah ..

image

Siang sekarang jarang dia nak main handphone sebab dok bizi sakat adik dia. Malam baru keboringan… Suh tidur , tak nak.. nak teman daddy buat work ..

image

Tidur lewat.. tapi bangun awal.. ok la tu ? Takde la lewat sangat pon bangun tapi tetap tak bagus untuk dia yang masih kecik ! Hurm.. camana eh.. Aku lak , tengah malam baru leh buat kerja.. Time gini la baru aku berpeluang nak buat kerja aku.. Hurmm..

Owh.. berbalik pada Magic Sim tu.. sila dapatkan di premis Celcom.. Diaorang ada  jual dan dapatkan infomasi bagaimana nak menggunakan Internet Burung Hantu ni.. Unlimited ok ! Download lah apa pun dengan segera ! Sebelum jam 7 pagi menjelma.. lalalalaa..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Senang sebenarnya tapi tak jumpa kat mana letakkany software tu dalam Sony Xperia Z3 aku.. Aku cari Miracast ! Hehehehe.. Nak tengok movie terus kat tv ! Tak perlu dah layan kat handphone..

Boleh ke ? Apa lak tak bolehnyaaa.. Sebab tu pentingnya ilmu bab telefon pintar yang mahal mahal ni.. Sebab ada banyak kelebihan ! Bukan sekadar untuk layan Whatsapp jer !

image

Aku tak perlu dah nak beli dvd pirate atau Qhaliff layan youtube.. aku pasang ke kat tv dan dia senyap terus.. hehehee… Sonang dah keje aku.. aku leh sambung update blog di jam 1 pagi ! Huhu..

Dan tau tau.. dia lena dahhhh… Daddy leh layan lak pastu.. lalalala..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes