BEN ASHAARI



 
AFIQ HALIQ.. kalau aku ni awek cun cam Amira Othman , aku leh jatuh cinta kat mamat ni ! Dia kira Anuar Zain versi blogger la bagi aku. Tapi dia punya lemah lembut bukan gay yer ! Dia normal dan berbudi bahasa gitu.. Kalau teater melayu klasik perlukan pelakon , dia layak sangat !
Banyak idea mamat ni.. ada je menda yang bermain di kepala dia cuma terbatas nak laksanakan.. Hurm.. tak pe , inshaAllah akan terlaksana juga nanti ! Tunggu masa jer dan aku akan support selagi terdaya..
Jom baca pasal mamat hensem ni ..
_________________________________________________________
Fuhhhhh. Berpeluh juga apabila terbaca yang Ben Ashaari beri peluang untuk berada dalam blog beliau. Terketar nak tulis nama seperti mana buat pertama kali Fiqqq bagi nama untuk join Kelab Blogger Ben Ashaari. Ingat senang ke? Jadi, Fiqqq tidak boleh lepaskan peluang yang mungkin datang hanya sekali. Kan ... kan ... kan ???
Lebih biasa bahasakan diri sebagai Fiqqq sebab nama penuh pun Afiq. Memang sudah terbiasa. Lebih suka sebut nama penuh. Sebab nama yang baik adalah doa yang baik-baik. Betul tak? Hahaha. Tiada apa kelebihan yang Fiqqq ada memandangkan masih baru dalam penulisan blog. Tulisan pun masih banyak perlu Fiqqq perbaiki.
Kalau pernah singgah di www.afiqhalid.com, Fiqqq banyak kongsikan tempat makan yang sedap, murah dan seronok untuk lepak dengan keluarga ataupun kawan-kawan. Ada juga Fiqqq borak berkenaan rutin harian, lokasi percutian dan sebagainya. Cuma, Fiqqq lebih kepada makanan. Mungkin sebab suka makan. Hahaha.
 
Fiqqq & KBBA9
Pernah ditanya sebelum masuk dalam KBBA, cita-cita sebagai seorang blogger. Hahaha. Mestilah Fiqqq ingin jadi penulis yang berpengaruh dalam memberi pendapat, ulasan dan sebagainya. Dalam masa yang sama, belajar untuk perbaiki penulisan. Biar kelihatan santai tapi beri maksud yang 'power'. Huhuhu. Untuk capai ke tahap itu, Fiqqq perlu ada tahap daya pemikiran yang 'wow'. Betul tak? Bukan mudah untuk meyakinkan orang yang tidak kita kenal dengan penulisan.
Seronok berada dalam keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari. Banyak perkara yang Fiqqq belajar. Pelbagai aspek. Memang kena dengan tagline Bukan Sekadar Blogger. Ada kalanya rasa diri ini tidak layak untuk berdiri bersama mereka. Sebab Fiqqq tahu tahap keupayaan diri. Lebih kurang 'my strenght is I know my weaknesses. My weaknesses is I don't even know my strenght'. Gitu lah. Hahaha.
 
Tapikan ... Kalau Fiqqq tidak cuba. Mana tahukan? Biar perlahan tapi jangan berhenti. Permulaan memang akan makan masa. Buat itu dan buat ini. Belajar itu dan belajar ini. Sedangkan kita waktu kecilpun jatuh berkali-kali waktu belajar untuk berdiri. Kalau kita tetap duduk maka situ je lah tempatnya. Hahaha.
Paling risau kalau diberi peluang untuk pergi buat review. Serius. Risau mampu atau tidak untuk beri yang terbaik. Haaaaa. Apa-apa pun, andai diberi tugasan untuk membuat review, Fiqqq pergi sebagai blogger. Andai pergi jalan-jalan, Fiqqq pergi sebagai saudara. Andai ada yang memerlukan bantuan, Fiqqq cuba bantu sebagai ahli keluarga.
Fiqqq juga meletakkan satu benchmark untuk jadi seperti Ben Ashaari yang boleh menulisan dengan santai dan bersahaja tapi memberi impak yang besar. Ingin juga jadi seperti Bamhoq dalam Explorasa dalam mengulas setiap makanan yang mampu mengiurkan pembaca. Dapat mengambil gambar yang superb seperti Razzwey. Dan ... dan ... dan teringin juga untuk terbang jauh seperti Faizal Fredley dalam berkongsi pengalaman mengembara merentasi benua. Tinggikan cita-cita? Tapi tidak salahkan? Kita mula daripada sekarang mana tahu akan datang peluang itu datang. Huhuhu.
Terima kasih Abg Ben kerana beri peluang. Lepas ini, cuba rajinkan diri untuk update entry. Cuba jugalah untuk buat hari-hari. Hahahaha.
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

image
Poyo ? Orang lain pon gi pernah gi Phuket tapi tak la ‘bising’ cam.. kitorang kan ? Hehehehe.. Yer , memang.. ramai je orang pernah g Phuket.. tapi masalahnya apa yang kitorang buat kat sini , adalah berbeza sangat ! Kitorang datang sini ‘berehat sambil mengubah kehidupan’ kitorang ! Haaa…
Ini adalah trip travel antarabangsa #KembaraKBBA9 yang pertama. 4 blogger terlibat termasuk aku. Mereka ialah Sohoque , Shiqeen Sattar dan Ayue.
image
Sapa sangka kan ? Aku memang berazam lama dah nak dapatkan trip travel berkumpulan begini.. Dan akhirnya  tercapai ! Alhamdulillah. Dan menariknya , kitorang bukan sekadar travel tetapi mempelajari sesuatu yang lama dah aku nak buat ! Menjaga pemakanan dan melakukan senaman yang betul. Hanya untuk mengekalkan kesihatan serta tubuh badan yang muda.. dan yang penting , tiada lagi tekanan !
Tapi bukan mudah woo.. Cabaran dia memang gempak laa ! Hahahaha.. Aku pernah buat dulu.. mampu tahan seminggu jer ! Tu pon curik curik makan nasi atau daging ayam ! Yang ni , sayur semata mata !
image
Kitorang di The LifeCo Phuket. Kalau rasa nak punya badan yang sihat , sila ikuti perkembangan seterusnya aku dan rakan rakan blogger di Facebook , Instagram dan blog !
Badan ringan n sedap jer makan sayur. Sendawa pon wangi ! Hahahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Jap lagi nak gi Phuket. Cuaca kat sana , tak menentu seperti di Malaysia ketika ni.. rasa aku. Di usia begini , penjagaan kulit amatlah penting buat aku. Setiap inci kulit perlu dibelai sebelum kita kehilangannya !! Kang dah buruk , baru sibuk nak jaga.. haa !

Aku kena dah banyak kali. Travel tak bawak set penjagaan kulit seperti pencuci muka , pelembab siku , tumit.. pastu takda  pelindung dari cahaya matahari ! Aduh… abis terbakar kulit muka aku !

image 

Pastu bila banyak berjalan.. kaki lenguh ! Bahu pon lenguh sebab dok pikul beg yang berat ! Kalau muda lagi , mungkin ok laa.. kalau dah berusia ? Cam… awak  ! Haaa.. Aku yang gi gym ni pon leh terasa sengal woooo.. Nasib baik ada Deep Heat Lotion. Memang bagus losyen ni.. Aku tidur malam , satu kat leher.. kalau seharian stress , inshaAllah akan longgar balik urat urat leher. Bangun tidur , inshaAllah rasa sedap sangat !

Nak gak ? Gi beli kat www.cosmoderm.com.my. Pilih je mana mana produk yang korang nak. Memang aku amat syorkan laa.. Kena pulak produk ni memang dah dipercayai ramai. Bukan baru buat semalam.. Berbalas tahun dah wooo !

image

Sebarang pertanyaan , jangan tanya aku.. hehehe.. Sila telefon Careline di 1700 815 495 ( Call on Mon - Fri : 10am – 5pm ).

Nanti aku cerita lagi kebagusan Deep Heat Lotion tu ! Bagus woo !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

Video diambil ketika wife dan mak mertua ke klinik untuk cucuk Aariz. Sebulan punya cucuk… huhuhuh..

Aku bawak diorang lepak kat Mcdonalds Kok Lanas selepas basuh kereta. Kat klinik kerajaan , ramai sangat orang. Ambik hampir 3 jam gak la nak sampai turn. Dan aku lak dok tengok jam jer. Nak kena gi airport lepas solat Zuhur. Huhuhu..

Budak budak ni tak tau yang diorang bakal ditinggalkan selama beberapa hari. Sedih aku sebenarnya tapi apa nak buat.. Dah kerja ! hurmm..

image

Dalam kapal terbang , terasa rindu dah kat diorang. Kalau ikut hati aku , nak je aku kensel gi ! Huhuhu.. Tak sampai hati nak tinggalkan diorang. Kecik lagi gitu.. Zahra lak , dok mesra pelik je ngan aku. Seolah nak berebut kasih sayang ngan Aariz ! Hahahaha.

Sampai rumah mak aku.. aku call wife.. video call. Wife bagitau yang dia panggil Zahra untuk bercakap dengan aku.. tau apa dia jawab ?

“ Taaaaknakkkkk.. “.

Huhuh.. daddy cedeyyy.. huwaaa !!! Bawa diri ke Phuket esok. Gitulah perasaan seorang ayah. Nak tinggalkan anak anaknya kerana kerja , berat sungguh hati. Anak anak lak , tak sabar nak tinggalkan si ayah dan keluar bergumbira dengan kawan kawan.. Huhuh..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Giliran akak comel ni lak.. Apa yang aku nak komen pasal akak ni eh ? Selain dari aku dapat tahu yang bapak dia ialah cikgu sekolah menengah aku dulu , blogger Nina ni seorang yang boleh dikatakan gila gila gak la ! Jenis suka menyahut cabaran. Kecik bukan sebarang kecik ok !

Pendapat aku mengenai Nina Mirza ni satu jer.. Aku kagum dengan semangat dia ! Kalau dia anak dara lagi , aku rasa memang dia akan pergi lebih jauh dari sekarang ni. Keutamaan dia ialah keluarganya ! Namun tu bukanlah satu alasan untuk pergi lebih jauh .. kan ?

Ok.. jom baca pasal dia ..

_________________________________________________________

As’salamualaikum dan Salam Sejahtera… Yeay Yeayyy…!! Teruja dan seronok giler Nina bila diberi peluang untuk interframe kat sini. Giler tak seronok?? Blog BEN ASHAARI tuu…!! Beliau kan punya ramai, ya sangat ramai pembaca setia yang akan baca blog dia setiap hari. Blog Nina Mirza? Hurmm… Krikk krikk… Ongg ongg… siap ada bunyi katak panggil hujan! Sedey kann.. Huhuhu..

Sebab korang tak kenal maka hari ni korang berpeluang 'ter'paksa untuk mengenali Nina Mirza. Sila baca sampai habis ehh… hehe

Siapa Nina Mirza

Pada asalnya Nina adalah blogger masakan yang syok sendiri (sedar diri tak dak sapa baca blog sendu kita) hehee.. Lain laaa kalau Che Mat Gebu jiran Ben yang sangat misteri tuu… Blog masak-masak paling mendidih! Hot femes!

Pada mulanya Nina dok tulis resepi yang konon nya untuk rujukan sendiri kemudian hari. Bak kata lirik lagu Ramli Sarip “Aku menulis bukan kerna nama… “Chewah! jiwang laa plak...

Nina Mirza seorang isteri dan ibu buat 5 anugerah terindah. Tak punya kerjaya yang hebat-hebat macam orang lain, hanya seorang surirumah dan homemade bakers. Ppsstt >>> sila lah order kek ngan kita. Sempat promote! Bijak kann…?? Hehee.. **Rugi laaa kalau tak kasitau**

Nina Mirza

Nina Mirza dan #KBBA9

Alkisahnya sekitar Mac 2015, Nina dipelawa join #KBBA9 sejak terserempak ngan Ben Ashaari yang badan ketak-ketak sado kat PD tahun lepas. Aduh… Seronok giler ! Rasa macam nak jerit sambil lompat-lompat sebab teruja sangat! Tapi …. Masa tu depan Aben, cover beb! Huru haru kalau dia nampak, mau tetiba dia kata “Ehh.. Aku gurau jer”. Acaner?? Padan muka sendiri. Hahaa…

Nina punya seronok dapat join #KBBA9 tak terluah dengan kata-kata. Sebab tu tak de entry. Hehe… Masa tu rasa macam dalam mimpi jer. Oh indahnya... hehe.. Ni nak kasitau, dulu kan bila Nina nampak Che Mat Gebu post logo KBBA, Nina pun sama share post logo KBBA kat facebook. Masa tuu verangan kengkonon Nina pun member KBBA. tak malu kannn…terhegeh-hengeh! Hahaa . .

Bila dah rasmi join KBBA depa cakap boleh letak logo KBBA kat banner blog. Alamak…!! Masalah besar ni.. Nina ni buta IT. Acaner ni? Nina tak tahu langsung nak edit layout blog. Nina hanya tau tulis resepi, buh gambar masakan pastu publish! Huhuhuu…

Pastu kann… terharu rasa nak nangis tergolek-golek ala hindustan sebab member KBBA banyak membantu perihal blog. Melalui derang lah Nina banyak… Ya, banyakkkk sangat belajar tentang blog. Nina dah tau GA, SEO. Korang tau SEO? Tak tau sila google atau lagi bagus sila pi kelas Abam Sohoque yaa.. BamHoq, nak komisen hahaa..

Dulu kan, blog Nina ala-ala rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan (dok kongsi resepi aje, bosan) dan kini kat blog Nina macam-macam ado! Sejak join #KBBA9, Nina dah mula reti berkongsi cerita selain resepi. Bak kata Aben "cerita aje apa saja". Nina cerita tentang diri sendiri, pengalaman mengandung bersalin, tentang tips kewanitaan, tentang kecantikan, tentang parenting, review produk, food review, tempat cuti-cuti sekolah yang menarik, dan macam-macam lagi laaa…. Banyak kan?? Bagus tau blog Nina! *Bukan perasan tapi ini fakta* Korang harus follow dan baca blog Nina setiap hari gak ehh… :)

Senang citer sekarang Nina dah jadi Lifestyle Blogger. Semakin banyak celoteh Nina. Chef Wan pun kalah! Bak kata Ben, menulis lah dari hati. Tu yang dulu tulis resepi aje sekarang dah macam mak nenek membebel gamaknya… #KBBA9 lah puncanya! Sendiri tulis salah kan orang lain lak. Hahaa… Ok poyo! *Buruknya lah perangai Nina*

1st-time-jumpa-ben-ashaari-kat-pd

Selain dari ilmu, dalam #KBBA9 jugak laa Nina kenali erti persahabatan. #KBBA9 dah macam keluarga. Mereka bukan saja kawan di alam maya tapi mereka lah yang banyak memberi sokongan dalam pelbagai perkara. Sebelum ni, Nina sengsorang jer tak de kawan blog. Kengkawan realiti ker, family ker… tak de sorang pun yang ada blog. Tapi sekarang Nina dah ada kawan blogger. Yeayy..!!

Paling terkesan dihati Nina semasa Family Day KBBA tahun lalu. Walaupun hampir kesemuanya tak pernah jumpa dan saling mengenali secara dekat tapi kami serasi! Tak de perbezaan tua muda sapa yang tua tuu, pangkat darjat, kaya miskin, senior junior, femes atau kismis.. Semuanya sama saja. Termasuk lah founder #KBBA9 sendiri iatu Ben. Sporting sungguh! Family day office jangan harap laaa…, bos tetap bos! Eerkk…. Nasib baik sekarang dah tak keje. Hehee….

Mereka adalah cikgu dan sahabat terbaik! Mereka pendengar setia, ok bohong! Tak dengar tapi pembaca setia. Keluh resah, dugaan, permasalahan, kesusahan dikongsi bersama. Saling bantu membantu, memberi kata semangat! Sesuai ngan tagline #KBBA9 - Bukan Sekadar Blogger. Terbaik lah! Nina hargai sangat persahabatan ini… Sapa kopek bawang ni… Eh! Tetiba lak..

#KBBA9 jugak laa punca Nina semakin gigih berusaha update blog selalu walaupun hakikatnya bukan mudah nak update blog pakai semakphone usang jenama .. teettt. Mana boleh cakap, rahsia! hehe.. Korang tau tak, gambar-gambar dalam blog Nina pun semuanya dari hp ‘teett’ ni dan Nina harus tabah korbankan masa untuk edit gambar dulu baru upload. Supaya tampak cantik macam orang lain.

Hurmm... Kan best kalau ada camera macam Ben. Snap gambar aje terus upload. Tak payah edit dah sedia cantik! Pastu kan, hp ‘teettt’ Nina yang murah ni tak leh buka email yang ada dokumen sebab tak support. Murah lah katakan... Kena pegi CC lah jawabnya. Kesian kita kann…. Tak de laptop atau tab canggih, tak de camera… uhuk uhukkk… **ada sesapa nak sponsor Nina tak? ** hehe.. Jeles ooo tengok Ben dapat smart phone, dapat pegi overseas dan macam-macam lagi... Nina pun nak merasa gak!

Untuk Ben, Terima kasih banyak dan Insya-Allah… Selagi termampu Nina akan terus setia bersama #KBBA9.

Ppssttt >>> sebab Nina blogger masakan dan rajin buat kek… (perasan tak sudah). Ada tak sesapa nak sponsor tuk Nina oven besar ke, mixer besar ke, dapur ke, kitchen cabinet ker, periuk noxa ker… Eerkk… Lawan tokey nampak!Ini sudah lebey Hahaha..

Ok laa… sebelum lagi banyak senarai impian Nina tercatat, baik Nina undur diri… Bertemu lagi kita kat blog Nina lak ehh… Meh singgah bertapa kat ninamirza.com. Tak habis lagi , meh follow Instagram instagram.com/nina.mirza. Facebook lak kat facebook.com/NinaAzerin

Ok laa… (berapa kali mau ok daaa…) Ok, ini last ... Salam perkenalan ikhlas dari Nina buat pembaca setia BEN ASHAARI.

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes