BEN ASHAARI



 

Tak banyak stok kali ni. Wife tak sempat nak buat stok banyak banyak sebab ketidaktentuan masa dan juga kesibukan di pejabat namun dia berusaha juga mendapatkan stok untuk setiap hari.

Sehari , Aariz akan abiskan 5 botol susu di sebelah siang. Malam , dia menyusu direct jer. Masa aku jaga je dia menyusu menerusi botol.

image

Dan seperti yang djangka , akhirnya stok abis pada hari ni ! Wife pesan , kalau stok abis.. dia suruh aku gi amik kat pejabat atau dia akan hantar ke rumah..

Tengok jam.. kul 3 petang. Qhaliff abis kelas jam 4 petang. Ok la.. aku leh amik dia sekali ! Terus siapkan budak budak. Risau Aariz menjerit dalam kereta nanti. Huhuh.. Harapnya tidak la… Bukan apa.. kalau Aariz menjerit , fuhh… aku tak keruan. Budak nangis leh sampai tahap kena sawan wooo.. orang kata laaaa !

Maka bergegas la aku dari Sepang ke Putrajaya semata mata untuk bagi Aariz susu ibu ! Bagus tak aku ? Hahahaha. Dan berjaya jugak Aariz buat aku kelam kabut ! Huhhh..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ok.. malam ni nak layan HIJAU jer ! Siang tadi , ke Jaya Grocers di KLIA2. Kat sana banyak sayur organik selain di Cyberjaya. Lupa pulak aku nama mall tu.. heee.. Seminggu sekali layan GREEN ! Nak cuci usus la katakan.. hahaha..

Kos pembelian.. RM100++ ! Adehh ,bankrupt gini tapi mengenangkan usus , limpa , buah pinggang serta hati yang nilainya jauh lebih mahal.. ku telan jua !

image

Lepas gym tadi.. aku buat jus ni ! Dan.. gulp ! Adehhh.. terlalu banyak campuran tapi epal hijau tak banyak. Kalau epal hijau tu buh banyak . mmg aku leh harung sekali gus !

Wife yang dalam bilik pun leh terbau sayur tu ! Tak mau dia telan ! Terpaksa letak buah delima dan sebijik lagi epal hijau.. Baru la leh telan skit !

Bukan senang nak jaga kesihatan. Hahahah.. Last last , order Shaklee je la.. Tapi jus hijau ni aku minum gak ! Sebulan sekali je la.. hehehe..

image

Oh , aku order Shaklee ni kat Cikgu Nizam yang juga blogger #KBBA9. Aku beli kat dia jer.. Senang citer !

Kalau nak tau lebih lanjut pasal produk ni , leh whatsapp Cikgu Nizam di 013 976 1627 ! Tanya la puas puas yer. Dah tua tua ni , kena la jaga kesihatan. Dan yang muda tu , jangan amik remeh pasal kesihatan lak eh..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

Aku terima satu email dari seorang rakan pembaca yang inginkan kisahnya disiarkan di blog. Semoga beliau tabah meneruskan kehidupan ini. Dan kisahnya memberikan kita pengajaran yang amat berguna. Menurutnya isterinya suka baca blog benashaari.com ini. Terima kasih saya ucapkan. Moga bekas isterinya dapat menyelami luahan hatinya.

“Assalamualaikum,

Tujuan saya menceritakan tentang diri saya ini tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin berkongsi cerita dengan pembaca semua agar ianya diambil dijadikan ikhtibar dan pengajaran.

Nama saya Hadi, usia saya kini 33 tahun, saya merupakan duda beranak dua, setelah menduda 2 tahun baru saya sedar saya telah melakukan banyak kesilapan di dalam rumahtangga kami dahulu sehinggakan ianya musnah sebaik sahaja menjangkau 5 tahun perkongsian hidup kami. Selama ini saya betul2 tidak kisahkannya, bagi saya apa yg berakhir itu sudah berlalu, saya bebas tanpa komitmen. Kisahnya begini...

9 tahun yang lepas saya telah mengahwini seorang gadis yg bernama Rina, dikenali melalui myspace, ketika itu myspace sgt popular, pertemuan pertama kami telah menimbulkan bibit2 cinta, 3bulan saya mengenali Rina tanpa membuang masa saya terus mengajaknya berkahwin, dia bersetuju dgn lamaran saya, oh ya .. saya merupakan seorang pegawai dlm badan beruniform begitu juga dgn Rina. Saya sgt mencintai gadis yg saya kahwini itu dan sy juga beranggapan dia miliki perasaan yg sama. Rina seorang yg sgt baik, lembut, cantik, manis, penyayang dan paling penting pandai menjaga maruah diri.

Bagi saya hidup sudah lengkap sesudah berkahhwin, namun sy ni jenis bersosial, saya suka berkawan, saya mempunyai ramai kenalan dan saya mempunyai satu hobi yg saya minati sejak kecil, sy seorang bikers. Memandangkan kewangan saya agak stabil ketika di awal perkahwinan, saya telah membeli sebuah motosikal berkuasa tinggi secara ansuran bulanan, ketika itu usia anak pertama kami baru 6 bulan, isteri saya ada menghalangnya katanya kewangan keluarga masih belum kukuh tetapi biasalah, saya mengherdiknya, saya katakan bahawa saya mampu.. selama ini saya menyediakan keperluan dlm keluarga dgn baik tanpa kurang walau sedikitpun.

Masuk tahun ke dua perkahwinan saya mula mempunyai masalah kewangan, saya ada banyak tanggungan.. ekonomi semakin meningkat, gaji tetap sama, banyak potongan yg saya perlu buat, hutang kereta, hutang motosikal berkuasa tinggi, hutang peribadi dan macam2 lagi, saya mula tidak senang duduk akhirnya saya membuat pinjaman peribadi lagi, isteri saya seperti biasa .. dia tidak bersetuju dgn apa yg sy buat, tidak pernah! Masa saya banyak dihabiskan dgn kerja dan hobi.. isteri saya pula langsung tidak menyokong hobi saya itu, saya tidak menghiraukannya.. isteri saya sudah berkali2 memberi nasihat namun saya memarahinya, bagi saya masanya hanyalah dirumah bersama anak2 setelah habis waktu kerjanya.

Setelah berkahwin, Rina tidak seperti dulu, dari seorang yg periang menjadi murung, bukan lagi seorang yg penyayang, bukan lagi seorang yg lemah lembut, dia sering melawan saya, dia tidak pernah hormatkan saya, balik je rumah dia menyambut saya dgn bebelan, mukanya tiada senyuman, tak pandai berhias bukan setakat kt rumah malah bila keluar, dia sgt selekeh, tidak mcm saya yg sentiasa bergaya, sejujurnya sy pernah curang dgnnya, bagi say pula itu sekadar asam garam dlm berumahtangga, biasalah.. sebelum kawin manja2, dah kawin semua tu hilang. Sy lupa yg isteri sy ini seorang yg bekerjaya .. dia juga punyai rupa yg menarik walaupun selekeh, sebelum berkahwin pun dia ramai peminat. Masuk tahun ke empat perkahwinan, masalah kewangan sy semakin kronik hinggakan sy tidak mampu menyara diri sy sendiri, semuanya isteri yg uruskan. Sy pula terlalu sibuk dgn kerja, kami memang tinggal sebumbung tapi jarang bertemu, anak2 sentiasa mencari sy tapi apakan daya, sy perlu bekerja.. kesibukan kerja menjadi alasan untuk kami keluar bersama2, sesungguhnya sy tdk seperti org lain, sy tdk pernah membawa anak dan isteri sy bercuti utk kami sahaja, sepanjang 5 tahun itu boleh dikira berapa kali kami keluar makan bersama, kalau keluar pun sekejap sgt. Sy lebih suka habiskan masa bersama kawan2 di luar dan pergi ride bersama kawan2. Tiap2 minggu sy wajib hadir TTS, sedangkan sy biarkan isteri sibuk menguruskan anak2 seorang diri di rumah.. YaAllah, malu sy pda diri sendiri kalau dikenang kembali.

Hinggalah masuk tahun ke lima perkahwinan, Rina sudah kurang membebel, dia hanya diam sekiranya sy buat apa2 kesilapan, sy jadi lega.. syukur Alhamdulillah, namun.. Rina telah menfailkan cerai di Mahkamah, sy tak sangka.. betul2 tak menyangka Rina mampu kotakan apa yg dia pernah cakap dulu.. "jangan sampai sy tak rasa apa2, masa tu.. apa yg dibuat hanya utk anak2 je.." sy bersetuju ceraikannya, kami telah berpisah.. ketika itu usia anak kami yg sulung ialah 4 tahun dan anak ke dua kami 1 tahun 6 bulan.

Selepas saya berpisah saya rasa sgt bebas. Tapi jiwa sy kosong, saya mulai merindui bekas isteri saya, selepas bercerai Rina mendapat posting kebajikan, dia dpt bertugas di kampung dan tinggal bersama orang tuanya, kira-kira setahun penceraian dia telah berkahwin dgn seseorang yg sgt sy kenali, mcm mana perkenalannya saya tak pasti, orang itu merupakan rakan sekelas saya sewaktu di sekolah menengah, saya tak sangka, dunia ini sgt kecil.. selepas mereka berkahwin saya semakin terasa kosong.. banyak2 wanita yg saya kenal, ada yg jauh lagi cantik dari Rina namun semuanya tak kekal, mereka tidak bersabar dgn sikap saya, tidak seperti Rina.. walaupun banyak membebel tapi dia sentiasa menyokong saya, dia sentiasa menolong saya, dan dia sentiasa menjaga zuriat saya dgn baik.

Suatu hari saya menghadiri reunion sekolah saya, saya berjumpa Haziq, suami baru kepada Rina.. kami bersembang panjang, dan kami berbicara tentang anak2 dan juga Rina. Mereka nampak gembira dan ceria, saya tidak pernah melihat Rina seceria itu.. dia nampak semakin cantik, mmg jauh bezanya sewaktu menjadi isteri sy, dia sgt lemah lembut, saya lihat dia bergurau dgn Haziq.. sedangkan sepanjang 5 tahun perkahwinan dia tidak pernah begitu dgn saya. Lalu saya tanya Haziq.. mcm mana dgn Rina sekarang?? Katanya Rina seorang isteri yg sgt bagus.. isteri yg taat, penyayang, dia sgt bahagia dgn perkahwinan yg baru mencecah setahun itu. Saya bertanya lagi mcm mana dia membahagikan masa dgn kerjayanya sebagai seorang doktor dan keluarga.. katanya cukup mudah, dia seorang yg sgt sibuk, masa selain kerja hanyalah untuk kekuarga.. kemana2 dia akan bawa keluarga, dia akan mendengar pendapat isterinya walau pendidikan isterinya itu tidak setaraf dengannya. Di rumah dia akan buat kerja bersama sama dgn Rina, bukan mengharapkan rina semata mata, walaupun anak2 itu hanyalah anak tiri namun dia akan menguruskan anak2 itu sekiranya Rina sibuk. Rina kelihatan sgt2 bahagia kini, cantik sgt2... mukanya bersih, mukanya tenang, malah saya lihat Haziq yg banyak melayan kerenah anak2.

Kini, 4 tahun sudah penceraian kami.. sehingga kini saya masih kesal dgn sikap saya.. saya lah punca Rina bersikap begitu dgn saya dulu.. saya baru menyedarinya selepas melihat sendiri layanan Rina kepada Haziq di majlis reunion kami, hari pertama perkahwinan lagi saya sudah mula menengking dia, saya bercakap kasar dgnnya, saya tidak romantik, saya tdk bercakap dgn lemah lembut dgnnya, rupanya dia sudah lama makan hati dgn sikap sambil lewa saya sebab itu sikapnya berubah begitu. Saya lihat ayah saya begitu.. saya lupa yg isteri saya kini berada di zaman moden, dia juga ada rupa dan kerjaya masakan dia mahu menunggu saya ni, ini bukan drama TV3.. selama ini saya menyerahkan 100% tugas pda dia, saya betul2 bodoh kerana melepaskan seorang isteri yg sgt baik dan mampu bertahan 5tahun dengan perangai ini.. kini, saya tiada apa2..  10 tahun saya bekerja namun saya tidak mampu membeli rumah sendiri, sedangkan pendapatan bulanan sy agak besar, ini semua kerana perasaan tamak saya 9 tahun yg lalu, kalau lah saya mendengar nasihat bekas isteri saya dulu pasti kini kami senang dan bahagia.

Rina, abg minta maaf dgn sikap abg sepanjang perkahwinan kita dulu, baru kini abg faham tentang luahan luahan isi hati Rina dulu, abg dah terlewat... semoga Rina bahagia dgn kelurga baru Rina.

Untuk semua pembaca, wanita itu lembut dan rapuh hatinya, kalau kita berkeras dgn dia.. dia akan semakin keras, jika kita berlembut dgnnya, itulah yg sebaik baiknya.. sekiranya isteri dari seorang yg suka membebel tiba2 menjadi diam, berhati hati lah... ketika itu hati dia dh tawar, tak rasa apa2 dah... bentuk lah isteri dari awal perkahwinan lagi, jgn sekali kali meninggikan suara pda isteri, dlm rumah tangga kalau apa2 yg berlaku suami lah yg patut bertanggungjawab, teraplah didikan agama dlm keluarga. Sebab dlm agama sendiri ada sebutkan bagaimana cara utk bersama keluarga. Jangan sesekali tinggalkan keluarga.”

 

Moga bermanfaat buat kita semua.

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Bila si isteri mengandung , maka pelbagai persoalan yang timbul dalam kepala mereka… antaranya , er… Heheheh.. Sensitif nak tulis kat sini kan ? Hahahaha.. ok ok !

Ada banyak jalan penyelesaian. Antaranya , ikut disiplin berpantang dan amik minuman kesihatan tambahan seperti iChantique yang mana aku berikan pada wife selepas dia abis berpantang.

Senyum aku , kan ?

image

image

Apakah kelebihannya ? Khasiat Hebat Produk Jus iChantique (JiC)
SLIM GRIP dikatakan berkhasiat untuk :

● Menguruskan lengan, peha, betis dan runcingkan muka.
● Mengempiskan perut kembali ramping.
● mengetatkan faraj menjadi seperti kembali dara...
● Membantu menyelesaikan masalah kentut vigina
● Menganjalkan payudara dan pinggul
● Membantu masalah kedutan wajah
● Memberi tenaga
● Menghilangkan bau badan
● Membantu meriahkan susu ibu
● Membantu masalah keputihan/keputihan berbau
● Membantu masalah kitaran haid
● Membantu masalah hormon tidak stabil
● Membantu masalah sengugut
● Membantu masalah cyst dan fibroid
● Membantu masalah tumit kaki merekah
● Menghaluskan kulit wajah dan badan
● Menaikkkan seri wajah
● Membantu masalah peranakan bengkak atau kembang
● Membantu mencerahkan kulit
● Membantu masalah pelawasan/Sembelit
● Membantu mencantikkan kuku dan rambut..
● Membantu memudarkan parut lama
● Membantu mengawal nafsu makan
● Melawaskan pembuangan air kecil
● Melawaskan pembuangan angin
● Membantu masalah kahak/batuk/resdung

Sesuai untuk ibu dalam pantang normal atau ceaser. Er , testimoni aku ? Hahahaha.. Korang try laa.. tau la camana.. heeeee..

Untuk pertanyaan lanjut , whatsapp Kak Mala (019 3880 524).

Try laa.. mesti suami senyum punya ! Hahahaha.. Auw…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Setiap saat aku memikirkan. Pengalaman aku mengatakan betapa perlindungan insuran ni penting terutamanya melibatkan kesihatan. Melihat pada apa yang berlaku pada arwah ayah serta wife yang pernah menjalani pembedahan , aku merasakan ianya amat penting.

Cuma , hurmm.. dengan keadaan ekonomi yang semakin mengarukan kepala ni.. sememangnya amat terasa bagi aku. Agen insuran kata memang penting ! Kena teruskan tapi hakikatnya kita yang nak mengeluarkan duit utk membayar tu.. fuhh ! Bukannya kedekut tapi dah terasa .. yang masuk ciput tapi jumlah pengeluaran tu tinggi ! Ditambah lagi seorang lagi yang bakal dilindungkan , maka penambahan kewangan di situ akan berlaku !

Ke aku je tak perlu amik. Biarlah anak anak dan isteri je dilindungi. Aku , apa apa hantar je la ke hospital kerajaan.. Huhuhuh.. Ok pe hospital kerajaan ? Nurse cun cun walaupun garang. Hehehehe.. Moga dijauhkan laaaa.. Huhuh..

Pening weh ! Nak bayar insuran ni sama dengan jumlah gaji aku ketika aku bekerja dengan kerajaan dulu wooo ! Cakap senang tapi yang nak bayar ni.. adehh  ! Gaji besar , boleh la citer.. kan kan ? Ni semua salah Donalid Trump walaupun bukan salah dia sebenarnya ! Huhh !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes