Kalau dah tau si kecil tu boleh gulingkan badan.. kaki dia dah kuat dan juga tangan yang asyik mcm nak mendayung, jangan sesekali tinggalkan dia keseorangan atas katil atau tilam yang tinggi tanpa ada penghalang!!
Aariz sendiri.. Walaupun letak bantal, dah berapa kali dia tendang kasi jatuh sebelum dia join sama jatuh! Nasib baik la ada tilam dah diletakkan di bawah.. Maka jatuh atas tilam.. Sengih!
Jangan pandang ringan wooo.. Kalau tak kena gaya dia jatuh, hurmmm.. Tak tau laaaa nak kata camana! Bahayaaa sgt!
Bayi yang dah berusia 4 bulan ke atas.. Maka kita kena lebih berhati hati.. Nanti dah pandai mengutip, siap laaaa.. Huhu..
Menarik ni!! Cuti sekolah tak lama lagi. Dan Hotel Perdana Kota Bharu anjur lak Street Food Returns yg mana mengumpulkan makanan makanan terbaik di Kelantan, setempat je!! Rugii wehhh kalau tak turun ni..
Bermula dari 1hb Mac hingga 31hb Mac 2017 pesta makan makan ni. Harga seorang.. Aku tak pasti tp yang pasti, memang berbaloi utk mereka kaki makan!
Apa lagii.. Mari ajak kawan kawan redah Kelantan cuti sekolah ni.. Makan sampai pengsan.. Tidur terus kt hotel yg memang tip top ni! Huhu..
Abis la diet aku balik kali ni.. Hee..
Gambar - FB Hotel Perdana Kota Bharu.
Wife beli ketika awal daftar Qhaliff masuk taska. Dua pasang dia beli di Omar Ali yg ketika tu sedang ada sale. Sepasang katanya dpt bawah RM100. Ok la kan? Mamat ni lak skg dah pandai melaram.
Baju melayu ni cantik.. Kalau mereka yg bekerja kt luar, boleh la ada byk pasang. Cam aku ni, beli banyak banyak memang merugikan laaaaa.. Semua masuk dalam almari.
Oh ya.. Omar Ali.. Memang class la buatan dia. Dari dulu teringin nak pakai tapi tak mampu. Si anak ni rezeki dia laa.. Kebetulan ada jualan murah. Dapat laa merasa pakai.
Hurmm.. Tahun ni? Raya nak pakai baju apa?? Rasanyaaaa..?? Tak tukar kot. Jimattt wehh..
Dia menunjukkan hasil kerjanya pada aku sewaktu aku di pejabatnya , ODS untuk bertemu bagi membincangkan beberapa perkara, pagi tadi. Kagum ! Memang sangat sangat berbakat sekali malah dia pernah menang anugerah kulit album ( Stacy ) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014.
Bersama Wan Izhar Abu Bakar, jurugambar yang cukup berpengalaman terutama dalam dunia media cetak satu tika dulu dan kini menumpukan projek projek besar seperti Petronas dan Court Mammoth.
4 jam duduk bersama , macam macam kami berkongsi pengalaman namun pengalaman dia , memang jauh sangat la berbanding aku ! Beberapa cadangan aku lontarkan untuk kebaikan bersama terutamanya untuk Kelab Blogger Ben Ashaari.
Oh , lupa lak.. dia juga tenaga pengajar dalam bidang fotografi di IIUM. Bodohlah aku kalau peluang depan mata gini tak aku amik kesempatan sepenuhnya. Ilmu yang sangat berguna buat aku dan juga rakan rakan nanti !
Pengalaman dia bersama artis / selebriti memang membuatkan aku tersenyum. Tak sangka gitu sekali dunia dia satu tika dulu.. huhu.. Dunia glamer gituu !
Aku pasti jika dia berjaya hilangkan rasa malu dia , dia akan menonjot sangat di dunia media sosial. Apatah lagi dengan status dia yang masih bujang serta kacak , aku tak rasa dia punya masalah untuk popular punyalah !
Kalau nak baca kisah dia lagi , boleh baca di WAN IZHAR ABU BAKAR.
Gaji RM2K di zaman ni , masih relevan lagi bagi aku andai tahu nak berjimat cermat ! Seriusss.. memang boleh hidup melainkan orangnya tak reti nak berbelanja dengan berhemah !
Aku pernah lalui semua tu. Bergaji RM2K di usia 22 tahun , 19 tahun lepas tak pon boleh membuatkan aku beli kereta ! Masih cukup cukup makan di kala tu tapi aku tak kisah asalkan apa yang dibayar , setara dengan kerja yang aku buat !
Tidur awal , bangun awal .. gi kerja.. Dari Isnin sampai Jumaat atau Sabtu. Lepas tu baru dapat tarik nafas lega ! Huhuh.. Tapi sampai bila nak macam ni kan ? Di pejabat , kerja yang diberi.. tu diaa ! Bila kita mintak gaji tinggi sikit , terus diugut.. Atau disuruh bersyukur ! Penat lagu nih bohhhhh… Belajar tinggi tinggi , amik jurusan ada skill tapi bayaran tak setimpal !
Bukanlah nak demand atau nak bergaji besar.. tapi kena la amik berat bab kebajikan pekerja.. kalau nak bagi gaji kecik , ok la.. tapi janganlah dibebankan dengan kerja kerja yang luarbiasa banyaknya sehinggakan membuat pekerja tu stress lalu terpaksa amik cuti ! Sapa rugi ???? Pekerja yang tidak begitu sihat datang kerja.. menghasilkan kualiti kerja camana ???
Kekadang terfikir.. aku ni sebenarnya nak dijadikan hamba untuk mereka atau mereka perlukan aku untuk memajukan perniagaan mereka ? Kalau nak dijadikan hamba , aku tak rela… Baik aku cari kerja lain.. di zaman ni , mau kena bijak dan rajin je usaha ! Kalau malas , memang sesuai dijadikan hamba laaa !
Pinta aku satu jer.. Mintak la majikan jangan layan pekerjanya sebagai hamba ! Jangan ingat bayaran tu tinggi maka anda dah miliki diri mereka ! Syarikat yang cemerlang bermula dari pekerjanya yang sihat !