Aku ke Rampai Puteri Medical Center semalam. Di sana , tertarik dengan satu bunting yang ada di depan pintu masuk hospital tu. Kening aku berkerut. Woww ! Sampai gitu sekali ketegasan mereka. Ternyata mereka bukan sekadar nak 'berniaga' tetapi sebenarnya nak memberikan perkhidmatan terbaik sehingga ke luar pintu ! Dan mementingkan keselamatan pelanggan mereka.. Dasat sungguh aihh !
Dan secara jujurnya.. aku dan wife kena didik penggunaan baby seat ni bila berjalan sekeluarga. Biasanya wife akan pangku. Si kecik tak nak duduk dalam tu. Tapi bila aku atau wife bergerak sendirian , dia ok je duduk dalam tu. Hurmmm...
Bahaya ? Ada yang kata tak bahaya.. dia boleh pegang dengan kemas , katanya.. Hurmm. Kalau di'google' dengan keyword Bayi Tercampak Keluar Dari Kereta , pastinya akan jumpa banyak kes kes gini. Tapi mengapa kita masih lagi tidak mengendahkannya ? Mengapa aku masih belum amik tindakan ? Hurmmm...
Teringat kenalan aku yang mengalami kemalangan hujung tahun lepas. Hurmm... Menurutnya isteri dia memangku anak dia yang berusia setahun ketika kejadian. Dia terbabas dan melanggar tebing jalan. Apa yang berlaku seterusnya... korang boleh bayangkan. Nasib baik mereka sekeluarga cedera ringan tetapi si kecil terlepas juga dari tangan. Satu sesalan dan peringatan buat aku juga.
Baby Seat mahal ? Kalau cari yang berjenama , memang laa mahal. Ada pre loved atau second hand. Masih cantik dan bersih. Boleh je beli kan ? Di Rampai Puteri Medical Center sendiri ada jual. Harga dalam RM350. Jika tiada bajet , boleh je ke QQ Baby Shop.
Hurm... Apakah benar tahap kesedaran kita masih teruk mengenai penggunaan baby seat ni ? Atau kita punya alasan lain sebab tak nak guna ? Hurm... Aku sendiri kena bincang ngan wife.. Huhuh...

