BEN ASHAARI



Paraben , SLS , SLES FREE ! 

" Bang , tinggal satu je lagi. Kena order. Takut nanti kang takda stok kat Cosmoderm. ". Ujar wife aku. Aku pandang je dia. Bukan baru je ke beli banyak ari tu ? Huihhh.. Makan ke guna ni ? Tapi teringatkan anak anak aku yang.. Hurmm.. tiap kali diorang mandi , memang nak guna Gel Mandian Tea Tree Oil dari Cosmoderm ni. Walaupun ada beli khas untuk diorang , tetap nak kacau aku punya ! Dan bukanlah diorang sekadar bersabun tapi siap mandi buih lagi haaa.. 

Kenapa ? Sebab tak pedihkan mata diorang. Dan paling penting tidak melekit selepas mandi. Kandungan pun cuma ada Tea Tree Oil jer pun. Sebab tu diorang suka. Badan bersih dan segar jer selepas mandi. 


Aku.. walaupun beli berbotol botol dan abis tak sampai sebulan dek kerana diorang , aku beli lagi sebab Cosmoderm rajin buat promosi. Bila diorang buat , borong la ! Dan lebih lebih lagi , Cosmoderm baru baru ni menerima anugerah ' The Brandlaureate World Halal Bestbrands Award 2018' , tapi harga produk mereka di luar jangkaan sama sekali.. 

Murah murah wooo walaupun produk mereka diiktiraf antarabangsa. 

Tahniah COSMODERM

Sebenarnya bukan aku saja yang sukakan Gel Mandian Tea Tree Oil ni. Ramai kawan kawan blogger  dan rakan Facebook yang pernah cuba ,  terus menjadi pelanggan setia dah ! Dasyat kan ? Berapa harga dia ? RM16.90 jer pun. Dan ianya sesuai untuk semua. Seisi keluarga boleh guna gitu. 

InshaAllah bulan depan aku akan ke Jepun. Biasanya bila travel begini , aku kena usung sekali dua produk utama. Memang wajib ! Satu pencuci muka Tea Tree Oil dan satu lagi pastinya Gel Mandian Tea Tree Oil. 


Amacam ? Hujung hujung tahun gini , ramai dah mula plan nak travel.. tak kira dalam atau luar negara. Kalau berminat nak beli dan simpan , bawa ketika travel.. memang aku galakkan la sangat. Kebersihan perlu dijaga kan ? Heee.. 

Untuk info lanjut atau pembelian , boleh ke  www.cosmoderm.com.my . Jangan lupa follow Facebook dan Instagram Cosmoderm untuk pastikan tidak terlepas sebarang promosi terkini atau produk terbaru.. 

Facebook : Cosmoderm 
Instagram : Cosmoderm

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Sejujurnya , Sabah dan Sarawak adalah harta karun yang tak ternilai harganya buat Malaysia. Itu pendapat aku.Terlalu banyak untuk diterokai terutamanya Sarawak dari sudut kebudayaan , kesenian serta flora dan faunanya. Dan disebab inilah aku nak ke Sarawak, Bumi Kenyalang tahun hadapan. Nak terokai abis abisan. Nak ikut ? Hehehehe.. Jom beramai ramai ke sana nak ? Hahaaa.

Baru baru ni , aku ke JW Marriot Kuala Lumpur untuk hadiri pelancaran logo baru ' Melawat Sarawak atau Visit Sarawak ' yang dibuat dengan penuh warna warni. Tak sempat nak menguap aku dalam tu. Segalanya cukup ceria dan meriah.. Ada persembahan dari penyanyi kelahiran Sarawak yang tidak perlu diperkenalkan lagi... Dayang Nufaizah serta persembahan kebudayaan dari Sarawak yang sangat menarik untuk ditonton.



Majlis dirasmikan oleh Menteri Pelancongan , Keseniaan , Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak , Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah. Dengan tagline  " More To Discover" , pastinya Visit Sarawak mampu menarik ramai pelancong dalam dan luar negara kerana sememangnya Sarawak adalah destinasi tepat untuk dilawati.

Menurutnya beliau , Sarawak telah membelanjakan sebanyak RM8.59 bilion untuk pelancongan pada tahun 2017 dan mensasarkan pelancong tempatan teruramanya dari Malaysia Barat memandangkan Sarawak menawarkan kepelbagaian tarikan terutamanya dari sudut budaya , alam semula jadi , pastinya makanan dan banyak lagi.

Turut direkodkan sebanyak 2.6 juta pelancong dari UK , Jerman , China , Australia , negara negara Asean telah melawat Sarawak tahun lepas. Dan pastinya media digital kempen terbesar mereka kali ini.Mereka turut membuat aplikasi mobile yang mana bakal menjadi petunjuk utama dalam penerokaan pelancong yang memuat turunkan aplikasi tersebut. 

Ok... setiap logo ada maksud tersendiri kan ? Bagaimana pulak dengan logo Visit Sarawak 2019 ni ? Meh aku kongsi sedikit info mengenainya..


Merah dan Kuning : warna yang terdapat di bendera Sarawak
Jingga ( Oren ) : semangat pelbagai kaum dan etnik di  Sarawak
Hijau : kehijauan hutan rimba 
Biru : mewakili ketenangan lautan 
Huruf S : kesenian hasil tangan yang kebiasaan dibuat oleh suku kaum Dayak dan Ulu
Kepala Burung Kenyalang ( Hornbill ) : tarikan semulajadi yang popular di Sarawak 

Kemudian aku dan para tetamu dihidangkan makanan tradisi di  Sarawak yang cukup enak enak. Tengok menu pun dah terliur nak cuba , kan ? Heeheee..


Umai

Ayam Pansuh

Kuih muih

Laksa Sarawak

Tagline More To Discover dan #SarawakMoreToDiscover  , hastag rasmi yang akan menjadi sebutan bila di Sarawak nanti. Apakah yang wajib di discover bila di Sarawak ?

Discover Culture
Terokai budaya 27 etnik , 45 bahasa dan dialek ! Setiap daripadanya ada kisah tersendiri , warna kehidupan ,tradisi , kepercayaan yang membuatkan Sarawak cukup lumayan untuk diterokai. Pelancong berpeluang berjumpa suku kaum Iban dan mengetahui sendiri sejarah dan skill headhunting yang diamalkan pada satu ketika dulu. Walaupun tidak lagi mengamalkan , mereka masih lagi meneruskan kepercayaan turun temurun dan masih berpakaian trasdisi dan bertutur bahasa mereka sendiri.

Museum bertaraf antarabangsa , kepelbagaian agama , budaya adalah tarikan utama.








Discover Adventures 

Meredah hutan belukar  , menerokai gua gua , panjat gunung , diving , memancing , skiing , dan banyak lagi aktiviti aktiviti yang menanti pengunjung di sana. Jika mengunjungi bandaraya Kuching, pastinya tarikan adalah bangunan yang bersejarah. Mengabungkan seni bina yang menarik bermula dari zaman kolonial hinggalah ke zaman moden , menanti untuk bergambar bersama sama !

Jangan lupa membawa pulang cenderahati buatan tangan selepas belajar skil skil bertukang di sana yer.





Discover Nature

Secara jujurnya , ini antara tarikan utama aku untuk ke Sarawak. Hutan  Hujan Tropikanya yang masih dara adalah terbesar di dunia menyimpan lebih 8 ribu  spesiss pokok bunga dan lebih 20 ribu spesis binatang !  Sarawak juga adalah negeri paling besar dalam Malaysia. Naahhh... bayangkan berapa hari nak abis untuk terokai Sarawak.

Banyak aktiviti melibatkan alam semulajadi boleh dilakukan dan inilah yang aku nantikan sangat sangat untuk menerokai Sarawak memandangkan aku ni , membesar di dalam bandar yang sangat sibuk. Bunyian unggas dan haruman segar hutan belantara mendamaikan aku.







Discover Food 

Makanan tradisi di Sarawak pastinya menjadi syurga buat kaki makan. Bayangkan jika ada 27 suku kaum... berapa banyak makanan yang sedap sedap menanti diorang di sana ? Hahahaa.. Antaranya mee kolo , umai , manok pansuh , mee Sarawak dan banyak lagi !




Discover Festivals

Sarawak adalah negeri yang paling unik dengan festivalnya. Setiap tahun mereka akan menganjurkan pelbagai jenis perayaan , tak kira la samada melibatkan agama , kepercayaan dan adat turun temurun. Antaranya ialah Hari Gawai , Pesta Kaul , Borneo Jazz ,  Tidal Bore Festival , Sarawak Regatta , Pesta Meow , Sibu End Year Countdown dan banyak lagi ! 




Apa lagi alasan yang korang perlukan ? Hahaa.. bagi aku , ni dah mencukupi. InshaAllah , aku nak ajak rakan rakan blogger ke Sarawak untuk menerokai hutan rimba mereka terutamanya dan ajak keluarga aku untuk menerokai bandar bandar serta makanan yang ada di sana!

Maklumat lanjut : https://sarawaktourism.com/
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Sejujurnya , aku cuak untuk amik job ni. Tapi dek kerana yang offer ni , sahabat baik yang aku sanjung selama ni , Kak Adza Irdawati yang juga seorang blogger serta  penulis skrip yang sangat merendah diri ! Part merendah diri tu aku cukup respek sangat. Tu pasal aku segan nak menolaknya. 

Bila diberitahu akan tajuk rancangan ni serta siapa yang bakal terlibat.. kecuakkan aku berganda ! Alamak.. rancangan agama tu.  Kena blogger yang alim alim ni. Hahaha.. Aku tak cukup alim weh.. Aku bagi nama blogger yang sesuai namun ditolak sebab pihak terbabit nak aku gak. Gulp. Ok , aku terima cabaran ni. 

Skrip diberi melalui email. Aku baca. Tepuk dahi ! Camana laaa aku nak hafal semua ni ??? Banyak kot dialog aku. Kalau rancangan live tu , ok la.. aku boleh cakap selamba bertapis gitu. Tapi bila rakaman gini , ditambah pulak ada dialog.. oh my dumbell ! 

Menghitung hari. Kalau tak silap aku, aku terima skrip rancangan Ustaz Ronda Ronda ni pada 24hb September yang lepas. Kira lama la gak untuk aku hafal dialog aku tu.. Huhuh.. Namun saban hari , aku gagal untuk baca sebab agak sibuk dengan hal duniawi. Heee.. 

Tiba masanya... Aku baca  malam tadi. Tapi  masih tak dapat nak hafal sebab gangguan anak dan kepenatan akibat kerja... serta gym punya penangan. Dan akhirnya , aku nekad nak baca dalam kereta je nanti. Tapi aku kena gi awal ke lokasi. 

Jam 6 pagi. Lepas subuh  dan sarapan pagi, aku terus pecut ke Taman Seri Rampai dari Sepang. Perjalanan mengambil masa selama 55 minit. Clear jalan. Alhamdulillah.  Tiba jam 7 pagi. Ada banyak masa lagi. Aku letak kereta di depan Jabatan Imigresen.  Banyak ruang letak kereta masa ni. Huhuh.. Pastu aku bukak Note 9 dan mula baca skrip. Ada 12 babak kesemuanya. Gulp..

Ok.. tak dapat nak hafal. Hahahaha.. Aku redha dan berserah kepada nasib. Jangan kena marah ngan Tuan Direktor nanti udah laaa..

Jam 830 pagi. Aku ke lokasi pertemuan. Diperkenalkan dengan krew serta pengarah. Sapa pun aku tak kenal. Segan aku. Adeh.. Mati pucuk aku dibuatnya. Eh , mati kutu aku ! Kemudian , masing masing dibahagikan mengikut kenderaan. Aku bersama tuan direktor dan seorang lagi.. yang aku agak was was peranan dia. Macam kenal tapi takkan kot ?? Hurmm.. 

Dalam van... berborak sakan. Segala gemuruh aku hilang ! Cool giler rupanya diorang. Memang kepala giler memasing. Hahaha.. Diorang dah bersama untuk rakaman ni selama 2 minggu. Dan lelaki yang aku was was tadi tu.. rupanya.. Da'i Syed Iqmal ! Hahahahaa.. Giler sempoi.  Aku ingatkan berjubah berketayap mahupun berserban. Rupanya 2x5 aku jer.  Terus bersemangat aku. 

Lokasi pertama.. KLCC. Aku tengok Tuan Direktor sempoi jer.. Ala ala Ahmad Nisfu gitu. Senyum di dalam hati. Pastu aku pandang krew. Dia pegang .. ala.. apa nama dia tu.. tak tau pulak nama. Rujuk gambar ketiga tu. Haaa..apa nama menda yang aku pegang tu ? Kat situ tertera YUSUF KELANA ! Ohhhhh maaii... Pengarah filem Tragedi Oktober kau.. hahaha.. dan beberapa buah filem serta ratusan drama. 






Babak dalam kereta gitu..

Dalam kereta banyak dialog dan barulah aku paham camana mereka bekerja. Camana pelakon berdialog. Selama ini aku ingatkan diorang punya memori yang dasyat. Hahahaha.. Akhirnya aku paham... Tapi aku tetap respek mereka yang memilih kerjaya lakonan ni. Bukan mudah. Terutama krew krew ni. Fuhhh... Duduk lama ngan diorang , boleh join mereng kepala gak. Hahahaa.. Terbaik diorang ni. Pengalaman berpuluh tahun dah. 

Babak berenti berehat.. lepak minum.

Rosak gambar.. penat sangat sebenarnya. Hahahaa.. Nak pegang hp pun tak larat dah.

Ikut jadual, habis pada jam 4 petang tapi sebelum Zohor dah selesai. Hahaha.. Diorang pun pelik camana boleh siap awal. Hehehehe.. Alhamdulillah. Aku boleh balik awal dan sambung tidur ! Kononnya laaa.. Tapi sampai je rumah.. kena gi Tesco. Beli barang dapur. Huhuh.. 

Kalau ditanya.. jika aku ditawarkan berlakon , apakah aku akan terima ? Apakah aku akan tukar bidang ? Hehehe.. korang rasa ? 

Jangan lupa nanti.. tunggu kemunculan rancangan Ustaz Ronda Ronda di RTM 1. Harap boleh menang Academy Award.  Lalalaaaa..

Terima kasih krew YKS terutamanya Kak Rehan dan geng yg lain. Sempoi ! 
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Aku jemur kereta di tempat terbuka selepas kelmarin  dibasuh bahagian dalamannya. Kesemua pintu dibuka dan hasilnya.. Mcm mcm la serangga masuk termasuklah lalat. Huhh... Geram aihh.


Tapi aku cool selepas teringat sesuatu. Aku pon sembur je dalam tu. Tak sampai seminit.. Hilang semua serangga. Hahahaaa..

Ternyata produk tu mmg cukup berhasil. Selama ni aku gunakan utk halau semut tak kira apa warna dan juga nyamuk. Lipas pon sesekali jd mangsa aku. Diorg tak mati pun tapi  melarikan diri  lalu tidak lagi datang ke situ untuk satu jangka masa yg agak lama. Melainkan jika ada 'tarikan' seperti sisa makanan, tu memang mengundang la. 

Cara nak guna.. Mudah sangat. Spray je dgn niat nak halau. Memang Magic siott! Kagum sungguh aku. Dan bagusnya.. Tak berbau dan merbahaya sama sekali!! Nak tau produk apa? Aku tau korang nak tau punya..


Magic namanya. Heee.. Bagi mereka yang pernah guna, mesti tau betapa mujarabnya si Magic ni. Harga pon murah jer. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh Whatsapp ke SINI. 


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Satu hari di pagi Khamis selepas hujan lebat. Mata kuyu.. dapat sambung tidur pun best tapi aku tak gemar dah nak tidur lama lama. Rasa rugi sangat biarkan masa berlalu gitu saja. Baik buat sesuatu yang bermanfaat seperti.. bersenam atau gi gym ! Huhuhu..

Tiba-tiba hidung aku menangkap bau busuk yang teramat. Bukan bau bangkai tapi bau hapak ! Aku  tengok seat kereta belakang aku kotor semacam. Aku pegang. Lembab ! Arghhhh... Wife tengok tingkap. Tak tertutup dengan rapat. Mampu tepuk dahi jer aku.

Aku capai tisu dan sapu ke atas karpet. MasyaAllah.. kotornyaa ! Air dari bumbung balkoni masuk dalam kereta. Haihhhh... Stress tiba-tiba. Tingkap belakang tak rapat.. sapa punya kerja ? Anak anak la.. Nak marah , tak sampai hati. Salah sendiri la tak check sebelum turun kereta.

Aku biarkan kering dulu.. Dan inilah kesan dari air hujan tu ! Bukan air hujan menyebabkan tapi air dari bumbung balkoni ! Hurm... Aku cadang nak basuh sendiri jer. Tapi sebelum tu , aku check gak la di Facebook. Cari pencuci seat kereta di area rumah aku. Dan dapat la dua orang. Harga berlainan. Aku amik la yang respon terawal. 




Letak je tisu pastu tekan.. Nahhhh.. air dia ! Aku set appointment petang tu gak. Brother tu datang jam 2 petang seperti yang dijanjikan pada hari Ahad. Huhuh.. Aku rasa kalau aku basuh sendiri , belum tentu bersih. Baik upah orang jer. Huhuh.. Terkorban duit nak beli kettlebell  20kg.




Operasi membersih dan tu air kotoran dari kereta aku. Huhuh... Giler aihhh ! Pastu gambar bawah , siap dah. Memang ketara bersih laa...

Selepas basuh seat dan lantai

Dan akhir sekali kena jemur. Jangan biar gitu saja. Kereta boleh busuk woooo

Duit terbang tak pe... Asalkan jangan pasal aku punya kedekut, anak anak dapat sakit memandangkan merekalah yang duduk di belakang...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes