BEN ASHAARI



Dalam entri aku yang lepas , yang bertajuk ' Aku dah ada Cuckoo tapi kenapa guna Coway lak ? '.. aku ada ceritakan kelebihan produk Coway. Dan selepas genap setahun menggunakan Coway aku dapati produk Coway ni... Haa ! Best ? Hurmm... Service camana lak ? Cuckoo lak camana ? 

Ok...  meh aku citer skit eh. Cerita aku ni berdasarkan pengalaman aku jadi pelanggan C ni. Coway ke Cuckoo ???? Eh.. tak leh cakap. Dua dua tak sponsor aku ok ! Aku bayar sendiri setiap bulan. Haa... baru best kan ? Hahahaa.. 


Salah satunya , telah aku jual pada orang lain. Aku guna satu je.  Setelah membuat pilihan ! Dan berlaku satu isu yang tak disangka walaupun aku dah jangka akan berlaku. Nak tak nak , kena telan sendiri la.. Salah sendiri sebab takda perjanjian bertulis. Maka kesannya , pada aku jugak la. Namun ianya satu pengalaman berharga buat aku. 

Ok.. gini eh.. Sebelum korang nak amik satu satu penapis air tu , korang kena tau satu perkara. Kemampuan membayarnya setiap bulan andai mengambil secara ansuran. Apa jadi jika korang tiba tiba dibuang kerja ! Nah... sesuatu yang tak dijangkakan , bukan ? Jika tak mampu membayarnya ? Atau mula tertunggak.. camana ? Apa jadi ? Apakah mesin akan diambil semula ? Atau korang akan dikejar dek pengutip hutang ala ala along ? Nah.. aku dah rasa dah. Menyesal beb ! Walaupun aku dah buat report pada syarikat terbabit , namun tindakan diambil sangatlah lembab ! Grrrr.... Sehinggalah aku cari manager besar dia , barulah masalah aku diselesaikan. 

Namun... beban pada aku . Setiap bulan , tak pasal pasal aku kena bayar beratus ringgit ! Produknya , aku berpuashati cuma rasa terbeban dengan bayaran bulanan. Bukan salah produk atau syarikat. Diulangi yer.. Ni salah aku sendiri. 

Ok.. Tu paling penting. Melainkan korang kaya, beli je tunai dah buat service seperti yang disyorkan. Kalau korang tanya aku.. Coway atau Cuckoo ? Jawapan aku seperti di atas.. berapa korang mampu bayar setiap bulan ? Kedua dua jenama ada air panas , suam dan sejuk. Part lain tu.. aku rasa tak penting pun sangat. Dan tanya mereka , apa jadi bila dah tamat kontrak ? Haaa... Pastu kan... pastikan agen korang tu , jenis bagus punya. Takda masalah dengan AFTER SALES SERVICE. Bukan terus hilang punya agen. Asal dah dapat jual, dahhh ! Dalam kes gini. 

Faham tak ni ? Aku ulangi... sebelum beli... tengok kemampuan korang pada masa kini dan akan datang. Serta kepentingannya. Jangan tambah beban hutang bulanan.. 
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Aku tak rasa pasukan Harimau Malaysia berminat untuk membawa pulang Piala AFF Suzuki tu pun. Apa yang mereka nak ialah menebus kembali maruah yang tercalar dan juga menjadi yang terbaik di kalangan terbaik , di Asia Tenggara ni. 

Jangan menang dengan seri ! Tebus kekalahan tempoh hari dengan kemenangan. Menang dengan kelebihan jaringan bagi aku , bukanlah kemenangan. Sekadar berjaya dalam perlawanan ni tetapi untuk rekod pertarungan , sekadar seri ! Hurmm.. 

Kita mampu ! Berdasarkan pemerhatian aku di perlawanan separuh akhir dan akhir pertama hari tu, pasukan negara mempunyai kelebihan terutama dari segi semangat bertarung. Cuma kesilapan di bahagian pertahanan yang mencacatkan perlawanan seterusnya menyebabkan gol dibolosi. 

Kita mempunyai corak serangan dan penyudah yang kreatif tapi kelemahan untuk kembali bertahan ketika diserang balas itu yang perlu diperkukuhkan. Aku part ni melibatkan stamina. Bila menyerang, mereka berhabisan tapi bila dipatahkan , masing masing terus down ! Ini perlu diperbaiki ! Pendapat aku laaa.. Kalau mereka berjaya kekalkan momentum... Vietnam mudah diatasi ! 


Malaysia mempunyai kelebihan. Bermain di tempat lawan , di perlawanan penting pastinya memberi tekanan pada tuan rumah seperti di Thailand tempoh hari. Aku harap pemain malam ni tak kira sapa pun , perlu berhempas pulas kerana peluang begini bagi mereka , amat jarang dapati. Mereka perlu buktikan kenapa mereka bermain bola dari kecil. Bukan sekadar mengejar gaji yang besar tetapi ingin meletakkan nama mereka sebaris dengan pemain pemain lagenda negara. Inilah masanya. 

Berapa jaringan ? Sapa menang ? Korang rasa ? Aku rasa apa yang korang rasa.. heee.. 
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Fobia ? Atau trauma ? Sejujurnya itulah yang aku perasaan aku memandu sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut. Perjalanan yang sepatutnya cuma beberapa jam , menjadi hampir 5 jam disebabkan corak pemanduan aku yang terlalu berhati hati ! Terlalu berhati hati pun boleh menyebabkan kemalangan ! Hurmm.... Ikut je peraturan yang ditetapkan..kan kan ? 

Gini haaa... segalanya berpunca dari kemalangan lepas. Sedikit kecuaian , menyebabkan orang lain susah. Yelah , aku jadi takut bila ada kereta belakang aku. Bila berhenti jer... mata aku automatik tengok belakang. Nak tengok sejauh mana kenderaan di belakang aku menjarakkan kenderaan mereka. 

Legaaa... Jauh jauh la gak. Lampu hijau.. semua bergerak. Masuk lebuhraya... Aku memandu lorong tengah. Tiba-tiba dibelakang aku ada trak ! Bapak dekat laaaa dia ikut aku. Celaka sungguh laa ! Kalau kereta depan break emergency , nescahaya aku confirm nahas punya. Aku cepat cepat larikan diri dari  trak celaka tu ! Kaki mengeletar...


Lebuhraya Utara Selatan ni memang menakutkan aku. Pernah kemalangan juga di Perak. Kena langgar belakang. Kereta dipandu seorang makcik langgar ! Jalan tengah jammed lak tu. Haishh... Tak pasal pasal kena gi balai. Wife ketika tu sedang mengait , abis terabur barang dia ! Nasib takda apa apa kecederaan. 

Tu belum lagi ada kereta yang mencelah kereta kita tanpa bagi signal ! Perghhh.... Tuhan sajalah yang tau perasaan aku ketika tu. Wife aku sendiri tak leh tidur sekarang ni bila aku memandu berbanding sebelum ni.. dia confirm lena dan yakin dengan aku. Tapi sejak kemalangan tu , dia tak berani biarkan aku memandu sendirian.. 

Satu je la aku pinta... ikutlah peraturan ketika memandu. Sepower mana kereta korang.. mungkin korang akan selamat andai berlaku kemalangan.. tapi orang lain belum tentu ! Jarakkan kenderaan. 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Tidur tak cukup atau tak cukup rehat adalah masalah utama aku sejak bergelar blogger ni. Ada satu hari tu , aku ditegur seorang kawan.. 

" Ben , kau memang tidur lewat ke selalu ? ". Tanya dia.

" Kenapa ? Ketara nampak ke aku tak cukup tidur ? ". Tanya aku kembali

" Tuuu.. bawah mata ko tu. Ambik gambar pun nampak sangat ko seperti tak cukup rehat.. ". Jawab dia. 

Aku tengok cermin. Betul la.. Selain kelihatan hitam , eye bag juga menjadi masalah ! Dengan pantas aku buka web Cosmoderm. Mencari produk yang sesuai. Aku malas nak guna cara tradisional sebab takda masa nak buat. 

 Eye bag tuuu ! 

Penyelesaian ? 


Eye Treatment Gel ( Anti Dark Circles ) dari Cosmoderm ternyata berkesan untuk masalah aku. Selain mata bengkak tu , gel rawatan mata yang diperkaya dengan Co-Ezyme Q10 , kolagen  dan ekstrak tumbuhan ini mampu mencerahkan kembali lingkaran hitam serta garisan halus pada mereka yang mengamalkan secara teratur. 

Harga pasaran cuma RM32.90 , Eye Treatment Gel ( Anti Dark Circles ) kembalikan kesegaran serta menyamankan kulit keliling mata korang. Gel yang disapu pada bawah mata korang tidak berminyak dan mudah diserap untuk melembabkan kembali lapisan epidermis. Berbaloi la bagi aku. 

Nak guna , tak susah mana pun. Macam aku , setiap kali mandi.. aku sapu. Memang adakalanya terlupa tapi akan pakai bila teringan. Sapukan je di keliling mata mengikut pusingan dan urut dari dalam ke arah luar kawasan mata.  Tu je pun.. senang je kan ? 

Selepas beberapa kali pakai... tak kelihatan dah.

Alhamdulillah. Produk Cosmoderm banyak membantu aku dalam kehidupan seharian. Bermula dari bangun tidur hinggalah nak tidur. Selain harganya yang mampu beli, Cosmoderm pun rajin buat promosi. Jimat banyak weh ! Esok ada lagi promosi ! Nak borong untuk stok 2019 lak. Kena jimat sebab anak dah mula sekolah. Banyak nak pakai duit tapi kesihatan kulit sendiri mau jaga gak. Jangan jadilan alasan lelaki tak perlu jaga rupa dan kulit ! Huhhh..


Tak perlu berebut. Buka je www.cosmoderm.com.my . Sila beli dengan tenang. Hahahaha... 
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Tertanya apa kelebihan aku bila aku 'setia' dengan telco berwarna biru ni ? Bil aku bayar , awal giler siap bayar lebih lagi wooo ! Tawaran telefon percuma tu bukanlah percuma pon.. kita kena 'ikat' dengan mereka untuk 2 tahun lamanya. Andai kata ada pakej baru yang menarik , ko nganga je laa.. Tunggu abis kontrak atau kena break kontrak , boleh langgan. Hurmmm.. Break kontrak , bukan murah kena bayar ! Hampehh.. tak berbaloi setia ! 

Aku guna plan postpaid ni dah masuk tahun ke 2 atau lebih rasanya. Tak ingat. Tapi yang pastinya , data internet aku tak pernah laaaaa kurang dari 10GB sebulan. Aku amik pakej 100GB Internet + 100 GB Video Walla.. Banyak tuuu ! Memang tak abis la layan. 

Tapi bulan ni.. Gulp ! Berbaki 10 hari lagi untuk aku tahan dengan 4GB !!!! Yang mana ianya amat mustahil untuk aku. Memandangkan anak anak aku pun dok sharing internet dengan aku... termasuk wife... ini adalah sangat mustahil ! 

Ditambah lagi aku lak ada hotel review dalam minggu ni.. memerlukan data internet yang banyak sebab nak post video dan sebagainya. Rasanya aku kena Add On. Buka Aplikasi Biru tu.. tengok la part Add On. Dia punya harga Add On Internet tak masuk akal bagi aku yang guna postpaid ni ! Hurmm.. Tengok kat Video Walla.. Haa ! Murah ! Aku Add On Video Walla jer.



Hurmm.... Bulan depan aku nak try jimat. Nak tengok apakah disebabkan aku selalu sharing intenet menyebabkan data kering atau ada faktor lain ! Dan aku dapati Telco Kuning menawarkan Unlimited  Data ! Macam menarik jer. Kat rumah aku dan di Kelantan , signal mamat kuning ni cun ! Laju sampai terbabas babas. Apakah aku akan curang kepada si biru ? Setia pun tak guna ! 

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes