BEN ASHAARI



Cepat sungguh masa berlalu.  Korang yang masih bujang tu, cepat cepatlah pasangan. Jangan tunggu atau memilih je haaa.. Kang dah beruban  baru nak antar anak ke sekolah.. masa tu baru sogan haa ! Macam aku ni laaa..

"Antar cucu ke pakcik ". Haaaa... Baru terkelip kelip kelopak mata tu haaaa... Hahahaaaa. Yang baru ada anak, hargailah masa. Sekejap je anak kita membesar. Banyakkan memori bersama mereka ketika masih kecil . Nanti tau tau dah kena gi sekolah. Masa tu baru tepuk dahi ! Selama 6 tahun , apa dibuatnya ? Haaa.. 


2013-2019 : Qhaliff Iman





Hari ni hari pertama dia ke sekolah. Camanakah ? Menangiskah ? Aku menangis ? Ibunya menangiskah ?  Takda maknanya ha dia nak nangis. Hahaha.. Seronok lagi ada la. Dapat kawan baru. Tak seperti duduk rumah. Boring wooo.. asyik main handphone dan tengok tv. kan kan ? 

Setakat ni , waktu rehatnya pon ok. Dia pandai sesuaikan diri. Kejap je dapat kawan. Bab berkawan , dia memang jaguh. Pandai masuk dengan orang. Dia peramah. Cam aku.. hahaha.. Dulu laa. Sekarang tak sangat. Sebab aku mulut puaka. Maka kena kurangkan ramahan tu. Huuhu...

Zahra pun dah masuk tadika. Tak pe.. Jap lagi amik diorang balik. Kita dengar cerita hari pertama. 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Kementerian Kesihatan beri 6 bulan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan saman. Kiranya selepas tu , tiada maaf bagimu la yer. Cuma nak tau laa.. kalau diorang tetap merokok dengan alasan , diorang ada sehingga bulan Jun sebelum kena saman.. camana tu ? Lepas tu baru tak hisap dah ! Adeh.. 

Bukankah lebih baik.. laksanakan jer seperti mana laksanakan AES tu. Ada ke peringkat percubaan ? Takda pun kan ? Tau tau dapat je saman .. Ni kang , diorang dok bantai merokok . Mai penguatkuasa.. bagi amaran.. Pastu blah penguatkuasa.. hisap balik rokok ! Adeh.. letih camni ! 


Aku harap kerajaan dan kementerian kena betul betul serius. Bukan apa la... berdasarkan beberapa isu sebelum ni, akhirnya  buat U TURN menyebabkan kerajaan hilang kredibiliti dan taring ! Dijadikan parodi atau sindiran dengan geng pembangkang. Kena tegas ! Jangan bagi muka melainkan jika rakyat sepakat menolaknya ! Haaa tu barulah amik pusing dan boleh U TURN gitu. Kerajaan prihatin namanya.. 




Terbaca komen... kenapa tak haramkan je rokok ni ??? Tutup kilang rokok ! Jangan kasi rokok masuk ke dalam negara kita ni ! Kan lagi bagus..  Aku mampu geleng kepala jer ! Apa punya tur laaa komen gini. Diorang tak nampak ke contoh sedia ada seperti dadah ! Dadah diharamkan tapi masih ada dalam negara ! Merempit , lumba motor haram.. tapi masih buat ! Malah lebih merbahaya gitu kan ? 

Aku ada up status pasal komen tu.. 

" Ada yang kata.. Haramkanlah penjualan rokok.. Haramkanlah penjualan arak..

Nak tanya laaa.. Dadah dan pelacuran diharamkan. Apa jadi? Masih berleluasa kan ? Penguatkuasaan tak kuat ? Berapa punya kuat nak kasi kuat? Kena tambah man power la kan? Sapa nak byr gaji diorang lak ? Pastinya kena guna duit cukai rakyat la kan? Berapa pulak gaji nak byr ? Gaji kecik akan timbul isu rasuah lak nanti . Gaji besar korang kata keje senang tapi bergaji besar. Pastinya pekerjaan gini melibatkan keselamatan. Dah pulak kena antar kursus.. Bekal senjata api la pulak. Dah pulak kena ada elaun khas gitu.. Fuh.. Tak selesai masalah gini kan ? 

Maka... Penjualan rokok yg dibenarkan adalah dari rokok yg terkawal bahan kimianya. Tidak memudaratkan berbanding yg diseludup. Aku cakap gini, sebab aku dah nampak kesan sampingan rokok seludup ni..

Arwah ayah aku perokok tegar. Berpuluh tahun hisap Dunhill.. Kemudan tukar ke jenama yg murah seperti Benson, Malboro Light.. Bila rokok makin mahal, arwah tukar ke rokok seludup. Nak berhenti, payah. Usaha mmg ada. Perlahan-lahan katanya. Cuma tersilap langkah. Amik rokok seludup. Dia dapat kanser lidah. Dan ianya satu penyesalan buat dia. Tapi dah terlambat. 4 tahun menderita dan akhirnya...

Janganlah cakap kasi tutup terus kilang rokok atau haramkan saja penjualannya. Pastinya perokok akan mencari  alternatif dan rokok seludup aka rokok haram ni pastinya jadi pilihan. 

Ada yang kata.. Kerajaan rugi sebab tak dapat cukai. Takda duit. Memang laaaaaa cukai dari rokok tu penting. Nak ubat pesakit yg berpunca dari rokok nak guna duit dr mana??? Duit cukai rokok ni la. Kembali kepada perokok. Tak pernah terfikir ke Institut Kanser Negara tu nak dapat dana dari mana ? Korang hisap rokok..korang sakit.. Yg hidu pun dapat sakit. Dah sakit, nak gi jumpa doktor..  Bil perubatan swasta mahal nak oiii.. Gi klinik kerajaan... Murah kan? Memang laa murah sbb dr duit cukai gak. Bygkan jika tiada duit cukai..

Nak merokok... Merokoklah. Tp mau bijak la skit. Hormat juga la. Tak payah nak tunjuk besar kepala. Orang yg tak merokok ni sbn dia nak jaga kesihatan. Bukanlah sbb takut mati. Semua org mati.. Tp camana nak mati tu, kita ada pilihan. Mati sebab penyakit ke... Sbb kejadian alam ke... Tu hak Allah. Tp yg kita nak elak kan ialah mati sebab penyakit yg boleh kita elakkan seperti berpunca dr rokok dan sebagainya.

Kita jgn sombong. Satu hari nanti.. Kita ada anak cucu. ".

Persoalan.. apakah undang-undang ini mampu bertahan lama ? Namun aku tetap berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin mengenai nasib kami yang tidak merokok ni. 


Hurmm.. harap segera laksanakan juga.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Kawan kawan kelas ajak buat reunion. Fuh , mengeletar kepala lutut nak join. Lama tak jumpa kawan kawan sekolah dulu. Semua jantan ok ! Sekolah menengah aku dulu , memang jantan jer. Takda perempuan zaman tu. Maka tak perlu risau la cinta berputik kembali bagai haaa.. hahahaha.. 

Tapi tak boleh ! Kenapa ? Sebab bini aku punya hari lahir jatuh tepat jam 12 malam. Adeh.. kenapa la lahir pada tarikh tu haaa... hahaha.. Kan tak leh nak join sambut tahun baru ngan geng. Korang bukan tak tau perangai orang perempuan. Walaupun diorang kata.. 

" Pergi la.. Saya tak kisah pun. ". Kalau korang pergi , siap laaa ! Sampai hujung tahun depan diorang akan recycle kejadian tu ! Haaa.. Baru padan ngan muka korang. Sebaiknya , bagitau kawan kawan.. tak dapat join atau tak yah bagitau. Diam jer. Leh la join group GTB...Geng Takut Bini haa.. Hahaha.. 

Bukanlah takut bini pon tapi apa salahnya kan.. setahun sekali je hari lahir dia. Syukurlah Allah panjangkan usia dan jodoh bersama. Kang single, baru padan muka.. haa ! Kan kan ? Maka aku pun plan laaa.. Camana nak sambut hari lahir dia dengan konsep bersederhana. 

Aku roger Naib Presiden #KBBA9. Mintak bantuan dia dapatkankan kek di kedai kek terkenal di negara kita. Kek tu , memang akan laris kalau dimakan beramai ramai. Hahahaha.. Tapi kawan tu ada cadangan lain. Kek sedap tapi lebih murah. Aku tak kisah laaa.. asalkan ada kek haa ! 

Kek yang dibuat oleh anak buah Saidila Abdul Rahman. Boleh tempah kalau korang nak ! 

Plannya mudah jer. Aku lepak kat gym sehingga jam 11 malam. Pura pura la buat tak ingat yang harijadi wife aku tu. Pastu aku mesej balik lewat sebab hujan. Fuh , aku confirm dia punya membara di jiwa tu camana.. Hahahaha... 

Dan sementara tu.. aku abis gym jam 10 malam dan terus ke kedai Kak Laila. Heheheh... Lepak situ sambil tengok makanan makanan yang sedap. Amik bau jer ! Hahahaha.. 


Alhamdulillah.. Kak Laila belanja satay dan mee udangnya yang sodap ! Pastu siap kasi aku ulam ulaman yang mana aku telah selamat buat jadi jus ulam yang sangat kelat dan payau. Best ! Hahaha.. Terima kasih Kak Laila.. 

Jam 11.30 malam.. aku dan Saidila serta suaminya , terus ke rumah aku. Heheheh.. Supriseee la kononnya . Hahahaha.. Memang wife aku tunggu aku balik sambil baring atas tilam. Hahaha.. Geram katanya aku balik lewat. 

Tapi bila tengok ada kek dan makanan sodap sodap.. terus hilang marah. Heee.. Alhamdulillah. Simple je tapi sekurangnya , aku ingat walaupun dah masuk tahun ke 10 perkahwinan kitorang.. hee.. Hadiah ? Aku dah bagi siap siap. Sepasang cermin mata hitam dan dua buah beg. Haa.. ok la kan ? 

Dan tahun 2019 pun bermula dengan cabaran berbeza.. Dia tukar kementerian dan Qhaliff masuk tahun 1 . Aku kena ubah jadual hidup aku ! Huhuh.. 
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Banyak tempat dah gi mencari beg yang sesuai untuk Qhaliff bawa ke sekolah nanti. Tinggal beberapa hari je sebelum dia melangkah ke Tahun 1. Fuh , rasa macam semalam je baru azan telinga dia. Tau tau dah nak masuk sekolah dan tak lama lagi , akan dengarlah dia 'mengajar' ayahnya pulak. Huhuh.. 

Ok... pasal beg.. Hurm.. Yang lain settle dah. Part beg ni payah sikit. Nak yang beroda atau tak nak ? Maka aku google mencari info yang sesuai. Bukan apa.. pada awalnya aku nampak macam beroda ni cam best jer. Maklumlah , dah merasa travel tapi pada masa sama beroda ni cam menyusahkan gak melainkan jika banyak barang dibawa.. kan kan ? Cuma aku tak tau lagi camana buku Qhaliff nanti. Dan bergantung pada jadual hariannya juga. Jika banyak buku yang kena bawa.. jawabnya kena fikir alternatif lain seperti beg beroda atau aku bawakkan sampai ke sekolah. Eh ? Hahahaha.. 

Nah.. ni info yang aku dapat dari TheAsianParent Malaysia. 

Cara pilih beg sekolah yang betul

Beg paling selesa adalah beg jenis backpack, berbanding dengan beg sling bahu atau jenis strap tangan.  
  • Pilih bag dengan padding yang baik pada bahu dan di pangkal beg yang duduk di atas tulang belakang. Tali bahu hendaklah jenis yang lebar dan boleh memastikan beg itu tidak condong ke bawah.
  • Strap dada dan pinggang sangat berguna jika beg itu sangat berat.
  • Saiz beg bergantung kepada panjang tulang belakang anak. Sazi beg harus melepasi separuh bahagian belakang anak dan berhenti di atas garis pinggang.
  • Ibu bapa juga boleh memilih beg sekolah beroda untuk kanak-kanak prasekolah kerana mereka tidak ada kekuatan untuk membawa beg yang berat.
  • Ajar anak membengkokkan lututnya apabila mengangkat beg dan jangan berpusing terlalu banyak.
  • Ajar anak untuk memasukkan buku yang lebih berat di bahagian bawah beg. 
  • Pastikan anak tidak bawa barang yang tidak diperlukan ke sekolah. 
  • Galakkan anak untuk bawa buku dengan tangan sekiranya beg terlalu berat.
  • Berat maksimum beg bergantung kepada umur anak dan tidak sepatutnya terlalu berat sehingga anak memerlukan 2 tangan untuk mengangkatnya. Sebaik-baiknya, berat maksimum beg sekolah tidak patut melebihi 10 – 20 peratus berat badan anak anda.


Aku ada tengok beg beg gambar kartun popular yang jadi kegemaran anak anak aku tapi rasa cam.. hurm... lagi pun risau kang , dalam satu kelas .ramai pulak beg sama gitu. Maklumlah , semua suka kartun tuuu. Kan kan ? 

Maka tadi.. ke IOI Mall Putrajaya la kami semua. Kat sana , ternampak kedai Smiggle ni. Aku dulu pelik la kenapa jenama ni jadi pilihan ramai ibu bapa. Nak kata cantik , aku nampak cam.. hurm. Bila aku masuk ke dalam kedai tu dan pegang barangan yang ada dalam tu terutama beg sekolah , baru aku paham , kenapa dan mengapa. 

Pastu harga lak.. lebih kurang jer ngan beg beg kartun tu. Mahal skit je pun tapi dari segi material ternyata berbeza. Yang penting ketahanannya.. Maklumlah , diorang ni kan lasak dan pastinya kena banyak bergerak nanti. Huhuh.. 



Sebab jenama ? Tak gak.. aku tak heran pun bab jenama ni tapi disebabkan dah jumpa yang ok , maka aku malas nak peningkan kepala. Angkut jer la.. Untuk Zahra , aku belikan beg kartun yang dia nak. Huhuh.. Selesai. 

Aku lak mengelabah untuk masuk Tahun 1.. sebab aku laaa yang kena hantar ambik nanti ! Huhuh.. 
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Tiba-tiba teringatkan kenangan lalu... yang paling aku ingat ialah minum Lazz Cafe di pagi hari sambil mengadap pohonan pohonan yang menawan di depan mata. Macam layan novel cinta weh ! Hahaha.. Syadu jer.. Tapi panas di dalam walaupun cuaca sejuk. Nah... berbaloi bawak gi Jepun ketika tu. Heee..

Ketika tu , aku bawak sekotak terus. Sebab aku tau.. takkan nak minum sorang je kan ? Kawan kawan nak tengok je kee ??? Hahahaha...  Sedap ok ! 



Stok abis. Nak order , lambat sampai. Malas nak tunggu lama. Tapi terperasan satu posting di Instagram Lazz Susu Kambing baru baru ni ! Apa lagi aku haaa ! Order pagi , petang atau malam agen terhampir dengan kita akan hantar. Haaaa.. Giler mudah kau. Tak payah nak tunggu lama dah. Kan ? 


Jeng jeng jeng.. Agen yang cukup ramah dan mesra. Sebelum datang mereka akan mesej dulu dan hantar terus ke depan rumah kita. Berbaloi kau ! Takda caj tambahan ye. Tu yang menarik tuuu.. kan kan ? 

Aku beli untuk aku , anak anak dan jugak mak aku. Dia pun dah jadi pelanggan setia. Yer , aku tolong belikan untuk dia. Sebagai anak , jangan berkira la. Takkan nak amik duit kot ? Belikan laaa... kan kan ? Lagi pun dia kata sesuai dan sedap untuk dia. Suka minum ketika sarapan pagi. Alhamdulillah.


Dan aku... aku suka Lazz Cafe. Pekena pagi hari bersama biskut oats. Perghhh.. kenyang sampai ke petang. Pastu malam , lepas makan malam.. pekena secawan sebelum tidur ! Terasa sempurna hari selepas layan secawan. Hahaahaaa..

Manakala untuk Qhaliff dan Zahra, aku standby untuk persekolahan mereka nanti. Sarapan pagi bersama Lazz Susu Kambing PraCampuran Kurma. Kasi berisi perut tu. Jangan biarkan masuk angin. Kat sekolah nanti, bersemangat sikit nak belajar.. kan kan ?

Bagus Lazz Susu Kambing ni , kalau nak tau.. Untuk yang sedang susukan anak , Lazz Susu Kambing Asli boleh dijadikan milkbooster. Dulu wife ketika menyusu Aariz , dia amik. Memang meriah la susu untuk Aariz ! Huhuh.. Dan buat mereka yang sedang berusaha untuk dapatkan zuriat , boleh cuba juga tau ! 

Kandungan gula yang rendah tapi khasiat tetap banyak. Maka tak perlu risau part manis ni ! 




Perasan tak ? Haaaa.. Kotak baru yang lebih kecik dan mudah dibawa namun kandungannya tidak berubah cuma dalam bentuk sachet ! Untuk Lazz Cafe memang lama dah dalam bentuk sachet tapi PraCampuran Kurma , yesss !! Aku amatlah alu alukan dalam bentuk sachet ! Senang dan cepat nak bancuh serta nak dibawa ke mana mana saja terutama bila nak travel jauh.. Huhuh..




Alhamdulillah. Korang yang bekerja tu.. tak payah dah nak turun cafe untuk pekena milo atau kopi di pagi hari. Amik je Lazz Cafe ni ! Masa tak dibuang ketika di pejabat. Kerja pun boleh diabiskan dengan cepat dan paling penting.. hilangkan ngantuk ! Huhuhu... 

Tempah sekarang dengan whatsapp ke 018 277 7290 ! Atau layari www.lazzdelivery.com !

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes