BEN ASHAARI



Nak tengok skrin laptop pun tak boleh ! Dan cantik sungguh perancangan Allah. Awalnya Aariz disyaki dijangkiti sejenis virus. Dia dapat dari rumah sepupu dia. Dan bila dibawa ke doktor , wife dapat cuti selama seminggu untuk jaga dia. Tiba-tiba, aku jugak demam ! Aariz tak demam langsung pun. Aku punya demam macam demam kura kura. Dia punya tahap rasa sejuk tu , macam kura kura berusia 500 tahun bergerak. Bergetar segala kaki haaaa.. 

Badan jadi lemah abis. Bila nak bergerak pun, dada terasa sakit sangat. Terpaksa jalan berjengkit. Baru lega skit. Bila makan ubat , ok la demam. Selepas 6 jam , demam balik. Bila batuk ,fuhhh..sakitnya di dada dan kepala. Sampai rasa takut nak batuk ! 

Nasib wife ada. Dia la yang gi hantar Qhaliff dan Zahra. Kebetulan Zahra pulak selsema... dapat la cuti gak. Maka antar Qhaliff jer. Untunglah sekolah Qhaliff dekat sangat dengan rumah. Sesungguhnya aku urut dada mengenangkan apa yang dah berlaku pada perancangan sebelum ni.

Dan sangatlah cantik perancangan Allah, Qhaliff sebelum ni mintak sekolah di Putrajaya.. tak dapat ! Buat rayuan , tak dapat. Setelah dapat tau tak dapat , kecewalah juga. Dan mengelabah mencari sekolah berhampiran. Risau jauh  pulak nanti. Jauh dari rumah, jauh dari mak dia. 

Selepas tu, wife dapat berita dia akan dipindahkan disebabkan Jabatan dia digabungkan di bawah satu bahagian yang baru ditubuhkan. Post dia tiada kekosongan. Dia amatlah suka ! Hahaha.. Dan dapatlah kementerian baru. Menariknya, kementerian baru dia tu jauh sangat dari sekolah yang dipinta sebelum ni. Dengan dengan Zahra dan mudah untuk balik ke rumah ! Alhamdulillah ! Cantik sungguh.

Sabtu , aku masih demam. Aku ada sehari untuk sembuh. Jika tak sembuh , terpaksa cari plan B ! Aku tak pergi ke klinik. Risau kena tahan pulak. Sapa nak jaga budak budak nanti ? Sian kat wife sorang diri. Berkejar sana sini dia lak. 

Keluar amik angin.

Ahad.. demam dah kebah. Alhamdulillah walaupun tak 100%. Masih terpaksa bergantung pada ubat.  Tak pe la ... Janji boleh bergerak gi antar amik anak. Sebab wife banyak kerja nak diselesaikan di pejabat. 

Aku pulak.. tak bergerak langsung blog. Huhuh. Sememangnya Allah nak kasi aku rehat jap. Banyak sangat kerja sebelum ni... 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sewaktu nak daftar ari tu , dia tak nak. Tapi bila dah cuba belajar , dia tertarik. Terus dia tak sabar nak masuk. Yuran sebulan cuma RM100 jer. Seminggu sekali dan dua jam untuk satu sessi. Buku dan alatan semua percuma. Ok la untuk dia. Zahra nak tapi diorang tak boleh 'sekandang'. Hancur rumah tu nanti.

Semalam sesi pertama dia. Satu keluarga gi hantar dia. Ikutkan aku je antar pastu leh gi gym tapi disebabkan aku tak sihat , dan wife teringin nak makan bakso sedap kat area gym tu maka semua diangkutnya aku.


Sampai je rumah ustaz , tak sabar dia nak masuk. Dia orang pertama sampai. Pastu aku pun gerak dari situ. Pergh.. tak setitis air mata pun ! Suka sungguh la dia. Tak sabar nak dengar cerita dia. Ustaz yang mengajar tu , guru agama juga di sebuah sekolah di Putrajaya. Sangat mesra dan peramah. Rumah dia memang dibuat khas untuk mengajar. Alhamdulillah.. Bijak manfaatkan peluang yang ada. Oh ya.. selain kanak kanak, orang dewasa pun ada dia ajar. 

Jam 10 malam. Gi jemput dia . Padahal 9.30 malam dah ada kat situ. Hahahaa.. Dah abis pusing semua tempat. Kedengaran budak budak ketawa riang di dalam rumah tu. Suara Qhaliff jelas kedengaran. Amboiii.... 

Dan mereka keluar dari situ..Dia turut berlari keluar. Gembira. Aku menyorok. Dia tercari cari. Kawan kawan dia , dah ada yang jemput. Dia kaget ! Hahaha.. Aku panggil dia..

" Qhaliff..".  Terus dia berlari kat aku. 

" Besstt ! ". Katanya. Ustaz tu pun datang ke arah aku. Dia bagitau Qhaliff mudah tangkap. Alhamdulillah.. Aku tau dan sebab tu aku syorkan dia Al Baghdadi.  Moga selepas ni , di dalam kelas  sekolah , dia lebih mudah nak tumpu perhatian. 

" Mana lagi best ? Tadika ke ? Sekolah atau Al Baghdadi ? ". Tanya mak dia.

"Al Baghdadi la best. Ustaz panggil Qhaliff , Detektif Qhaliff. ". Ketawa besar dia. Tak sabar nak pergi kelas lagi.. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
3 hari dah aku demam. Punca ? Aku tau punca dari mana. Badan abis lenguh lenguh. Asyik nak tidur je aku jadinya. Apa kerja pun tak jadi nak buat. Apatah lagi nak update blog. Tapi apa nak buat , blog mata pencarian aku. Nak tak nak, kena teruskan sehinggalah aku ada mata pencarian lain. Er, aku tak bercadang nak tukar pon. Malah kena kerja keras untuk naikkan lagi ada la. Hee..

Ok ok.. Baru terima surat mesyuarat PIBG. Seingat aku laaa.. masa aku sekolah dulu , bab ni memang aku ignore je ! Malas nak susahkan orang tua aku datang sekolah. Sian kat diorang. Bukan dekat pun sekolah haa.. Tak penting ! 

Tapi setelah bergelar blogger dan berpengalaman beberapa tahun sebagai  guru (sementara) , aku faham benarlah fungsi ni. Masa ni kita bagi pendapat dan juga kritikan berdepan. Segalanya untuk kebaikan sekolah dan juga anak anak kita. Persoalannya , sapa nak gi ? Aku atau wife ? Hahaha.. Aku memang malas. Aku risau aku bersuara kang, payah la.. Entah , tengok la nanti. 


Dan tengahari tadi , aku gi jemput Qhaliff dan Zahra lepas abis event di Cyberjaya. Qhaliff dengan bangga bagitau dia dapat kelas baru. Aku senyum.  Aku usap kepala dia. Allah tau apa yang terbaik buat anak anak aku. Yang perting , kita sebagai mak bapak , berusaha jadikan mereka manusia yang berguna pada agama , bangsa dan negara . Aku tak bercadang jadikan dia manusia pintar di zaman ni. Heee... 
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Aku suka makan ulam. Korang pun gitu gak kan ? Makan ulam ulaman ni bagus woo ! Teringat satu perbualan dengan seorang pemandu Grab baru baru ni. Ketika tu aku nak ke Sungei Wang Plaza. Aku tanya dia mengenai kerjaya lampaunya. Katanya dia bekerja dengan syarikat besar dan bawa orang kenamaan. 

"Dah tu , kenapa tukar kerjaya ?" . Tanya aku.

" Stress. Makan pun main belasah jer. Dulu masa kerja tu , badan saya berisi. Main belasah je makan ikut dan. Yelah , makanan sedap sedap. Sekali check doktor , nah kauu.. Darah tinggi , kolestrol dan kencing manis ! Saya baru berumur 43 masa tu. Maunya tak mengelabah ! Terus saya ubah cara hidup saya. Tukar kerja. Kawal pemakanan. Banyakkan amik ulam ulaman setiap kali makan. Buah-buahan. Gula garam semua saya kurangkan sangat sangat. Alhamdulillah , ok la skit. Tapi ni pun kena makan ubat gak. Kalau boleh tak nak bergantung pada ubat. ". Ringkas tapi padat. 

Tiba tiba aku teringat. Aku pun dah lama tak makan ulam. Sayuran pun dah kurang. Adoiyaii.. Rasanya nak kena mula balik makan ulam ulaman ni. Di usia 40 an ni , kena jaga skit tubuh badan kita ni. Jangan biarkan gitu jer. Kang tumbang tengah jalan , tak ke naya jadinya ? Haaaa.. 

Rezeki aku.. Ada sahabat sudi bagi seplastik ulam. Katanya dia tanam sendiri. Subur jer. Hehehe.. Rezeki jangan ditolak. Terus aku amik dan buat jadi jus ! Huhuhuh.. Fuh , dia punya rasaaa. Kelat , pahit , payau..memang terbaik ! Campur ngan lemon dan epal hijau , baru sedap minum. 



Tapi lepas buat nak kena kemas. Berishkan juicer , meja..adoiyai ! Malas tul laa.. Hahaaha.. Sedapnya, lepas minum tu.. terus tangkap tidur ! Hahahaha... Baru syiok kan ? Haaa.. Selain dari tu, aku ada amik Habbatus Sauda , Minyak Zaiton Asli setiap pagi dan malam. Memang ada kesan positif laaa.. 

Dan aku nak kembali amalkan minum jus gabungan dari lemon , bawang putih , halia , kurma , cuka epal dan madu yang mana korang pastinya akan setiap kelebihan setiap satunya. Fuhhh , terbaik gabungan ni. Sejujurnya aku kata... gabungan ni memberi kesan positif pada badan kita seperti untuk buang angin , masalah dengan sistem penghadaman , kolestrol dan sebagainya. Kalau betul betul amalkan , inshaAllah. 

Cara mudah.. order je Alam Natura.


Mencegah lebih baik dari mengubati , kan ? Haaa...Penghasilan jus Alam Natura ni adalah berdasarkan pengalaman founder Alam Natura sendiri yang mana 5 daripada 6 adik beradiknya mengalami masalah dengan jantung. Dicubanya gabungan ini selama 2 tahun , dan memberi kesan positif. Sebab tu Alam Natura ni bagus. Yer , sewaktu aku belajar detox di The LifeCo. Phuket .. sememangnya ada bagitau akan setiap khasiat dari herba herba serta sayuran terpilih. 

Menariknya ialah.... Alam Natura ni adalah home made ! Bukan kilang buat tau atau pun OEM gitu ! Haaa.. Mereka hasilkannya sendiri. Segalanya terjaga. Takda la bila dah laris , kualiti pon jatuh. Maklumlah , nak untung besar. Tapi tidak pada Alam Natura..... kualiti dijaga sebab kesihatan adalah sangat penting buat mereka. 


Dibotolkan dengan botol yang berkualiti serta mempunyai tali diatasnya supaya senang nak pegang. Rasanya yang cukup.. Hehehe.. Mudah diminum dan pasti nak minum lagi ! Hahaha. Kalau tak boleh minum , sila gi check doktor ! Mesti ada problem dengan badan tu.. Huhuh.. 

Kalau diletakkan dalam peti ais dan minum.. Fuh ! Ditambah lak sekarang ni cuaca panas semacam jer. Huhuh.. Segar gituu.. 

Nasihat aku , jangan try sebotol. Sebab abis nanti , kelam kabut nak order lagi. Order 3 terus. Satu kasi kat orang tua. Heeee... 

Berminat ? Nak beli ? 
WhatsApp Now: https://yzza.io/mybnp/






Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

Kedua-duanya ,lebih rela ke sekolah berbanding duduk di rumah. Hahaha.. boring masing masing kalau duduk rumah. Ditambah lagi , Isnin sampai Jumaat tak boleh pegang telefon pintar. Diorang paham dan takkan mintak. Sabtu Ahad jer baru diorang mintak nak main. 

Qhaliff... Alhamdulillah. Cuma ketika aku nak hantar je dia agak macam sayu. Macam dia je lari ke arah aku dan peluk. Teringat saat tu. Aku cepat cepat pergi dari situ. Lambai pada dia dan tunjuk jam. Tanda mak dia akan datang waktu rehat nanti. Itu berlaku pada hari Khamis lepas. Jumaat, wife hantar dan aku yang amik. Kelihatan dia sangat gembira di sekolah. Huhuhu.. 

Zahra ? Mek ni dasat. Di luar dugaan sama sekali. Bayangkan sebelum ni , dia tidur lewat dan bangun di saat matahari di atas kepala ! Tapi seminggu persekolahan, takda masalah langsung bab ni. Aku dukung naik ke bilik air dan mudah sekali mandi. Takda satu tangisan pun. Pastu pakai baju dan sarapan. Keluar dan naik kereta. Dah ! Fuhhh.. sungguh dipermudahkan kerja kami.

Datang Sabtu Ahad , barulah nampak kepenatan. Lepas subuh... pengsan semula. Penat teramat sangat. Ambik dan hantar ke sekolah. Fuh... Moga pasni dah biasa dengan jadual, jadi tak la kepenatan seperti minggu pertama. 

Haa , lupa lak.. ni ada sedikit info untuk korang. Boleh la pergi nanti. Mana la tau kot kot ada peluang perniagaan atau pun buat kaki makan makanan Halal , nahhh... gi tengok tengok... Bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre , akan ada Malaysia Halal Expo 2019. Lebih 300 booth produk tempatan Halal akan dipamerkan dan turut melibatkan booth selebriti. Untuk pengetahuan korang , expo ni bertujuan untuk membawa produk tempatan Halal ke Jepun di temasya Sukan Olimpik 2020 nanti. 



Expo anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan disokong oleh agensinya,  SME CORP Malaysia.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes