Sedih. Macam tak percaya. Sewaktu membaca kata kata salah seorang pegawai hotel tersebut di Instagram , aku macam tak percaya. Takkan kot ??? Sebelum ni memang ada dikatakan bermasalah selepas kewujudan Lebuhraya Pantai Timur ( LPT ) yang mana selama ni kenderaan ulang alik dari Pantai Timur nak ke Selatan akan melalui Cherating tapi tidak lagi sekarang. Bermakna kawasan ini dah kurang pengunjung sangat dah. Nazak. Dah la tu , banyak hotel , motel dan resort kat area ni termasuk la restoran restoran serta gerai gerai jualan seperti keropok lekor dan sebagainya.
Legend Cherating Beach Resort ... terlalu banyak memori untuk aku. Terlalu banyak. Tiba tiba rasa nak mengalir air mata. Aku doakan agar ada pengurusan baru amik alih dan naiktarafkan hotel ini.. Lokasi cantik. Pantai cantik. Hotel cantik. Yang tak cantik ialah promosi menaikkan kembali Cherating !
Sebelum ni Legend Cherating Beach Resort pernah menggunakan Kelab Blogger Ben Ashaari untuk promosikan kembali resort ini. Bukan mudah untuk naikkan kawasan ini disebabkan laluan nak ke sini ni , tak ramai yang arif. Aku sendiri pon sering tersasar masuk ke LPT yang terus ke jalan besar. Takkan masuk ke jalan pantai ni ! Inilah masalah utamanya.
Kerajaan negeri perlu buat sesuatu atau Cherating , akan tinggal nama....