BEN ASHAARI



Sesuatu yang aku takuti, terjadi juga akhirnya. Setiap hari , boleh dikatakan ada saja tangkapan melibatkan pendatang asing ke negara tercinta kita ni melalui lorong lorong tikus. Sapa yang berani bawak masuk diorang ni ? Yang menakutkan ialah bila diorang berjaya bolos..pakej bersama diorang tu ialah virus Covid 19 ! Sebelum negara kita huru hara, kita dah mengecapi nikmat TIADA KES Covid 19 ! Tapi segalanya musnah bila ada kebocoran di sempadan ! 

RASUAH ! Kerajaan perlu buat sesuatu terhadap pesalah RASUAH ni. Pada tekong yang bawa masuk, pada rakyat Malaysia yang membantu tekong tekong ni.. kena kasi hukuman tegas ! Tidak memadai saja dengan hukuman denda wang ringgit ! 

Jika kita berjaya landaikan kes kali ni , masalah virus Covid 19 takkan selesai ! Mereka akan cuba masuk lagi dan lagi ! Selagi ada pengkhianat dalam negara kita ni.. selagi tu negara kita takkan selamat.  Walaupun rakyat kita sudah divaksin tapi RASUAH gagal dibendung , maka... bersedialah untuk hadapi lagi macam macam ujian. 






Sampai bila kita nak hadapi semua ni ? Kita dah bertukar kerajaan. Tak kira la ikut pintu mana tapi mengapa RASUAH masih menjadi penyakit dalam negara kita ni ? Nak kata tak beragama.. ramai cerdik pandai. 
Nak ulas lebih lebih.. kang aku pulak ke dalam ! Aku cuma kasi cadangan yang aku rasa memang kerajaan dan agensi mereka dah tau pun masalah ni... Parlimen pon masih digantung. Kalau tak digantung , ada YB sibuk dengan angkanya pulak. Adoilah ! Pening. 

Bak kata Apek la.. " Hidup pun susah.. Mati pun susah ! " . Semoga kerajaan sekarang dan yang akan datang amik iktibar apa yang terjadi pada Malaysia. 

Semoga Allah lindungi rakyat Malaysia. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Nak keluar gi kedai beli barang dapur. Gulp ! Takut weh. Takut apa ? Sesungguhnya masih ramai yang terleka dan terlalai bab SOP ni. Contohnya cam pekedai yang turunkan face masknya ke dagu. Memang boleh tepuk dahi la kan ? Kalau kes satu digit macam tu , tak pe. Sekarang dah berdigit digit ! Kes kematian hari hari dan dah cecah 2 digit ! Takkan nak tunggu 3 atau 4 digit ? Aduh.

Saranan terbaru dari KKM , jika berada di tempat sesak atau ramai orang.. guna 'double face mask' . Tingkatkan perlindungan diri kita sendiri. Ingat, yang terkorban ni bukanlah anak anak kecil tapi orang dewasa. Buat masa ni ! Jika virus ni bermutasi dan tidak diputuskan.. tak mustahil anak anak bakal hadapi masalah ni juga. Apakah ketika tu baru kita sibuk nak bersungguh putuskan rantaian ? 

Aku pakai.. Walaupun terasa sesak nafas , tapi sekejap je. Aku nak berada dalam kedai untuk tempoh 5 minit. Pilih dan keluar , secepat mungkin. Dan pastikan kedai tak ramai orang. Kena pilih masa juga untuk pergi. 

Dan nak pakai 'double face mask' pun ada caranya juga. Macam aku pakai di bawah ni, ada kawan tegur yang cara aku pakai tu salah. Tapi ok la.. ada face shield !  Dan aku baru order N95 di Lazada. Kenapa? Kena fikir gak pencemaran di bumi kita ni. Sekarang ni boleh nampak bersepah face mask di jalan raya. Haih..







Samada nak gelak.. atau nak perli , tu hak korang. Hak aku.. buat masa ni , aku terpaksa jauhi dari orang orang walaupun dia kelihatan sihat ! Maaf. Kita kena bantu kerajaan untuk putuskan rantaian Covid 19 atau penduduk Malaysia semakin berkurangan. Pilih mana satu... 

Semoga Allah lindungi kita semua. Stay safe ! Stay home...



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Nah... takut nak keluar rumah ? Yer.. wajar ! Dengan kenaikan kes positif Covid 19 yang mencanak canak naik ni , adalah wajar duduk di rumah saja buat masa ni. Samada nak percaya atau tidak, sudah sudahlah menyusahkan barisan hadapan negara terutama yang bertugas untuk memutuskan rantaian ni ! Kalau ada hal penting nak keluar, patuhi jer SOP yang ditetapkan. Bukan takut tapi nak elakkan masalah buat anda dan juga orang sekeliling ! 

Ok.. Bagi mereka yang dah pernah menikmati juadah di Lubook MakanKing Viral ni, mesti akan terliur melihat menu menu mereka kan ? Haaa... Yer, betul ! Termasuk aku juga la. Hehehe.. Anak anak aku, peminat ayam masak rempah mereka. Pedas tapi sedap. Bukan pedas yang bikin mencari air tau tapi pedas nak makan lagi !

Menu apa yang ada ketika PKP ni. Buat pengetahuan korang , menu di situ akan berubah ikut keadaan dan kesesuaian. Whatsapp terus pun lebih baik jika nak tau menu menu 'terlaris'  untuk hari itu. Yang nak diceritakan ni, menu menu yang wajib ada la... Tu pun kalau 'masih ada' la.. Cepat abis ! Heheeee.. 

Jom tengok sapa yang terliur ! Heee... Antaranya ialah Nasi Set , Nasi Set Gulai Daging Kawah , Gulai Masak Hitam , Sup Keting , Asam Pedas , Kari Kepala Ikan , Masak Lomak Siput Sedut, Kerabu , Sambal Terung Bersama Crunchy dan banyak lagi la.. Whatsapp je terus pada tokey Lubook MakanKing Viral. Nanti dia kasi tau apa ada dan yang pasti sodap sodap belaka  ! 

Oh ya.. kalau malas nak order online , gi je terus ke kedainya. Tapau jer ! No makan makan situ yer. Heheee.. Dan sila beratur sebelum nak memilih lauk pauk yang ada. Tolong buat penjarakan yer. Jangan nak himpit himpit lak. Kang , nayaaaa ! Haaa !! 

















Untuk tempahan, boleh Whatsapp dulu yer.. Sila Whatsapp ke Wasap.my/60172861447 ( Puan Wia ). Nanti dia kasi tau apa menu sodappp  yang ada untuk hari tu.. Oh ya , lokasi di Sepang  dan sekitarnya yer.

Facebook : Lubook MakanKing Viral d' Jenderam Hilir / Wia Yusof GazeboConstruction 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Guru,  adalah pencetus semangat buat kita sejak dulu lagi ! Mereka adalah insan insan yang senantiasa menjadi contoh terbaik dari segala sudut. Baik dari segi ilmiah hinggalah aktiviti harian dalam kehidupan. Sebab itulah Guru  ialah insan yang amatlah dihormati. Tak kira bangsa, negara mahupun agama 

“Sesungguhnya ibu bapa adalah sebab kewujudan seorang anak di muka bumi ini, namun kehidupan ini akan binasa. Sedangkan guru sebab kepada kejayaan abadi seseorang di akhirat yang kekal selamanya. (al-Ghazali, Ihya Ulum al-Din)
Dicalonkan sebagai Guru Inspirasi McDonald's oleh bekas anak muridnya sendiri dek kerana mengagumi dedikasi serta semangat dengan tugasnya , Cikgu Saiful Amri bin Sailan adalah antara salah seorang calon pilihan  untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 ini. Menurut anak muridnya ini..

" Beliau banyak memberi inspirasi dan motivasi kepada saya. Malah, sehingga kini, walaupun telah tamat alam persekolahan, beliau masih senang untuk dihubungi dan sering menjadi tempat saya merujuk jika ada sebarang masalah. Istimewanya, saya adalah pelajar Pendidikan khas, dan cikgu Saiful yang mengambil jurusan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan semasa di Universiti dulu, tidak kekok untuk meletakkan dirinya dengan kami. Sekejap sahaja masa yang diambil untuk menguasai Bahasa isyarat. Memang amat mengkagumkan. Beliau selalu berterima kasih kepada murid murid walaupun hakikatnya, usaha beliau sendiri untuk menguasai Bahasa isyarat. "

Bila aku baca kisah Cikgu Saiful atau coretannya di media sosial , maka aku tak hairanlah mengapa beliau begitu dikagumi oleh anak anak muridnya. Dengan pencapaian yang dikecapinya dan juga kelebihan yang dimiliki sangat membuatkan aku yang pernah bergelar juga guru sandaran satu ketika dulu.. memberikan tabik hormat buatnya ! Bukan mudah untuk bikin anak murid mengingati pada gurunya walaupun murid itu sendiri sudah berada di satu tahap yang tinggi !

En. Saiful Amri Bin Sailan , sebelum menjadi guru tetap..beliau adalah seorang guru ganti dan juga guru sandaran selama 7 tahun. Dek kerana jatuh cinta dengan profesion perguruan , beliau mencari jalan untuk menjadi guru tetap ! Bukan mudah untuk menjadi guru tetap ! Tetapi beliau berjaya lakukannya. 

Beliau melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Dan dalam pada yang sama , beliau masih mengajar sebagai guru ganti. 4 tahun kemudian , beliau berjaya mendapatkan  gelaran GURU secara rasmi ! Pelbagai perit dan getir dilaluinya. Namun beliau bersyukur berjaya tamatkan segala kepayahan dan mula mengecapi kenikmatan dan keseronokan mengajar dan mendidik anak murid. 

Baru berusia 38 tahun , guru kelahiran Selangor ini mengajar di SK Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam dalam mata pelajaran Matematik dan PJPK. Mampu bertutur dalam bahasa isyarat antara kelebihan beliau. Pengorbanan beliau mendapat pengiktirafan dari pihak sekolah beberapa kali dan juga telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2019. 

Siapa sangka kan ? Bermula dari bawah... akhirnya menjadi guru cemerlang ! Penuh pengalaman di dada. Alhamdulillah ! Terbaik cikgu Saiful ! 


Berikut adalah beberapa pengalaman beliau sebagai guru samada di sekolah atau luar sekolah : 
  1. Jurulatih Olahraga Kebangsaan Negeri Selangor Pendidikan Khas 2016-2019
  2. Jurulatih Tarian persembahan peringkat Antarabangsa
  3. Persidangan Antarabangsa Pendidikan Khas (Special Education International Conference 2019) dan MABIMM ( Majlis Bahasa Brunei- Indonesi- Malaysia)
  4. Juri Karnival kokurikulum dan Kesenian Pendidikan Khas 2018.
  5. Jurubahasa Isyarat utk Siaran TV Pendidikan dan TV Okey sejak PKP 2020
  6. Penyampai DidikTV utk subjek PJPK Pendidikan Khas Menengah Atas
Anugerah : 
  1. Anugerah Khidmat Bakti 2017
  2. Anugerah Setia Budi 2018
  3. Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019




Pandemik yang berlaku di dunia ketika ini tidak menghalang beliau untuk terus mencurahkan ilmu. Pelbagai medium digunakan untuk terus berhubung dengan anak anak muridnya. Segala soalan diajukan oleh anak anak muridnya, beliau menjawab dengan penuh keiklasan hati. 

Antara pengalaman suka dan duka bersama anak anak Pendidikan Khas ini adalah menjadi jurulatih pasukan olahraga Sekolah, kemudian diberi peluang menjadi jurulatih peringkat negeri dan seterusnya peringkat kebangsaan. Mengenal dan memahami sikap atlit pendidikan khas menjadikan beliau lebih kuat untuk terus berjuang. 

Beliau juga pernah menjadi jurulatih pasukan Boling Sekolah. Menurutnya,  duit poket bukan lagi satu ukuran. Latihan yang memerlukan kos dan tenaga yang banyak dan hampir setiap hari telah melenyapkan rasa penat dan letih apabila pasukan didikannya berjaya meraih kejayaan. 

Ditanya mengenai pengalaman sewaktu menjadi warden asrama ,beliau pernah berjaga sehingga jam 4 pagi kerana membawa murid ke klinik disebabkan demam panas dan perlu berada di sekolah semula adalah antara  cabaran yang pernah dilalui. Namun sebagai seorang warden, itulah antara amanah yang perlu dilaksanakan. 

Pengalaman menjadi jurulatih dalam persembahan tarian samada di peringkat sekolah, pertandingan luar, persembahan jemputan antarabangsa dan banyak lagi juga adalah antara pengalaman yang amat berharga.

" Harapan saya kpd anak anak murid pendidikan khas ini, moga mereka dapat meneruskan survival atau kelangsungan hidup apabila tamat sekolah nanti. Mampu untuk hidup dan bergaul dgn komuniti dan masyarakat seterusnya memberi sumbangan bermakna dalam kehidupan mereka nanti. "

Begitulah semangat seorang guru. Moga Cikgu Saiful terus cemerlang dan paling penting , teruskan sikap merendah diri dalam mendidik anak anak bangsa ! Semoga berjaya , cikgu ! Dan... SELAMAT HARI GURU ! 

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments


Setiap malam , sebelum tidur memang badan badan aku lenguh lenguh punya. Punca ? Mungkin masa streching  atau warm up sebelum nak workout tu tak berapa nak panas atau mungkin masa warm down tu.. tak sempat nak buat ! Hahaha.. Aku yakin ramai je macam aku. Tak sempat nak buat punya. 

Kesannya ? Memang ada ! Terutamanya , bila bangun tidur ! Terasa ketengangan pada leher dan juga pinggang. Lenguh kat kaki dan lengan tu, hehe.. tentu sekali ada ! Tapi tang leher tu, adoilah.. memang terasa ketat sangat ! Pinggang pon gitu gak. Kena streching skit baru rasa lega. 

Tapi sejak aku guna Antiphlamine S Lotion ni, terasa sangat membantu ! Sebelum nak workout tu, aku sapu dulu. Selepas siap workout.. mandi , sebelum tidur.. sapu skit ! Tujuannya nak kasi otot tu relaks dan juga aku dapat tidur yang lena. Maklumlah, badan berotot ni lain skit ! Bayangkan badan cam Sazali Samad tu ! Tak terbayang aku. Hehehe.. 

Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah dengan sakit otot , sakit sendi , terseliuh , lebam sebelum dan selepas bersenam , sakit di belakang badan mahupun bahu. Boleh juga guna jika korang lenguh lenguh ketika buat kerja di rumah mahupun di luar rumah. Kalau di pejabat asyik duduk jer.. sakit leher tu kan ? Atau lenguh jari jemari.. try la guna. 

Tak susah pun nak guna Antiphlamine S Lotion ni. Letak sedikit di tapak tangan dan kemudian sapu. Jangan buh banyak banyak.Sikit je dah memadai. 




Antiphlamine S Lotion ni diformulasikan dan dihasilkan di Korea. Komposisi 2 dan 1 yang tediri dari L menthol dan Methyl Salicylate yang akan memberikan kesan dingin pada kawasan yang disapu dan terkesan  itu seterusnya akan mengurangkan keradangan serta melegakan kesakitan. 

Tidak berminyak. Losen putih berpudina. Terasa dingin. Cepat serap. Oh ya.. boleh guna 1 hingga 4 kali yer. Dan... pada botol tu ada Roller Akupressure. Bagus roller tu ! Gunakan pada bahagian bahagian yang stress dan tegang. Mampu memberikan kelegaan. InshaAllah. 







Lenguh atau  ketengang pada leher ? Sapu dulu losen pastu gunakan Roller Akupressure. Macam aku punya kes.. aku akan gunakan juga pada jari jemari tangan  dan juga tapak tangan dek kerana lenguh pegang telefon pintar atau penat menaip di laptop.  Memang lega laa pastu. Oh, jangan roll kuat kuat. Manja manja jer.. Haa ! Ok ? 

Satu botol Antiphlamine S Lotion ni, bersize 100 ml. Mudah untuk dibawa bergerak sana sini. Boleh dapati di farmasi terpilih di seluruh negara  atau boleh beli terus secara online di web EUCOGEN Store ini. 

#AntiphlamineMY
#MassageOnTheGo













 

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes