BEN ASHAARI



PKP datang lagi.. PKP datang lagi.. PKP datang lagi ! Adoilah.. Camana nih ? Nak gym tak leh. Nak workout tak leh ! Takda feel nak workout tanpa peralatan ! Huhuhu.. Kan kan ? Sebenarnya boleh jer.. Amik peluang ketika ni untuk hilangkan lemak di badan. Buat senaman yang membakar kalori dan seterusnya bina otot otot. 

Nak bakar kalori ni , banyak je cara. Di Internet ada je video video yang boleh kita tiru. Dari asas hinggalah ke level padu padu punya ! Manfaatkan segala barang barang yang ada di depan mata. Contoh tangga ke.. meja ke.. botol dan apa apa je yang ada. Kalau ada duit , boleh beli peralatan seperti resistance bands secara online. Aku suka lagi guna tali getah tu. Terasa kepadatan bila gunakan. Huhu..

Bab pemakanan pulak ,  memang yang ni aku kena jaga ! Bukan apa.. Aku ada masalah dengan tekanan darah tinggi maka aku kena elakkan makanan yang mampu beri kesan buruk pada aku. Maka aku kena pilih makanan yang baik baik. Dan whey protein yang aku amik kali ni adalah Whey MMX dari Nutrion Pro. 

Kenapa Whey MMX ? 




Sesuai untuk lelaki perempuan, terutamanya kepada mereka yang ingin membuat cutting atau nak  mengurangkan lemak dalam badan dan dapatkan badan yang lean fit . Kira macam aku ni, aku nak ada gak la skit skit lemak sebagai kenangan. Kang kalau lean sangat , letih nak jaga. Aku pun suka makan. Hahaha.. Aku makan , aku bakar ! Haaa... Tapi makan tu jaga jaga la juga. Elak makan yang berlemak, tinggi garam , gula , berminyak.. Terbabas tu memang la ada tapi tak pe la. Aku bukan nak masuk pertandingan pun. Lebih pada kepuasan diri dan paling utama ialah kesihatan. 

Bahan yang digunakan terdiri dari bahan bahan yang Halal. Sijil Halal dalam proses kelulusan.  Manakala setiap scoop adalah 27 gram protein & 6 gram BCAA per serving yang akan membantu mempercepatkan pemulihan dan perkembangan otot. Sebanyak 160 calorie sahaja setiap serving. Membantu mengurangkan selera makan, dan ini akan mengurangkan pengambilan calorie lebihan Whey MMX hanyalah untuk memberikan protein, masih perlu makan makanan lain lagi untuk mendapatkan nutrien yang seimbang. Jangan gunakan protein sebagai pengganti makanan


Dapatkan Whey MMX di SINI dengan harga promosi.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Seperti yang diduga dari awal lagi, tapi kita masih menaruh harapan bahawa rakyat Malaysia akan berdisiplin dan menuruti segala arahan dan juga perintah mahupun pesanan.. seperti PKP 1.0 dulu tapi sayangnya... hanya segelintir saja yang menuruti. 

Tapi sayangnya... sayangnya ramai yang engkar ! Mereka mungkin merasakan semua ini sekadar mimpi di siang hari ! Ah, nanti sapa sapa tolong kejut. Teeet ! Maaf ! Kita sekarang di dunia nyata ! Di dunia realiti.  Segalanya adalah benar belaka dan ianya sedang berlaku. Mungkin pernah tonton dalam filem tapi kali ini , kitalah pelakon pelakonnya.

Walaupun SOP diperketatkan, masih ada yang mengambil kesempatan. Sekarang kita dah nampak kesannya. Yang 'tak bersalah' turut menerima kesannya. Dek kerana seorang yang engkar , abis serumah. Dek kerana seorang yang sombong, satu pejabat terima impaknya. 

Bukan sekadar sakit sakit seperti dulu... Sekarang ni setiap hari ada saja yang meninggal dunia. Kalau dulu seorang dulu di kawasan pendalaman , sekarang ni.. ada kenalan kita yang sihat minggu lepas.. tiba tiba dengar dah di ICU. Punca ? Hurm.. macam macam punca. Kluster masjid , kluster surau , kluster pejabat , kluster raya.. melibatkan ahli keluarga dan juga kenalan. 


Tah la.. Rasanya setiap hari dah pihak berkuasa dah maklumkan... penguatkuasaan ditegaskan tapi ? Masih ada yang ambil remeh. Mungkin mereka dah bersedia untuk menemui PenciptaNya ? Huhu. Tapi janganlah libatkan orang lain. Tak kesian ke ? 

Macam macam cerita pasal SOP ni aku dengar. Di pejabat... ada yang berjenaka dengannya. Yang berpangkat.. berlagak macam takda apa apa. Yang kaya, peduli apa.. Yang marhaen lak , entahlah..  Bila dah kena , nak nangis pun tak berguna lagi. 


Aku tertanya tanya.. Apakah Aidilfitri di tahun mendatang , akan disambut dengan penuh kegembiraan lagi atau lagu lagu raya bakal mengalirkan airmata kita ?






Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Berkali kali dah cakap.. Duduk rumah jika tiada keperluan atau kepentingan untuk keluar. Kalau boleh elakkan dari keluar, jangan keluar. Kenapa lak ? Bila kita dah keluar rumah , automatik kita dah mendedahkan diri pada risiko jangkitan. Jika nak keluar gak , pastikan ikut SOP yang disuruh tu. Nak tak nak, ikut lah ! Makin ramai terkorban tanpa kira umur ! Ini bukan mimpi atau drama petang petang. 

Kenapa 2 minggu je nak kena duduk rumah ? Untuk putuskan rantaian ! Kita tak tau yang kita ni dijangkiti atau tidak. Jika kita bergerak ke sana ke sini , virus tu akan tersebar ! Kita dalam tak disedari menjadi agen penyebar virus tersebut ! 


Tempoh masa dari saat seseorang dijangkiti virus hingga ia mula mengalami tanda-tanda jangkitan dipanggil 'tempoh inkubasi'. Selepas dijangkiti virus, tanda-tanda jangkitan boleh mengambil masa hingga 14 hari sebelum muncul, akan tetapi secara lazimnya, ianya dianggar mengambil masa dalam 5 hari.

Dan 2 minggu tu bukan kira dari semalam yer. Haa , kalau korang keluar rumah  dan jumpa orang hari ni.. pastu tak ikut SOP lak , memang kena kira dari hari ini atau esok ! Dalam tempoh beberapa hari ni, kena pastikan korang tidak bergejala dan juga status kawan tu.. Rajin rajin check status MySejahtera kita juga. 


Tolonglah yer... Aku dah penat nak baca status sorang demi sorang kehilangan yang tersayang. Penat jiwa. Sedih tak terkata. Ini semua bukan mimpi ! Tak da sapa boleh kejutkan kita Realiti yang perlu kita hadapi. 

Bayangkan seorang demi seorang pergi. Terutamanya yang tak bersalah tu ! Yang memang tak dengar kata tu, aku tak tau nak kata apa dah.  


Ya Allah, ya Rahman, ya Rahim,
Saat ini kami mengangkat tangat memohon ke hadrat-Mu, memohon perlindungan dan pertolongan daripada-Mu, ya Allah. Kami sedar, kami akur, wabak Covid 19 ini adalah teguran daripada-Mu, ya Allah. 

Maka, ampunkan segala dosa kami, kesalahan dan kesilapan kami, ya Allah. bantulah kami, hamba-hambaMu yang lemah ini, ya Allah. Angkatlah, hapuskanlah wabak ini, lenyapkannya, wahai Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Ya Rabbal Alamin,
Lindungilah kami, keluarga kami, anak-anak kami, jiran tetangga kami dan negara kami dan seluruh dunia daripada wabak ini, ya Allah. sembuhkanlah mereka yang telah dijangkiti. Sembuhkan mereka yang sedang dirawat, ya Allah. Berikan kekuatan dan kesabaran kepada barisan hadapan kami yang sedang bertungkus-lumus berjuang merawat pesakit-pesakit dan memerangi wabak ini, ya Allah.

Ya Zaljalali wal Ikram,
Sesungguh kami amat sedih dengan apa yang menimpa kami ini, ya Allah. Hanya Engkaulah yang Maha Berkuasa. Berilah kami kekuatan, ya Allah. Berilah keupayaan agar kami menghadapi semua ini. Semoga kami dapat memperbaiki kekurangan, kelemahan kami, ya Allah. Semoga ada hikmah di sebalik ujian-Mu ini. Semoga semakin kuat keimanan dan ketakwaan kami kepada-Mu, ya Allah.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sesuatu yang aku takuti, terjadi juga akhirnya. Setiap hari , boleh dikatakan ada saja tangkapan melibatkan pendatang asing ke negara tercinta kita ni melalui lorong lorong tikus. Sapa yang berani bawak masuk diorang ni ? Yang menakutkan ialah bila diorang berjaya bolos..pakej bersama diorang tu ialah virus Covid 19 ! Sebelum negara kita huru hara, kita dah mengecapi nikmat TIADA KES Covid 19 ! Tapi segalanya musnah bila ada kebocoran di sempadan ! 

RASUAH ! Kerajaan perlu buat sesuatu terhadap pesalah RASUAH ni. Pada tekong yang bawa masuk, pada rakyat Malaysia yang membantu tekong tekong ni.. kena kasi hukuman tegas ! Tidak memadai saja dengan hukuman denda wang ringgit ! 

Jika kita berjaya landaikan kes kali ni , masalah virus Covid 19 takkan selesai ! Mereka akan cuba masuk lagi dan lagi ! Selagi ada pengkhianat dalam negara kita ni.. selagi tu negara kita takkan selamat.  Walaupun rakyat kita sudah divaksin tapi RASUAH gagal dibendung , maka... bersedialah untuk hadapi lagi macam macam ujian. 






Sampai bila kita nak hadapi semua ni ? Kita dah bertukar kerajaan. Tak kira la ikut pintu mana tapi mengapa RASUAH masih menjadi penyakit dalam negara kita ni ? Nak kata tak beragama.. ramai cerdik pandai. 
Nak ulas lebih lebih.. kang aku pulak ke dalam ! Aku cuma kasi cadangan yang aku rasa memang kerajaan dan agensi mereka dah tau pun masalah ni... Parlimen pon masih digantung. Kalau tak digantung , ada YB sibuk dengan angkanya pulak. Adoilah ! Pening. 

Bak kata Apek la.. " Hidup pun susah.. Mati pun susah ! " . Semoga kerajaan sekarang dan yang akan datang amik iktibar apa yang terjadi pada Malaysia. 

Semoga Allah lindungi rakyat Malaysia. 

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Nak keluar gi kedai beli barang dapur. Gulp ! Takut weh. Takut apa ? Sesungguhnya masih ramai yang terleka dan terlalai bab SOP ni. Contohnya cam pekedai yang turunkan face masknya ke dagu. Memang boleh tepuk dahi la kan ? Kalau kes satu digit macam tu , tak pe. Sekarang dah berdigit digit ! Kes kematian hari hari dan dah cecah 2 digit ! Takkan nak tunggu 3 atau 4 digit ? Aduh.

Saranan terbaru dari KKM , jika berada di tempat sesak atau ramai orang.. guna 'double face mask' . Tingkatkan perlindungan diri kita sendiri. Ingat, yang terkorban ni bukanlah anak anak kecil tapi orang dewasa. Buat masa ni ! Jika virus ni bermutasi dan tidak diputuskan.. tak mustahil anak anak bakal hadapi masalah ni juga. Apakah ketika tu baru kita sibuk nak bersungguh putuskan rantaian ? 

Aku pakai.. Walaupun terasa sesak nafas , tapi sekejap je. Aku nak berada dalam kedai untuk tempoh 5 minit. Pilih dan keluar , secepat mungkin. Dan pastikan kedai tak ramai orang. Kena pilih masa juga untuk pergi. 

Dan nak pakai 'double face mask' pun ada caranya juga. Macam aku pakai di bawah ni, ada kawan tegur yang cara aku pakai tu salah. Tapi ok la.. ada face shield !  Dan aku baru order N95 di Lazada. Kenapa? Kena fikir gak pencemaran di bumi kita ni. Sekarang ni boleh nampak bersepah face mask di jalan raya. Haih..







Samada nak gelak.. atau nak perli , tu hak korang. Hak aku.. buat masa ni , aku terpaksa jauhi dari orang orang walaupun dia kelihatan sihat ! Maaf. Kita kena bantu kerajaan untuk putuskan rantaian Covid 19 atau penduduk Malaysia semakin berkurangan. Pilih mana satu... 

Semoga Allah lindungi kita semua. Stay safe ! Stay home...



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes