BEN ASHAARI



Hari ni masuk hari ke 39 aku buat kerja kerja gini. Hahaa.. Ada yang kata aku mengarut ! Ada yang kata tah hapa hapa ! Nasi tak bersalah bagai la.. Tapi Alhamdulillah, ada ramai kawan kawan di media sosial ikut jejak langkah aku dan memberitahu akan kesan positif mereka dapat selepas melakukan selama beberapa hari dan berniat untuk teruskan. Syukur pada Allah. 

Nasi tak salah ! Betul.. Gula pun tak salah ! Semua makanan yang ada atas dunia ni tak bersalah. Tapi yang salah tu kita. Samada kita takda ilmu mengenainya atau terlalu menurut nafsu bila berdepan dengannya. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan kelaparan dan untuk berdiri beribadat). Jika itu tidak dapat dipertahankan, maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas.” (Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi)

Alhamdulillah... dalam seminggu , aku berpuasa sunat pada hari Isnin dan juga Khamis. Alang alang dah nak jaga perut kan ? Hee.. Aku turut lakukan aktiviti seperti biasa seperti ke gym, amik anak isteri di sekolah dan juga pejabat bermula dari subuh hari hinggalah ke petang. Di rumah, turut buat kerja kerja seperti biasa. Bukan abiskan masa layan Kdrama. Hee.. tak sempat dah sejak sejak kereta tinggal sebuah ni. 

Bagaimana nak tahan perut ? Sebenarnya .. apa yang aku tahu sedikit la.. apa yang kita lakukan memerlukan tenaga. Tenaga ni datangnya dari apa yang kita makan. Gitulah secara kasarnya. Kalau kita makan makanan yang berkhasiat dan berkualiti , gitulah hasilnya. Sebab tu kalau kita perasan , kenapa ada yang mengantuk selepas makan.. tengok balik apa yang kita makan sepanjang hari ini. Mengantuk lepas makan itu pelik tau ! Tak sepatutnya berlaku. Sepatutnya kembali bertenaga. Gitulah.. padangan aku. 

Aku.. mulakan pagi hari dengan minum air suam panas halia. Tambah sedikit madu dan lemon. Cukup. Kenapa air halia ? Kajian mengatakan pengambilan halia dapat membantu mempercepatkan proses gastric emptying atau dikenali sebagai pengosongan perut dan mengurangkan simptom ketidakselesaan perut. Pengambilan air halia dapat mengekalkan hidrasi dan mengelakkan dehidrasi kepada anda.

Pastu selesaikan urusan anak bini , baru ke gym bersenam sekurang kurangnya 45 minit ke satu jam setengah. Tak perlulah nak berat berat. Asal semua anggota terlibat bergerak dan digunakan, ok dah. Full body workout kata orang omputeh. 

Pastu balik rumah baru makan telur setengah masak, dalam 2-3 biji. Selesai makan gitu, baru minum air protein. Recovery untuk otot otot. Setengah jam, aku minum lagi air halia suam panas. Halia didapati dapat memberikan penyembuhan otot selepas latihan bebanan. Pengambilan 4g halia serbuk halia bersama air didapati dapat membantu penyembuhan otot yang cedera semasa latihan dengan peningkatan. 

Tengahari atau petang baru makan sedikit berat. Tips mudah yang aku ambil, banyakkan serat dan protein dalam pinggan tu. Abiskan semua tu dulu baru tengok karbo yang ada di depan mata. Biasanya , mencukupi dah apa yang aku makan. Tak perlu banyak pun sebab aku bukan nak gi berladang atau bertani yang memerlukan banyak tenaga. 

Air manis ? Kenapa nak minum air manis ? Apa yang aku makan dan minum pun dah rasa manis. Kalau minum air yang ditambah gula.. memang terasa lain laa lidah aku tu ! Tak sedap !! Gitulah.. buat masa sekarang. 




Berminat Halia#1 : Whatsapp ke https://Halia1.wasap.my




Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Korang tahu kan yang aku dah lebih 30 hari tak amik nasi sebagai sajian utama harian aku. Kesannya ? Korang sendiri nampak dari hari ke sehari ! Aku bukan saja tak ambil nasi tapi turut bersenam setiap hari. 

Katakan.. aku tak cerita semua tu di media sosial termasuk blog ni dan tiba tiba muncul dengan gambar gambar begini dan bagitau... " Well , aku berjaya turunkan berat badan dengan minum air halia ni jer. Pakej dengan sado lagi ! " . Rasa rasa camana ? Aku yakin sangat ramai akan pm aku dan bertanyakan pasal serbuk Halia#1 tu. Kan kan ? Ramai nak jalan singkat untuk turunkan berat badan dan nampak kembali ayu dan kacak. 

Aku berduit dengan banyak weh kalau gitu ! Tapi sayangnya, aku bukan jenis macam tu. Aku rasa berdosa sangat kalau buat gitu. Walaupun aku perlukan duit tapi bukan begitu caranya. Aku ajak kawan kawan buat secara sihat !


Jadi serbuk Halia#1 tu tak beri kesan ke ? Huihhh.. jangan cakap gitu. Sejujurnya serbuk Halia#1 tu sangat banyak memberikan manfaat untuk tubuh badan aku. Paling utama ialah aku berjaya menghilangkan rasa ketagihan pada kopi 3 in 1 , aiskrim Mekdi dan banyak lagi. Setiap kali aku rasa ingin minum manis , aku bancuh air halia dan dicampurkan madu. Selain hilangkan rasa ketagihan , perut aku lawas membuang dengan jayanya yang mana selama ni.. hurm...

Jual ubat kurus lagi untung dari jual Halia#1 ni sebenarnya. Ramai je pm aku bertanyakan tips dan cara cepat nak kurus atau turunkan berat badan tapi aku tak boleh mampu nak menipu. Ada je fat burner yang boleh bikin hilangkan buncit tapi ada kesan sampingannya ! Dulu aku tak rasa kesan sampingannya. Dah tua baru tahu. 

Nasihat aku.... biar slow slow turun berat badan tu dengan cara yang betul. Barulah dapat badan yang sihat dan cantik. Buat apa nampak kurus tapi tak sihat ! Nampak je macam sihat padahal.... sendiri cari penyakit ! Buang perangai Malas tu  demi masa depan.. 
 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Hari ke 35 tak ambil nasi sebagai sajian utama dalam diet pemakanan harian aku dan aku berpuasa. Siap gi gym lagi.. Heee. Ramai tertanya tanya apa yang aku gantikan ? Er... Sebenarnya tak penting mana sangat pun nasi untuk aku sebab aku bukanlah mengunakan banyak tenaga dalam aktiviti seharian aku. Ini baru aku sedar dan faham ! Sebelum ni , aku balun nasi berpinggan pinggan pastu beranggapan akan gunakan sepenuhnya di gym. Adeh...walhal..

Melainkan jika aku bekerja di ladang, bendang atau sektor pembinaan yang memerlukan kudrat. Sesungguhnya aku perlukan banyak nasi ! Jika aku bekerja di dalam pejabat, buat apa nak nasi banyak banyak ? Segenggam pun dh banyak. Sebab itulah, lepas makan.. dalam pejabat jadi mengantuk ! Cuba korang tak amik nasi waktu makan tengahari ketika hari kerja. Maksud aku untuk mereka yang bekerja dalam pejabat.. duduk atas kerusi tu ! 

Aku bukan anti nasi tau ! Cuma sebelum ni aku tak faham sangat pasal NASI ni. Tak perlu banyak banyak pun sebenarnya. Tapi yang membuatkan kita nak amik banyak, sebabkan lauk pauk yang sedap sedap ! Ada sup.. ada sambal belacan.. ada budu.. ada ulam ! Pergh.. memang bertambah la jawabnya. Pas makan, terbaring kemalasan.. serupa ular sawa ! Tapi ular sawa makan protein ! Hahahaha.. kita ?

Tips untuk kawan kawan yang nak berubah.. bila makan , dahulukan fiber dan protein. Makan dulu buah, sayur pastu protein cam ikan , ayam , daging barulah amik nasi. Tak best ? Heee.. korang nak best sekarang atau kemudian hari ? 

Ikut nafsu... binasa ! Kos rawatan perubatan sekarang mahal dan nak ke buat temujanji berjumpa doktor atau .. boleh g makan di mana mana restoran atau gi travel dengan badan yang sihat ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Nak belanja kawan atau keluarga dengan citarasa masakan Arab/Iraq yang cukup melazatkan ? Aku cadangkan Samad Al Iraqi. Lokasi yang cukup strategik dengan permandangan KLCC yang mengagumkan. Lepas makan boleh terus gi shopping atau berjalan jalan sekitar KLCC. Tak jauh pun, dalam 3-5 minit je jalan kaki. Aku cadangkan letak je kereta terus dalam bangunan Menara Prestige, Jalan Pinang. Banyak ruang letak kereta terutama jika datang hari Sabtu atau Ahad.

Kenapa aku cadangkan sini ? Untuk pengetahuan korang , aku dah ke sini 3 kali. Bila teringin nak makan sesuatu yang berbaloi, memang aku bawa keluarga ke sini. Selain faktor restoran yang cantik , bersih, kemas serta staff restoran yang sangat ramah , makanan diorang memang superb ! 

Aku yang dah lebih 30 hari tak ambil nasi sebagai sajian utama , aku minta pandangan penyelia restoran pada hari tu. Dia cadangkan beberapa makanan yang berasaskan daging dan juga sayur. Memang cukup terliur punyalah ! 

Untuk anak anak, diorang takda masalah. Roti saja pun dah sedap ! Hahaha.. serius ! Jika korang peminat kunafa, nah... korang wajib cuba kunafa mereka. Pasti akan WOW punya. Begitu juga dengan kopi dan teh Arab mereka. Ah, aku tulis entri ni pun dah terasa lapar semula bila mengenangkan lamb dan ayam masakan mereka. 

Cubalah.... untuk berbuka puasa nanti pun , memang akan meninggalkan kenangan manis bersama. Baca di SINI  juga.

Samad Al Iraqi : https://samadaliraqirestaurant.com.my/
Galeri Gambar : https://samadaliraqirestaurant.com.my/gallery/
Alamat : G-3, Menara Prestige, 1, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No telefon : 011-11100092
Waktu Operasi : 1130 pagi

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments



Setiap pagi , bangun dari tidur.. aku minum air suam dulu. Pastu buatlah apa yang wajib dulu. Seterusnya part makan... pagi pagi , aku jarang nak makan berat. Aku cuma minum air halia dicampur madu dan chia seed. Sesekali , aku akan buat halia dengan beet root. Banyak sangat manfaatnya kalau kita rajin mencari infomasi. Kalau malas, sendiri rugi ! Jangan tunggu doktor bagi arahan baru nak mencari. 

Kalau korang nak tahu , aku ni memang kaki makan ! Kalau dulu, megi , makanan segera ni memang feveret. Malam malam boleh keluar gi Mekdi dan sebagainya. Cari beger , aiskrim.. nasi kandar atau KFC bagai.. tu memang wajib la ! Pastu kononnya esok boleh bakar kalori dengan gi gym !

Adoilah.. konsep ke laut dalam ! Nak hilangkan ketagihan ni bukan mudah. Nasib baiklah aku jumpa cara mudah. Alhamdulillah.. berjaya ! Malah aku berjaya juga buktikan yang tak makan nasi untuk satu jangka masa yang lama , memberikan kesan positif berbanding negatif ! Sangat banyak ! 

Dulu aku kuat minum kopi terutama 3 in 1 , Starbuck , Coffee Bean dan seangkatan dengannya. Terliur bila nampak simbol simbol ni bila berada di dalam mall. Tapi sekarang takda dah ! Terima kasih pada serbuk halia yang senantiasa jadi peneman aku ke mana saja. Aku bancuh panas panas dan minum. Sedap ! Tambah madu dan lemon, sempurna pagi aku ! Hahaha.. 

Kafein ? Hurm... tak pe la.. ada banyak lagi sumber kafein boleh aku dapatkan. Antaranya green tea ! Tak perlu nak masukkan gula dalam badan yang mana boleh memberi kesan buruk pada aku. Korang kalau ada masalah sendi sendi tu, cubalah buat macam aku. Nanti akan nampak perubahannya.. untuk jangka panjang !


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes