Jawapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin:
Para fuqaha (sarjana Fekah) berbeza pendapat dalam hal ini. Di kalangan ulama, terutama dalam Mazhab Hanbali menyatakan tidak wajib Jumaat untuk makmum yang sudah menghadiri solat Hariraya, kecuali imam. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w ketika hariraya berlaku pada Hari Jumaat :
قَدِ اجْتَمَعَ فِى يَوْمِكُمْ هَذَا عِيدَانِ فَمَنْ شَاءَ أَجْزَأَهُ مِنَ الْجُمُعَةِ وَإِنَّا مُجَمِّعُونَ
“Telah berkumpul pada hari kamu ini dua hariraya, sesiapa yang mahu memadailah baginya solat hariraya bagi solat Jumaat (tidak wajib Jumaat), adapun kami (Nabi s.a.w) akan menunaikan Jumaat” (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibn Majah. Dinilai sahih oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh al-Zahabi. Al-Albani juga menyatakan sahih).
Berdasarkan hadis di atas, maka seseorang diberi pilihan sama ada hendak menunaikan solat Jumaat setelah menunaikan Solat Hariraya, atau berpada dengan solat berkenaan. Maka dengan itu dia wajib menunaikan Solat Zohor. Terdapat pendapat di kalangan ulama bahawa Zohor juga tidak wajib disebabkan Nabi s.a.w tidak pun menyebut hal ini dan Hari Jumaat yang diwajibkan adalah Solat Jumaat, maka apabila ia digugurkan tidak perlu mengganti apa-apa. Antara yang berpendapat tidak wajib diganti dengan Zohor ialah al-Imam Syed Sabiq dalam Fiqh al-Sunnah (1/267, Beirut: Dar al-Fikr).
Apapun, hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, termasuk amalan pada zaman Umar, Abdullah ibn al-Zubair dan Ibn ‘Abbas menyebut perbuatan meninggalkan Jumaat pada hariraya itu أصابت السنة “Betul dari segi sunnah” (lihat: Ibn Taimiyyah, al-Fatawa al-Kubra 2/366, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Cumanya, mereka kebanyakannya berpendapat wajib Zohor. Adapun imam hendaklah menunaikan Jumaat untuk mereka yang hendak menunaikan Jumaat, atau tidak menunaikan Solat Hariraya, maka wajib dia menunaikan Jumaat.
Dengan diakui ada perbezaan pendapat di kalangan sarjana hukum, namun saya cenderung kepada tidak wajib Jumaat bagi makmum yang sudah menunaikan solat Hariraya berdasarkan hadis di atas dan beberapa riwayat yang lain, juga sifat Islam itu sendiri yang meringankan apabila ada ruang kelonggaran. Apatahlagi, maksud perhimpunan kaum muslimin telah tertunai pada hari tersebut, maka perhimpunan solat hariraya sudah dapat memenuhi maksud perhimpunan solat Jumaat.
sumber : drmaza



Ni baru sikit ... ada lagi banyak dlm blognya ... kalau berminat nak tengok .. tengok jer, bukan kena bayar pon ... hehe.. g la jengok ..kot kot leh buat hantaran atau .. ehem.. hadiah ke.. kan kan.. Kain songket yang tidak panas, tidak mengecut, tidak meregang, tidak pecah dan pelbagai masalah lain yang sering didengar dari produk lain di pasaran. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Saya rasa amat wajar untuk saya mengulas sendiri tentang isu doa untuk bukan muslim yang ‘dikecohkan’ sekarang. Ini memandangkan ada media telah memainkan perbezaan antara pendapat saya dan yang dihormati S.S Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mengenai isu ini. Tujuan tulisan ini agar salahfaham dapat dielakkan.
Apabila seorang tokoh UMNO yang agak veteran menghubungi saya dan menyatakan beliau tidak puas hati (ayat asalnya ‘malu’) dengan fatwa S.S Tuan Mufti Perak yang mengharamkan doa kesejahteraan untuk bukan muslim, saya jawab saya tidak pasti sebab saya sendiri belum membaca fatwa tersebut. SMS beliau kepada saya: “apakah saudara bersetuju dengan Mufti Perak bahawa hukumnya haram kita mendoakan kesejahteraan bukan Islam. Salahkah saya mendoakan kesejahteraan mak mertua saya yang bukan Islam? Atau mendoakan penyokong saya yang bukan Islam?”. Setelah mendapat sms itu saya cuba mencari kenyataan S.S Tuan Mufti dalam media, saya dapati demikian yang dilaporkan oleh beberapa media.
Sebagai husn al-zan (sangka baik) saya anggap mungkin laporan media kurang kemas, atau ada maksud di sebalik pandangan hukum yang dikeluarkan oleh S.S Tan Sri Harussani Zakaria itu. Ungkapan yang digunakan bahawa Islam mengharamkan doa kesejahteraan kepada orang bukan Islam itu mungkin mempunyai maksud lain di luar apa yang saya faham. Perkataan ‘sejahtera’ itu mungkin ada maksud tersendiri yang beliau ertikan. Cumanya, saya ingin mengulas kenyataan itu dari beberapa sudut. Pandangan saya dalam isu ini seperti berikut;
1. Setiap orang yang mempunyai pengetahuan agama hendaklah sentiasa adil dengan pandangannya. Tidak boleh berpihak untuk kepentingan pembangkang ataupun kerajaan. Saya tujukan nasihat ini kepada mereka yang daif seperti saya ini agar berusaha mendisiplinkan diri dalam pandangan ilmu. Adapun S.S Tan Sri Harussani, Mufti Perak sudah pasti seorang yang teguh –bukan lemah seperti saya- dan saya doakan agar keteguhan itu menjadi contoh insan yang berdisiplin dalam ilmu.
2. Pandangan agama yang membabitkan hal bukan muslim di negara kita khususnya, dan dunia moden amnya, jika salah ditangani boleh memberikan kesan negatif kepada kefahaman masyarakat mengenai Islam. Kita memberitahu dunia ‘Islam adalah agama yang rahmat’, pasti mereka akan ragu jika kita mengeluarkan pandangan sebaliknya. Di kala dunia menuduh Islam pengganas, tiada nilai toleransi dan seumpamanya, pandangan-pandangan golongan agamawan janganlah membantu menyuburkan tuduhan palsu itu.
3. Di Malaysia, secara praktiknya, ramai yang terbiasa memberi ucapan –terutama di media-media kerajaan- “assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam”. Walaupun Nabi s.a.w –seperti riwayat al-Bukhari-dalam praktik baginda, jika ada bukan muslim bersama dengan muslim baginda hanya memberikan ‘assalamualaikum’ sahaja. Perkataan ‘assalamualaikum’ itu memang bermaksud ‘kesejahteraan ke atas kamu’. Namun, diulangi oleh amalan media kerajaan dan majlis-majlis kerajaan dengan ungkapan ‘salam sejahtera kepada yang bukan beragama Islam’. Tidakkah ‘salam sejahtera kepada bukan beragama Islam’ itu satu doa untuk mereka. Mengapa tidak difatwakan ia haram selama ini? Demikian salam ciptaan baru ‘salam 1 Malaysia’ juga bermaksud kesejahteraan untuk semua termasuk bukan muslim. Mengapa tidak diharamkan?. Saya sekali lagi berpesan kepada diri saya sendiri yang amat daif ini: janganlah bersifat terpilih dalam berfatwa.
4. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum mendoakan rahmat dan keampunan kepada bukan muslim yang masih hidup. Mereka sepakat melarang doa tersebut kepada yang sudah mati dan menolak Islam secara jelas. Kesepakatan itu disebabkan ia disebut dalam al-Quran dalam Surah al-Taubah ayat 113. Adapun mendoakan untuk mendapat hidayah, adalah ijmak (sepakat tanpa kecuali) para ulama membolehkannya, bahkan menggalakkan.
5. Kata Abdullah bin Mas’ud:
“Aku seakan masih melihat Rasulullah s.a.w menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi a.s yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: “Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menunjukkan berdoa agar Allah memaafkan atau jangan menurunkan bala kepada golongan kafir yang jahil adalah harus. Dalam ertikata lain diberi peluang untuk mereka. Ini sebenarnya, mendoakan agar mereka selamat dari bala yang Allah bakal turunkan.
6. Dalam hadis yang sahih riwayat al-Nasai dan Abu Daud, sahabah Nabi s.a.w pernah menjampi untuk seorang gila yang bukan muslim dengan Surah al-Fatihah sehingga sembuh. Ketua kabilah lelaki itu memberikan kepada sahabah berkenaan 100 ekor kambing. Nabi s.a.w bersabda kepada sahabah tersebut: “Makanlah, selama ini orang memakan dari jampi yang batil, engkau memakan dari jampi yang sebenar”. Jampi adalah sebahagian dari doa kepada Allah. Hadis ini menunjukkan boleh mendoakan kesembuhan dan kesihatan kepada bukan muslim.
7. Bagi saya, doa kebaikan untuk bukan muslim seperti agar memerintah dengan adil atau mendapat kesejahteraan kesihatan, keamanan, harta dan seumpamanya adalah dibolehkan. Dada Islam amat luas dalam hal ini. Syaratnya, doa kesejahteraan itu bukan untuk orang bukan muslim yang bermusuh dengan Islam. Firman Allah: (maksudnya):
“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahanah ayat 7-8).
8. Adapun berdoa agar diberikan kekuatan atau kekuasaan kepada mereka yang zalim adalah haram. Samada yang didoakan itu muslim atau bukan muslim. Firman Allah:
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang melakukan kezaliman nanti api neraka akan menyentuh kamu, sedangkan kamu tidak ada sebarang penolong pun selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113).
9. Namun, saya akui bahawa permainan politik boleh berlaku dalam semua aliran kepartian. Doakan mungkin digunakan dengan tujuan baik, juga mungkin tujuan kempen politik. Sebab itu ‘Ali bin Abi Talib pernah menyebut kepada golongan Khawarij yang menggunakan slogan agama:
“Perkataan yang benar, tetapi bertujuan batil” (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).
Saya tidak pasti doa dalam kes di Pulau Pinang tersebut dalam kategori mana.
10. Pun begitu, golongan agama tidak boleh membuat fatwa untuk keredhaan sesuatu pihak semata. Hukum yang bersifat merentasi masa dan tempat seperti kenyataan mengharamkan doa untuk kesejahteraan orang bukan muslim secara mutlak akan dipakai selamanya jika rakyat menerima sedemikian rupa tanpa penelitian atau pendetilan.
11. Dalam sebuah negara yang berbilang agama, adakah kesejahteraan dan keamanan akan tercapai jika salah satu masyarakatnya porak peranda. Jika masyarakat bukan Islam hidup dalam keadaan tidak aman dan bergolak sesama mereka, apakah negara akan aman? Jika seorang pemimpin muslim dibolehkan berusaha secara pentadbiran memulihkan keamanan dalam komuniti bukan muslim, apakah munasabah Islam mengharamkan pemimpin tersebut berdoa agar Allah memulihkan keamanan dan kesejahteraan dalam kalangan mereka?
12. Tambahan lain, perlu kita di Malaysia mendoakan agar bukan muslim menerima Islam ini. Orang cina khusus mereka rajin dan kaya. Jika mereka menerima Islam, agama ini menjadi teguh. Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:
“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”. (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi).
Alangkah perlunya kita juga berdoa agar tokoh-tokoh yang hebat di negara ini menerima Islam.
Inilah pandangan ringkas saya. Saya percaya S.S Tan Sri Harussani Zakaria mempunyai tafsiran atau andaiannya yang tersendiri. Apapun, kita harapkan andaian dan tafsiran itu sentiasa memberikan nilai yang positif untuk Islam dan bebas dari belenggu kepentingan mana-mana pihak. Ini adalah pandangan saya.
Tapi bila tengok atau terbaca saudara seagama kita yang terang terang seperti menghina agama sendiri , camana ? Contoh ? Banyak kan ? Puasa .. diwajibkan keatas mereka yang sihat agar berpuasa ... Solat .. begitu juga .. 5 kali sehari ... tak kira sihat atau tidak , wajib keatas kita agar mendirikan solat .. Sapa yang suruh semua ni ? Manusiakah ? Undang undangkah ?
Apa perasaan korang bila ada kawan korang terang terang tak berpuasa .. makan depan korang ? Pastu leh ketawa riang gitu ? Dia hina sapa sebenarnya ? Agama ? Diri sendiri ?
Di bulan Ramadhan ni .. nak suruh tutup aurat pon susah .. kalau tak nak pon , hormat orang lain .. Ni siap pakai sendat sendat atas bawah , camana ? Nak tegur ? hahaha... Pasti akan ada di maki kat situ .. Ko sapa ?? Mak bapak aku pon tak kisah ? atau , Ko sapa ? Mufti ? Ustaz ? Pak Imam ? Apakah diorng je ke boleh nasihatkan kita ??
Nak marah ? Nak pukul ? Kita doakan agar mereka dan kita semua diberikan kekuatan dan juga hidayah agar tidak terpesong dariNYa ..
ps:saye jd follower hantu je,xreti nk buat blog2 ni,haha "
Aku bukan seorang selebriti .. bukan novelis dan jauh sekali orang nak kenal .. tapi bila aku berblog untuk suka suka disamping menjana pendapatan sampingan ( rezeki dah depan mata ) , ada yang menghargai sudah pasti aku amat terharu ...
Diatas tu antara komen yang baru aku terima di FACEBOOK ... lelaki komen yer .. Terima kasih .. Aku cuba yang terbaik untuk berblog secara jujur .. yelah , kadang kadang terpaksa jaga sedikit cara kita agar takde pihak yang terguris hati ..
Bagi blog aku ni , aku nak segalanya ada di dalamnya .. tamo giler giler sangat .. kadang kadang aku nak ajak pembaca berfikir ... kadang kadang aku nak sama sama tersenyum dan kadang kadang aku nak sama sama merasa rendah diri ...
Yup .. ada pastinya entri aku kadang kadang menguris hati pembaca tapi percayalah semua itu tidak disengajakan .. apa pun , jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog ini ..
BA : Yang penting , hepi ...
" Kira-kira 60 peratus daripada penduduk Malaysia menggunakan internet sama ada untuk mencari kerja atau meninjau peluang bisnes internet khususnya yang berkonsepkan "home based business" atau "online business" untuk mencari duit tambahan bagi menampung kos perbelanjaan yg semakin meningkat ketika ini."
Berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut ? Jom klik sini
Video penuh cermah Benjamin di sebuah gereja di Kuching yang menghina agama Islam...dengan fakta2 yang SALAH mengenai Islam.
Kalau along buat salah , boleh pulak angah wat dek .. bukan tak terasa tapi beralah .. Ni bila angah lak ikut prosedur , along tk puashati .. camana ni Along ? Takkan sebab along tu besar , angah kena takut ? Menda kecik je along .. beralah je la...
Bila syarikat along dalam kesusahan , angah gak datang bantu .. tak pulak suruh ucap terima kasih secara terbuka .. Angah tak kisah .. sama la gak ngan si aiman .. dia lama dah tak kisah .. Skang angah lak ikut perangai aiman .. Along pon kena la gitu ..
Apa pun ,buat la siasatan dulu .. tak payah nak amuk amuk dulu yer ... lainlah kalu nak putus sahabat .. Berdosa tau .. saudara seagama .. tak baikkk..


Juga info dari majalah APO .... gambar dari google .. hehe..
Gunung Roraima ialah sebuah gunung yang rata kemuncaknya yang sebenrnya terletak di tiga buah negara sekaligus iaitu , Venezuela , Guyana dan juga Brazil . Para pelancong boleh sampai sehingga ke puncaknya dengan bantuan tangga semulajadi yang telah terbina sejak bertahun tahun lamanya .
Menakjubkan bukan ? hehehe .. Nak g jauh kan .. kalau kat Negeri Sembilan ke Melaka ke , best la gak .. huhu
Yup .. maklumat yang aku jumpa dalam majalah APO lantas aku google dalam internet untuk mencari fakta dan gambar yang lain ..Menurutnya , aisberg ini terletak di benua Antartika dan dikatakan aisberg yang paling besar di dunia .Ia dikatakan lebih besar dari saiz negara Jamaica dan telah terbentuk lebih kurang 10 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2000 ..
Tu kata dia la.. kalau nak tau lagi , silalah google .. :)
Si A ni bertanya la pada kawan dia ni , si B .. " Ko nak berbuka apa karang ?? " .. Si B ni jawap la dengan mata dok pandang laptop .. " Kat umah aku ada murtabak diraja .. hehe..kakak aku kirim dari kelantan. " .. " Huih .. dengar kata murtabak tu sedap kan ? Boleh la aku rasa skit eh ? " . Si A cuba mengecek si B .. " Boleh je , besar tu.. takkan abis aku makan sorang .. Lagipon besar pahalanya berkongsi makanan waktu berbuka ni .. "
Si B ni bertanya pada si A pulak apa yang dia beli untuk berbuka .. Dia jawap , ala.. biasa jer .. Ayam Kenny Rogers jer .. tu pon amik yang kecik sekali.. Cukuplah untuk dia seorang ... Hehe.. Saja nak berjimat la katanya ...
Si B tersenyum jer ... Biasalah manusia ni .. Yang orang punya dia mintak .. Yang sendiri punya , sorok .. Tak nak berkongsi.. kira nak makan sorang je la ... tak kisah la kan .. hak dia tapi kalau begitu punya perangai , janganlah mintak orang punya ... Kalau nak mintak jugak , reti retilah menghulur .. Jangan sedap menelan je ..Orang berbudi , kita berbahasa...
BA : Tgk kiri kanan sebelum melintas ..
Nak tak nak , aku kena turun bawah untuk punch ... Penat neh... bukan dekat nak turun .. tingkat 23 ke tingkat 6 .. tingkat 6 tu mm2h unit imigresen .. kira suku sakat la ... masa g tadi pon , diorng dok bersantai ... layan Selamat Pagi Malaysia .. Yelah , awal lagi kan .. baru kul berapa .. waktu pejabat beroperasi pon jam 8 ... hehe.. ikut time tuuuu ... hahah..
Jap lagi meeting .. aku tak terlibat la... cuma kena pasang projektor n lcd jer .. big boss nak guna .. huarghhhhhhhhh... ngantuk ... tidur puas dah neh ...
Selangor cuti eh.. best tul.. pastu selasa cuti lagi ..huwaaa.... kalau amik cuti isnin tu , leh balik kampung tu .. nak g bercuti time puasa ni , penat jer .. KL pasti jammed kalau diorg semua yang bercuti tu pakat serbu ... Huih ...
BA : nak sambar levi's sehelai untuk raya ...
Minggu ni aku rasa cam bz lak ... semalam , seharian dok betulkan pc yang mana aku jadikan tempat stor simpanan data , tiba tiba crash boom bang ... disebabkan berlaku blackout..menyampah tul .. kebelakangan ni makin kerap berlaku blackout kat opis .. bila selalu sangat , lama lama pc boleh rosak wooo ... nasihat , silalah guna backup power utk pc korang eh .. hehe..
Dalam ERL , tadi , aku dapat duduk .. lega.. orang tak ramai lagi ... tak larat nak ari ari berdiri.. dalam LRT pon berdiri ... nasib baik sabtu ahad cuti .. huhu.. kalu tak , tak yah g gym dah .. sah sah kurus sbb berdiri ... huk huk ...
Ok la..aku nak naik lrt dah .. tetiba lak perut wat hal... hahaha.. sebelum berpeluh , baik cabuttt..
Dia tanya pada aku , apa yg bagus sangat kedai tu sampaikan aku syor pada dia untuk bersahur / berbuka di sana ? Aku jawab dengan mudah ... Yang pertama , aku dah makan kat situ .. Kedua , kalau tak sedap , masakan ada orang duk senantiasa keluar masuk makan kat situ walaupun sampai ke tengah malam ? Ketiga , Kalau kata takde pilihan makanan , kedai sebelah atau ada restoran berhampiran , namun kedai mamak tu gak jadi sasaran .. Keempat , kena pergi tengok sendiri dari asyik bertanya sedangkan kedai tu sekangkang kera je dari rumah ..
Kadang kadang orang kita gemar bertanya dari membuat kajian .. Suka dapatkan jawapan dari mulut orang dari melihat dengan mata kepala sendiri .. Maka jawapan dari mulut orang itulah yg dibuat kesimpulan ... Sepatutnya , mulut ditambah dengan mata , ditambahkan lagi dengan risikan barulah boleh dibuat jawapan ..
Atau sebenarnya orang kita ni lebih tertarik dengan promosi .. kena ada promosi kaw kaw punya pastu siap bagi hadiah , ganjaran pada pengunjung ..barulah orang berpusu pusu .. Sbb ada menda free .. Tak kisah la kan .. semua tu strategi .. tak salah pun .. semua tu perancangan masing masing ...
Tak pelik sebenarnya .. kita mmg gemarkan dengar cakap cakap mulut seperti gossing , ngumpatan sana sini dari melihat dengan mata kepala sendiri ... Sbb tu majalah majalah hiburan , rancangan gossip di tv menjadi rancangan no 1 orang kita ni ...
BA : dengar , google terus ...
Erk... kalau aku pon pengsan .. hahahha
Kalau orang kafir persenda agama Islam , kita marah .. kalau kita sendiri ??

PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS
DARI KILANG) *
Tarikh : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar
Ramadhan)*
Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.
Sehubungan dengan itu, adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut. Bersama-sama ini juga disertakan *flyers* jualan tersebut untuk makluman jua.
BA : Tunggu apa lagi????? Serbuuuuuuuuuuuuu
Bagaimana nak adil pada wanita ?
Kat SR , semua aku nak makan.. semua sedap.. Al maklumlah , perut tengah lapar .. padahal tadi dah makan nasi beriani MAS punya .. hehehe... Aku nak makan japanese soba dulu.. diikut black chicken rice , kalau lapar lagi la... pastu nak makan kek .. huarghh... lapa lapa lapa ..
Bila dah abis makan japanese soba tu , semua tak jadi dah.. kenyang .. haha.. bila g masuk supermarket , plan memula nak amik aiskrim , air itu ini ... macm macam la... last last , aku beli air carrot jer .. yang selebihnya wife aku punya .. huhu ..
Maka baliklah aku dengan air carrot tu jer .. Huhu ... tapi ok la... tak membazir.. nafsu kuda je semua tu... jimat jimatt.. lama lagi nak raya ...
Ni baru nak g makan kat alamanda .. sasaran dikesan ialah Johnny's .. hehe.. lama tak pekena steamboat ... nak itot ??? Jooooooommmm ...
Pastu nak shopping skit .. nak beli , perabot , seluar jeans, spek itam , baju batik , baju melayu , kasut , selipar , stokin ,bla bla bla bla ...
Baca boleh , percaya jangan yer ...
Sebelum nak menghabiskan duit tu , cuba fikir yer kawan kawan ... nk tunggu RM500 ni setahun sekali jer ! Bila tak dapat , tepuk dahi .. bila dapat , sekali harung je dah abis .. Camana tu ? Kot ye nak beraya sakan pon , beringat skit ... lepas raya nanti , masih di tengah bulan .. takkan semua pakat nak g open house je kot ??
RM500 tu nampak besar tapi sebenarnya kecil pada zaman ini .. beli baju , seluar , kasut .. abis dah ? Tu kalau yang bujang .. kalau yang dah berkeluarga tu , syukur la.. dapat tambahan ... bolehlah beli untuk anak anak .. tapi kalau perlu , ajar la anak anak tu berjimat .. beli yang penting .. baki duit tu boleh simpan untuk masa depan diorng .. mana tau diorng nak sambung belajar nanti .. tak la kalut nak pinjam duit kerajaan lagi kan ?
Jadi ini sekadar peringatan buat mereka ( termasuk aku ) , beringat sebelum jadi habuk ...
Wife dah sampai.. katanya banyak barang .. nak kena tolong g amik la nih ... Haih... aku kalau g mana mana , beli souvenir kecik jeeee.. takde makna nak beli ikan udang semua tu .. kalau orang nak kirim pon , aku kata , kirim mutiara je.. lain tak leh... hahahha...
Jadi ada dua cara aku nak ke KLIA dengan harga murah ... pertama ... aku terus ke KLIA .. tapi jgn keluar ! duduk je dalam tu.. hehe...suh je wife tolak guna troli tu.. ala , kalau aku keluar pon sahih guna troli kan ? Dari situ baru la aku tolong angkatkan ..
Cara kedua ... turun kat Putrajaya , kemudian beli tiket ke KLIA .. tambang baru RM6.. jadi aku masih untung hampir RM10.. duit gak tu bai... nak dapat dari NUFF RM 10 , tunggu beribu orang klik , baru dapat RM10 wooo ... Cuma cara ni akan membazir masa skit ... kena tunggu hampir 15 minit lagi untuk ERL ke KLIA sampai .. kira jimat duit tapi buang masa ...
Masalah yang lain , kunci rumah ada kat aku ... begitu juga kunci kereta .. jadi , nak tak nak .. aku kena g amik gak la ... Alaa.. kata sayang bini kan ? .. kena la korban RM5 .. hehhe.. lebih susah wooo.. JIMAT JIMAT ... kata nak beli rumah ... huhu....
BA : Sejak kenal NUFF , pandai dh jimat duit... nak dapat 50 sen pon jenuh wooo
Hadith - Yassin Jantung Al-Quran ?
Benarkah wanita berasal dari tulang rusuk lelaki ?
Penjelasan : Perempuan Tudung Pegang Babi oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( Dr.MAZA)
Kebelakangan ini , aku perasan ramai yang putus cinta..samada cinta monyet, cinta maut , cinta nafsu , cinta materialistik dan banyak lagi la ...Yang paling naya , cinta monyet..eh silap..cinta maut...cinta monyet ni , cinta budak sekolah....nak makan pun dok mintak duit kat mak , ada hati nak bela anak orang..tu pun dah maut abis tu...bila awek atau boy preng dia ada kekasih lain , dah pakat nak bunuh diri...perghh....dia ingat best sangat ke bunuh diri tu..silap tak mati ? tercacat lak ..baru padan muka...
Cinta Maut ni , yang maut nyer , mmg maut sungguh...Biasanya yang terlibat ni orang-orang yang dah lepas sekolah...kira dah abis SPM la...kira masa ni , 'aku dah dewasa' ..huhuuh..PLKN pun tak lepas lagi nak iktiraf dewasa konon..diaorg ingat , dewasa ni semua dah layak bercinta ke ? Apa diorng tak tau yang dewasa ni pun masih tak layak bercinta lagi...sebab apa...sebab tak MATANG !
Diorg ingat matang ni cam gula-gula ke ? kira masuk mulut terus hisap je gula gula tu..kena lalui bermcm pengalaman , suka duka ...membaca buku mahupun mendengar pengalaman org lalui pun sedikit banyak boleh membantu..
Berbalik pada cinta maut ni...majoriti yang maut , si wanita...masa bercinta , dia laaaaaaaa yang paling gembira...indah sungguh panorama..bagai bulan nirwana..u laaa laaa..tropikaaa .. eh..salah lagu....tapi mmg indah la...tak apa yang boleh menyekat percintaan kita...terlupa abis halal haram..sebab apa, sebab confirm akan nikah...perghh...tu belum masuk bab rindu !
kalau rindu , dapat bau baju pun jadi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .... ilang sekejap rindu tuuuu....bayangkan laa..kalau dah tinggal berjauhan...nak jumpa pun skit punya susah ...so bagi la baju sebagai penawar rindu...rindduuuuuu..rindu serinduuu rindduuu nyaaaaa...perghh..kalau setahun tak jumpa , setahun la bau baju tu...silap silap baju pun dah bau air liur...dah memanjang tido ngan baju tu..hahahah..
Lelaki lak ...bila cintan ni...ermm..susah nak kata gak...ada yang selamba... sebab apa... sebab ada kawan-kawan...dari siang sampai la ke malam , lepak ngan kawan-kawan...so tak la terasa sangat..bila nak tido je baru la nak rindu-rinduan..call, borak sampai abis kredit...
Bagi yang lelaki jiwang , memanjang je dok antar sms rindu, cinta...g mana mana.. asik nampak je muka gf dia..beruntung la gitu...tapi spesis ni tak ramai...pupus dah ...pupus sebab ramai dah jadi
keras hati...ego...malu nak jiwang...tak caya , dengar la irama lagu skang..berapa banyak lagu jiwang yang ada berbanding tahun 80an-90an...haaaa..jiwang ringan ringan ..hahaha
(gambar ni gambar hiasan je.. takde kene mengena dengan aku...asik gambar aku jek.. boring korang tengok )
Kalau dapat lelaki yang jujur n setia, selamat la..kalau dapat yang sebaliknya ? hehehe..tang ni laaaaa ada yang menonggeng...
Bagi yang dok hangat yang bercinta , masa ni gambar mmg penting...sebagai bukti awek/bf tu milik ku abadi..hahahaha...bangga tunjuk kat kengkawan..tunggu la dah kawin nanti...hahaha
Siap letak pic dalam wallet ( rasanya zaman ni takda dah kot ) , dalam handphone... kalau awek / bf dia hensem mahupun lawa giler , sahih dijadikan wallpaper... hahaha.. nasib baik tak buat poster atau banner...tak pe , citarasa n cara masing masing menghargai kekasihnya...
Macam-macam cara la ....yang aku nak cakap ni pasal frust ..
Pagi tadi , aku ada baca kat surat khabar tempatan...ermm... tentang wanita ...pergh..kaw kaw brother tu tulis..hahaha..aku rasa kalau perempuan baca , sahih sakit hati...tapi apa pun , katanya ada kebenaran..sikit sikit nak salahkan orang...sendiri punya salah tak sedar...tapi bukan tu yang aku nak cita nehhh..
Frust ...aku pun pernah frust..pernah dikecewakan dek perempuan... mmg rasa down sangat la bila dikecewakan ...bila tengok orang dok bercouple , mmg sakit jiwa.. nak tunggu pulih , mmg makan masa...masa ni la rakan rakan diperlukan...masa ni la baru nak cari kawan-kawan... tapi sebenarnya , perpisahan ini mematangkan fikiran dan tindakan seseorang..
Kalau orang tu bijak , dia akan gunakan peluang perpisahan ini untuk mengupgradekan diri dia ..masa ni la nak tau dimana kekurangan dan kelemahan diri.. ...bila dah pulih nanti
..dia akan jadi insan yang lebih berkeyakinan ..lebih bersemangat...
Dan yg paling penting , semasa ini lah dia dekat kan diri dengan Allah...tak pe , yang dulu tu dulu...apa-apa saja kesalahan yang dia buat dulu , minta la keampunan dari Allah...Allah Maha Pengampun....tu la kelebihan bila dah berpisah...sebab dulu terasa jauh dari Allah..terlalu asyik ngan bercinta...kecuali la..pasangannya membawa cintanya itu mendekati Allah...yang tu laaaa..sesuai dijadikan suami /isteri....bukan sebaliknya...
Jgn sesekali salahkan keadaan atau berkata dunia ini tidak adil...Dunia ini tidak adil kerana kita bergantung pada dunia ini ...cuba lah kita bergantung pada Allah....berharap pada Allah....Allah itu Maha Adil !
Janganlah sesekali menyalahkan lelaki itu atau perempuan itu...mesti ada sebab musababnya..samada dia tidak layak untuk kita atau ada yang lebih layak sedang menunggu kita nanti..apa pun...berdoalah...berdoa minta pada Allah...tidak hari ini , diakhirat Dia beri...ingatlah...kita hidup hari ini untuk akhirat...
Janganlah kita hidup hari ini kerana dunia...dunia tidak menjaminkan akhirat...niatlah segalanya kerana Allah...insyaAllah..
Apa pun , kalau frust , ingatlah Allah....dengan mengingati dia , kita akan lebih aman..terasa sebenarnya cinta kerana Allah tidak pernah lupakan kita !!!
Frust ari ni adalah untuk kebahagiaan akan datang...


Jadi blogger ni mmg seronok .. kita boleh meluahkan apa saja yang terbuku di dalam hati secara sopan dan bijak .. Dapat ramai kawan .. Boleh bertukar pandangan dan pendapat .. Malah mampu membuatkan blogger menjadi bertambah matang dan juga jadi seorang penyabar ..
Bagaimana nak jadikan sesebuah blog itu menarik ? Penggunaan bahasa yang mudah difahami biasanya akan menjadikan sesebuah blog tu berada dalam kedudukan tersendiri .. Layout yang simple dan mudah di loading ..
Pentingnya seseorang blogger itu rajin membaca .. lebih banyak dia membaca lebih bermaklumat tulisannya .. Meluahkan pendapat dalam tulisannya berdasarkan fakta boleh mendorong pembaca berfikir .. Secara tidak langsung blogger akan dapat 'ganjaran' ..
Susah ke nak jadi blogger ? Perlu tahu pasal IT/ programming ker ? Persoalannya , anda nak jadi blogger apa ? Kalau sekadar gemar menulis , cukuplah pengetahuan asas mengenai blog yg mana anda boleh menguasainya dalam masa yang amat singkat ..
Motif ..tujuan .. yang ni aku malas nak ulang .. aku rasa yg nk jadi blogger tu dah sedia maklum niatnya menjadi blogger .. Samada $$ atau suka suka , terpulang ... Yang penting , berdisiplin .. Jangan gunakan cara keji untuk 'naik' .. Jangan jatuhkan maruah seseorang untuk popularkan blog ..
Ramai tersilap .. jalan paling pantas nak popularkan diri ialah jadi blogger .. Bila blog dah popular , maka ramai akan kenal ... Jangan berniat nak jadi popular seperti artis kelak membinasakan diri.. Cukuplah sekadar mereka membaca tulisan kita .. Cukuplah mereka terhibur dengan idea kita .. Dan sama sama bergerak ke depan untuk majukan diri .. Anda seorang blogger dan bukannya seorang selebriti ! Rosak nanti ... anda tidak akan jujur lagi dalam penulisan .. Anda pastinya mencari 'isu isu' panas agar ramai membacanya .. Ini boleh menghilangkan ketulinan tulisan anda ..

Mengejar Trafik .. Ramai nak dapat trafik yang tinggi.. makin tinggi trafik , makin popular blog anda .. Tapi sedarkah , makin tinggi trafik , makin banyak kerenah pembaca .. pelbagai komen akan dihamburkan pada anda .. Tulisan anda akan dikritik ... mampukah anda hadapi ? Semua ini bisa mematahkan semangat blogger jika tidak mempunyai kekentalan mental . Bila dah jadi gitu , maka tulisan anda akan mengikut kehendak mereka .. Baik toksah buat blog kalau gitu ..
Bagi aku , naik secara perlahan .. turun secara perlahan .. Jika pantas anda naik , pantas jugak anda turun .. Naik secara perlahan , membuatkan anda menjadi blogger yang baik, peka dan bijak dalam 'berkomunikasi' dengan pembaca ..
RANKING (PAGERANK , ALEXA ) .. Pergerakkan ranking ni mmg best .. cam kedudukan pelajar dalam kelas .. tapi kena ingat... kalau hari ini , anda dapat 1 UV , esok anda kena dapatkan 2 UV .. lusa kena dapatkan 3 UV.. anda tak boleh maintain atau turun .. Jadi kedudukan ini seperti yoyo .. Perhatikan beberapa blog yang mempunyai bilangan online satu satu masa.. amat tinggi ... ada diantara 500-700 tapi bila perhatikan ALEXAnya , tidak berada dalam kedudukan yang baik langsung .. Aku tak pasti bagaimana pengiraan ALEXA dan PAGERANK ... dan aku tak nak amik kisah dah ... yang perlu aku amik kisah ialah , setiap entri aku akan aku cuba sampaikan maksud dan juga pengajaran .. Pengajaran buat aku dan juga pembaca ..
Dan akhir sekali .. sebagai seorang blogger , jgn mudah putus asa dan paling penting ialah sabar .. ANDA BUKAN MENULIS UNTUK HARI INI !
Amacam ? Cantik tak ? Cepat g order sebelum kehabisan stok ... >> Trendy Shawls
Nak kata selalu berlaku tu tak la tapi sekali dia datang .. haih... berpeluh gak ketiak .. dahi , jangan cakap la.. macam baru lepas main bola ... Huih, berkurun dah aku tak main bola nih .. abis ilang skil skil semulajadi aku tu.. hahaha... terlari tajuk ..
ERL ada lagi 11 minit nak sampai ... sabar ek.. kita selesaikan tugas kita nanti sejurus kita menjejakkan kaki di opis ... Aku tau... aku pon nak tapi takkan kat sini ... mana boleh.... tadi kat rumah ,tak nak beria lak ... bila dah jejakkan kaki kat sini , baru nak eh ??? jahat arr.. suka kasi aku berpeluh ...
Rasanya pagi tadi je mau 3 gak aku dok ulang alik ke toilet ... gara gara makan kuah air asam .. cicah dengan ikan bakar .. huhu ... adoii.. lamanya lagiiii .... mau mau kul 8 baru sampai opis ... takkan sejam nak menahan !
Namun , rakyat negara ini , aku rasa dah cukup lali dgn 'aktiviti provokasi' mereka di negara jiran tersebut .. Aku pasti rakyat kita malas nak melayan ... Sakit hati , mmg sakit hati .. tapi rakyat mereka yang berada di negara kita ini , tidak sama sekali bersalah .. Kita jangan jadi seperti mereka yang mana bercadang nak menghalau rakyat Malaysia yg berada di sana..
Aku cukup pelik.. takkan diorng tak pikir berapa ramai saudara mara mereka di sini ??? Nasib baiklah rakyat Malaysia ni , masih mempunyai keperimanusiaan dan masih lagi boleh berfikir apatah lagi kita semua ini serumpun .. Nak gaduh buat apa ?? Tu haa.. kalau beria sangat , g jee Palestin .. Lawan ngan Israel ..
Buang masa je semua ni ... Pastinya ada dalang dok menjarum dari belakang !
3 hari 2 malam aku tak balik umah ... akhirnya , mati begitu jer ... sedangkan dah disediakan segala hidangannya .. letihla hari hari nak membelainya .. kalau kitorg cuti panjang camana ? sapa nak jaga ? takkan nak usung ???? mana lepas weh.. kena tahan nanti ... ni nanti raya camana ??? haaa... takkan nak letak dalam kereta ??
Sampai sampai rumah je tadi , aku terus tunaikan amanah aku .. bila tengok dia terkulai layu..sian dia... haih... tu laaa.. aku ajak ikut , tak nak.. gatal g lilit semua tiang yang ada tu pasal apa ? kan dah layu... Pokok timun wife aku neh .. manja beno.. kalau tak siram sehari , mesti layu.. teruk la lagu nih ... tapi nak buat camana ? Dah hobi wife ... ulam raja naik cantik lak... baik tanam ulam je kan ...
3 hari ni , aku hidup membujang.. dengan wife ke sabah sebab kerja maka aku amik kesempatan tu untuk pulang ke Cheras .. Puncanya , aku nak habiskan masa dengan ayah aku .. aku tak tau la kenapa aku rasa sedih sangat bila tengok wajah dia .. Nak mengalir air mata tapi aku tahankan ..
Terimbau saat aku 'menyusahkan' dia sewaktu kecil .. mintak itu ini .. dia berusaha mendapatkannya kerana dia tak nak mengecewakan aku .. Aku tak pernah pinta mainan ... aku tak pernah minta sesuatu yang amat mahal kerana aku tau , mmg sukar baginya untuk memenuhi permintaan tersebut .. Kerana aku tau , dia ada 4 orang anak
perlu di suap.. perlukah aku mementingkan diri ??Masih aku ingat , bagaimana dia terpaksa ke pejabat untuk meminjam duit dari rakannya hanya kerana aku inginkan sepasang kasut bola yang nilainya beratus ringgit ( tahun 80an ) .. Aku tak sangka dia sanggup pinjam dari kawannya .. Waktu tu , aku tak tau apa apa lagi tapi bila aku kenangkan semula saat itu , barulah aku sedar .. Haih ... kalaulah aku tahu .. aku takkan mintak semua tu .. aku rela lagi guna kasut murah ..
Kamera DSLR aku tu... sebenarnya ada sebab aku membelinya ... Ayah aku seorang peminat kamera .. dia cukup sayangkan kamera SLR NIKON dia yang dia beli beribu ringgit di tahun 70an .. Sbb tu aku membelinya .. aku nak berkongsi dengan dia .. Aku tau dia segan nak menyentuhnya sebab bukan haknya .. Sikap tu , turun pada aku.. aku takkan sentuh hak orang .. Jika nak , aku akan beli sendiri .. Setiap kali aku berikan padanya sambil menunjukkan fungsi , aku rasa terharu... sekurangnya aku membuatnya rasa layani .. walaupun aku dah mampu miliki harta aku sendiri namun aku tetap akan berkongsi perasaan itu dgn dia ..
Bila dia tidur , aku pasti masuk ke bilik orang tua aku .. kalau dia seolah susah nak tidur .. aku akan picit kaki kakinya .. Kalau dulu , aku adalah sasaran dia .. suruh pijak kaki dia .. lenguh katanya .. Maunya tak lengoh ? siang bawak bas sekolah .. malam bawak teksi ! Semata mata cari duit untuk anak dia belajar ! ( bas sekolah , perniagaan keluarga )
Dulu aku cukup suka melawan kata dia .. bukan apa , ayah aku tu manjakan anak perempuan dia .. kadang kadang aku rasa terpinggir .. apa yang aku nak , takkan dapat ... Bayangkan zaman aku , kawan kawan baya aku ada basikal BMX .. aku ? hanya mampu tengok jer ... aku pernah mintak pada ayah aku .. jgn mimpilah .. akhirnya aku cari basikal tua yang dh rosak yang kebetulan baru dibuang seseorang di tong sampah lalu dibaiki dan akhirnya aku ada basikal aku sendiri ..
Mainan ? Jgn mimpi laa.... Semua mainan , akan aku cipta sendiri .. dari papan dam , pinball .. dart dan senapang kayu .. dan banyak lagi .. Aku rasa , aku dapat kemahiran tu dari ayah aku.. dia sangat pandai bertukang .. segalanya dia buat sendiri ..
Oh ya .. lupa... hehe.. permintaan aku yang sering ayah aku tunaikan ialah .. BUKU .. kalau aku mintak buku , dia pasti akan belikan ... dia tau aku giler baca buku sampai lewat malam .. sampai guna torch light la .. tu pasal rabun .. yang lain , dia susah nak belikan ...
Pengorbanan ayah aku ... takkan aku dapat balas , walaupun aku berkhidmat menjaganya seumur hidup aku ... hurmm...

Aku rasa la kan ... aku dah capai kepuasan maksimum dalam berblog .. aku nak mula perlahankan rentak .. mungkin sehari dalam 5 entri jer .. tu pun ringkas ringkas.. kecuali la tetiba hati aku nak membebel .. maka , akan aku bebelkan sehingga abis air liur ..
Bukan apa , aku dah mampu buktikan pada wife aku yang aku pon boleh gak buat macam diorng tu buat .. dalam masa singkat lak tu .. tanpa keluar kat tv mahupun majalah @ paper .. haa... kan kan ... Macam yang pernah aku cerita kan dulu , yang penting ialah strategi .. Kalau bergerak tanpa strategi mahupun perancangan yang teliti , maka , hasilnya kurang lumayan ..
Jadi sekarang aku rasa , aku dah jumpa apa yang aku cari .. cukuplah sekadar mana yang ada .. lagi pun aku ni dh tua .. hehe.. sikit sikit dah la kan ... tapi aku tak rasa la sampai aku nak tutup blog .. hehehe... ala.. teringin aiskrim strawberi lak.. Apa pun , blog aku ini adalah diri aku di alam maya ini .. jadi , dia takkan hilang atau ghaib .. walaupun tiada lagi pembaca .. ;)
Ada satu pesanan ... kalau hari ni korang dapat 1 ribu UV , esok korang kena tingkatkan lagi ke 1,500 UV ... dan seterusnya begitulah .. ;) fikir fikirkan ...
Macam sekarang , aku perlu dapat lebih 2000 UV sehari kerana aku ada .... haa... bukan buffered tapi .. tuuu .. kat bawah tu.. tidaklah adil bagi mereka sekiranya aku tidak mengupdate blog .. bayaran telah dibuat maka tugas aku perlulah dilaksanakan dengan baik ..
Buat mereka yang dok terkejar ALEXA dan PAGERANK (seperti aku dolo dolo ) , nasihat aku ... satu je ... berbloglah dengan hati yang gembira ... ALEXA dan PAGERANK tu akan datang sendirinya jika blog anda menarik ... Pastikan blog anda menarik ...
Serius , jgn tergila gilakan semua tu ... kegembiraan berblog akan hilang dan hanya ketensenan akan datang ... ;)
Taraaaa... Joe , ni untuk orang ada HBP je la... takkan ko muda lagi dah ada .. Eh, apa lak.. aku muda lagi dari ko pon ada ... bermakna ko pon tak mustahil kan ? hahaha.. guwaaauu... mintak dijauhkan.. Jaga jaga la pemakanan dan kestressan anda yer ..Berbalik pada hadiah KNor tu , ianya adalah bunga roselle yang telah dikeringkan ... Bergred tinggi yang dibeli di Mesir .. Menurutnya lagi , ianya sangat masam .. Perlu dicampur dengan air panas dan tunggu hingga suam kemudian minum .. ahaks.. i loikeee masam masam ..
Suku dari pemberian kak Nor tu , aku berikan pada kawan sepejabat aku yang mana dia pon baru diistiharkan oleh doktor , juga ada HBP.. Welcome to the club.. hehe... Hbp ni kalau tak jaga , amatlah bahaya... huhu..
Maka dengan ini , diharap korang jagalah pemakanan harian yer .. umur muda tapi dalam sapa tahu kan ??
BA : Buat baik berpada pada ..
Jutaan terima kasih kepada Knor @ Secubit Garam diatas keprihatinan beliau terhadap .. hehe.. hbp aku neh .. walaupun kadang kadang je menyerang , tapi langkah berjaga jaga perlu diambil bagi mengelakkannya dari bertambah serius ..Tulah dia .. selain $$ , blogging boleh mengeratkan persaudaraan walaupun tidak mengenali antara satu sama lain . Cukup sekadar berkenalan di ruang internet namun boleh mengenali hati budi masing masing .. Walaupun bukan semua , namun masih ada segelintir yang boleh dipercayai ..
Sekali lagi buat Kak Nor , terima kasih daun keladi .. nanti nak lagi .. hehehe...
BA : Ni nak g KT ... hehehe

Fuh.. panjang lebar dia punya intro... lebih lagi pasal blog aku neh.. hehe.. apa pun , jutaan terima kasih kerana sudi sertai segmen Geledah Dapur Ramadhan ni ..
OK.. cita banyak tamo , KakVagg kita menyediakan resepinya yg tersendiri ... Diberi nama , PUDING KARAMEL GULA HANGUS STYLE KAKVAGG .. tu diaaaa... Selain tu , dia ada banyak lagi resepi tersendiri ... dipersilakan mengeledahnya.. dia dah bagi baekk punya kebenaran tu .. >> KAKVAGG


























