BEN ASHAARI



 

Dalam buletin TV3 tadi ada cerita pasal kemalangan ngeri bas dari Kedah yang berlaku di Genting Sempah .. Kesian betul ... Pemandu bas dikatakan tiada lesen dan bakal hadapi tindakan undang-undang ..

Seramai 7 orang terkorban dan lebih 20 orang cedera dan semua mangsa yang terkorban tersebut telah dikebumikan di dalam satu liang lahad di kampung mereka .. Al-Fatihah buat mereka ..

Yang menjadi sakit hati aku ni ialah , cerita seorang mangsa .. Dia dikatakan berjalan kaki sejauh 1km untuk mencari bantuan dan kebetulan ada kereta lalu .. Yang lahanatnya , mereka mencuri handphone mangsa dan meninggalkan mangsa di situ !!!! Ada ke patut ???? Apa punya @$%^$%^@$  !!!

Aku nak maki.. rasanya cam ..hurm.. nak doa yang tak elok .. sapa la aku .. apa pun biarlah Allah yang menghukum mereka yang tak berperikemanusiaan itu ...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Bengang siut .. asal pengganas je , diorng tala kat negara Islam atau komunis ... Seolah olah diorng ni jer betul ! 

Terbaru , dikatakan ada dua bungkusan berisi bahan letupan di alamatkan ke negara diorg .. sasaran kuil Yahudi .. Boleh caya ke ??? Skit pon aku tak caya ... tak leh blah langsung laporan diorng ...

Bukti ? Tah ada ke tak ! Main cakap je ada .. tau tau tuduh pertubuhan yang melibatkan Islam .. haih... bila la nak insaf malaun malaun ni ...

Diorng ada la tunjuk gambar sebagai bukti.. tapi boleh caya ke ??  Gambar tah mana mana amik pastu tunjuk tu buktinya ... Haih... apa la nak jadi diorng ni .. Polis dunia la sangat !

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

imagePeti undian yang dibuka  selamat 2 hari akhirnya ditutup pada jam 8 malam tadi ..

Keputusannya seperti yang korang nampak iaitu , NEGERI SEMBILAN dengan 51% .. Persaingan amatlah tinggi pada awalnya namun pada akhir akhir undian , NEGERI SEMBILAN menjadi pilihan ..

Apakah pilihan mereka ini menjadi kenyataan ? Hurm.. kita tunggu je siaran langsung dari Bukit Jalil nanti ... 

Semoga segalanya berjalan dengan lancar .. Tidak mahu ada lagi nyawa yang terkorban !!

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Waalaahh .. aku pasti ramai akan berkata , " hurm.. cinta pada Allah .. cinta pada Rasul ... cinta pada Islam .. cinta pada keluarganya .. tetapi pada kekasihnya ?? " .. ARghhh.. persetankan kekasih semua itu .. Belum tentu mereka itu sempurna.. jauh sekali mereka itu setia ..

Cinta pada ALLAH ? RasulNYA ? ISLAM ? Erk.. cakap boleh .. tapi tang perbuatan ? Sebelum kita nak mencintai Allah , cintailah RasulNYA , MUHAMMAD s.a.w ...

Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah s.a.w.), niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(QS. Ali 'Imraan, 3:31)

 

Ok .. ni cerita aku yer.. malas la nak berkias kias .. cerita aku berdasarkan pengalaman aku .. hehe ..

Perempuan dan lelaki .. dua dua ni manusia la kan .. perangai pon cam adik beradik je.. bezanya , korang tau la sendiri .. Bukan pe , nanti ada yang bagi komen , ala manusia.. ala nama pun perempuan .. ala itu ala ini .. tu semua dah umum.. satu dunia termasuk makhluk kat marikh pon tau manusia ni gitu ..

" Kalau kau nak cari bakal kekasih atau suami , camana pilihan kau ?? " 

Treettt... koman punya jawapan ..

  1. Beriman pada Allah dan mampu membimbing keluarga ke jalan yang diredhaiNya ...
  2. Kaya ? Ala .. tak kaya pon ok .. janji berduit ..

Selebihnya , macam macam laa...

Persoalan aku cuma yang no 1 ... Tak kira perempuan atau lelaki , pastinya mereka mencari calon ada no 1 tu.. AGAMA !! Betul ?? Yearghh.. tepat sekali ... Perempuan akan terpaku bila mendengar lelaki berceramah bab agama , kehidupan .. dan mengaji Al-Quran .. Maka di dalam hatinya , Subhanallah .. itulah ciri ciri lelaki yang ku cari .. betul ??

Ramai la perempuan nak gitu .. tapi kan ... mereka sendiri bagaimana ?? Alasan mereka .. mereka sendiri dah jauh tersasar , sekurangnya bila ada suami gitu , mampu membimbing mereka ke jalan yang benar .. Hurm..

Nak  tanya satu soalan , boleh ? Nak cari kat mana yer lelaki lelaki yang soleh gitu ? Universiti ? Masjid ? Majlis majlis ilmu ? Uptown ? Downtown ? Hard Rock Cafe ? KLCC ?

Sebenarnya kan , bagi aku .. Allah dah beri hidayah pada mereka iaitu agar mencari jalan keluar dari kehidupan mereka itu .. cuma mereka yang tidak mahu bergerak .. Hanya tunggu tangan dipimpin keluar dari situ ..  Kalau si buta tak keluar rumah , sapa tau dia tu buta ? Kalau dia keluar walaupun bertongkat , InsyaAllah .. akan ada yang memimpinya dengan ikhlas tanpa mengira siapa dia itu ..

Tak kira lelaki atau perempuan , jangan tunggu 'dia' datang ... carilah .. cari .. Cari tu bukan di disko... kedai mamak ... shopping complex .. Carilah yang sememangnya 'dia' itu akan habiskan masa di situ .. Jodoh mmg ditentukan tapi tak salah jika mencari bukan ? Bak kata orang , rezeki dan jodoh , Allah tentukan .. tapi kalau duduk dalam bilik siang malam tidur , ada ke rezeki nak masuk ??

Kalau mahukan yang terbaik , cari ditempat yang terbaik ... Fikir fikirkan wahai si bujang ...

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

BA : Nasib baik aku tak tengok.. kalau tengok ,sah sah aku baling kerusi sbb tah hapa hapa punya keputusan !! Sampai ke filem pon nak dipolitikkan ...

 

Oleh Hartati Hassan Basri dan Nor Akmar Samudin

FESTIVAL Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang baru saja berakhir minggu lalu bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia.

Kedengarannya sangat megah dan besar. Namun jika mengikut pengertian sebenarnya, filem yang sepatutnya menepati tema itu adalah filem berwajah dan beridentitikan masyarakat negara ini bukannya mengambil idea luar dan dijadikan filem kita. Filem seperti itulah sepatutnya diangkat dan diperkenalkan kepada penonton antarabangsa. Penonton di barat misalnya ingin melihat pokok kelapa dan pokok pisang, bukannya pokok Krismas yang memang ada di negara mereka. Mereka ingin melihat orang makan dengan tangan dan bukannya menggunakan sudu garfu. Mereka ingin melihat budaya dan cara hidup masyarakat kita yang tiada dalam budaya mereka. Jadi apa ertinya perkara yang sudah menjadi amalan harian mereka dipaparkan semula kepada mereka. Sudah semestinya apa yang mereka ada lebih hebat lagi. Apa yang kita buat sekarang, ambil rangka luar dan isi dengan cerita kita kemudian dibawa ke persada dunia. Apa yang sepatutnya dilakukan, tonjolkan apa yang kita ada iaitu budaya bangsa yang sangat kita banggakan untuk dipersembahkan ke peringkat dunia. Kalau kita lihat filem luar yang dibawa ke persada dunia seperti filem seram Thailand, Nang Nak arahan Nonzee Nimibut, ia mengambil cerita legenda rakyat Thai dan hasilnya bukan saja popular di Thailand, tetapi juga di luar negara, sekali gus menaikkan industri filem Thai yang begitu merosot dengan filem yang kurang berkualiti.

Nang Nak menang Filem Terbaik pada Festival Filem Bangkok 1999 dan Filem Asia Terbaik pada Festival Filem Antarabangsa Rottterdam 2000. Melalui Festival Filem Asia Pasifik yang ke 44, Nang Nak menang Pengarah Seni Terbaik dan Kesan Bunyi Terbaik. Dari segi sambutan, jualan tiket mengatasi filem Titanic dan Jurassic Park. Begitu juga Ong Bak (2005) mengangkat seni mempertahankan diri terkenal di Thailand. Di negara kita, filem Estet arahan Mamat Khalid memaparkan budaya tiga bangsa utama yang ada dalam negara, Melayu, Cina dan India yang tinggal di Estet Cintamanis. Demi menjayakan misi 1Malaysia yang dilaungkan kerajaan, Mamat sanggup belanja duit sendiri untuk menerbitkan filem berkenaan.

Namun sudah takdirnya, filem itu tewas di tangan Magika, filem muzikal fantasi arahan sulung Edry Abdul Halim untuk diangkat Filem Terbaik manakala pengarahnya, kecundang di tangan pengarah muda, Syamsul Yusof untuk Pengarah Terbaik. Dua filem ini berjaya kerana sesuai dengan tema festival, Filem Malaysia ke Persada Dunia, tetapi hakikatnya ia dilihat mengambil inspirasi Hollywood.

Keputusan itu bukan saja membuatkan Mamat kecewa sebagaimana disiarkan dalam ruangan Interaksi pada Rabu lalu, malah menjadi bualan penggiat seni tanah ais sepanjang minggu ini. Pengarah yang sering mencatat kejayaan box-office, Ahmad Idham Nazri yang turut bertanding untuk Pengarah Terbaik turut mempersoalkan keputusan dan kewajaran juri yang dilantik menghakimi semua filem yang dicalonkan dalam FFM23. Katanya, juri sendiri keliru dengan tema festival hingga tidak tahu hendak dibawa ke mana filem itu.

"Apabila filem Magika menang, apa yang boleh kita banggakan. Sebelum diangkat Filem Terbaik, selayaknya ia diiringi kejayaan lain seperti menang Cerita Asal Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.

"Namun sebaliknya Magika hanya menang kategori kecil. Kalau tanya pada saya, dua filem saja yang layak dijadikan Filem Terbaik iaitu Estet dan Wuhoo. Ia adalah filem orang kita yang asli. Ia adalah filem Melayu dan filem seperti inilah sepatutnya dipertontonkan ke persada dunia. "Bukannya ciplak filem mereka kerana mereka sudah ada terlalu banyak cerita macam itu.

"Membaca luahan hati Mamat Khalid dalam akhbar ini Rabu lalu, saya faham perasaannya. Saya juga berasa sangat kelakar apabila mana filem arahan saya, Niyang Rapik mendapat dua pencalonan pada kategori Anugerah Cipta dan empat pencalonan untuk Anugerah Perdana, tetapi untuk kategori Pengarah Terbaik saya dicalonkan untuk filem Adnan Sempit.

"Macam mana saya hendak menang kerana Adnan Sempit filem ringan. Peliknya, kenapa mereka tidak calonkan saya untuk filem Niyang Rapik. Tetapi saya tetap bersyukur walaupun juri tidak meletakkan saya pada kategori yang sepatutnya namun mereka tidak boleh menafikan saya dan David Teo berjaya menghasilkan sebuah filem pecah panggung. Ia pencapaian paling bermakna kerana disokong penonton filem Melayu," katanya.

Tambah Idham, kiblat juri FFM23 sendiri kabur dan apa yang dilakukan mereka seperti hendak memberi anugerah itu sama rata. Impaknya lebih mengelirukan masyarakat lalu kewibawaan juri dipersoalkan.

Katanya, juri yang dipilih masih berpegang kuat kepada teori yang mereka belajar berpuluh tahun lalu sedangkan penjurian mestilah berdasarkan arus sekarang. "Saya tidak mempersoalkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) selaku penganjur FFM23, tetapi kredibiliti juri. "Kekuatan festival filem terletak pada juri di mana keputusan yang mereka buat akan mencerminkan industri dan yang menjadi mangsa adalah pemenang. "Majoriti boleh rasa siapa yang patut menang dan siapa yang tidak layak menang. "Sesiapa saja yang menganjurkan festival filem, mereka kena tahu jiwa dan roh festival itu terletak pada juri. Kerja juri bukan memberi anugerah sama rata. "Sudah sampai masanya FFM mengenengahkan wajah baru sebagai juri seperti Shuhaimi Baba, Sidi Oraza, Erma Fatima, U Wei dan Rosyam Nor kerana mereka sudah melangkah ke peringkat dunia," katanya.

Mengulas kemenangan Syamsul, kata Idham, dia perlu belajar mengarah dengan anak Datuk Yusof Haslam itu.

Katanya, sudah lima tahun dia dicalonkan untuk Pengarah Terbaik, tetapi tidak pernah menang berbeza dengan Shamsul.

"Saya tidak kisah kalau kalah di tangan Mamat Khalid. Saya ingat lagi ketika mengarahkan Remp-It, Jangan Pandang Belakang dan beberapa filem lain. Remp-It terutamanya, filem genre baru dalam industri dan berjaya tetapi ketika itu ada yang kata pada saya, saya tidak boleh dipilih sebagai Pengarah Terbaik kerana saya masih baru (ketika itu).

"Mereka juga kata Remp-It tidak menepati kehendak festival kerana tidak ketengahkan imej dan budaya Melayu, tetapi kenapa Magika dipilih sebagai Filem Terbaik kerana ia juga filem yang tiada imej Melayu. Hanya watak legenda itu saja imej Melayu, tetapi cara pembawakan dan lagunya tidak melambangkan imej Melayu.

"Ciri lain untuk dipilih sebagai Pengarah Terbaik juga berdasarkan konsistensi karya yang dihasilkan seseorang pengarah. Bukan baru buat dua tiga filem sudah layak dikatakan terbaik kerana kita belum tengok karyanya yang seterusnya. "Saya sudah buat 21 filem dengan pelbagai genre dan semuanya berjaya mengutip kutipan yang tinggi. Saya akui filem Tipah Tertipu kurang cemerlang, tetapi balik modal. Filem yang lain seperti Adnan Sempit berjaya jadi filem pecah panggung," katanya.

Sementara itu, pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil yang dicalonkan Pengarah Terbaik melalui filem sulungnya, V3: Samseng Jalanan dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui lakonannya dalam Lagenda Budak Setan turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan juri.

Katanya, dia bangga apabila tewas kepada Bront Palarae kerana dia memang layak diangkat Pelakon Lelaki Terbaik kerana lakonan berkesannya dalam Belukar.

"Saya tidak tengok lakonannya dalam Belukar, tetapi melalui treler yang disiarkan, memang mengagumkan. Malah ramai memuji lakonannya dan meramalkan kemenangannya. Dia bukan saja hebat dalam Belukar, malah dalam drama dan filem lain. "Bagi saya kemenangan Bront adalah pilihan tepat. Bagaimanapun, apabila Shamsul menang Pengarah Terbaik, saya memang rasa terpukul habis. "Saya yakin bukan saya saja, terkejut tetapi satu Malaysia. Bukan saya kecewa kerana kalah, tetapi dari awal lagi saya yakin trof itu milik Mamat Khalid," katanya.

Kata Farid, bukan saja keputusan juri pada malam FFM23 yang dipertikaikan, malah sebaik saja senarai top 5 diumumkan, sudah ramai meluahkan rasa tidak puas hati.

"Paling ketara, ketiadaan filem Muallaf dalam senarai pencalonan dan banyak lagi. Bagi saya, untuk menjulang filem Malaysia yang dikatakan sesuai dengan tagline Filem Malaysia ke Persada Dunia, ia perlulah mengikut acuan kita.

"Lihat filem bukan satu sudut saja, tetapi pandang dari naratif, sinematografi, suntingan dan ideologinya. Intipati filem itu perlulah merangkumi pelbagai aspek. "Bagi saya filem itu perlulah mempunyai ideologi tempatan, apabila di bawa keluar negara menjadi antarabangsa dengan ideologi Malaysia," katanya.

 

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

GUA MUSANG: PAS membayar 1,557 pengundi Galas yang berada di luar negeri untuk pulang supaya mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada Khamis ini.

Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, berkata parti itu akan membayar sehingga RM250 seorang sekiranya mereka pulang mengundi dan menafikan bayaran itu satu bentuk rasuah sebaliknya bagi menampung kos perjalanan mereka.

Katanya, pengundi yang berada di Johor akan dibayar RM250 seorang dan Lembah Klang pula RM200 manakala di sekitar Kelantan dibayar mengikut jarak perjalanan.

"Kita berjanji lepas mereka mengundi, kita akan bayar kepada mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Pada pilihan raya kecil itu calon Barisan Nasional (BN) Ab Aziz Yusoff, 49, akan ditentang calon PAS Dr Zulkefli Mohamed, 44. - BERNAMA

-BHARIAN ONLINE-

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Ok .. sangat mudah ... sapa cepat dia menang ... dan hadiahnya berupa , 24 jam FEEDER blognya akan berada diruangan sidebar BLOG BEN ASHAARI !! 24 JAM tuuu.. dia saja..tak berkongsi dengan sapa sapa .. haaa...

Caranya mudah saja.... Seperti biasa ... buat satu entri ( lepas keluar keputusan , delete je la entri tu. bukan susah pon .. bukan entri kekal ) .. Apa yang perlu ada dalam entri tu hanya

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2 : TAJUK - MARI TEKA : SIAPAKAH AKAN MENANG ?

Kemudian , tinggalkan link anda itu di ruangan entri ini BESERTA KEPUTUSANNYA !!! SIAPA MENANG DAN BERAPAKAH JARINGANNYA !! ingat .. PERLU ADA SIAPA MENANG DAN BERAPAKAH JARANGANNYA .. CONTOH : KELANTAN MENANG : 1 - 0

Jawapan tu ditinggalkan di ruangan komen yer.. bukan di dalam entri !!  nanti orang tiru !! hahahahah ...

OK ... sapa cepat dan tepat ! dia menang !!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Opss.. aku bukan penyokong Kelantan mahupun Negeri Sembilan .. dan aku tak rasa pun akan tengok live malam ni .. Nak tengok MAJALAH TV3 berkenaan isu HAJI rasanya malam ni ... hehehe.. Aku tunggu keputusannya dah la yer termasuk ulang tayang gol gol ( ke satu gol je ? ) di youtube .. eheh..

Bukan aku tak sokong bola sepak Malaysia ni ... sokong sangat sangat.. Bangga bila pasukan kita menang tapi tu la...asik asik dok kecoh ngan THAILAND , SINGAPURA dan INDONESIA .. dan skang ni VIETNAM malah MYANMAR .. kiranya dah semua pasukan ni dah jadi cabaran untuk pasukan kita menjuarai sesuatu piala yang melibatkan mereka .. Sepatutnya lama dah pasukan negara kita ni jauh kedepan .. ni macam yoyo .. mau tak tensen ? Dah la tu , si pemimpin dok ganggu lak .. erk , maksud aku tu yang si ahli politik .. tah hapa hapa ... menyibuk betul la .. dah la kat kempen pilihanraya korang mentemberang pengundi , sampaikan ke dalam padang bola pon kalut dok mentemberang.. apa kes ? Bagi la yang selayaknya pegang jawatan persatuan bola tu ... haih .. korang duduk belakang belakang cari sponsor dah laaa... Cam ni bila nak majunya ..

Aku rasa la kan , nasib baik la ada beberapa negeri yang mana penyokong mereka masih lagi setia menyokong pasukan mereka seperti Kelantan , Negeri Sembilan , Selangor dan beberapa buah lagi tapi jumlahnya tidak sehangat  3 negeri tu .. Zaman aku dulu ( 90an)  sampai Sabah dan Sarawak penuh stadium !! Dasyat wooo ..

Ok..berbalik kenapa KELANTAN perlu menang .. jawapannya mudah jer .. SILA LA BALAS JASA PENYOKONG ANDA termasuk juga yang telah berkorban demi menyokong anda !! INGAT !! Penyokong anda merantau jauh dari KELANTAN sehingga ke KL untuk menyokong anda !!  Maka perlulah bermain mati matian kali ini .. Bermainlah dengan tanpa alasan .. Anggaplah ini perlawanan terakhir sebelum anda bersara !! Haa.. amacam ?

Kalau NEGERI SEMBILAN lak , aku tak pasti sangat la.. apakah semangat yang sesuai untuk NEGERI SEMBILAN menjuarai PIALA MALAYSIA kali ini ? Mungkin sama kot alasan dengan Kelantan tu tapi setahu aku lom ada lagi penyokong N9 terkorban di stadium kan ? Haaa...

Ini bermakna , semangat pemain KELANTAN buat masa skang pastinya tinggi membuak buak untuk menang... Berhati hatilah NEGERI SEMBILAN ..

SEMOGA BERJAYA BUAT KEDUA DUA PASUKAN INI .. PASUKAN PALING KURANG MEMBUAT SILAP PASTINYA AKAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA KALI INI .. DAN BUAT KEDUA DUA PENONTON ,SALING HORMAT MENGHORMATILAH YER.. INGAT , ANDA DAN DIA ADALAH SAUDARA SEAGAMA ... TAK BERBALOI KALAU BERGADUH !!

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Ali : Ko g mana petang ni ?

Abu : Dating ler .. apa lagi nak buat ?

Ali : Sementara tu ?

Abu : Ni dok menganga dengan kau ni apa kemendanya ?

Ali : Sapa kata aku dok menganga je ni ?

Abu : Dah tu .. dari semalam aku tengok kau dok mengadap laptop tu jer  !! Bila aku jeling kat skrin kau tu , ko dok layan FB .. Dari melayan menda gitu , baik aku tengok tv... huh

Ali : Oooo.. jadi selama ni kau ingat aku membuang masa dok mengadap laptop ni la yer ?  Meh sini aku tunjuk kat kau ..

image

Ni yang aku dah dapat dan bakal dapat tau ! Dah ada lagi yang aku dpt .. Boleh aku nak tunjuk kat kau berapa aku dapat tapi aku malas .. Bukan apa , kau ni kaki meminjam .. Kalau pinjam , bayar balik tak per .. tapi ni sampai jadi 'arwah' si peminjam tu pon belum tentu terbuka hati kau nak membayarnya ..

Aku bukan nak berkira dengan kau tapi aku nak bagi kau lubang .. lubang buat duit yang tidak memerlukan kau membanting tulang keringat kau hari hari . Aku tengok kau pandai mengayat perempuan .. Dari kau buang air liur kau dok mengayat diorng , baik kau 'mengayat' cara aku ni .. Berbaloi baloi !! Tak payah tunggu bonus dari company dah ! Tiap tiap bulan kau dapat bonus woooii ..

Abu : Kau cerita betul atau cerita hindustan kat aku ni , Ali ???

Ali : hurm... kau nak aku buktikan lagi ??? Nah.. tengok ni lak ...

image

Cheque dia akan sampai sehari dua lagi.. ni haa... 3 keping sekali !

image

Jadi , duit belanja aku tu .. boleh la aku simpan dalam bank .. kot esok esok aku gatal nak menikah awal , tak payah la nak g pinjam kat ALONG ke .. kat ANGAH ke.. kat KAK CHIK ke... g je kat ASB tu haa.. kasi korek keluar semua .. selamat masa depan buat sementara .. hehe ..

Abu : Hurmm ... berbaloi jugak kan ? Tapi aku tak tau nak buat la .. idea nak menulis cerita pon takde ... kang sia sia jer ..

Ali : Aku dulu macam kau gak .. Terpikir .. ada ke orang nak baca blog aku ni ?? Aku bukan artis .. Aku bukanlah penulis novel.. Tapi tak cuba tak tau la kan ? Aku buat je la... Maka .. taraaaaa... berbaloi baloi... kalau nak nikah skang pon ok dah ni.. hahaha..

Abu : Weh .. aku nak buat gak boleh ? kau ajar aku eh ?

Ali : Eh .. boleh je.. sila la beli E-BOOK aku .. kau ingat dunia ni semua free ?? Air kosong pon dah 50 sen !!

Abu : Ceh .. ngan kawan kawan pon berkira !!

Ali : Ala... kawan , kawan gak .. bisnis tetap bisnis .. cmana la melayu nak maju kalau semua menda nak free ????

Abu : Yela yelaaa .. berapa ??

Ali : Kau nak harga kawan kawan atau harga biasa mahupun harga ahli ?? 

Abu : Camana tu ?? Berapa ?

Ali : Harga biasa .. RM50 .. Harga Ahli .. RM40 .. Harga kawan kawan , murah la.. aku baru RM 60... ok ?

Abu : Hah ???? RM60 ? Nape mahal dari yang lain ???

Ali : Sbb aku tau , kalau kawan kawan nak , mesti bayar bulan bulan.. silap silap sebulan rm1 ! mau giler aku menghabiskan kredit mintak hutang .. hahahahha .. acah je la.. ye laa.. aku ajar kau nanti.. Mana tau kot kau jadi popular .. senang gak hidup aku.. Boleh bayar semua hutang kau tu kat aku balik ... hahahaha .. Aku gurau je laaa... Terus muka ketat cam muka mat gebu tu.. ahhahaha..

Abu : Mat Gebu tu sapa ???

Ali : Haa.. nanti bila kau dah jadi ahli kelab blogger sedunia , kau pasti kenal dia .. hahaha .. kan mat kan ..

Abu : Dah dah .. malam kang ajar aku .. aku nak abiskan duit aku ni kat awek tu.. tu kaki kikis aku tu.. asik asik nak makan kat hotel jer .. ceh... dah la tu , makan  tak abis.. order macam lembu sekawan nak makan .. huh ! Mau gak aku terminate dia nanti !!

Ali : Hahahaha.. padan muka kau.. kau yang cari pasal.. kau jawab sendiri laaaa .. okeh.. selamat bermaksiat !!

Abu : Huh ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Erm.. macamana aku boleh g melancong ke negara yang sedang hangat berperang ni eh ? Erm.. pelbagai tanda dalam tu menyebabkan aku rasa pelik ..

Antaranya .. aku berjalan di satu kawasan yang agak kering.. tapi sejuk .. ada sekali tu kelihatan ombak besar datang.. warna airnya sangat cantik dan menyebabkan aku membongkokkan diri lalu bermain dengan air .. tapi rupa rupanya .... pasir ! Aku terkeliru atau aku berimaginasi ?

Kemudian aku kembali ke bandar .. Kumpulan pengganas ada di mana mana .. Wife aku ketakutan .. Dia ajak pergi ke hotel yang lebih selamat... Semua tempat tak selamat .. kecuali hospital .. lalu kitorang ke sana .. di sana .. aku yang tak selamat .. ada seseorang yang aku kenali di situ .. hurmm ..

Negara yg aku g melancong tu amat pelik .. erm.. apakah mesej yang tersembunyi dalam mimpi aku tu ????

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Aku perasan sejak mula aku berblog , contest adalah yang paling best untuk disertai tapi malangnya aku kurang tertarik ... Bukan takut kalah atau apa tapi disebabkan aku perlu meletakkan banner di side bar aku tu... hurmmm..

Kalau sekadar dalam entri tu ok jer .. takde masalah tapi bila letak sidebar , akan nampak tak comey gitu .. pastu jadi terlalu panjang .. Ini cuma pendapat aku je ... Apa kata korang lak ? Perlu ke letak side bar tu ?

Aku tau , tujuannya dimintak meletakkan side bar tu adalah untuk mewar warkan pertandingan tu cuma , tu la.. aku tak pasti la berapa ramai yang sependapat dengan aku.. maka aku nak tau pendapat korang .. perlu atau tidak ?

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

Memandangkan masih ada lagi permintaaan ... dan ada masa lagi , maka aku nak buka sekali lagi sehingga hari Ahad ni .. ok ? Cukup tak ?

Khas buat blogger baru merangkak.. Kalau rasa rasa korang tu blogger baru , dan tengah merangkak .. dan paling penting , berminat nak join blog list baru ni , ikut je petua aku ni ..

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2: TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

3: Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini.

Peringatan : Bloglist ini tidak kekal ! Akan senantiasa ditukar dan dibuat baru ..Tapi jangka masa pemusnahannya ialah tahun depan la.. lama lagi.. ada 2 bulan lagi untuk korang curik pembaca .. hehe..

Erk.. yang dah buat tu tak payah la buat.. khas yang baru jumpa blog aku ni jer ... cepat lerr....

Jangan lupa undi di sebelah ni yer...

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Hurm.... saman jer beratus ratus juta .. senang skit ... haih ...

KUALA LUMPUR: “Kami memfailkan saman bukan kerana tamakkan duit tapi bagi menuntut keadilan,” kata Erni Dekritawati Yuliana Buhari, anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya mengenai tuntutan ganti rugi RM40 juta yang akan difailkan peguamnya terhadap tertuduh kes pembunuhan ibunya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan Rita berkata, saman berkenaan difailkan peguamnya, Selasa depan dan keputusan itu bukan dibuatnya bersendirian, sebaliknya dipersetujui sebulat suara oleh adik-beradik serta ahli keluarga lain selepas menerima nasihat daripada peguam.
“Soal tamak wang tidak timbul berbanding kekejaman mereka terhadap ibu. Jadi saya berharap orang ramai tidak memandang serong terhadap tindakan kami.

Tujuan kami hanya satu, bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan sepenuhnya,” kata anak jutawan kosmetik itu ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Mengenai perkembangan terkini dirinya, Rita, 25, berkata, dia kini sibuk menguruskan perniagaan yang ditinggalkan ibunya dan masih belajar untuk menjadi seorang ahli perniagaan yang cekap seperti arwah ibunya.

Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad dalam satu kenyataan akhbar yang difaks kepada pejabat media petang semalam berkata, firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dilantik anggota keluarga Sosilawati untuk memfailkan tuntutan ganti rugi berkenaan.

Menurutnya, tuntutan yang difailkan pihaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 November depan itu dikemukan terhadap peguam N Pathmanabhan dan lima individu lain yang didakwa terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Selain Kamarudin, peguam bela yang akan mewakili firma guaman itu ialah Won Walter Pereira dan Annie Gomez.

Ketika dihubungi, Kamarudin berkata, tuntutan saman ganti rugi itu adalah hasil perbincangan yang dibuat bersama ahli keluarga mangsa, kira-kira seminggu lalu.

Katanya, RM40 juta adalah jumlah yang difikirkan sesuai berdasarkan kerugian terhadap keluarga mangsa berikutan operasi perniagaan syarikat kosmetik itu mengalami kerugian kerana pembunuhan kejam Sosilawati.

“Bagaimanapun, kita akan lebih memfokuskan kepada Pathmanabhan. Mungkin ahli keluarga Sosilawati juga akan hadir ketika kita memfailkan tuntutan ini,” katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Pathmanabhan, 41, pekerja ladang T Thilaiyalagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Datok, Banting atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47 dan tiga individu lain.


Individu lain itu adalah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.
Pathmanabhan dan tiga tertuduh lain didakwa melakukan pembunuhan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting antara jam 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos lalu.
Sementara itu, pada 15 Oktober lalu, dua lelaki K Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan kejam itu.

Selain membakar, mereka mengaku salah membuang abu mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat Banting dan Sungai Panchau, Jalan Morib Banting pada 30 dan 31 Ogos lalu.

Kamarudin juga memaklumkan, pihaknya masih menunggu maklum balas dari pihak keluarga Ahmad Kamil sama ada mahu melakukan tindakan sama iaitu menyaman tertuduh seperti yang dilakukan oleh ahli keluarga Sosilawati.

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Weeehh... apa nih ???? Dah takde soalan lain ke nak tanya ??

Tensen bukan ? Ada je menda nak ditanya pada 'kita' .. Dari mula lahir hinggalah ke tua ... cuma dah tua tu soalan nak ditanya tu tak berani nak tanya .. " bila nak mati ?? " .. kalau tanya soalan tu , aku jamin si penanya tu akan tempah kuburnya sendiri .. kan kan ?

Pelik ? Bukan.. mmg dah lumrah manusia ni suka bertanya cuma yang di tanya tu tak selesa... Contohnya , bila nak kawin ? Bukannya dia tak nak kawin , tapi dah belum sampai masanya .. Atau bila nak ada anak ? Kalau nak kurang ajar senang je nak cakap , jap lagi beranak la isteri saya tu .. Adoi... sah sah la tu bukan kerja kita .. Kerja kita dah buat cuma lom ada rezeki ..

Soalan soalan kehidupan ni mmg kita tak dapat lari .. Pasti akan di tanya bila jumpa orang orang yang kita kenal tapi lama tak jumpa .. Hurmm .. bagi aku , soalan soalan gini umpama soalan menyapa rakan .. seperti memberi salam .. Beri salam skang ni ibarat bersalam tanpa benar benar memaksudkan salam tersebut ... Mmg la , bukan semuaaa.. haih.. umum ler ...

Wallahualam ... sedar sedar la diri tu yer...

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Ini tips akan lupus sejam selepas di keluarkan .. ehhe.. sebab ada yang tak suka cara ni.. tapi bagi aku sangat sangat berbaloi ...

OK.. ini tips yang pernah aku berikan satu masa dulu .. tapi nampaknya ramai blogger baru tidak menyedarinya .. Tak pe .. meh sini aku ceritakan sedikit ..

Kalau korang ada BE , maka inilah tips aku untuk tingkatkan lagi $$ BE korang tu ..

Cuba korang perhatikan blog korang tu .. cuba kira berapa banyakkan entri yang ada di bahagian muka depan tu .. Banyak tak ? Tidakkan korang perasan di blog aku ni ada hanya satu entri ?? Kenapa ada satu je ?

Kalau korang nak tau ... cuba korang modified sedikit blog korang .. buat sekurangnya 2-3 entri saja di depan tu.. kemudian seimbangkan dengan dengan side bar korang tu agar nampak kemas..

Cuba lah... nanti korang nampak perubahan pada trafik dan juga BE korang .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Baru aku terbaca satu kejadian kemalangan di GENTING SEMPAH ( KM38) melibatkan sebuah bas pelancongan dan 6 orang maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera .. lanjut di sini ..

Aku tak tau la kenapa kawasan ni amat menakutkan aku .. tak kira pegi dan balik .. kalau aku berjaya melepasi kawasan ni , aku amat amat bersyukur sangat ... berdoa je dalam hati bila lalu kawasan ni..

Bagi mereka yang tak pernah lalu lagi , kawasan ni terletak di lebuh raya Karak untuk menuju ke Pantai Timur .. Mmg jalannya amat merbahaya dan selekohnya amat tajam... Aku pelik ada jugak kereta yang dipandu laju sewaktu menuruni bukit di situ ..

Satu lagi laluan lebuh raya ke Pantai Timur yang aku takut ialah Bukit Tujuh .. Huhu.. tu kalau terlalai , mmg ke gaung terus la jawabnya.. Evil betul kan ? Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari sebarang bala bencana ...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Eh.. kenapa aku tetiba buat entri pasal ni ? Bukan apa .. Rina Salleh baru saja menjuarai rancangan GADIS MELAYU MUSIM KE 3 .. Erk.. dah tu kenapa aku beria lak ? Tarik SEO ke ? Takde maknanyaaa...

Sewaktu aku mula berblog dulu , aku teringat ada dua gadis yang larisnya seperti artis ,menyertai satu pertandingan yang aku anjurkan tu .. RINA SALLEH dan SYAZA AGNES .. Syaza ni pulak seorang model ... cun gitu ..

image

Kemasukkan kedua dua rakan FB ini sedikit sebanyak melonjakkan semangat aku dalam dunia blogging.. Mereka antara pembakar semangat aku selain dari rakan rakan yang menyertai pertandingan TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI ..

image

Sebenarnya sblm aku ada blog lagi , aku dah 'panas' di FACEBOOK .. Bukan nak berlagak la tapi tu la hakikatnya .. Aku yang senantiasa update status aku di FACEBOOK dengan soalan soalan isu panas setiap saat seperti mana aku senantiasa update entri dalam blog .. Sebab itulah jangan hairan jika blog aku senantiasa berupdate .. Mmg dari dulu aku kaki update .. hahahaha ..

Pertandingan TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI adalah bertujuan mencari mereka yang paling kreatif... Sapakah juaranya ??? HAHAHHA... Tak lain tak bukan , blogger kita yang sedang meningkat naik iaitu SITI RAHAYU ABDUL RAHMAN dgn blognya http://ruhayurazali.blogspot.com ... Selain dari mereka , ada seorang lagi blogger popular yang join pertandingan aku ni .. nak tau sapa ?? hehehe.. Shafaza Zara Syed Yusof dengan blognya http://shafaza-zara.blogspot.com ...

Sebagai kawan , aku berbangga RINA SALLEH berjaya mengejar cita citanya ... Tahniah RINA !! SEMOGA TERUS SUKSES DALAM KEHIDUPAN YANG DIIMPIKAN ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Pergh.. mmg berantu .. Kali pertama aku gagal dalam menyekat nafsu aku untuk membeli album lagu melayu ! Umpama mimpi dalam mimpi ,nyanyian kumpulan Damasutra mmg aku giler sangat la..

Sampai ada kawan aku pinjam kaset tu pastu bagi hilang ... Aku tak pasti la ilang atau dia tak nak pulangkan.. hahah... aku beli je baru.. lantak la.... kira aku halal je la.. malas nak gaduh kawan kawan.. tau tau jer la kan kawan kawan ni.. macam macam karenah .. ada yang sampai sanggup makan kawan sendiri atas pelbagai alasan .. Dasyat kan ?

Korang jangan la buat perangai macam tu yer .. kalau nak sangat tu , mintak je la.. jangan bagi macam macam alasan pada kawan kita .. dia dah bagi kepercayaan kat kita maka balas la balik kepercayaan tu .. kan ? Kita bukan nak hidup sehari dua .. Entah berapa lama lagi kita nak tengok muka kawan kita tu..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Yearghh !! Kelantan sudah ketinggal jauh dalam undian yang sedang diadakan . Tapi dari pagi tadi sehingga petang tadi , Kelantan berjaya memonopoli undian .. Senantiasa mendahului Negeri Sembilan ..

Aku rasa bahang final Piala Malaysia semakin terasa .. Ramai dah bukak baju ni ..tak tahan .. Panas panas.. ditambahkan lagi dengan letusan gunung berapi di negara jiran membuatkan cuaca semakin panas.. Erk.. ada kene mengena ke dengan final nanti ni ?

Di mana dia penyokong penyokong Kelantan ni ? Ke dah confident menang ni ????? hehehe...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Kerja ? Belajar atau nak blogging sepenuh masa ?

Erk.. kalau tiga tiga sekali tak boleh ker ? Takkan tak boleh kot ?

Hurm .. sapa kata tak boleh ??? Buat la satu satu .. kena ada jadual yang betul .. Kalau belajar tu , belajar la .. jangan time belajar , ko bantai berFB  ! Atau bantai berchatting ! Kalau gitu , mmg la tak cukup masa untuk blogging !

Kalau time kerja , buat la kerja bagi abis .. bila dah settle , update la blog .. Yang kau bantai berFB atau melepak tu sapa suruh ? Update blog pastu g la buat apa ko nak buat ! Apa susah ??

Semua perkara kita boleh buat dalam satu masa tapi kena tau mana yang dulu mana yang kemudian ! Mana yang penting mana yang biasa biasa ..

Kenapa student kita di luar negara boleh bekerja sambil belajar ? Boleh lulus dengan cemerlang pulak tu berbanding mereka di sini yang hanya belajar dan harapkan duit belanja dari kerajaan dan mak bapak tapi hasilnya ? Cuba fikirkan .. jgn tengok yang negatif.. amik yang positif kata kata aku ni ..

Orang lain boleh maju tapi kenapa kita tidak ? Kenapa kena senantiasa penuhkan kepala otak kita dengan alasan ? Mereka manusia biasa..kita pon .. mereka ada masalah ..kita pon ... tapi mereka berjaya.. kita ??  Cebik mulut ??

Jangan ternganga bila ada orang boleh buat semua tu serentak kerana mereka tau membahagikan masa ..

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Sebagai blogger , korang pasti akan menerima pelbagai kritikan membina , membunuh dan membinasa ... Yang memuji ni , aku kurang pasti nak kata mereka ikhlas atau sekadar nak membodek.. Wallahualam.. tu kena tanya mereka sendiri .. Bagi aku , apa saja mereka tulis aku terima..

Tapi jika mereka mengkritik untuk 'membunuh' semangat seseorang blogger itu , aku tak boleh terima .. Dalam dunia blogging ini , semua orang ada hak untuk 'bersuara' .. cuma perlu guna cara yang betul dan tertib.. Jangan main sedap je bersuara .. Nak mengajar kena guna psikologi .. bukan terus bagi hukuman ..

Blogger baru biasanya akan dikritik tanpa tanpa mengira latar belakang oleh mereka yang biasanya berlagak pandai atau sememangnya terlebih pandai .. Ada blogger mampu tahan dan ada yang tidak .. Kena tabah hadapi semua ini ..

Blogger juga ada cara tersendiri untuk menarik minat pembaca mereka .. Bagi aku , blogger seperti jurukamera .. ke mana mana usung kameranya .. setiap apa yang dipandangnya adalah objek yang boleh dijadikan gambar yang menarik jika pandai bermain angle .. Kadang kadang kita nampak objek itu biasa je tapi tidak pada mereka ! Itulah yang perlu ada pada seseorang blogger .. Sesuatu isu itu kadang kadang nampak biasa tapi cuba berikannya pada sudut pandangan anda dengan cara yang berbeza tapi membina ... Siapa tau , pandangan blogger diambil kira satu hari nanti ??

Mata blogger sama seperti lensa kamera .. bezanya blogger ada hati dan perasaan .. bijak menentukan mana yang patut disiarkan dan mana yang patut di pendam ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Memula , jutaan terima kasih pada yang sudi memeriahkan peti undian kat sebelah tuuuuu .. heehhe...

Kenapa ? Peti undian kat blog tu menjadi rujukan seorang Dj Radio Malaysia Kelantan FM .. hahahaha.. tak sangka lak ada Dj Radio sanggup meluangkan masa menjengok blog  tak besh ni..

Rasa cam berbaloi gak la kan buat gitu.. Ada gak yg menghargainya .. hahaha ... Apa pon peti undian tersebut masih mendapat sambutan hangat.. terus diundi dan diundi sehingga petang esok barulah ditutup ..

Buat Dj Nur Fizzaay , jutaan terima kasih kerana sudi memilih blog ini sebagai rujukan .. hehe...

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Tu diaa... korang dah baca suratkhabar Utusan Malaysia ari ni ?? Aisey.. apa laaa.. kata blogger ?? Blogger kena rajin membaca .. Ni dok baca komik atau baca katalog Jaya Jusco je tau.. mana boleh.. rajinkan diri membaca ..

Dalam tu ada satu tajuk menarik perhatian aku memandangkan aku pon dlm kategori itu ... erk.. seperti biasa , aku akan copy cat sat ..

Orang muda buta sejarah!

Haaa... nampak ??? Aku terasa la gak sebab aku muda lagi .. Hujung bulan depan baru masuk 24 tahun ! Muda la kan ? Muka je nampak cam dewasa .. nak kata pe dah .. ikut MYKAD laaa... kan ?

 

Nak baca artikal pasal tu ker ? Ok ..sila klik sini.. Adeh.. malas nak klik kan ? Aku tau.. nak loading lagi satu hal.. maka dengan penuh bangga diri , aku sekali lagi mengopy cat ... sat eh..

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Pasti ramai terkejut dengan hakikat bahawa remaja hari ini tidak tahu siapa Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

image

Tidak cukup dengan itu, bayangkan bagaimanalah tahap patriotisme remaja masa kini kalau tarikh Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 yang disambut pada setiap tahun, pun boleh dilupakan.

Dalam satu soal selidik oleh Unit Khas Utusan Malaysia baru-baru ini, ada remaja menjawab Tun Razak Hussein sebagai Perdana Menteri pertama.

Hari Kemerdekaan pula dijawab dengan pelbagai tarikh oleh sekelompok responden. Antaranya 10 Ogos 1956, 31 Ogos 1943 dan 16 September 1957.

Walaupun keseluruhan responden berumur dari 16 hingga 51 tahun, namun mereka yang buta sejarah ini menjurus kepada kelompok usia di bawah 30 tahun, khususnya antara 16 dan 20 tahun.

Daripada situ, ia menjadi bukti bahawa ramai remaja generasi kini dan segelintir orang dewasa bukan saja buta sejarah malah bersikap tidak ambil tahu dan memandang remeh fakta-fakta penting bangsa dan negara.

Sudah pasti mereka selalu mendengar nama dan melihat wajah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang kerap diulang tayang di televisyen atau disiar di akhbar-akhbar.

Namun, apabila ada sikap tidak ambil peduli dan tidak berminat, jika hari-hari pun mereka diajar bahawa Tunku Abdul Rahman itu adalah Perdana Menteri pertama, mereka tetap tidak akan ingat.

Begitu juga dengan Hari Kemerdekaan, sungguhpun tarikh itu terdapat dalam lagu dan diuar-uarkan secara meluas malah dicetak dalam setiap kalendar tahunan, mereka 'tidak ambil pusing' semua itu.

Kalau jumlah yang tidak mengetahui nama Perdana Menteri pertama itu adalah sembilan peratus, tidak hairanlah kalau 49 peratus daripada 200 responden itu tidak mengetahui bila tarikh penubuhan Malaysia.

Mereka yang tidak mengetahui tarikh Hari Kemerdekaan pula seramai 17 responden atau 8.5 peratus.

Begitulah realitinya generasi masa kini. Siapa yang salah? Ibu bapa, generasi terdahulu atau sistem pendidikan? Ataupun, sikap orang muda yang memang tidak berminat dengan sejarah negara?

Soal selidik ini bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi sekadar mendedahkan tentang suatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat pada masa ini iaitu tentang ramainya anak muda yang buta sejarah.

Hasilnya, daripada 10 soalan yang diajukan, tiada seorang pun di kalangan responden kelompok di bawah 30 tahun yang berjaya menjawab kesemua soalan itu.

Kajian soal selidik tersebut berkisar tentang pengetahuan umum dan sejarah negara.

Bagi kelompok umur 31 hingga melebihi 51 tahun termasuk seorang responden berusia 55 tahun, semua berjaya dijawab kecuali bagi tiga soalan iaitu tarikh Hari Malaysia, cogan kata negara dan prinsip ketiga Rukun Negara.

Seramai 141 responden atau 70.5 peratus daripadanya tidak mengetahui tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.

Tiada alasan untuk melupakan tema '1Malaysia Menjana Transformasi' kerana Bulan Kemerdekaan negara baru saja diraikan.

Ketika ditanya tentang tarikh penubuhan Malaysia diajukan, hanya 102 responden yang menjawab dengan tepat sedangkan hari tersebut telah diumumkan sebagai cuti umum di negara ini.

Amat mengejutkan juga apabila sebahagian responden mempersoalkan tentang benarkah wujud cogan kata negara. Hakikatnya ia dilihat di mana-mana termasuk pada kulit belakang buku latihan sekolah.

Lantas, disebabkan tidak tahu, mereka menjawab cincai. Seramai 126 responden menyenaraikan jawapan yang tidak masuk akal seperti 'Hip Hip Hooray'. Selain itu adalah Malaysia Boleh, Berkhidmat untuk Negara, Majulah Sukan untuk Negara.

Menurut mereka, ketika diajukan soalan itu adalah kali pertama mendengar tentang cogan kata sebenar iaitu 'Bersekutu, Bertambah Mutu'.

Reaksi sama diterima berhubung nama bendera kebangsaan Malaysia. Biarpun Jalur Gemilang berkibar megah di mana-mana namun sukar dipercayai, 15 responden atau 7.5 peratus tidak mengetahui nama bendera kebangsaan itu.

Tambah memalukan, ada yang tergamak menamakan Jalur Gemilang sebagai 'Belang'. Ini sekali gus menggambarkan rendahnya moral golongan muda di negara ini yang boleh mempersenda bendera negara sendiri.

Nasib baiklah nama lagu kebangsaan, Negaraku diingati hampir semua responden kecuali empat orang.

Kajian tersebut turut mendapati, 40 responden tidak mengetahui bilangan negeri di Malaysia sehingga ada yang meneka Malaysia terdiri daripada 23, 17 dan 12 negeri.

Bagi soalan prinsip ketiga Rukun Negara dan juga nama Perdana Menteri keenam, iaitu perdana menteri sekarang, masing-masing 29 dan 19 responden gagal menjawab dengan tepat.

Sekali lagi diulangi dan ditegaskan, kebanyakan yang gagal menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah dan pengetahuan am ini adalah mereka berusia di bawah 30 tahun serta kebanyakannya antara 16 dan 20 tahun.

Walaupun pelbagai kempen diadakan serta sukatan baru diperkenalkan dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah namun masalah ini nampaknya terus berlaku.

Kesimpulan daripada kajian dan soal selidik ini adalah:

- Remaja masa kini buta sejarah.

- Remaja masa kini tidak minat mengingati peristiwa lalu.

- Remaja masa kini tidak peduli soal-soal kenegaraan.

- Remaja masa kini tidak suka ilmu pengetahuan am.

- Remaja masa kini ambil mudah patriotisme.

- Remaja masa kini terlalu memandang ke depan.

- Remaja masa kini tidak dipupuk penghayatan, sebaliknya menghafal sejarah.

BA : Tak reti reti lagi bukak buku sekolah ???

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Camana nak mula eh ... erm... ok... Mulakan dengan Bismillah ..disudahi dengan Alhamdulillah .. maka aku nak makan kfc dulu neh.. 3 ketul ..ok ? Set dinner plate nih.. Stok untuk tenaga petang karang kat gym.. hehe..

Okeh.. abis dah .. hehehe .. Kenyang ... blurppp.. hehe.. acah jee.. tak la tahap sendawa ala ala badak sumbu sendawa ... huhu..

Aku perhatikan rata rata yang tinggalkan komen di blog picisan ini ( blog aku laa ) , amatlah merendahkan dirinya... Baguslah gitu .. kita serupa . .sama sama rendah .. Tapi jgnlah terlalu memandang tinggi sangat pada sesuatu blog tu .. Boleh pandang tinggi jika mmg layak dipandang tinggi .. Cuma bagi akulah kan , semua blogger layak di pandang tinggi .. Kenapa aku kata gitu ??? Sila beli E- BOOK aku di laman www.benashaari.com .. Ok ? Hahahha.. tengok.. muka ketat dah tuu.. hahaha.. guna ayat Mat Gebu Al-Buaya Padang Pasirun.. hehe.

Bagi aku la kan , semua blogger sama bagusnya .. Apa yang membezakan ialah pengalamannya .. Pengalaman dalam bidang penulisan , kehidupan serta kekreatifan akan membezakan antara blogger baru dan lama ..

Penulisan ... semua blogger boleh menulis ..maksud aku menaip laa... adeh.. takkan tak tau gak kot ??  Sejak sekolah rendah lagi kita dah diajar membuat karangan .. kan ? Maka masing masing dah diajar menulis berdasarkan imaginasi samada realiti atau fantasi , terpulang pada mereka .. Pokoknya pokok betik.. hehe.. Pokoknya , blogger dah tau mengarang .. bukan susah kan ?

Kehidupan .. Jauh perjalanan , luas pengalaman .. Fahamkan ? Tua belum bererti berpengalaman .. Tak semestinya berjalan baru leh dapat pengalamanan tu .. Maksudnya kena la 'bergerak' .. Kalau setakat duduk dalam bilik tu , camana nak ada pengalaman ? Camana nak berkenalan dengan insan insan lain ? Banyak cara lagi untuk kutip pengalaman kehidupan ini ..

Kreatif ? Pastinya blogger ini sangat kreatif... macam macam hiasan akan diletakkan dalam blognya .. kalau boleh diorng nak cipta sendiri punya widget .. kan ? hehehe.. kreatif tapi tak kena tempat .. blognya rumah banglo .. blog ibarat perpustakaan sekolah .. penuh buku tapi tak la cantik cam IKEA tu... macam macam deco ada .. Yang penting ialah 'isinya' ...

OK.. aku malas nak panjang padahal dah panjang ni .. Oleh itu , wahai saudara saudari blogger sekalian , jgn terlalu merendahkan diri .. Anda dan mereka sama je .. Banyakkan membuat kajian.. Bila blogwalking tu , belajar bagaimana mereka menulis .. bukan g tengok apa yang mereka letak dalam blog tu ... haaa... faham ? Tak ? Adeh...

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Waaalaahh... jgn besarkan bijik mata tu !! Sila kecilkan semula .. hehe.. tu cuma persoalan yang banyak bermain di benak lelaki.. erk , bukan semua.. adeh ..

Ok .. begini .. Zaman sekarang ni lebih lebih sejak akhir akhir ini , kita dapat lihat makin banyak fesyen fesyen khasnya buat wanita kan ? Makin lama , makin mengancam perempuan perempuan skang ni .. Lelaki lak , fesyennya makin pelik maka kebanyakkan lelaki tamo ikut fesyen pelik yang mana lebih kepada menyerupai perempuan .. kan ?

Cuma bagi perempuan yang gemar mengikut arus dalam bidang fesyen ni , adakah mereka melakukannya kerana minat atau nak mengayat lelaki terutamanya lelaki  beruang  berwang. Jika minat sekali pon pastinya ada niat tersembunyi.. betul ke ?? Masakan hanya kerana suka sukaaaa .. Hurm..

Itu jika mereka yang single .. bagaimana pula dengan mereka yang dah berkawin ? Mungkin mereka bergaya kerana untuk menambahkan lagi keyakinan diri sewaktu berurusan dengan orang tetapi tidakkah itu akan membuatkan 'si tanduk dua' tu membisikkan 'kata-kata hikmat' di telinga terutamanya lelaki agar tertarik dengan penampilan wanita tersebut ..

Ok , contoh eh .. bayangkan seorang wanita berkerjaya seperti setiausaha .. dia punya style mmg kalah artis la.. walaupun tak seksi tetapi bosnya yang lelaki itu sedikit sebanyak pastinya tergoda.. Betul ? Tak ?? Kenapa ? Hehe ..

Adakah jawapan anda ?? Sila beri pandangan anda dengan bernas tanpa ada rasa emo.. okeh ?

Pendapat aku ? Perempuan melawa pasal apa eh ? Hurm... 90% adalah untuk menarik perhatian orang ...  dan baki adalah untuk kepuasan diri  ... ;)

Share
Tweet
Pin
Share
45 comments

 

Huhu.. sian sotong tu.. tak sempat dikeringkan untuk dijadikan sotong kering .. hehe...

Pada peminat si PAUL tu , pastinya terkejut bila laporan mengatakan dia  mati baru baru ni tetapi mengikut dakwaan seorang pengeluar filem China , sotong tu mati dua hari sebelum final PIALA DUNIA !!!

Wah.. biar betul .. hahahah.. sotong pon leh cetus fenomena eh... hahaha.. ni sah sah kaki judi je minat sotong ni.. Aku pon minat gak tapi minat sambal sotong je la.. hahaha...

Rasanya kan.. dia mati sbb banyak dok menilik sapa yang bakal menang... yelah , manusia pon tak boleh buat keje menilik tu maka diserahkan 'dosa' menilik tu pada dia.. tak ke dia frust ?? hahaha..

Baca la sendiri eh ... aku copy paste je ni .. maklumlah , blogger picisan cam aku ni mana reti buat ayat tahap tertinggi seperti 'mereka-mereka' itu .. kan ? 

image

Pengeluar filem China buat dakwaan dipercayai untuk publisiti

LONDON: Sotong terkenal dengan kuasa ramalannya, Paul, terus mencipta sensasi meskipun sudah mati Isnin lalu, selepas ada pihak membuat dakwaan bahawa ia sebenarnya sudah tiada tiga bulan lalu.

Teori itu dikemukakan seorang pengeluar filem China yang mendakwa Paul yang membuat ramalan tepat mengenai keputusan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di antara Sepanyol dan Belanda, mati dua hari sebelum final itu.

Jiang Xiao menuduh pemilik akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman, menggantikan sotong lain dalam tangki air Paul, lapor akhbar Britain, Daily Mail, semalam.

Beliau yakin ‘60 hingga 70 peratus’ bahawa Paul mati Julai lalu sebelum perlawanan itu dan digantikan, selain mempertikai kuasa ramalan sotong itu.

“Sotong semuanya kelihatan sama. Mustahil untuk menunjukkan perbezaan antara satu dengan lain,” katanya ketika ditanya bagaimana Paul boleh diganti sotong lain.

Tetapi, ada yang meragui teori Jiang itu dan mengesyaki dia mahu mendapat publisiti selepas mengeluarkan filem aksi bertajuk Who Killed Paul The Octopus?’

Selain enggan mendedahkan terlalu banyak butir filem itu dan menjelaskan lagi dakwaannya, Jiang juga menuduh pemilik sotong itu enggan kebenaran didedahkan mengenai Paul dan kuasa ramalannya.

“Kami sering menghubungi akuarium itu sejak pembikinan filem bermula tetapi mereka seperti takut dengan kami. Filem ini mendedahkan cerita di sebalik kuasa ajaib sotong itu, mungkin itulah sebabnya mereka risau.

“Kami lakukan banyak penyelidikan untuk filem ini dan saya yakin 60 hingga 70 peratus Paul mati pada 9 Julai dan pemiliknya di Jerman menyembunyikan kematiannya serta menipu kami,” katanya.
Beliau menganggap pelik kematian Paul diumumkan selepas pemilik akuarium itu menghubungi krew filemnya dan menawarkan kerjasama kepada mereka. – Agensi

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Ada dua kes yang dilaporkan dalam media semalam dan hari ni .. Satu yang di Penang tu... ala , kes simbah asid tu .. dah ditahan polis pon ... 

Ni ada satu lagi kes lak .. Pelajar UITM kena belasah dek kekasihnya .. Kekasihnya tu laki la... takkan perempuan nak belasah lelaki kan ? Mmg boleh tapi perempuan malas jer nak belasah lelaki.. kang ilang la title lemah lembutnya tu kan ? hehe..

Hurm... tak dinafikan lelaki ni di zaman muda ( di antara 19 - 30 tahun ) mmg panas berapi punya baran .. Ada yang sampai melebihi tahap kepanasan gunung berapi Merapi tu haaa.. Kalau meletus , tu diaaaa.... debu boleh melebihi langit ke tujuh !! Takde apa dah boleh menghalangnya lagi ... Tu pasal langsung tak rasa bersalah bila buat keje bodoh seperti menyimbah asid tu ... Haih ... cuba la kena kat dia , camana rasanya .. tak pon adik beradik dia .. hurm ..

Buat rakan rakan lelaki di luar sana tu , bawak bawak istighfar bila marah tu .. tak  guna pukul perempuan.. ilang macho awak tu... Kalau dah perempuan tu tak nak , blah je la.. ramai lagi perempuan nak kat awak tu.. tak caya ? Cuba ketip jari !! Tapi aku tak pasti la perempuan camana yang akan datang nanti kan ? hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

image

LONDON - Sebuah kereta Aston Martin DB5 berwarna perak yang pernah dipandu oleh pelakon Sean Connery dalam filem Goldfinger dan Thunderball dilelong di sini kelmarin pada harga £2.6 juta (RM12.8 juta).

Kereta unik yang mempunyai mesingan, nombor pendaftaran yang boleh berputar dan gear khas itu dibeli oleh pengumpul kenderaan klasik dari Ohio, Amerika Syarikat (AS), Harry Yeaggy.

Yeaggy, seorang ahli perniagaan yang mempunyai sebuah muzium peribadi di Ohio, berkata, dia tidak sabar untuk memandu kereta itu yang boleh bergerak selaju 233 kilometer sejam.

Menurutnya, kereta itu tidak pernah dilelong sebelum ini menyebabkan ia menjadi daya tarikan tinggi kepada pengumpul kereta klasik.

Pemilik asal kereta itu ialah pemilik stesen radio WBEB dari Philadelphia, AS, Jerry Lee.

Lee membeli kereta itu pada 1969 dengan harga AS$12,000 (RM37,296).

Lee berkata, hasil lelongan itu akan disumbangkan kepada sebuah yayasan miliknya untuk melakukan projek pendidikan dan antijenayah di peringkat antarabangsa.

Menurut, Ketua Pengarang majalah Classic & Sports Car Magazine, Mick Walsh, ia merupakan satu-satunya kereta filem James Bond yang tulen.

Kereta itu turut dilengkapi dengan alat pengesan, bumbung yang boleh dibuka, penyembur minyak, alat pelindung kalis peluru dan skrin asap.

Semua peralatan itu dikawal oleh togol dan suis tersembunyi.

Kereta Aston Martin itu dibuat dengan gabungan reka bentuk Itali dan kejuruteraan Britain.

Filem James Bond telah mempopularkan kereta Aston Martin walaupun kenderaan buatan tangan itu dianggap dijual pada harga yang amat mahal. - Agensi

 

-KOSMO.COM.MY-

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

clip_image001

Hahaha.. kreatif ... aku dapat ni melalui email... tapi mengikut cop mohor tu , pemilik idea ni dari GIANTPOLAR ( http://funny-profiles-story.blogspot.com )

Sila sengih sengih di pagi hari ...

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Memandangkan masih ada lagi permintaaan ... dan ada masa lagi , maka aku nak buka sekali lagi sehingga hari Ahad ni .. ok ? Cukup tak ?

Khas buat blogger baru merangkak.. Kalau rasa rasa korang tu blogger baru , dan tengah merangkak .. dan paling penting , berminat nak join blog list baru ni , ikut je petua aku ni ..

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2: TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

3: Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini.

Peringatan : Bloglist ini tidak kekal ! Akan senantiasa ditukar dan dibuat baru ..Tapi jangka masa pemusnahannya ialah tahun depan la.. lama lagi.. ada 2 bulan lagi untuk korang curik pembaca .. hehe..

Erk.. yang dah buat tu tak payah la buat.. khas yang baru jumpa blog aku ni jer ... cepat lerr....

Jangan lupa undi di sebelah ni yer...

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments
Alamak !!!! Putrajaya hujan laaaaaa ... tak leh jadi ni... sambung tidur balik !! ..Best best best !
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Hahaha... Aku tergolek golek sewaktu menerima mesej dari DATUK PADUKA MAT GEBU SEDENAK TIFFINBIRU AL BUAYA .. Eh.. korang tak tau ke Mat Gebu ni buaya ??? Dia bukan buaya betina laa.. tapi buaya resepi .. kalau dia dapat resepi , dia akan peram dulu !! Kasi kaw kaw punya  wooo .. Bila datang idea dia , resepi tu dia akan derhakakan dengan menggunakan kreativiti dia ..

Maka dapur dia tu penuh la pelbagai jenis bahan bahan masakan, rempah ratus , sayur sayuran dan macam macam lagi la.. Kira dia ngan IRON CHEF ni adik beradik jauh la... Tak la dekat.. IRON CHEF kat Jepun , dia kat Sedenak.. Rupa mmg sebijik Jepun !  Jangan marah aa ...

Kenapa Mat Gebu sudah mengamuk ?? Alaaa.. dia kalau mengamuk , nyamuk tengok pon sebelah mata .. kira takde makna la dia mengamuk ... Macam mengamuk ala ala manja gitu .. Tapi jangan kasi dia mula berleter !! Kalau dia mula berleter , korang pakai ear plug pon tak guna dah !! Sumbat kayu balak kat telinga tu pon tak mampu menyelamatkan telinga korang tu dari berdarah akibat leteran dia .. Perghh... halilintar membelah dada wooo ...

Ok.. jauh sangat aku tersasar .. Gini , aku permudahkan cerita .. Ramai ingat MAT GEBU tu BEN ASHAARI !! Salah tuuu Mat Gebu adalah Mat Gebu dan BEN ASHAARI adalah BEN 10 .. eh.. BEN ASHAARI ... takde kaitan walaupun hampir hampir nak ada kaitan .. kan Mat kan .. hahahaha... guwau laaaaa .. aisey... sensitif tuuull... hahaha...

Tapi yang pasti BEN ASHAARI dan MAT GEBU adalah berjiran dalam dunia maya ni .. Kalau korang perasaan , di bahagian atas blog aku tu ada FEED DAPUR TANPA SEMPADAN .. kan ?

Mesti korang tertanya , kenapa aku letak gitu ? Mudah je ... Itu adalah cara pertukaran pembaca ! Blog aku ni ramai pembaca yang terdiri dari blogger .. manakala blog Mat Gebu ramai pembaca yang bukan terdiri dari blogger ... Camana aku leh tau ??? Aku kata dah.. sebagai blogger , kena rajin buat kajian ..

Ok... sambung .. bila pembaca masuk ke blog aku .. dia akan nampak FEED Mat Gebu tu ...FEED CMG kita tu mmg berantu... mana mana perempuan tengok pasti tertarik .. Yelah , penuh dengan resepi.. Sapa tak tertarik bukan ?

Maka , selepas diorg baca entri aku , mereka ada pilihan .. samada nak lompat terus ke blog MAT GEBU  atau , lihat entri entri terkini yang ada di blog list aku .. Haa..Skang ada 4 kategori dah ... Banyak pilihan .. Mana yang mempunyai tajuk yang menarik , pastinya akan menarik pembaca untuk kliknya .. Begitu jugalah sebaliknya di blog Mat Gebu .. Pembaca di blognya akan melompat ke blog aku kerana tertarik dek tajuk entri dan kemudiannya akan melompat ke blog yang mana berada di dalam blog list aku .. Maka trafik yang masuk dari kedua dua blog ini akan disalurkan ke blog blog lain .. Dengan itu , trafik tidak dipesia siakan .. Takde la mereka akan terus pangkah browser tu kan ? Betul tak ? Tu laa tujuan aku buat semua ini termasuk segmen BLOG LIST tuuuu ... Faham ???

Akan tetapi .. ada yang bercakap belakang belakang ... Alaaa.. si Ben nak tarik trafik murahan la tu... Heeelooooooooooooo !! Mungkin nampak aku tarik trafik tapi cuba tengok betul betul !! Aku tarik sekali ni je tau !! Pastu takde .. Selepas itu pulak , mereka pulak yang tarik trafik aku dengan entri entri menarik mereka !!!

Bayangkan la yer ... blog baru yang cuma ada paling sedikit 10 follower , bila dia update blog... dia dapat la sekurangnya 2-3 trafik yang masuk dari link blog aku .. 2-3 orang pembaca tu , pastinya akan jadi follower dia .. kenapa ? tu tanya pembaca tu sediri .. Bermula  dari 2-3 orang itulah akan merebak ker beribu ribu ...

Yang penting ialah , kebijaksanaan blogger itu sendiri  ! Bagaimanakah nak mencuri trafik dari blog BEN ASHAARI .... Fikir fikirkan...

Ops.. maaf la yer ..trafik blog aku tak la tinggi.. walaupun 100 , ianya tetap trafik ... 

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Aku rasa aku nak sambar satu IPAD .. sbb sambil berjalan n shopping pon aku mesti nak update blog .. Cam entri sblm ni .. Er...apa tajuk dia eh ? Sat aku nak p usha balik .. Maklumlah , dah tuaa... Haa... HUIH TERKEJUT GUE , aku sedang menolak troli di dalam TESCO AMPANG .. hehehe... shopping barang dapur arr ... apa lagi ..

Entah la .. nak kata aku ketagih blog , tak jugak .. sbb aku bukan blogwalking sangat .. waktu aku free je baru aku jalan jalan terutama sewaktu tunggu ERL atau nak tidur .. hehe.. kot ada cerita best dari kawan kawan ..

Aku suka update blog .. tu jer .. apa saja cerita , apa saja yang aku tau .. aku nampak pasti aku nak berkongsi dengan kawan kawan lain .. Lagi pon best gak bebel dalam blog ni .. takde sapa nak marah .. Takde telinga sapa nak bernanah .. takde sapa nak sakit hati  .. Erk.. sakit hati ? Part ni aku tak sure .. hehe...

Berbalik pada MESTI PELIK PUNYA isu , ari ni sambil menolak troli , sambil beratur nak membayar , sambil berjalan .. aku pegang netbook.. Nasib baik kecik sizenya .. Giler ke ? heheh .. entah ler.. masing masing punya pandangan .. Ada yang main game sambil berjalan .. ada yang sambil bersms dan macam macam ragam .. Dan aku pulak , sambil update blog.. Aku rasa  tu satu keistimewaan aku.. hehe.. blogging di mana mana ..

Nasib baik aku ada keluarga yang memahami walaupun pada mulanya agak 'janggal' dan pelik dengan perangai aku ni .. Hahaha... Tapi lepas aku tunjukkan cheque demi cheque , tiada sepatah perkataan keluar lagi dari mulut mereka ..

Ada sahabat blogger mengadu pada aku bahawa kawan dan keluarga dia perli mengatakan blogging ni membuang masa .. Hurmm .. Aku harap sahabat aku tu berjaya membuka mata mereka satu hari nanti .. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

  image image

Setelah seminggu lebih aku cuti gym... kalau g pon main main je.. ni tadi pon main main sbb tunggu wife sampai dari Putrajaya .. Badan pon dah naik berlemak tu .. haih.. nak start diet balik minggu depan .. Mau kasi timbul balik urat urat besi tu.. haahha

Ok.. apa yang terkejut ?? Aku terkejut sbb ramai giler join segmen blog list aku tu sampaikan ada yang naik hairan kenapa sampai begitu sekali diorng berminat nak masuk dalam blog list aku tu ..

Hurmmm .. kenapa yer ? Ada sesiapa boleh bagi jawapan ??

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

...

Alhamdulillah .. dah sampai rumah .. nasib baik la ada kawan yg kerja kat situ yang sudi hantar kitorang ( aku n the geng ) ke lrt ... Tqqq En. Padil ...

Best ke kat situ ??? Panaaaaassss !!! Tak hengen aku kembali ke sana lagi .. huh.. pelik aku orang leh berjalan jalan atas padang golf tu pada waktu tengahari .. Betul la kata orang .. kalau dah minat tu , tak kira apa dah .. sanggup je buat .. Cuba suh jalan kaki ke masjid  ?? Huhu...

Geram ? Hari mmg satu hari geram terbuku di hati.. kenapa ? Haa... malas nak cerita .. saja nak tulis kat dlm entri ni perasaan aku skang iaitu GERAM !

Tapi aku puashati gak la.. aku berjaya mewujudkan satu lagi bloglist yang terdiri dari newbies... heheheh.Terima kasih pada yang sudi mencemar duli ke blog aku yang tak seberapa ini ..

Pada yang berminat nak join bloglist tu , sila la mencari entri yang sebelum ni .. erk.. tajuk apa ek .. Haaa... JOM PROMOSI BLOG .. Ok la.. aku nak g gym.. tapi sebelum tu , nak lelap mata 10 minit... penat sangat mata ni dh....

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Waahhh .. makin sengit nampaknya undian di bahagian kanan blog aku ni .. Blog aku ni ramai penyokong KELANTAN  buat masa ini .. NEGERI SEMBILAN mengejar rapat .. Apakah kontroversi si Rita dan Aidil berkait rapat dengan undian ini ???

Ops.. bicara pasal Rita n laki dia tu .. kesian kan ? Bab tang sedap .. besttt jer.. bila dah gitu , suka suka tinggalkan tanpa sebarang perbincangan  yg jelas .. Tau tau , dah mintak hak penjagaan anak..

Tu la... lain kali wahai manusia , jgn tengok rupaaaa jer terus sapu !! tengok la gak latar belakang orang tu .. Keluarga memainkan peranan penting ... jangan membelakangkan orang tua .. Ni pk nak sedap sendiri jer .. Ingat drama ke perkahwinan ni ??

Kalau si Aidil tu lain la.. dia muka lagi.. berstatus duda pon masih hot .. tak rugi apa apa .. Rita ? Aku pasti ramai nak woo.. bukan tak lawa.. lawa... haaaa.. Apa pon aku harap diorng dapat selesaikan secara aman dan penuh dengan kematangan fikiran .. Jangan dibuat kerja giler macam kat Pulau Pinang tu.. Ada ke patut di curah asid kat perempuan tu ???? Bengong.. Sungguh tak bertamadun punya makhluk ! Huh.. Wat malu orang penang jer ... nasib baik aku orang .. erk .. 1 MALAYSIA ...  ;)

Ops.. jangan lupa buang undian tuuu .. esok akan tutup tu.. kita leh tau sapa paling ramai penyokong dalam blog ni .. hehehe... Terima kasih pada yang sudi membuang undi .. Nak bagi duit tu , tak berkemampuan lak aku.. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Huihhh... dasyatt... dasyat 13 !! Boleh ke buat anak orang gitu ? Walaupun dah jadi isterinya tapi apakah haknya untuk memukulnya sebegitu ? Geram ? Mmg geram .. tapi boleh ker lepaskan kemarahan tu dengan cara sebegitu rupa ?

Blog aku ni ramai pembaca perempuan , kan ? Apa pendapat korang ? Kalau tak buat gitu , ada yang akan kata si suami tu dayus ... sanggup membiarkan isterinya mencuranginya .. hurmm ..

Ceraikan saja ? Semudah itu ? Nak amik dulu , punya la bersusah payah.. bayar mahal mahal .. Bila dah gitu , senang senang je curang .. pastu nak lepas gitu je ????? ARghhh.. geraaammm ..

Jangan geram !!! Tu bisikan syaitan sebenarnya .. Kalau benar dia curang , bawak ke mahkamah syariah .. sebelum tu , dapatkan bukti ..  Kalau amik tindakan sendiri , tak pasal pasal masuk penjara ! Hilang anak hilang masa depan ! Sapa rugi ? Si isteri tetap tersengih gembira sbb pasti akan dapat bersama si jantan tu.. Si suami tu??? Merengkok dalam penjara sbb bertindak di luar batasan !  Sapa rugi skang???

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

image

image

Koleksi koleksi terkini buat wanita yang ingin bergaya... boleh dapati di > EQ

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

 

Erk.. khas buat blog yang baru merangkak je yer ... Kenapa baru jer ?  Yang lama tu dah cukup teror dah .. g je mana mana .. sah sah orang kenal blog blogger lama ni .. kan kan ?

Ok .. terus pada isunya.. Aku nk bukak satu lagi bloglist .. Khas buat blogger baru merangkak.. Kalau rasa rasa korang tu blogger baru , dan tengah merangkak .. dan paling penting , berminat nak join blog list baru ni , ikut je petua aku ni ..

1 : HEADER BLOG BEN ASHAARI image

2: TAJUK : JOM PARKING KAT BLOG BEN ASHAARI

3: Tinggalkan link entri korang tu di ruangan komen entri ini.

Peringatan : Bloglist ini tidak kekal ! Akan senantiasa ditukar dan dibuat baru ..Tapi jangka masa pemusnahannya ialah tahun depan la.. lama lagi.. ada 2 bulan lagi untuk korang curik pembaca .. hehe..

Tunggu apa lagi ? Cepat la buat... Akan ditutup tengah malam kang ...

Erk.. yang dah buat tu tak payah la buat.. khas yang baru jumpa blog aku ni jer ... cepat lerr....

Jangan lupa undi di sebelah ni yer...

Share
Tweet
Pin
Share
134 comments

 

Aku sebenarnya nak lari dari topik $$ ... aku tau ada yang meluat aku dok buat cerita ni jer .. Masalahnya aku bukan nak sangat buat tapi dah ada yang bertanya .. Takkan aku nak sombong lak kan ?

Terpaksa laaa aku mengulang cerita yang sama ... iaitu SABAR ..SABAR dalam menjana $$ dari IKLAN yakni NUFFNANG.. Sampai bila bersabar ??? Nak tanya .. berapa tahun dah blogging ? Aku ni pon dah masuk setahun sebulan.. Iklan Nuff mula aktif setelah 6-7 bulan .. Walaupun trafik aku tinggi sebelum tu tapi iklan yang keluar pon jap jap jer ..

Kalau trafik korang tinggi , aku cadangkan korang buat satu kajian mengenai iklan di ruang maya ni.. Cuba cuba la letak INNITY , MANGGA dan banyak lagi ...

Tak salah mencuba.. dengan mencuba korang akan dapat menimba lagi ilmu dan juga info mengenai syarikat syarikat pengiklanan ini .. Tak leh la diorng kencing korang kan ?

Mana la tau nanti korang dah digelar otai , boleh la cerita kat diorng pasal iklan ni ... ok ? Sabar yer ... tak rugi sabar ni .. Jangan terlampau sangat nak dapatkan $$ dalam masa yang singkat .. Lari dah niat blogging tu .. Biarkan dia datang .. Masa tu , tak larat dah nak tengok duit masuk ... ok ?

Mula mula , tingkatkan dulu kualiti blog korang .. Penulian , maklumat ... promosi ... $$ akan datang selepas itu .. Percayalaaahhhhhhhhhhhhh ... haa..tengok ..tak pasai pasai aku nyanyi dah lagu Siti ....huh !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hurmm .. aku ditanya tadi tentang NUFFNANG .. Bagaimana 'mereka' boleh mendapat $$ dari NUFFNANG ? Camana nak bagi $$ tinggi eh ? Camana nak register ? Apa itu NUFFNANG ?

Hurm... Dah cuba google cari jawapannya ? Sejak dunia blog ini meletup ( aku rasa fenomena ini muncul bila ada media 'buat cerita ' income seorang blogger popular mengalahkan artis mampu menjana pendapatan melalui blog sehingga RM20K sebulan .. okeh !! Sebulan yer ... diulangi.. SEBULAN .. Erk... Betul ke ? Dengarnya dia dah buat pembetulan di dalam blognya.. Tak la sampai setinggi tu .. hehehe.. Takut yer .. income tax mari ehhh .. hehehe.. no komen yer ... Kalau betul la kan , turunkanlah ilmu ilmu tu pada kami kami yang daif ini .. kan kan ?

Eh.. terlari tajuk.. maaf yer ..Sejak kecohnya pasal tu , maka ramai blogger tumbuh bak cendawan selepas ribut !  Kemudian masing masing mengeluarkan tips tersendiri .. Macam macam ada .. masing masing dengan kreativiti tersendiri .. Kalau rajin google , pasti jumpa .. boleh la curik tips tips tu ..

Kalau korang tanya aku , bagaimana aku dapat $$ dari NUFFNANG , maka dengan rendah diri aku bagitau , tak tinggi pon... cukup cukup lepas beli baju jer..  :)

Tapi tak pe.. aku sudi memberi tips menjana $$ dari NUFFNANG atau syarikat2 yang lain ..  Sangat basic.. hehehe TINGKATKAN TRAFIK !!!Perkemaskan blog ... Pastikan trafik tinggi dari pembaca luar .. Kalau blogger sendiri , berapa ramai akan klik iklan tu ?? Kalau pembaca yg bukan dari kalangan blogger , pastinya akan tertarik dengan iklan tersebut.. kan ?

Itu yang biasa.. ada yang akan dapat iklan berterusan yang dipanggil BUFFERED EARNINGS atau BE ... Yang ni mmg meriah .. $$ masuk tak henti henti.. Kalau mereka ( blogger ) dapat ni , pastinya akan sedaya upaya mendapatkan pageviews yang tinggi .. Setiap pageviews tu akan dibayar , setiap hari yer ... bukan minggu ...

Faham ? tingkatkan pembaca .. pelbagai teknik ada untuk tingkatkn trafik ... G.O.O.G.LE !!

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Hurmm .. macamana laa 'dia' ni boleh ada kat sini .. Mmg ari ari aku naik erl ngan dia tapi tak pernah langsung bertegur sapa padahal mmg 'kenal' ..

Kenapa aku tak nak tegur dia ? Pertama kali aku bertugas di VISIT MALAYSIA 2007 , Putrajaya dan dia menyelia booth situ .. Aku perasan yang dia ni hanya akan mesra dengan perempuan jer ... ( Pssstt... iklan sat.. aku kata dah.. tuuu .. dok mula mengatal dah.. haih ...)

Kalau dengan staff lelaki , dia ala ala gitu jer .. hahaha... aku mmg wat tak tau jer. .. Tak kira la dia pangkat besar mana sekali pon .. Kau kuli , aku pon kuli .. hahaha..

Bukan la aku nak bersikap kurang hajar tapi aku hanya 'dingin' dengan dia .. Mmg aku wat tak nampak je... huh.. Orang tua gini , makin tua makin menjadi .. Letih nak layan ..

Tadi  dia baru lalu depan booth unit aku ... dia tak tegur aku .. dia tegur budak budak perempuan yang turut sama bertugas dengan aku.. Kan aku kata dah ... hahaha... Tak pe.. aku tak rugi apa pon .. harap dia bahagia dengan kehidupan dia .. insyaAllah ... doa yang baik baik untuk mereka yang dah berumur ni... hehee...  er..tak kira umur sebenarnya ,dengan sapa sapa kita kena doakan kesejahteraan mereka ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Saya melihat laporan media (Malaysiakini) bertajuk “MAIWP mahu lupus 70 penghawa dingin baik” memerlukan perhatian yang amat serius. Perjelasan dan jawapan perlu diberikan oleh pihak berkenaan. Sejauh hal ini berlaku dan ketepatannya?

Sejak sekian lama saya dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini. Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak.

Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini (Hidup Bawah Jambatan) .

Ke mana pergi segala peruntukan ini. Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita. Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat.

‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian.

Di sini, saya ingin menyebut beberapa perkara, antaranya;

1. Kita perlu memuhasabah semula fungsi zakat dalam negara ini. Sejauh manakah kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat dan selain zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam. Artikel saya pada tahun 2007 yang bertajuk: “Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi” rasanya patut dianalisa.

2. Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain. Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud dipelbagi negeri, sementara kemewahan PUZ juga ternyata di pelbagai negeri. Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf ‘amilin’ (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan.

3. Kewujudan kes-kes yang seperti ini mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti institusi-institusi yang berjenama agama. Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan.

4. Merubah institusi-institusi ini agar menjelma dalam peranan yang lebih berkesan dan baik amatlah sukar dan bukannya mudah. Ini kait mengait antara satu sama lain. Kepentingan politik, istana, individu dan berbagai lagi. Merubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan ini. Itupun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (www.drmaza.com)

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Ceh.. tajuk beria jer .. Macam nak masuk pertandingan tu jer .. padahal ?? hahahha..

Hurm... alhamdulillah , cuaca buat masa skang , mendung lagi .. Sewaktu nak ke tempat exhibit ni , kitorang masuk melalui Hotel Palace of Golden Horses dan terus ke kawasan perumahan di dalam tu .. Mak aihhhh.. rumah sebijik sebijik... aku rasa mau lebih RM2juta gak ... sbb lokasi satu hal .. pastu rekabentuk sebijik sebijik tu tak sama .. lain lain.. Erk.. sori... gambar tak sempat nak amik ..

image

Ni port kitorang ... hahaha... adeh... mmg sah aku g jalan jalan cuci mata .. Tu la.. aku cakap degil !! Tak nak dengar kata orang berpengalaman !! Kang kata lebey sah sah bergaduh !! Haih ... Tu pon nasib baik aku tak dengar cakap 100% .. kalau tak ??? Mau gak aku bertukar jadi Transformers...

Buat mereka mereka yang dok mencari kerja dan dah dapat kerja tu , diharap ikut ikut la cakap orang lama ... Jangan ingat belajar tinggi mengunung , segala menda dah dalam pala otak ! Yang belajar tu belum tentu sama apa yang bakal dipraktikkan .. Ingat , orang lama penting untuk majukan karier di masa hadapan .. Faham ? Jom main golf !!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

image

Ehem.. bonus apa ?? Ala.. bonus blog lerr.. apa lagi ... on the way dah tu... minggu depan boleh dah enjoy  simpan dalam bank ... hehehe ..

Untuk nak buat kira kira... adakah menguntungkan berblogging ini atau sebaliknya ? Buat masa skang ni , aku nampak cam untung je..tapi tak la tahap jutawan.. boleh la tapau tapau beli hp baru ke.. lens baru ke.. atau down payment rumah.. paling tidak pon kereta .. hehee.. acah je laaaaaaaaaaaaaaaa... jgn la ternganga..

Ok la geng.. aku nak g The Mines dah .. jumpa di sanaaaaaaaa....

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes