BEN ASHAARI



 

Hurmm.. Menurut polis , kejadian pecah rumah antara tengahari ke petang itu melibatkan beberapa buah taman perumahan di kawasan aku tinggal tu ..

Dan , kawasan tempat aku tinggal pon terlibat sama .. 2 buah rumah terlibat sama dipecah masuk dan beberapa barang berharga telah dicuri.. Dan salah seorang jiran tu , kenalan di FB aku .. siannn ..

Laporan polis telah dibuat dan langkah berjaga jaga diambil .. Hurmm .. Antaranya .. haaa .. Ada laaa .. Apa pun , harap PDRM dapat tingkatkan lagi rondaan di samping kena wujudkan pasukan keselamatan ( RT ) ..

 

Meeting ni punya pasal , aku dah balun dua keping roti canai .. Perghhh.. Rosak diet !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hahahaha .. Kecik je dik dunia ni rupanya..

Dik , ni abang nak habaq mai .. Abang mmg suri rumah , tapi abang bukanlah duduk makan tidur makan tidur yer .. Zaman sekarang , kerja tak semestinya kena gi pejabat .. Jadi , belajar rajin rajin la yer .. PM dan mantan PM pon blogger ..

Ok , meh sini abang nak jawab .. Kenapa nak up satu dunia ? Aiyokk .. Satu dunia tau rumah mana ke ? Rileks dik .. Nak ikutkan , abang lagiii hangin satu badan ..

Kenapa ? Kerapkali sebelum ni  ada je bekas makanan di depan rumah tu.. Bila datang angin , sampah tu datang la singgah rumah jiran..

Ok , masalah ‘tolong’ kutipkan tu takde apa hal la kan.. Tapi bayangkan kalau dah  masuk longkang dan mula tersumbat kemudian nyamuk mula la beranak pinak .. Aedes pon mulaa membiak .. Rasanya sapa mangsa ? Nak tunggu terperuk dalam hospital baru nak menyesal ?

Rileks dik ..Tujuan bukan sekadar nak sedarkan ‘satu kepala’ tapi banyak kepala !! Malah abang ni pon terpaksa sedarkan diri dengan periksa tong sampah dan membersihkan walaupun malas !

Jangan pandang remeh soal kebersihan apatah lagi kita ni menumpang .. Yang tinggal kat sini , bayar beribu setiap bulan . Bukan seringgit dua .. Dah tu bukan berkongsi dengan sapa sapa .. Penat keje siang malam untuk bayar duit rumah ..

Ok , malas nak ungkit hal tu .. Andai terasa , maaf la yer .. Tapi kalau dibaca kembali , takde sebut nama sapa sapa , tinggal mana malah bukan tau pon rumah kat mana .. Antara kita saja yang tau .. Jadikan pengajaran . Buktikanlah anak dara zaman ni , setanding dengan harga yang diminta yakni berpuluh ribu.

Banyak mata memandang dan tunggu masa nak menegur .. Cuma aku pilih jalan gini sebab , ramai akan dapat pengajarannya termasuk juga aku dan juga sapa sapa yang mengenali aku ..

Tiada niat nak mengaibkan melainkan jika terasa diri dan tidak mahu mengaku kesilapan .. Hidup berjiran mmg perlu beradap tapi apa kata cuba pandang cermin dan tengok sekeliling anda .. Jiran anda semua berbangsa melayu yang beragama Islam dan dah pun berkawin .. Bermakna , anda muda dan kami ni orang orang tua .. Faham tak ni ?

Jangan marah yer .. Untuk kebaikan bersama . Abang mmg tak cukup kain untuk jaga kain orang lain ..

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Jam 230 petang. Badan dia berpeluh peluh. Aktif sangat dia hari ni. Sampaikan lagu Detektif Conan pun dia boleh bantai menari depan aku !! Tercengang aku dibuatnya ! Tak pernah la dia buat kerja gini haaa..

Lepas tu aku mandikan dia jap sbb dia dah ngantuk tapi nak tidurkan dia dalam keadaan badan berpeluh , confirm dia takkan selesa punya dan takkan dapat dia tidur !

Pastu bawak dia naik bilik atas.. Aku dukung dia . Nak tunggu dia panjat tangga tu , nak sampai atas berpuluh check point ada ! Sekejap kejap berenti dan ‘bercakap’ dengan aku !

Sampai kat atas , aku letakkan dia atas katil dulu .. Tiba-tiba dia bangkit dari baring dan capai sesuatu diatas katil ! Aku tau dah apa dia nak.. Coklat bar !

Aku amik semula dari dia dengan kata kat dia

“ Kang lepas mandi , amik balik .. “

Dia lepaskan dan aku letakkan diatas pagar besi di luar bilk sewaktu nak gi amik tuala mandi sambil diperhatikan dia .. masuk mandi .. Lepas mandi tu , dipakaikan tuala pada dia pastu berjalan turun .

Dia berusaha mengapai coklat bar yang berada diatas pagar besi tu tapi gagal ! Berkali dia cuba namun tidak pula dia menangis ! Hurm.. Pelik gak .. Kalau dia nak sangat , mesti menangis ..

Aku pakaikan dia baju , seluar dan lampin .. Dan pasang tv. Tiba-tiba Qhaliff terus menuju ke tangga dan .. Gambar ini menceritakan segalanya !!

Akhirnyaa ! Akhirnyaaa dia dapat jugak amik coklat bar tuuuuu !! Aku kasi dia sedikit sebagai reward untuk dia ! Hahahaha.. Bersungguh dia haa..

Baki tu , aku simpan dalam peti ais . Dia ikut dan tengok je mana aku simpan !! Ahahahah.. Ini perangai aku. Aku gila coklat bar hingga sanggup berjalan jauh untuk gi beli coklat bar ! Hahahhaha

Ni tak reti nak bercakap lagi .. kalau dah reti ? Perghhhhh

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Tamoo tido walaupun ngantuk !! Menangis beria harapkan simpati utk turun dari buaian tp ... tangisannya itu adalah palsu !!

Dia menangis pastu tengok muka aku .. Dia cakap .. “ Tooo … tooo tooo too ? Tooo toooo .. “ ..

Pastu nak keluar ! Aku kata ..

“ Tidooooo ..”

Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !! Dia nangis lagi .. dengan kuatnya .. Pastu diam setelah aku tak layan dan teruskan berselawat .. hahaha ..

Lenaaaa untuk 3 jam ! Huhu …

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Entry sebelum ni aku share tentang Produk Shaklee dan Set Shaklee secara kasar. Kali ni aku nak share tentang Harga Produk Shaklee yang telah syarikat Shaklee tetapkan untuk dijual di pasaran.

Shaklee Harga Ahli Untuk Ahli Shaklee Berdaftar sahaja


Harga Shaklee terbahagi kepada dua iaitu Harga Shaklee untuk pasaran runcit. Dan Harga Shaklee untuk Ahli Shaklee berdaftar atau Pengedar Shaklee Sah Malaysia.

Kenapa perlu ada dua Harga Shaklee? Kalau seragamkan jadi satu je tak boleh ? Sama konsep macam keahlian JCard, Tesco, Body Shop, Guess, Coach, dan pelbagai jenama lain.

Harga Shaklee dan privilege keahlian diwujudkan oleh Shaklee untuk menggalakkan pengguna menDaftar sebagai Ahli Shaklee atau Pengedar Shaklee.

Agar Ahli Shaklee berDaftar boleh mendapat manfaat dari Harga Ahli Shaklee setiap kali Ahli Shaklee membeli Produk Shaklee.

Malah Ahli Shaklee berDaftar juga berpeluang mendapat rebate tunai berbentuk bonus tunai sekiranya mencapai jumlah point tertentu dari pembelian Produk Shaklee.

Jadi jika korang nak pakai Produk Shaklee ni sebaiknya Daftar Ahli Shaklee terus, baru korang untung dapat point setiap kali membeli Produk Shaklee.

Kalau tak Pengedar Shaklee yang jual kat korang tu la yang untung dapat point dan dapat bonus cash $

Kenapa ada Pengedar Shaklee yang jual ikut Harga Shaklee untuk ahli dan ada pulak yang jual ikut Harga Shaklee untuk retail?

Semua ni berkenaan sikap. Sikap orang kita bila berniaga dan bersaing, suka guna factor HARGA sebagai senjata. Sebab tu orang kita selalu gagal dalam bisnes. Satunya sebab permainan harga atau perang harga ini.

Dalam perniagaan, pihak yang menjual dengan harga kos atau harga ahli dipanggil sebagai market spoiler atau perosak pasaran. Dan biasanya mereka yang jual harga ahli ni hanya nak kejar sales tapi tak pentingkan kualiti.

Sebab tu ramai orang komplen makan Shaklee tapi takde kesan, sebab penjual tak tahu macam mana nak advice penjual sekadar jual untuk dapat point.

So korang boleh pilihlah, nak beli Shaklee dari PengedarShaklee yang berkualiti dan bijak

Atau nak beli Shaklee dari sapa-sapa saja asalkan murah.

Dan jangan pulak korang fikir yang jual harga ahli tu suci murni dan yang jual harga retail tu tamak dan jahat.

Di Zaman nabi dulu pernah sahabat nabi Muhamamd saw tak silap aku saidina Umar, halau seorang peniaga di pasar sebab dia jual harga sangat murah dan mengganggu pasaran (perosak market / market spoiler)

Malah nabi Muhammad saw sendiri ada amik untung dalam berniaga. Kalaulah mengambil untung tu salah dan haram, tentulah nabi Muhammad saw takkan ambil untung.

Sebenarnya dalam perniagaan siapa yang jual harga kos atau harga ahli ini dikira sebagai zalim juga.

Sebagai contoh :

Seorang ibu tunggal anak 4, semua anak-anaknya kecil dan dia tak boleh pergi kerja sebab anaknya ada yang sakit dan perlukan penjagaan rapi.

Lalu dia pun nak berniaga Shaklee.

Dia sangat berharap nak dapat duit tunai harian daripada untung runcit dari Harga Shaklee harga retail.

Tapi pergi ke mana-mana pun semua minta harga ahli, bila dia ajak masuk ahli pelanggan taknak sebab pelanggan kata di tempat lain tak payah jadi ahli pun dapat harga ahli.

Jadi ibu tunggal ni pun jual la dengan harga ahli.

Sampai hujung bulan dia ingat boleh dapat bonus cash, rupanya tak dapat sebab tak cukup point, sebab dia hanya berjaya jual 5 botol vitamin saja, itu pun dengan harga yang mana tak dapat pun untung runcit walau sepuluh sen.

Siapa yang mewujudkan keadaan ini?

Dia lah yang menzalimi orang-orang macam ibu tunggal tadi.

Dan jangan heranlah

Satu company yang terlibat dengan perang harga macam ni selalunya akan jatuh, bukan sebab company tu tak bagus, tapi orang yang menjalankan perniagaan tu yang tak bagus.

Satu lagi aku nak tanya kalau korang pegi Jusco masa JCard day, berani tak korang mintak kat cashier tu:

"Dik bagi akak harga ahli JCard la, kita kan sama-sama ISLAM.. “

Agak-agak dapat tak harga ahli JCard tu ? Ooh , kita sama-sama ISLAM .. ko untung takpe aku rugi ko tak kisah gitu la perangai orang kita .

Gila panjang melalut .Berikut senarai Harga Produk Shaklee untuk seluruh MALAYSIA

..

Buat makluman Harga Shaklee berikut adalah Harga Shaklee untuk pengguna yang tidak berdaftar sebagai Ahli Shaklee.

Kalau nak beli Shaklee dengan Harga Shaklee harga ahli, silalah contact Pengedar Shaklee anda untuk Daftar Ahli Shaklee ya.

SENARAI HARGA PRODUK SHAKLEE



  1. Advanced Joint Health Tablet (60 biji) RM124.00 
  2. Alfalfa Complex (S)(330 biji) RM53.75 
  3. Alfalfa Complex (L)(700 biji) RM97.50 
  4. B-Complex (120 biji) RM53.75 
  5. CarotoMax (30 biji) RM74.00 
  6. Chewable Vita-C Plus (90 biji) RM37.50 
  7. Collagen Powder (15 sachet) RM298.00 
  8. CoQHealth (30 biji) RM124.00 
  9. DTX Complex (90 biji) RM155.00 
  10. ESP Soy Protein Isolate Powder (850g) RM150.00 
  11. Garlic Complex (60 biji) RM47.50 
  12. GLA Complex (60 biji) RM91.25 
  13. Herb-Lax (120 biji) RM52.50 
  14. Lecithin (180 biji) RM52.50 
  15. Meal Shakes French Vanilla (544g) RM113.75 
  16. Nutriferon (30 Sachets - 1.2g) RM181.25 
  17. Omega Guard (90 biji) RM136.00 
  18. Ostematrix (120 biji) RM61.00 
  19. Peppermint-Ginger Plus (90 biji) RM45.00 
  20. Performance- Natural Orange (539g) RM82.50 
  21. Sustained Release Vita-C Plus (180 biji) RM92.50 
  22. Vita-E Complex (120 biji) RM149.00 
  23. Vita-Lea Iron Formula (120 biji) RM88.75 
  24. Vivix (150ml) RM475.00 
  25. Zink Complex (120 biji) RM33.75 
  26. Cinch Energy Tea Mix (28 sticks) RM131.00 
  27. Cinch Shake Mix Vanilla,Chocolate,Latte (15 serving) RM173

Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi senarai Pengedar Shaklee di bawah ni :



Pengedar Shaklee Bangi Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan


Pengedar Shaklee Penang


Pengedar Shaklee Gombak Wangsa Maju, Setapak dan Cheras


Pengedar Shaklee Kelantan



Pengedar Shaklee Melaka


Pengedar Shaklee Kuantan




Tempat korang takde dalam senarai Pengedar Shaklee di atas?

Apa lagi cepat-cepat contact number bawah ni


Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Perghh .. nasib baik laa Ben letak gambar ni .. Kalau dia letak gambar original , mau top jap blog aku hari ni .. hahahaha .. .

Gini ceritanya .. Aku ni bukanlah nak mengaibkan sapa sapa cuma aku pun ada perasaan dan juga .. er .. hehehe .. Faham faham je la kan .. haaa ..

Isunya seperti kengkawan di FB aku dah tau yakni anak dara sidai pakaian dalam secara terbuka untuk dinikmati oleh sesiapa saja yg lalu lalang di situ. Walaupun itu bukanlah niat mereka tapi ianya tidak sama sekali patut berlaku ! Perlu diketahui , di kiri kanan rumah mereka itu ada suami dan anak lelaki di dalam mahupun diluar rumah .. Haaa ..

Lagi pun , mmg kurang manis la sidai kat luar tu. Maklumlah , macam macam corak , warna ada .. Bila tengok gitu, maka terbayanglah dalam kepala orang yang melihatnya tanpa niat mahupun dengan niat ..

“ Perghhh .. dia pakai pakaian dalam ala harimau bintang .. “.

Atau ..

“ Pink tuuuuuuu .. “

Jadi , camana tu ? Kang si suami belikan untuk isterinya , mahukah isterinya memakai pakaian dalam bercorak harimau bintang itu mahupun yang ada lampu lip lap gitu ?

Okk .. sebelum aku melalut .. Sebaiknya , sidailah di dalam yang sensitif tu. Tau la ada pelbagai corak dan warna.. Tapi tak leh lawan lelaki yang siap ada lubang ditengahnya !! Haaa..

Ok .. diulangi sekali lagi .. jangan sidai secara terbuka. Nanti orang minyak mai curi , sapa susah ??? Jiran sebelah gak kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Tau apa dia buat ? Cer teka ? Teka laaaa .. Teka  laaaaaa ..

Yaaaa .. betullll .. Dia dah reti bukak baju n seluar dia sendiri ! Tapi bukanlah 100% .. Aku kena bukak skit dulu pastu dia keluarkan semua ..

Memula tengok dia buat tu terkedu jap la.. Dah pandai rupanya dia .. Cuma sebelum ni dia banyak tengok sendiri sebelum diberi peluang utk buat sendiri ..

Seluar , baju , makan dah pandai … Kelmarin , dia kutip sendiri sampah yang dia buang dan aku ajar dia buang ke dalam tong sampah ! Hahahhaa.. Dia ikut jer .. asalkan dapat apa dia nak !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Hahahaha .. serius !! Aku tak ajar dia berpistol pistolan ! Tapi dia dok tengok sepupu dia dok usung pistol dan mak aku ada kasi satu kat dia ..

Yang dia pegang tu , aku belikan dia satu. Yelah , aku dulu pun minat main perang perang dan suka sangat dengan pistol mahupun mesin gun tuuuu .. Kereta kebal dan helikopter perang adalah minat aku termasuk juga jet pejuang. Terus terang , mmg aku bercita cita nak jadi tentera tapi aku tak de disiplin dan belum tentu mampu berdisiplin ! Hahahaha .. jadi , jangan susahkan mereka !

Berbalik pada Qhaliff , dalam video ni .. dia punya bunyi pistol dah cukup buat aku ketawa terbahak ! Mana dia belajar pon tak tau laa aku .. adehhh ..

Aku tak upload video ke youtube.. Leh tonton kat SINI , kalau nak laa ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Hahahaha .. Cukup ! Daddy dah boleh baca segala rajukmu itu ! Memula dulu , boleh la kelam kabut bila dia menangis ..

Tapi sekarang ? Sekarang ? Hahahahahaha … Bila dia menangis merajuk , dia ‘menagih’ simpati dari aku .. Apakah aku melayannya ? Aku pandang dan senyum jer … Hahahaha

Selepas dia sedar ‘rajuknya’ tidak menjadi , dia diam dan bangun semula .. hahahha … Automatik tak nangis dahhh .. hhehehee …Udah udah la tu sayang ku .. Rajuk mu sudah dalam poketku ..

Namun , sebagai seorang ayah dan dia pula  cuma anak kecil , aku layan je laaa… anak laki sorang ni bawak perubahan dalam hidup kami ..Kan ?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dengan keletah dia .. Haih .. ada kalanya nakkk je gigit pipi dia .. Adakalanya , rasa nak je telan dia ..

Kereta dia tu , semakin berani dah masuk.. Ada sekali dua dia tekan pedal untuk maju ke depan .. Pastu dia lari turun.. Tapi yang pasti sekarang ni kan.. dia cukup tak lepass laa pistol dia haaa .. Ke hulu ke hilir pegang pistol .. hahaha .. Memang bapak dia akan beli hok pump gun la pasni .. Er , jgn jadi sazali yer ..

Minggu lepas ada 2 video dia yang .. hurmm .. mmg kalau tengok balik , aku pasti ketawa .. Haihhh .. Dah besar diaaa ..

Pasni giliran adik dia lak buat aku kelam kabut. …

 

http://instagram.com/ben_ashaari

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Adehh .. Setelah berkurun tak main badminton , semalam gi layan main kat kompleks sukan Nilai .. Hurm.. best gak .. sini ada bowling , snooker , badminton .. karaoke rasanya ada gak kot .. Tak pasti sangat tang karaoke tu.. ehhe .. Tapi yang pasti amat selesa kat sini ..

Pegang raket .. terasa keras benar la pergelangan tangan.. Dah dok pegang besi jer .. Pukul bola ? Pergh.. memula tu kekok gak.. Tak leh nak sasar lagi bola tu ..

Tapi lepas 4-5 kali pon , hehehe .. terasa macam Lee Chong Wei masa usia 4 bulan lak ! Hahahaha ..

Lepas 4 set , berpeluh semacam .. kurus pon rasa gak .. Balik rumah , terus demam ! Hahaha .. siku pon sakit balik .. Hurmm.. masalah ni … Takut tak leh angkat besi .. huhu ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

Kebelakangan ini Produk Shaklee dah semakin menjadi trend dikalangan pengguna Malaysia. Antara Set Shaklee yang memang evergreen sepanjang zaman ialah Set Menyusu Shaklee dan Set Bersalin Shaklee.Tapi sebenarnya Produk Shaklee ni bukanlah terhad kepada dua tu saja.





Ada lebih dari 30 kombinasi Produk Shaklee yang mana tak larat aku nak ceritakan keseluruhannya dalam satu entry. So aku akan pecah-pecahkan entry tentang Produk Shaklee mengikut Set Shaklee yang popular dalam Malaysia ni.

Sebagai pengenalan kepada Produk Shaklee, aku nak mulakan dengan Set Shaklee yang popular je dulu.


Antaranya :
  1. Produk Shaklee untuk bantu ibu menyusu atau Set Penyusuan Shaklee.
  2. Produk Shaklee untuk merawat ibu berpantang ; Set Berpantang Shaklee atau Set Bersalin Shaklee
  3. Produk Shaklee untuk bantu dapat anak atau Set Kesuburan Shaklee
  4. Produk Shaklee untuk ibu mengandung atau Set Kehamilan Shaklee
  5. Produk Shaklee untuk Kuruskan badan, ada yang panggil Set Kurus Shaklee, ada yang panggil Set Slimming Shaklee, sebenarnya sama je.
  6. Produk Shaklee yang paling legend iaitu ESP Shaklee 




Dan banyak lagi senarai Produk Shaklee premium contohnya Vivix Shaklee dan Collagen Shaklee.Sekarang ni dah terlalu ramai yang jual Produk Shaklee, ada jual mahal, ada jual murah….kan? 

Sebenarnya kalau korang nak tau, Produk Shaklee yang korang nampak mahal tu adalah Harga Produk Shaklee yang syarikat Shaklee suruh Pengedar Shaklee jual. Kalau yang korang nampak harga murah tu ialah Harga Produk Shaklee untuk ahli berdaftar Shaklee atau Pengedar Shaklee berdaftar sahaja.


Tapi biasalah orang  ni bisnes sikit takut persaingan, main perang harga. Sedangkan kalau korang Daftar Ahli Shaklee, bukan saja korang dapat beli Produk Shaklee dengan Harga Shaklee tapi juga dapat pulangan wang tunai setiap bulan. Ada Pengedar Shaklee yang jual murah tu cerita? Hehehe


Nak beli Produk Shaklee memang orang boleh beli dari sapa-sapa saja . Tapi nak dapat konsultasi tentang Produk Shaklee, tentang Set Shaklee apa nak di makan untuk satu-satu masalah, cara makan Shaklee yang betul, cara menangani healing crisis, kepakaran ini semua hanya ada pada Pengedar Shaklee berkualiti saja :)


Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi senarai Pengedar Shaklee di bawah ni :Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi senarai Pengedar Shaklee di bawah ni : 



Pengedar Shaklee Bangi Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan 


Pengedar Shaklee Penang


Pengedar Shaklee Gombak Wangsa Maju, Setapak dan Cheras 


Pengedar Shaklee Kelantan 



Pengedar Shaklee Melaka 


Pengedar Shaklee Kuantan




Tempat korang takde dalam senarai Pengedar Shaklee di atas?

Apa lagi cepat-cepat contact number bawah ni


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Kalau tak dapat apa yang dia nak , samada dia guling atas lantai atau !!! Atauuu ??

Atau .. dia campak barang yg sedang dia pegang ke arah handphone aku ! Dia tau itu kelemahan aku !! Adoiii … attack terus situ dia ! Atau kan… kalau aku wat dek jeee kat dia , dia akan pijak laptop aku ..

Amboiiiiii .. Qhaliff oh Qhaliff…toksah wat gitu la nooo … Tak baik .. Tak kesian kat daddy ke ? Huhuh ..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Perghhh .. Kesayangan wife cawan ni .. Apa nak buat . benda dah nak jadi , kata Mail Upin Ipin .. hehehe ..

Best partnya , bila dia pecahkan , dia terus tak nak main dengan cawan ni . Pandai pulak melarikan diri .. Adehhh .. anak anak ….

Nak lagi best part ? Dia wat muka lucu supaya aku tak marah dia ! Huk alohhhh .. mana dia belajar pon tak tau laaa .. Tau pulak dia aku nak marah dia sbb pecahkan cawan ni ..

Takkan nak marah dia kan ? Dia bukan tau apa apa .. kena ajar slow slow .. tak leh terus paksa kan ? Hurm…

Sabar je la ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Lokasi , Putrajaya .. Sekadar gurauan ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Seperti umat Islam tau , arak itu adalah punca segala kejahatan. Arak menyebabkan manusia hilang imbangan akal, menyebabkan seseorang itu tidak waras, terlibat dengan pergaduhan, zina dan sebagainya. Rasanya agama lain pon ada bagitau gak kan ?

Ok , malas nak intro panjang panjang .. Aku ingatkan negara kita dah lama kuatkuasakan larangan minum arak secara terbuka di tempat awam .. Rupa-rupanya ? Ke mmg dah tapi tak menyeluruh ? Hurmm

Di kawasan perumahan tempat tinggal aku wujud masalah minum arak di kawasan taman permainan kanak kanak  .. Masalah ni wujud sejak taman ni mula berpenghuni dan menariknya , yang minum arak ni bukan penduduk sini tapi orang luar !

Apa buktinya ? Hurm.. botol arak bersepah di atas padang rumput tempat budak budak bermain .. Takkan nak amik gambar diorang tengah minum arak pulak kan ?

Jangan tunggu timbul masalah , baru nak wujudkan akta ! Sementara boleh dibasmi atau dicegah , kenapa  tak buat je sekarang kan ?

Isu ni pernah dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jeyakumar , pada bulan Julai yang lepas , meminta kerajaan negeri Selangor meluluskan akta yang melarang orang awam minum arak secara terbuka di tempat awam.

Beliau berkata akta berkenaan perlu disegerakan kerana perbuatan minum arak di tempat awam menyebabkan berlakunya peningkatan kes jenayah sosial serta masalah keruntuhan rumah tangga di negeri itu.

"Kita minta dewan ini segera luluskan akta melarang minum arak di tempat awam seperti tempat rekreasi dan padang permainan.

"Perbuatan minum arak di tepi padang permainan sebagai contoh menimbulkan vandalisme terhadap prasarana yang disediakan,apabila botol-botol arak yang telah pecah ditinggalkan di tepi padang bola ," katanya ketika membahas titah ucapan Sultan Selangor di Dewan Undangan Negeri Selangor pada Selasa.

Xavier yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri berkata undang-undang berkenaan telah dilaksanakan beberapa negara maju seperti Sepanyol, Australia, Finland dan Amerika Syarikat.

"Penguatkuasaan ini perlu dicontohi, orang awam yang minum (arak) perlu dapst kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ini juga dapat membendung gejala sosial di tempat awam," katanya.

Apa perlu dijelaskan lagi ? Tak malukah kita sebagai umat Islam , pemimpin negara yang beragama Islam , perkara ini dibangkitkan oleh mereka yang bukan Islam ?? Di mana keprihatinan anda ?

Kalau nak minum pon , beli balik rumah minum .. Atau kan dah ada tempat berlesen untuk minum arak ! Minum la puas puas .. kan ? Yang beragama Islam tu , sila rujuk agama balik yer .. Apa hukumnya.

Harapnya isu begini mendapat perhatian pihak berwajib. Jangan dok pandang sipi sipi jer..Ingat , arak ni raja kepada pelbagai masalah jenayah. Orang nak buat jahat , kasi mabuk dulu ..

Apa kata anda ?

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Qhaliff dah berani masuk ke dalam menda alah ni .. Dia suka yang ada stering .. Tak perlu bergerak ! Menda ni akan ‘bergerak ‘ dengan sendirinya melalui mulutnya … heehe.. Bunyi saja dah memadai .. hahaha ..

 

Kebetulan kat belakang Qhaliff ni tadi ,ada sorang budak perempuan dengan mak dia.. Mak dia siap masukkan duit untuk anak perempuannya tu main.. Duit syiling , mak dia terpaksa tebalkan muka mintak tukar dengan seorang lelaki berusia tapi lelaki tu berhati mulia .. dia kasi je duit syiling tu ..

Tapiiii nak dijadikan cerita pulak .. budak tu lari turun bila menda tu bergerak ! Sama cam kes Qhaliff dulu laa.. Jangan sesekali paksa naik ! Bahaya woooo .. Nanti diorang ‘terjun’ turun wooo …

Teringat satu video di satu taman tema .. Budak tu main satu permainan yang bagi aku mmg gerun gak laa .. Pastu sampai satu tahap , mungkin budak tu tak tahan takut sangat kot , terus dia terjun keluar. Nasib baik dapat disambut ! Perghh.. kalau tak ???

Nasihat , kalau kita tak arif dalam hal tu .. jangan paksa budak ikut sama join .. Lainlah kita mmg ada ilmu mengenainya seperti nak ajar budak kecil berenang dan sebagainya … kan kan ?

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Tak tau kat mana nak meraikan si dia tersayang atau sahabat yang disayangi ? Jika anda berdekatan KL , maka aku boleh syorkan di Floria Kafe , Ampwalk .. Jalan Ampang .. Tak jauh dari KLCC pon ..

Kenapa aku syorkan kat sana ?

Macam macam pakej ada ! Dan harganya sangatlah berpatutan .. Kan ? Tak caya , leh gi masuk page Flora Kafe AmpWalk untuk bertanya sendiri ..

Ok , nak diceritakan ..aku dan rakan blogger baru baru ni ada la buat sikit majlis meraikan harijadi rakan tersayang kami .. heheeh .. En. Najeeb Abdullah  dan Fiza .. Menangis si Najeeb  bila kek dihidangkan depan dia .. Maklumlah , SUPRIIIIIIIIISEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE ! Menitis air mata .. Nyaris dia nak peluk nyonya yang kebetulan lalu kat situ .. hehehe .. Fiza lak , cool jer .. Maklumlah , suami ada kat situ .. Tak kpop la menitis air mata kan ? Heheheh ..

Menariknya , kengkawan kat situ pon leh join tiup kek tu .. Maklumlah , kawan kita tu dah menitis air mata .. Sebelum air mata tu masuk ke dalam kek , baik kita padamkan lilin tu … heeee ..

Dan selepas tu semua bersantai .. lepak , lepak .. berbual dan makan hingga keyang sangat !

image

image

Simple kan ? Takde la nak formal formal gitu haa.. Tempat dia pon tenang jer .. Makanannya pon , mmg sedap la .. Itu tekak aku .. Tekak orang lain , tak tau la yer .. heheeh ..

Oh ya , masakan tradisional woooo .. Asyik asyik nak makan makanan barat je kat tempat tempat gini .. Sesekali ubah selera .. Dengan deconya yg amat selesa , kebersihan yang terjaga pastinya akan membuatkan lebih berselera ketika menjamu makanan yang dihidangkan..

Kalau nak gi sini atau nak menempah , pastikan cepat sbb selalu penuh woooo ..

Kepada yang berminat , sila  hubungi pihak Flora Kafe di talian 03-21618010 / 017-3024112 (Mell) . Alamatnya pula ialah di Flora Kafe , Lot G.02-G.05 , Ground Floor , The AmpWalk , 218 Jalan Ampang , 50450 Kuala Lumpur.

Guna je Gps , confirm jumpa !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes