Harga Produk Shaklee dan Cara Daftar Ahli Shaklee

by - Selasa, September 24, 2013


Entry sebelum ni aku share tentang Produk Shaklee dan Set Shaklee secara kasar. Kali ni aku nak share tentang Harga Produk Shaklee yang telah syarikat Shaklee tetapkan untuk dijual di pasaran.

Shaklee Harga Ahli Untuk Ahli Shaklee Berdaftar sahaja


Harga Shaklee terbahagi kepada dua iaitu Harga Shaklee untuk pasaran runcit. Dan Harga Shaklee untuk Ahli Shaklee berdaftar atau Pengedar Shaklee Sah Malaysia.

Kenapa perlu ada dua Harga Shaklee? Kalau seragamkan jadi satu je tak boleh ? Sama konsep macam keahlian JCard, Tesco, Body Shop, Guess, Coach, dan pelbagai jenama lain.

Harga Shaklee dan privilege keahlian diwujudkan oleh Shaklee untuk menggalakkan pengguna menDaftar sebagai Ahli Shaklee atau Pengedar Shaklee.

Agar Ahli Shaklee berDaftar boleh mendapat manfaat dari Harga Ahli Shaklee setiap kali Ahli Shaklee membeli Produk Shaklee.

Malah Ahli Shaklee berDaftar juga berpeluang mendapat rebate tunai berbentuk bonus tunai sekiranya mencapai jumlah point tertentu dari pembelian Produk Shaklee.

Jadi jika korang nak pakai Produk Shaklee ni sebaiknya Daftar Ahli Shaklee terus, baru korang untung dapat point setiap kali membeli Produk Shaklee.

Kalau tak Pengedar Shaklee yang jual kat korang tu la yang untung dapat point dan dapat bonus cash $

Kenapa ada Pengedar Shaklee yang jual ikut Harga Shaklee untuk ahli dan ada pulak yang jual ikut Harga Shaklee untuk retail?

Semua ni berkenaan sikap. Sikap orang kita bila berniaga dan bersaing, suka guna factor HARGA sebagai senjata. Sebab tu orang kita selalu gagal dalam bisnes. Satunya sebab permainan harga atau perang harga ini.

Dalam perniagaan, pihak yang menjual dengan harga kos atau harga ahli dipanggil sebagai market spoiler atau perosak pasaran. Dan biasanya mereka yang jual harga ahli ni hanya nak kejar sales tapi tak pentingkan kualiti.

Sebab tu ramai orang komplen makan Shaklee tapi takde kesan, sebab penjual tak tahu macam mana nak advice penjual sekadar jual untuk dapat point.

So korang boleh pilihlah, nak beli Shaklee dari PengedarShaklee yang berkualiti dan bijak

Atau nak beli Shaklee dari sapa-sapa saja asalkan murah.

Dan jangan pulak korang fikir yang jual harga ahli tu suci murni dan yang jual harga retail tu tamak dan jahat.

Di Zaman nabi dulu pernah sahabat nabi Muhamamd saw tak silap aku saidina Umar, halau seorang peniaga di pasar sebab dia jual harga sangat murah dan mengganggu pasaran (perosak market / market spoiler)

Malah nabi Muhammad saw sendiri ada amik untung dalam berniaga. Kalaulah mengambil untung tu salah dan haram, tentulah nabi Muhammad saw takkan ambil untung.

Sebenarnya dalam perniagaan siapa yang jual harga kos atau harga ahli ini dikira sebagai zalim juga.

Sebagai contoh :

Seorang ibu tunggal anak 4, semua anak-anaknya kecil dan dia tak boleh pergi kerja sebab anaknya ada yang sakit dan perlukan penjagaan rapi.

Lalu dia pun nak berniaga Shaklee.

Dia sangat berharap nak dapat duit tunai harian daripada untung runcit dari Harga Shaklee harga retail.

Tapi pergi ke mana-mana pun semua minta harga ahli, bila dia ajak masuk ahli pelanggan taknak sebab pelanggan kata di tempat lain tak payah jadi ahli pun dapat harga ahli.

Jadi ibu tunggal ni pun jual la dengan harga ahli.

Sampai hujung bulan dia ingat boleh dapat bonus cash, rupanya tak dapat sebab tak cukup point, sebab dia hanya berjaya jual 5 botol vitamin saja, itu pun dengan harga yang mana tak dapat pun untung runcit walau sepuluh sen.

Siapa yang mewujudkan keadaan ini?

Dia lah yang menzalimi orang-orang macam ibu tunggal tadi.

Dan jangan heranlah

Satu company yang terlibat dengan perang harga macam ni selalunya akan jatuh, bukan sebab company tu tak bagus, tapi orang yang menjalankan perniagaan tu yang tak bagus.

Satu lagi aku nak tanya kalau korang pegi Jusco masa JCard day, berani tak korang mintak kat cashier tu:

"Dik bagi akak harga ahli JCard la, kita kan sama-sama ISLAM.. “

Agak-agak dapat tak harga ahli JCard tu ? Ooh , kita sama-sama ISLAM .. ko untung takpe aku rugi ko tak kisah gitu la perangai orang kita .

Gila panjang melalut .Berikut senarai Harga Produk Shaklee untuk seluruh MALAYSIA

..

Buat makluman Harga Shaklee berikut adalah Harga Shaklee untuk pengguna yang tidak berdaftar sebagai Ahli Shaklee.

Kalau nak beli Shaklee dengan Harga Shaklee harga ahli, silalah contact Pengedar Shaklee anda untuk Daftar Ahli Shaklee ya.

SENARAI HARGA PRODUK SHAKLEE



  1. Advanced Joint Health Tablet (60 biji) RM124.00 
  2. Alfalfa Complex (S)(330 biji) RM53.75 
  3. Alfalfa Complex (L)(700 biji) RM97.50 
  4. B-Complex (120 biji) RM53.75 
  5. CarotoMax (30 biji) RM74.00 
  6. Chewable Vita-C Plus (90 biji) RM37.50 
  7. Collagen Powder (15 sachet) RM298.00 
  8. CoQHealth (30 biji) RM124.00 
  9. DTX Complex (90 biji) RM155.00 
  10. ESP Soy Protein Isolate Powder (850g) RM150.00 
  11. Garlic Complex (60 biji) RM47.50 
  12. GLA Complex (60 biji) RM91.25 
  13. Herb-Lax (120 biji) RM52.50 
  14. Lecithin (180 biji) RM52.50 
  15. Meal Shakes French Vanilla (544g) RM113.75 
  16. Nutriferon (30 Sachets - 1.2g) RM181.25 
  17. Omega Guard (90 biji) RM136.00 
  18. Ostematrix (120 biji) RM61.00 
  19. Peppermint-Ginger Plus (90 biji) RM45.00 
  20. Performance- Natural Orange (539g) RM82.50 
  21. Sustained Release Vita-C Plus (180 biji) RM92.50 
  22. Vita-E Complex (120 biji) RM149.00 
  23. Vita-Lea Iron Formula (120 biji) RM88.75 
  24. Vivix (150ml) RM475.00 
  25. Zink Complex (120 biji) RM33.75 
  26. Cinch Energy Tea Mix (28 sticks) RM131.00 
  27. Cinch Shake Mix Vanilla,Chocolate,Latte (15 serving) RM173

Kalau korang nak tau lebih tentang macam mana nak Daftar Ahli Shaklee atau nak tau senarai Harga Produk Shaklee, boleh hubungi senarai Pengedar Shaklee di bawah ni :



Pengedar Shaklee Bangi Putrajaya, Cyberjaya, Seri Kembangan


Pengedar Shaklee Penang


Pengedar Shaklee Gombak Wangsa Maju, Setapak dan Cheras


Pengedar Shaklee Kelantan



Pengedar Shaklee Melaka


Pengedar Shaklee Kuantan




Tempat korang takde dalam senarai Pengedar Shaklee di atas?

Apa lagi cepat-cepat contact number bawah ni


You May Also Like

10 comments

  1. fenomena shaklee skang ada dimana-mana

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. tak pernah sheila try produk ni. taktahu la bila nak beli. tapi produk shaklee ni famous kan. ramai orang pakai :)

    BalasPadam
  3. bling bling mata tgk rege dia Ben..:)

    BalasPadam
  4. Kalau jual harga ahli kepada bukan ahli tak kena apa2 tindakan ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tndakkan yussri.shaklee dh straight skrng.leh ditarik keahlian.
      So klu cust nk hrg ahli kna join ahli.hrg join ahli pn br rm75.

      Padam
  5. Nk maklumat yg jelas untuk fibroid...sy ade 2 biji fibroid sblm mgdung lg..ms mgdung last fibroid 7.7cm.pas bersalin mgecut skjp...slps 3bln fibroid mbesar 6.7cm..kini dh 10bln fibroid mbesar 8.2cm....ape yg perlu sy ambil
    Gla complex je ke atau ade yg lain...kt rumh cuma ade alfafa complex sb sblm ni mkn dgn esp...untk pgthuan sy juga pembawa talasimia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alia,stahu sy wlpn awk carrier,alfafa mmg awk xleh ambk sbnrnya..better dptkn mklmt yg sbtlnye dgn dealer awk.
      Set utk fibroid:gla,vit.E,vit.C & carotomax(vit.A)
      Jk brmnt utk keterangan lnjut
      Pm@ wassup 0142301287

      Padam
  6. tak nak la ada perang harga ni.. even sekarang kat kiosk2 pun dah ramai jual harga ahli.. sebab keutungan TAPI satu je... cara pengambilan dan consultant kepada si pengamal terabai dan terkontang-kanting la si pembeli tadi...lepas tu mula la salahkan Shaklee kalu salah makan..so para pembeli..jangan sebab murah dah terus beli..ingat...cara pemakanan dan konsultant itu sangatt penting...

    BalasPadam
  7. Produk shaklee memang BEST!!. If sekali cuba memang nak cuba lagi kan? If nak dapatkan shaklee di kuala terengganu boleh kliks sini Pengedar Shaklee Kuala Terengganu

    BalasPadam
  8. terima ksh akk ats info ni..memang kalo kita lihat fenomena ni dh byk:).. apaepn rerajin snggh la blog saya ye..org baru dlm blog:) fazeatyradzuan.blogspot.com

    BalasPadam