BEN ASHAARI



 

Pagi pagi , mak dia bangun dan goreng karipap ! Mak dia tau , dia suka karipap ! Dan memang sedap karipap segera ni !

 

 

Dia makan abis ke ??? Banyak tuuu ! Ada dalam 10 ketul .. Hurmm..

 

Dah macam ni punya gaya laaak ! Sapa nak abiskan semua ni ??? Aku jugaaakk ! Camana la aku tak boroi ! Haaa.. Aku boroi sebab tolong abiskan makanan Qhaliff laaa..

Mesti tak caya kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

“ Minummm.. “ . Dia bagi arahan kat adik dia !

“ Habisshhhh .. Pandaiiii .. “ . Sambung dia lagi ! Huhuh.. Camana pon , aku kena perati gak si abang ni ! Kang dia bagi karipap atau sewaktu dengannya ! Si adik ni lak , kaki nganga je ! Adeh .. bahaya benar !

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Mungkin sebab kembung perut  ? Batuk ? Selsema ? Atau anda sendiri mengalami masalah pedih ulu hati , sakit gigi , pening kepala atau sebagainya … tercarik minyak angin yang sesuai untuk anda dan anak kecil anda ?

Jangan risau ! Jeng jeng jeng .. super hero datang menyelamatkan anda ! Baca testimoni ini .. dan lagi .. dan lagi !

Amacam ? Tergoda ? Jangan risau.. gambar ni aku tak 360 kan atau edit guna photoshop ! Hehehehe.. Aku sendiri memang guna dan ulang tempah ! Ikutkan hati , nak je jadi agen bertauliah tapi tak mampu sebab banya kerja lain nak diuruskan ...

Ok ok .. mana nak beli eh ?? Aku pon tak tau ! Serius aku tak tau mana nak beli.. Hehehe.. Gurau jerrr laaa ! Kalau nak beli , Batook Ori dah ada senarai agen yang berhampiran atau mungkin berhampiran dengan korang ! Boleh COD atau pos jer ..

Senarai agen mana ? Sabar , sabar … Ok , klik SINI untuk ke senarai agen penjual minyak BATOOK ORI ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Waduh waduh ! Boleh ke ? Hahahaha .. Ok laa.. aku bagitau rahsia aku eh ? Dulu aku suka pakai deodrant tapi tak lama tahan ! Kalau tahan lama pun , mesti ada keluar gak bau tengit ! Walaupun wife aku suka tapi aku segan dengan jiran sebelah ! Bukan la nak kata jiran sebelah tu bau tapi aku segan je la.. Hahahahha ..

Ok… Apa rahsia aku ? Aku dah ulang order ni .. Memang dapat tahan 2 bulan ! Pakai sekali sehari jer .. Memang best la pakai ! Tak perlu risau kuning dah kat ketiak tuu.. hehe ..

Ehem..

Ni yang aku malas bagitau.. Kalau bagitau , mesti nak tanya mana nak dapat ? Mana boleh mana nak dapat ! Mana nak beli , baru betul soalan tu ! Huhuhu..

Ok .. aku malas nak panjang lebar ! Nak beli kalu , aku tak jual tapi kawan aku di Facebook ada menjualnya ! Nak tau sapa ? Jeng jeng jeng ..

Atau ke Facebooknya , Mirsya Garage .

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Gambar ni dikatakan dari akhbar Brunei yer.. Bukan Malaysia ! Gulp.. Ada yang kata keadaan terkawal ! Ada yang kata , bakal jadi lebih teruk dari tahun 97 !

Sebut tahun 97 , aku teringat kenangan aku makan tidur 24 jam di rumah gara gara menganggur ! Takde keje !! Company bankrupt ! Sian .. kan ? Apa nak buat .. Company bergantung pada saham masa tu.. Diorang kata laaa ! Aku angguk je laaa ! Gaji potong 50-70% masa tu sebelum jadi penganggur terhormat !

Penat makan gaji kan ?

Pagi tadi , aku keluar gi beli roti canai untuk ayah aku , mak aku , adik aku , aku dan juga aku ! Aku makan 2 kali laa .. Heheheh.. Sewaktu lalu satu simpang ni , ternampak la satu gerai ni . Anak anak muda meniaga ! Kagum jap aku .. Waduh … Tak pe , kang masa balik , aku singgah beli.. Support diorang !

Dan selepas makan dan beli lagi roti canai , seperti dalam perancangan awal .. aku singgah gerai tu.. Wahhhh ! Diorang meniaga cakoi laaa ! Teringat zaman sekolah dulu ! Tiap petang , mesti beli cakoi sebelum naik bas sekolah !

Gambar Hiasan

 

Ha.. sambung balik .. Aku pon beli la RM3 jer.. Beli banyak kang , aku jugak kena perabih ! Perghh.. penat boroi siut ! Mengahhhh.. tak leh tahan wooo.. Kena  start diet .. Er , dah start pon.. Ari off  sehari sebab nak makan cakoi.. Hehehe..

Aku kagum la tengok diorang. Sorang goreng , sorang potong potong tepung tu dan sorang lagi tukang letak dalam plastik ! Maka pantas la kan ?  Bekerjasama ni ! Biar makan sama rata la kan ? Baru syiokkkk !!

Bila tengok diorang meniaga gini , aku terfikir la kan.. Apa la susah sangat nak hidup di negara kita ni ! Makanan adalah wajib bagi manusia ! Meniaga makan , confirm laku kan ? Dapatkan resepi yang sedap pastu meniaga la kan ? Dari menganggur atau tunggu kerja pejabat .. nak glem atau bergaji besar jer .. Adehhh .. Tu aku laa ! Dulu laaaa .. Skang , dah jadi kuli orang pon ! Bos aku , aku laaa .. Haaa..

Aku ingakan , diorang meniaga pagi jer.. Rupanya belah petang pon ada ! Perghh.. bagus betul.. Petang siap ada air gitu ! Respek arr ! Dengan semangat gini , tak mustahil leh maju ke hadapan ! Cuma jangan ada yang berdengki dah laaa kan ? Atau.. ada pulak orang bukak gerai lagi kat sebelah.. dan lagi .. dan lagi ! Confirm DBKL mai punya nanti.. hehehe …

Nasihat , bila dah maju.. cepat cepat dapatkan lesen yang sah dan bukak kedai .. pastu leh panggil blogger mai promote.. kan ? Heheheh.. win win apa ??

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hurmm… Apa kes lak ni ? Heheehe.. kan ? Mesti itu yang korang tertanya punya .. kan kan ? Rileks… Ni cerita umum jer.. Sapa yang terasa pedas tu , maka sila la amik berat yer ..

Zaman ni , ramai berlumba lumba nak keluarkan produk sendiri. Sapa tak nak kaya kan ? Masyarakat semakin amik berat penjagaan kesihatan dan kecantikan .. kan ? Sayangnya , ada yang amik kesempatan dengan menipu pengguna ! Kononnya produk tu berkesan terutamanya dalam masa singkat ! Hurmmm.. Pacak model atau artis sebagai bukti betapa berkesannya produk tu padahal … !! Hurmmm ..

Jangan menipu pengguna dengan cara gitu ! Tak bagus .. kaya dalam masa singkat tapi ‘miskin’ untuk jangka masa panjang ! Allah nampak , kawan  !

Berrniagalah dengan jujur.. Hati tenang dan gembira senantiasa ! Itu juga tanda salah satu kekayaan yang orang lain payah nak dapat ! Kekayaan di dalam hati.. Walaupun untuk seringgit tapi bila berkat , seringgit tu akan kita rasa besar sangat ! Bila menipu , duduk dalam rumah banglo pon rasa tak tenang sebab kita tau , kita dapat dengan menipu orang ramai !

Jujurlah ..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Teringin makan nasi arab tanpa keluar dari rumah ? Hehehe.. Nak masak sendiri ? Heheheh ..

Hanya dengan memasak sendiri menggunakan ' Rice Cooker ' di rumah. Murah,jimat dan sungguh enak !!

Cara Penyediaan :

  • Basuh dan rendam beras selama 20-30 minit
  • Tumis semua rempah perencah dengan minyak masak / mentega
  • Hiris bawang merah dan bawang putih untuk menambah aroma
    ( Tumis sebentar sahaja, tak perlu sampai hangit )
  • Masukkan 600ml air ke dalam tumisan.Biarkan ia mendidih.
  • Tapiskan beras dan masukkan ke dalam didihan tadi.
  • Tutup tudung periuk dan biarkan sehingga ianya masak

Siap !!! Sedia untuk dihidangkan ..

Tetapi !! Anda perlukan rempah asli nasi arab yang import terus dari negara Timur Tengah untuk mendapatkan rasa sebenar nasi arab !

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut ? Hehehehe .. Sila layari http://nasiarabreenskitchen.webs.com/ atau ke Fan Page , Nasi Arab Reen's Kitchen .

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Adoiyai anak anakku ini.. kecik kecik lagi dah pandai eh ? Saling sakat menyakat ! Dan mangsa sebenar adalah daddy kamu ni !! Huhuhu…

Bermula pagi hari ..

Qhaliff nak air vitagen. Aku pun gi amik kt dlm peti ais di dapur . Tiba-tiba aku terdengar suara halus datangnya dari ruang tamu rumah aku !

" Zaahraaaaaa... Zahraaaa " .

Cepat cepat aku jengok ! Arghhhhhhhhh..dia gi kejut adik dia yang tengah lena tidur ! Yang puas aku cuba bagi tidur supaya aku dapat buat kerja dengan pantas !

Cepat cepat aku gi ke buaian.. Dan mata Zahra membulat besar !

Ahhh..pakat pakat bangun dah semua ..Adehh.. Apa lagi ? Jom mandi .. sorang sorang ! Aku laaa kena mandikan .. Huhuhuh.. Aku sendiri lom mandi ! Acaner tu ?

Lepas mandikan diorang .. Aku tidurkan balik Zahra .. Qhaliff , memekak laaa dalam rumah.. Saja provoke si Zahra ! Zahra memang bengang sama sekali ..

Akhirnya dia dapat tidur … Dan Qhaliff ? Bermain hingga jam 3 petang ! Dari berbaju berseluar , akhirnya tinggal diapers jer .. Aku tak tau la nape dia bukak semua tu..

Dan terlena juga dia ..

 

Bila si abang terlena , si adik automatik terbukak mata ! Macam dah pakat pakat lak diorang ni tak kasi aku rehat ! Huh .. Ditambah pulak bila idea blogging datang , tapi aku tak dapat keluarkan di blog ! Mau stress gue dibuatnya ..

Best part … Zahra balas dendam !

Dia lonjakkan badan dia ..sedikit demi sedikit .. akhirnya sampai kat abang dia yang sedang lena tidur ! Tau apa dia buat ???

Tarik rambut abang dia tuuuu ! Cepat cepat aku gi amik abang dia sebelum meraung ! Kalau meraung , aku jugak yg penat nanti .. Nak memujuk sorang sorang ! Perghhh..

Adehh.. senang kan duduk rumah ? Goyang kaki ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Alhamdulillah.. atas sokongan rakan rakan termasuk rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari dan juga rakan rakan di FB mahupun di Whatsapp , telah lebih 200 ( sehingga 1hb Dis 2014 ) orang mendownload aplikasi BEN ASHAARI MUSLIMAH CHANNEL ni ..

Wife aku sendiri dah membeli sepasang ari tu.. dan dia nak beli lagi ! Hurm.. aku ok je sebab katanya dia berpuashati ! Begitu juga isteri rakan blogger , Que Achmad yang terlebih dahulu membelinya .. dan nak beli lagi ! Adehhh…

image

image

Ben Ashaari Muslimah Channel menawarkan medium yang mudah untuk anda membeli-belah pakaian fesyen Muslimah. Terdapat pelbagai pilihan pakaian yang elegant dan cantik dari tops, dress, cardigan, hijab dan juga skirt panjang.

Aplikasi ini, memudahkan anda membeli dengan menawarkan kaedah pembayaran yang mudah, samada melalui kredit kad atau perbankan di atas talian.

Penghantaran hanya dibuat melalui POSLAJU sahaja, anda akan mendapat tracking code sebaik sahaja selepas order anda diproses. Dengan itu anda boleh mengesan perjalanan barangan anda dengan mudah terus dari aplikasi.

Order & penghantaran akan diuruskan oleh
Serenity & Fabrics Sdn Bhd
No 14, Jalan Kasuarina 6,
Bandar Botanic,
42100 Klang, Selangor

Dan tadi , sekali lagi promosi aku buat dan Alhamdulillah , ramai telah membuat pembelian ! Sebarang pertanyaan , atau berminat untuk membuat aplikasi android ini , bolehlah sila email hairudin@gmail.com .

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Qhaliff dan Zahra , dua dua ada ruam susu .. Camana nak hilangkan ? Ada banyak cara .. Dan semalam , mintak kat doktor panel insuran Qhaliff losyen untuk hilangkan ruam susu tu.. Dan dia pon bagi la.. hehe..

Dan lepas mandi malam semalam , aku sapu ke kedua dua muka anak kesayangan aku ni .. Hasilnya ? Pagi tadi tengok.. clear ! Takde dah merah merah di pipi mereka .. Kembali gebu seperti sedia kala ! Alhamdulillah .. Comel cam daddy diorang kembali..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Alhamdulillah !! Tidur jugak akhirnya Qhaliff ! Dah tak larat aku nak ikut dia ke dapur ! Jap nak itu.. jap amik ni.. Jap mintak itu ! Tapi tak abis pun dia makan atau minum .. aku jugak kena perabiskan ! Huhuh.. Bukan ngeluh.. sekadar bagitau ..

Jangan laaa tanya kenapa Qhaliff berdiapers je di rumah ! Puas dah aku pakaikan baju n seluar dia.. Nak jugak dia pakai gitu ! Nak ikut style daddy dia gamaknya .. Baru anak bapak kan ? Huhu ..

Ok.. Qhaliff tidur dah ! Aku dah boleh update blog.. Idea banyak ni terutama pasal Zahra ..

Tiba-tiba ..

Mata dia terbukak ! Huwaaaa … malam kang je la aku update noooo… Huhuhu….

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

‘Internet’ makin menjadi keperluan asasi aku dan ramai lagi ! Nak langgan data , mahal wo ! 10kb , 10 sen ! Huhuh.. Takkan nak on off data kat telefon pintar yang mahal dan canggih tu kan ?

Bila on wifi.. Ternampaklah…..

image

Wah , ramainyaa jiran ada guna Unifi ! Apa kata aku sewa dengan diorang je kan ? Hehehehe.. Sama sama bayar la kan ? Tapi apakah mereka nak ? Persoalan ? Kalau aku sendiri ditanya begitu apakah aku akan nak ? Hurmm..

Belum tentu nak kan ? Banyak isu akan timbul nanti ! Awal awal ok la kan ? Tapi lama lama ? Hurmmm..

Aku tanya pendapat rakan rakan.. Berkongsi pengalaman dan mereka pon bagi pendapat dan pengalaman mereka berkongsi kata laluan mereka dengan jiran tetangga :

  1. Dulu perna bagi ..Mula2 duk suami isteri jer pastu bila isteri dia g kerja kawan2 dia datang umah ..Mula2 pelik jugak la kenapa la kawan2 dia selalu datang umah time bini dia g kerja ..Last2 rasa bila guna tenet slow jer huhu..Baru perasan rupanya kawan2 da pon tumpang sekaki..Pastu kita tukar PASSWORD ..guard betul2 dan diapon takleh nak guna dahh ..Kita dah bagi kat dia dia pulak ajak geng adusss hampehh btol laa
  2. Bahaya. Kawan saya pernah kena masa World Cup tiba2 polis datang serbu rumah dia. Nak tau kenapa? Ada bookie hack unifi dia untuk judi bola. So tak payah la nak baik hati sgt share2 password dgn jiran.
  3. pernah dulu di kilang milik keluarga saya bersebelahan kedai hardware.. kami guna wifi tp tkdek letak password.. so sedap la kedai hardware sebelah tumpang sekaki... itu tk kesah la.. yg paling kesah dgn kami mereka tk pernah betegur.. suka park kete kt depan kilang kami mcm tkdek rasa bersalah.. mmg muka mencuka 24jam... siap jeling2.. tk tau apa masalah mereka sekeluarga.. satu hari kerana bengang sy pilih untuk letak password... nak jadikan cite boleh palk muka tk malu dtg mintak password sbb nk guna... kebetulan masa tu sy tukar password "KEPALATOKKAU" so masa die mereka dtg itulah nama password yg sy bagi... terus tk dtg lg dah lepas tu...
  4. x sanggup. buatnya dia buat benda x elok... hack website gomen ke, upload movie secara illegal ke, buat judi haram ke. kalau dorg trace ip address konfem kena kat aku. x psl2 masuk lokap. tp klu jiran aku tu abg Ben, mungkin buleh dipertimbangkan. hohoho...
  5. Soalan cepu emas ni hehe..kalo kawan2 mai uma kami bg je password UniFi kami tu.Tapi kalo nk open share to jiran2 x kot, sb memasing dpa semua pon ada unifi boh password gak.
  6. sy pakai p1.dulu ada bagi tp pesan jugak setakat fb wassap ok la..jgn download,tgk utube bagai..tp ada deme kesah..last sy kena topup setiap bulan paling bnyk smpai 3 x topup (rm 30 sekali topup),tah tahan sy tukar password.dirg dtg jugak mintak pw tp tak bagi.jenis tak paham agaknye deme..bila kite tukar tu maksudnya dh tak nak bagila.ada hati dtg mintak lagi.sorila..
  7. Sy ada share gak ngan jiran, tp itu pun sy sndri yg msukkan password kat laptop depa.. Trpulang pada keadaan, kalau anda benar2 memahami kegiatan harian jiran rumah anda why not kan..? Pernah skali sy sndri msukkan password d hp jiran, pastu line trasa lembab sgt(xkanla sbiji hp pun bleh lembab 4mbps kot?) Rupanya depa hotspot bagi kawan2 lain dlm rumah tu.. Huff
  8. Saya tak share lepas ada 1 kejadian.
    Dapat tau ada kegiatan hack wifi orang area situ. Pun pernah ada selonggok budak - budak kat pagar belakang rumah. Buat aduan kat ketua taman tu & saya tukar username: ‘MencuriBerdosa’
    Lepas tu wifi kembali seperti sediakala. Kita ok je nak share tapi tak kenal rapat, tak naklah kot.

 

Hurmm.. Camana ? Nak kasi tak ? Hahahaha ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Ahaaaa… aku terlupa rasanya ! Hari Ahad ari tu gi tengok anak buah aku bersunat.. Qhaliff pon ada ! Sejak dari tu dia dok pegang ‘anu’ dia jer ! Hahahaha…

Dan semalam , bangun bangun tidur.. dia menangis sambil pegang ! Tak kasi aku usik. Ahaaaa… Agaknya dia mimpi dia bersunat gara gara tengok sepupu dia kot ?

Petang hingga malam , aku try sentuh anu dia .. dia sengih dan gelak gelak jer ! Ajak mandi pon senang ! Hurmmm… Sah , dah stabil emosi dia kot ? Hahahaha …

Qhaliff kalau mimpi , sama cam bapak dia mimpi ! Boleh bawa ngigau real punya ! Dan tadi , aku ngigau bercakap apa tah  .. wife bantai ketawa kaw kaw punya ! Cehhhh …

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Di Alamanda .. pasti dia akan singgah tempat kegemaran dia ! Tak payah sorok dah.. dia mmg hafal dah area Alamanda tu..

“ TOYS’ R US ! “

Di situ , dia ada satu tempat feveret dia… Ala menda yang masuk duit pastu pulas , keluar laaa bebola mengandungi mainan di dalamnya ! Tapi aku tak pernah kasi duit kat dia pun. Dia pulas pulas gitu je la…

Aku dukung dan masuk ke dalam.. Cari mainan yang sesuai dengan dia ! Dalam banyak banyak mainan.. dia tertarik dengan set mini bear yang ada rumah , perabot dan sebagainya ! Dia nak aku beli tu ! Hehehhe… Daddy kena jual Z2 ni dulu la kalau nak beli. Aku dukung dia dan berlalu dari situ. Dia ok jer ..

Dan dia jumpa apa dia nak !

Harga , RM9.95 ! Aku bayar , dan bagi dia .. Suka la dia ! Terus dia koyakkan plastik pastu gigit ! Hahahahahha …. Aku gelak jer kat dia .. Puas dia gigit ..

“ Qhaliff.. tu bukan aiskrim laa ! “.. Yeayy… berjaya jugak aku kenakan dia ! Hahahah..

Tapi pastu , aku kena balik laa…

Aiskrim Baskin Robbin daaa ! Terbang lagi RM6 ! Satu scoop tuu.. Nasib baik ada RM10 dalam poket ! Wife aku hilang mana tah dengan Zahra .. Huhuh.. Aku risau gak kalau harga lebih RM10.. Mau gak aku buat part time kat situ ..

Bila dah beli aiskrim ni , paham paham je la kan ? Memang abis la baju dia ! Huhuhu…

Besar dah dia kan ? Kejap je masa berlalu. Sekarang ni , sibuk dok ajuk aku bercakap ! Hahahahaa… Aku gelak , dia ikut gelak ! Huh… pastu bila cakap ngan wife ..

“ Bishing arrr.. “ .

Perghhhh…. nasib baik anak ! Kalau bukan …

“ Bishing eh ? Haa.. turun ! Balik sendiiri ! “.

Er , tak sampai hati laaa walaupun bukan anak sendiri ! Kejam benar gituuu …

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

SELUDUP berkisar tentang watak bernama Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan usahawan muda yang berjaya di Teluk Permata, sebuah perkampungan nelayan di Pantai Barat Malaysia. Amran mendapat tahu bahawa sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adik perempuannya, Rina (Raja Ilya) sedang mengupah nelayan kampung untuk menyeludup minuman keras, rokok, dan manusia ke dalam negara. Walau berdepan pelbagai jenis bahaya dan mengancam bukan sahaja dirinya malah keluarga dan Yasmin (Tiz Zaqyah), teman wanitanya, dia bertekad untuk menghalang gejala ini, dan menyelamatkan kampungnya sebelum lebih ramai rakan-rakannya dan penduduk kampung menjadi mangsa.

Drama aksi bersiri ini diarahkan oleh Jehan Miskin. Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat.

Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi ”.

Dibarisi oleh pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip, drama Seludup yang dinanti-nantikan oleh peminat drama televisyen tempatan bakal menemui penonton pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima bermula 4 Disember dan di saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup dan instagram , @seludup.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Dulu aku sayang CELCOM tapi dalam dua minggu ni ,CELCOM menduduki carta tertinggi senarai perkara yang aku benci selain lipas dan orang yang suka tikam belakang !

Ok.. isu utama ialah CELCOM ! Awal pagi tadi , aku dah dpt mesej yang membawa kepada kegeraman terakhir ! Dan aku nekad, Celcom ni memang layak untuk wat call jer .. seperti dulu dulu !

" RM0 Anda telah guna RM3 (bayar-bila-diguna@50sen/50kb).Utk elak caj bayar-bila-diguna,langgan pelan Internet &dail *118# sekarang! ".

Disusuli dgn ..

" RM0 Anda tlh guna RM10(50sen/50kb).150MB Internet percuma tlh dikrdt ke akaun anda,sah hgga 11.59PM.Dail *118# utk lggn pelan Internet &elak caj byr-bila-diguna ".

Tak lama kemudian …

"RM0 And tlh guna 150MB percuma.Internet byr-bila-diguna hanya boleh diakses selepas 11.59PM.Utk terus layari Internet,lggn pelan Internet &dail *118# skrg! “.

Aku try top up sebab aku nak buat kerja weh ! Tak bolehhh ! Dia kata boleh akses selepas 12 malam ! Huk alohhhhh .. Memang cari pasal betul !

Ok , fineeeee !! Malam ni aku nak gi Maxis Centre .. Aku nak amik pakej broadband yang pernah aku langgan dulu ..

Bila abis kuota , line cuma jadi 128kbps jer ! Bukan terus makan kredit pengguna atau tambah caj dalam tu ! Sepatutnya ini tidak berlaku terutama pada pengguna setia Celcom !! Patut perlu ada ‘simpati’ bila pengguna dah langgan lebih dari RM100 hanya untuk beli kuota internet ! Bukan terus sedap telan duit pengguna !

Selain dari Maxis Broadband untuk aku guna bila travel , aku akan langgan Unifi semula. Rasanya nak pasang jugak IPTV di rumah.. Senang cerita ! Astro ? Macam nak kena potong jer.. Sama gak tuuu wat perangai.. Main naik je harga tanpa amik pedulik rungutan pengguna !

Hurmm.. Bye bye CELCOM .. Jangan sampai senasib dengan McDonald dah la yer nanti ! Bukan aku sorang je merungut ! Ada sorang rakan FB juga turut up status mengenai Celcom ..

“ Bila korang nak boikot Celcom?!!

Servis macam celaka, bila nak minta bantuan operator bertugas, dicas pulak kita ni 50 sen. Itu dah celaka! Ibarat orang tengah susah atau sakit, yang datang menolong minta upah pulak!!! Tak ke sial macam tu!!!

Wei CELCOM, company korang jangan jadi sial dan babi sangat. Apa korang ingat kami ni guna khidmat kamu tanpa bayaran?!!!

Dah2 laa guna CELCOM!!! SALAH KITA JUGA SEBAB TAK PERNAH BOIKOT SECARA KERAS DAN TEGAS. “.

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Dari semalam , dia merengek semacam ! Menangis memanjang kat rumah . Tidur pon tak lena aku dan wife dibuatnya. Wife dah nak naik stress dah… Aku ingatkan dia , ada orang lagi teruk dari kita.. Sampai tak tidur malam jaga anaknya yang sakit.. Kita bersyukur la..

Pagi tadi , bangun tidur .. Qhaliff sambung menangis ! Cari mak dia .. Aku lak stress ! Arghhhh.. Puas pujuk .. Ajak mandi.. Tak nak dia ! Aku bukak baju dia .. meraung lagi kuat ! Abis segala air keluar .. Aku try nak bukak seluar dia , dia tak kasi ! Lagi kuat nangis ! Aku paksa gak bukak ..

Masuk bilik air , dia tak nak mandi ! Hurmm.. Aku siram je la dia.. Tak lama pun mandi. Pastu siapkan dia.. Pakai pampers , dia menangis lagi kuat ! Seolah macam sakit kat situ. Aku skip part tu , try pakaikan baju. Dia ok.. Pakaikan balik seluar , dia nangis ! Hurmm… Takkan sakit kat situ kot ? Aku call wife suruh balik .. Ajak gi klinik , check.

Hurm.. aku pelik sebenarnya. Kalau dia sakit telur , takkan masa aku dukung dia tu , dia tak sakit ? Rileks dan gembira lagi !

Wife sampai rumah. Gi klinik Madivron.. Sesekali aku saja pegang seluar dia.. Takde la pulak nak marah atau menangis seperti sebelum ni ! Takkan kot ?

Check doktor.. doktor kata mungkin jangkitan. Tapi bukan sebab angin pasang atau bengkak. Dia kata kalau sehari dua lagi macam tu gak , dia suruh gi check doktor pakar .

Selepas keluar dari klinik, dia ok jer.. Happy semacam jer .. Stroller , dia conquer ! Zahra , kena gilir gilir dukung .. Tak dia kasi duduk dalam stroller !

Aku rasa … dia tak sakit tapi dia cemburu ! Dia tercabar dengan kehadiran Zahra !! Hurmm.. Saja nak curik perhatian orang tua dia ! Hurmm…

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Tiba-tiba naik merah bintik bintik kat muka , badan dan tangan dia ! Apakah ??? Hurm… Apa dia makan ? Mak dia bagi sayuran macam Qhaliff masa kecik dulu la.. Tak bagi lagi telur atau kekacang pon ..

Tapi lepas letak bedak kuning, hilang la skit merah merah tu… Persoalannya apa menda tu ?

Selain alergik , dalam kepala bermain ialah hama tilam atau bantal ! Hama ke  nama dia ? Hurmm..

Payah jugak nak ‘bela’ anak dara ni kan ? Kena jaga tubuh badan dia ha.. Kang membesar , kesian je kalau ada banyak parut ! Nanti disalahkan mak ayah lak sebab tak jaga dia masa kecik dulu !

Mau jugak si ayah cakap..

“ Aku tak buang dalam tong sampah pon, bersyukur lah !! “. Tapi takkan laaa si ayah nak cakap gitu kan ! Kejam giler laaa.. Nak tak nak , pendam je dalam hati..

Bukan mudah jadi parents ni rupanya !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Qhaliff memang suka kalau aku buat gini bila berjalan di mall atau beriadah di petang hari ! Bukan nak sangat tapi kalau aku biar dia berjalan sendirian , mau pengsan aku dibuatnya !! Kenapa ? Perghhh… lari sana sini pastu panjat sana sini.. haaaa … Kalau kat mall , mmg bahaya la kan ? Nak tak nak , aku kena letakkan dia atas bahu ..

Photo

Tercari gak mana nak beli menda ni .. Macam cool lak kan ? Hahahaha…  Tapi .. Hurm.. ada jugak karang  ‘insan prihatin’ bagi dalil dalil dari pakar kanak kanak !

Zaman ni , ramai pakar tak bertauliah.. Kenapa ? Hehehe.. Sebab diorang ‘berniaga’ !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Terharu ! Tak sangka ramai kawan kawan blogger sanggup redah kesesakkan lalu lintas untuk hadiri majlis harijadi aku hari ni yang dirancang rapi oleh blogger Yanty.

Terlebih dahulu jutaan terima kasih pada penaja , Flora Kafe AmpWalk yang menyediakan tempat menarik , selesa dan makanan yang menepati selera rakan rakan termasuk si anak kecil yang datang ..

Sakan gembira blogger blogger yang datang tadi ..

 

Manakala kek rasmi harijadi hari ni ditaja oleh kak Nina Cybercake atau dah tukar nama ke Niena Cke.  Seperti biasa , keknya mmg unik dan sedap ! Abis semua tapau bawak balik.. heheheh …

image

Terima kasih #kelabbloggerbenashaari !

Bagi korang yang tercari tempat nak sambut harijadi atau nak buat reunion atau sebagainya , bolehlah try Flora Cafe ni ! Gi je ke FB mereka dan tanya je apa nak tanya.. InshaAllah akan dijawab dengan pantas .. Harga ? Berpatutsan sangat !

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Hurmm… Dah pulak jadi isu panas semalam ! Katanya plagiat idea dari pihak lain ! Hurmm… Aku yang tak tau apa apa terpinga pinga sekejap sambil makan Cadbury yang dah disahkan Halal oleh Jakim tapi masih ramai dok was was lagi ! Apa nak buat kan ? Dah bagitau pun salah , tak bagitau po salah.. Dah memang gitu orang kita kan ?

Ahaaa.. Pasal plagiat idea tu.. Aku ada bertanya sendiri kepada penganjur dan mereka menjelaskan pada aku. Aku tersenyum je la.. Berlaku salah faham di sini je pon ! Apahal nak kecoh sangat ? Nak gak aku tau… idea ni memang asal dari orang tu ke ? Kiranya dalam dunia ni , dia memang yang pertama buat macam tu ? Kiranya asli la eh ?? Aku yang join event ni pon dah rasa macam banyak kali jer join ‘game’ macam ni ! Samaaaa je ! Sapa plagiat sapa ni ???

Aku tak rasa isu utamanya adalah plagiat pon.. Ada isu disebalik isu , aku rasa ! Yang tak tau apa apa tu.. Aku rasa sebaiknya , tak perlu la nak menyibuk atau masuk campur ! Biarlah mereka menyelesaikan sesama mereka ! Matured la sedikit ! Menda boleh diselesaikan pon !

Aku punya SEGMEN , ramai je blogger ikut.. Aku tak pernah pulak nak kata blogger plagiat idea aku .. kan ? Biar je la diorang nak buat.. Bukan aku gi daftar dan jadikan hakmilik abadi aku ! Huhhh..

Dan isu event percuma ni ! Aku terima banyaaak email ajak datang ke event percuma ! Kadang kadang aku serba salah nak terima.. Bila aku tak terima , tapi ada je aku tengok blogger blogger yang aku kenali pergi .. Pulak ?? Nak sepakat ke tidak ni ? Takkan aku je beria tak terima kan ?

Berfikiran lebih terbuka .. aku terima la mana yang aku rasa berbaloi untuk aku hadiri ! Macam semalam .. Aku pergi untuk luaskan network aku… apatah lagi yang jemput aku sendiri tak pernah jumpa aku tapi pernah dengar nama aku. Bila aku pergi , aku perjelaskan dengan lebih lanjut kenapa dan mengapa perlu bayar blogger ! Kan lebih enak begitu dari terus boikot event ! Lagi pun , dekat dengan KLCC je pon.. senang je nak gi kan ? Bukan buat kat Paris pon kaannn ..

Dan , kalau semua event berbayar .. rasa rasa sapa yang akan dipanggil ? Blogger yang baru nak naik atau blogger yang memang dah ada nama je akan dipanggil ? Jadi , blogger blogger yang baru ni camana ? Kena seimbang ! Sesekali join event tak berbayar , ok laa kan ! Bukannya selalu .. Penganjur pon bukan paksa blogger buat entri ! Terpulang la pada masing masing ..

Nak boikot atau nak berpiket , biar tau asal usul cerita .. Jangan dengar sebelah pihak jer .. Segalanya pasti BERSEBAB ! Jadi blogger matang bukan blogger ikut ikutan .. Dan blogger sejati adalah blogger yang bijak menulis dan berpengaruh ! Bukan blogger tayang muka rasa cun memanjang tapi entri tak memberi manfaat pada masyarakat dan negara !

Blogger sejati bukan artis hiburan yang murahan .. !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Rileks laaa.. feeling muda jap ! Hahahahhaa … 38 ke 39 eh ? Aku lahir 1985 .. Berapa eh ? Cer kirakan .. Kira kan laaaa.. Alaaaa.. Kedekut ilmu tull ..

Hadiah ? Alhamdulillah… Antara hadiah terbaik pernah aku terima selain dari dua ‘hadiah’ dari isteri tercinta iaitu , Qhaliff dan Zahra ! Tak mention ni , mau kena tidur luar rumah aku malam ni .. Hahaha.. Ikhlas laaa !

Selain tu.. hadiah paling best dari rakan rakan dunia maya ini ialah .. Dalam tempoh 2 minggu aku berada di media masa .. elektronik dan cetak ! Tv AlHijrah , Sinar Harian , Majalah Maskulin , Harian Metro dan Utusan Malaysia !

 

Selain tu aku pernah muncul di beberapa buah majalah lain dan juga media elektronik .. Contoh ? Leh tengok la kat SINI ! Er , Malas eh ? Di Nona , Wanita Hari Ini , Generasi Y ( TV1 ) , Majalah RAPI , Kosmo , Majalah Harmoni, Majalah Ibu dan Anak , Majalah In Trend , Majalah Pa & Ma , Salam Muslim ( Astro Oasis ) , Saffiya ( TV9 ) dan CNN ! Ok , CNN ??? CNN aku tipu jer .. hehehehe … Menariknya , satu pon aku lom framekan lagi ! Hehehehe..

SELAMAT HARI LAHIR , SALBANI ASHAARI ! Alhamdulillah.. Syukur kepada ALLAH diatas kenikmatan dan kesejahteraan selama ini . Semoga Allah berkati , rahmati serta ampuni dosa dosa kita yang lalu dan yang akan datang ..

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (13)
    • ▼  Jun 2026 (1)
      • Cara nak kurus cepat !
    • ►  Mei 2026 (2)
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes