BEN ASHAARI



 

Kali terakhir aku ke ShowRoom Mitsubishi Electric , pada tahun 2013. Ketika tu aku diperkenalkan dengan peti ais keluaran mereka yang dikatakan terbaik diantara yang terbaik ! Ahaa.. Yer, memang aku akuinya malah jiran aku sendiri ada memilikinya. Sejak itu aku percaya yang produk Mitsubishi Electric sangat berkualiti dan bermutu tinggi !

Beberapa minggu lepas , aku bersama beberapa orang rakan blogger sekali lagi dijemput ke Showroom Mitsubishi Electric yang terletak di Petaling Jaya. Kali ini bukan satu produk yang diperkenalkan tetapi 4 produk sekali gus ! Waahhhh !! Ini sangat lumayannnn.. hehehe.. Lumayan sebab banyak info yang akan diperolehi..

image

Cara mereka memperkenalkan produk kepada para blogger amatlah menarik sekali.. melalui permainan ! Hehehe.. Dengan cara itu , blogger akan lebih memahami kelebihan setiap produk keluaran Mitsubishi Electric ini.

Kelebihan produk keluaran mereka berbanding dengan jenama yang lain ada banyak tapi paling penting ialah penjimatan penggunaan tenaga elektrik yang rendah mana produk Mitsubishi Electric ini memperolehi 5 bintang dari segi kecekapan tenaga disusuli dengan kos penyelenggaraan yang rendah serta mudah. Maknanya boleh buat sendiri laa.. hehe..Itu pun kalau berani laa.. sebaiknya dapatkan ilmu dahulu sebelum buat sendiri.. kan ? Jangan lupa setiap produk mereka juga mesra hijau.

Ok.. Antara produk yang mereka perkenalkan kepada blogger ialah penghawa dingin ! Gambar dibawah ni , blogger diajar cara nak melakukan penyelenggaraan sendiri di rumah. Mudah dan pantas je !

image

Ada banyak penghawa dingin keluaran Mitsubishi ni.. Tapi yang paling terkini dan menawan hati aku ialah .. Yang di bawah ini laaa ! Kenapa ? Nampak tak i-See Sensor tuuu !

image

image

Ahaaaa..  Biasanya kalau kita keseorangan di rumah , kita pasang penghawa dingin kena duduk di tempat yang berhampiran untuk memastikan kita merasa la kedinginannya kan ? Tetapi dengan adanya i-See Sensor ni , tak perlu dah.. Duduk la di mana saja ( jangan la duduk kat dapur pastu nak rasa air cond kat ruang tamu… gile ke apa ? ) , di dlm kawasan liputannya , inshaAllah akan rasa sejuknya.. hehehe ..

Jangan lupa.. 7 tahun jaminan untuk kompressor !! Penting nii.. hehehe..

image

image

Ok.. Produk kedua lak .. Pengering tangan atau Hand Dryer ( Jet Towel ) . 

image image

image

Ini terus terang bagi aku la kan.. Kalau rumah besar dan atau letak di pejabat , memang best laaa ! Cepat je tangan kering kalau guna hand dryer ni.. Tak perlu bazir tisu… kan ?

Yang ketiga ialah Peti Sejuk Mitsubishi L4Grande.

image

Kelebihan teknologinya ..

  • Anti Bacteria Food Liner

  • Deodorizer

  • Vitamin Factory ( sayuran dan buahan akan segar sentiasa )

  • Door Alarm System ( kalau terlupa nak tutup rapat , dia bunyi )

  • LED Light

  • Door Auto Closed

  • Egg Case

Penjimatan elektrik antara elemen yang penting.. Pastinya bila ada peti ais gini di dapur rumah kita , akan membuatkan mak atau isteri kita lebih kerap berada di dapur.. Ada saja diaorang teringin nak memasak.. Hehehhe.. kan ?

Yang ke empat.. Kipas Elektrik dan Ventilation fan. Aku dah ceritakan di entri aku yang bertajuk Kipas Elektrik dari Mitsubishi Elektric ni..

Ok.. Yang ni menarik ! Aku rasa belum ada mana mana pengeluar barangan elektrik ada aplikasi android atau iOS untuk pengguna mereka.

Aplikasi yang bertujuan memudahkan pengguna yang tercari cari produk elektrik yang terkini serta ada pengiraan penggunaan elektrik ini pastinya berbaloi untuk kita semua ! Tunggu kehadirannya nanti yer .. Akan dilancarkan tidak lama lagi.. Sabar ehhhh .. sabar…

Kesimpulan .. hehe.. Sila dapatkan segera ! Pasti rumah anda akan berseri… wow !!

Gambar oleh – AkuBioMed

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Dulu aku tak suka sungguh nak gi makan kat restoran ni tapi sejak dua menjam Ayer@8  ni meriah , TomYamKung pilihan hati aku terutama kalau nak makan tengahari ! Juadah banyak pilihan dan harga pon masuk akal la.. hehehe ..

Kalau dah lepas tengahari , maka boleh la order menu yang tertera di dalam kad menu.. hehehe.. Ada yang ada.. ada yang dah abis ! Dia kata laaa .. hehehe.. Ke aku yg salah dengar ? Hurmm  ..

Antara kegemaran aku ialah ..

image

Feveret Qhaliff ni.. Kalau nak makan berat , boleh try pilihan aku ni .. Pedas tapi sedap !

image

Atau pilihan wife aku.. Aku tak sempat rasa yang ni .. heee.

image

Kelmarin aku interview dengan wartawan Berita Harian pon aku pilih tempat ni untuk bergambar .. untuk dimasukkan ke dalam Berita Minggu nanti .. InshaAllah ..

Bagi yang nak meniaga makan tu.. Jangan cekik darah.. Biar lambat untung tapi laris , kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Hurmm. Akhirnya dia tak kasi orang amik adik dia ! Sebelum ni ok jer ! Dia tak beberapa nak reti.. Sekarang ni ? Hehehehe .. Melainkan dalam kepala dia , nak bermain .. dia tak kisah dah apa apa ..

image

Dah reti nak pakaikan kasut.. Tapi masih dalam pemerhatian la.. Hehehe.. Tak leh lepas 100% lagi wooo… Boleh berubah sikap sekelip mata jer ! Hahahaha ..

Tapi si adik , abang buat la apa pun.. dia sengih jer ! Tarak nak marah pon haaa !

image

Dah boleh no 3 dah ni .. heeee.. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Apakah kelebihannya ? Kenapa ramai kata bagus ? Hurmmm.. Ni kena try ni !

image

Setakat ni beberapa kawan di Facebook dah bagi feedback mengenai stokin ni.. Ada kata ahli keluarga mereka dah pakai dan berkesan.. Hurmm.. Yeke ? Antara komen yang aku terima ..

  • Akak pun guna stokin ni Ben. Alhamdulillah kurang dah sakit kaki ni. Mak sedara akak yg dulu dok atas kerusi roda now dah boleh jln sendiri tapi kene guna tongkat la n buat kerja rumah berdiri dan kiraan gula dlm darah pun turun.
  • Mmg terbaik.. kalau lenguh2 kaki.. insya allah.. cepat je ok..
  • sgt bagus. jgn lupe bykkn minum air masak slps penggunaan. badan akan jadi ringan, sakit2 lutut inshaAllah okay.
  • Mak sy pakai ni. De rekemen kt sy jgk yg bekerja bnyk jalan dan selalu kena urut kaki. Nt abg ben bg review kehh...nak tau jgk. Sbb belum try lg pun, hihi
  • Akk pun pakai jgk...nk tau berkesan ke tidak kena rajin pakai la...
  • Memang elok aben. Ibu yaya pakai

Malam ni aku try aa.. Heehehehe.. Dah ada dah kat tangan satu.. hehehee.. Tunggu masa je nak pakai.. Nanti aku cerita kat blog ni ehhh… ehhh..ehhh…

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

image

Kebetulan pulak aku keseorangan di rumah , Zahra boleh lak nak sembelit buat pertama kalinya ! Dia punya muka meneran nak kasi keluar ketulan pertama tu serupa macam nak beranak ! Siap genggam baju aku kuat kuat ! Pastu muka serupa mintak tolong ..

“ Daddyyyy.. helpppp meeee.. plsssss … “.

Cuak jap memula aku.. Pastu aku cuba coolkan diri dan kembali jadi super dad ! Hahahaha.. Aku baringkan dia dan pegang kaki dia ..Urut urut betis dia dan gerakkan kedua kaki dia ala ala mengayuh basikal.. Buat beberapa set sebelum aku dukung dia kembali dan usap pelan pelan perut dia ..

Setelah berusaha selama 10 minit , akhirnya dia berjaya mengeluarkannya ! Tahniaaahhh !! Perghhhh.. Seketul tu je la ada .. Yang lain dia simpan tunggu mak dia balik ! Hahahha..

Yer , dalam kereta dia sambung menjerit ! Nasib baik jap jer .. Huhuhuhu.. Tak sangka gitu rupanya bila baby sembelit.. hehehe …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

image

Sony Xperia Z3.. Lama dah aku idamkan Sony Xperia ni terutama selepas dapat tahu telefon pintar ni boleh masuk dalam air ! Salah satu ciri yang amat penting buat aku dalam mencari telefon pintar yang baru dan seterusnya adalah kelasakkannya ! Dua dua ni ada dalam Sony Xperia Z3 !

Aku ada Sony Xperia Z2 juga dan telefon tu dah aku berikan pada wife. Wife aku yang selama ini tak kisah langsung pasal gadget ni , terpaksa akui betapa Sony Xperia ni , mmg bagus untuk dimiliki ! Ternyata berbeza dengan telefon pintar yang dia guna sebelum ni.

Kamera.. Hurm.. Aku berpuashati sungguh dengan kamera Sony Xperia Z3 ni. Nak guna pon mudah. Ditambah lagi dengan aplikasi aplikasi yang menawan hati .. membuatkan aku tak sabar menanti kehadiran Sony Xperia Z4 lak ! Hehehehhe..

Hidup hanya sekali kan.. Maka carilah hobi yang best  dan berbaloi ! Berbaloi apa bila kita ada koleksi gambar yang cantik menawan dan kongsikan dengan rakan rakan ! Dengan Sony Xperia Z3 , upload gambar ke internet sememangnya amat pantas ! 4G la katakan.. Puashati !

Ada kawan tanya aku..

“ Ko punya Z3 ni mudah hang tak ? Sama cam telefon Android yang lain ? “.

Jawapan aku .. tak ! Setakat aku dah guna lebih sebulan , aku tak pernah punya masalah sistem operasi tersangkut ! Masalah kepanasan bila guna kamera atau GPS pon tiada lagi berbanding telefon pintar yang pernah aku guna sebelum ini ..

Charging bateri.. Hehehe.. Suka suka suka part ni ! Pantas beb ! Walaupun bateri dah tinggal 40% , dan kita nak guna handphone ni , secepat mungkin .. ianya akan charge dengan pantas sekali. Rasanya tak sampai 2 jam kot leh dapat 100%.

“ Bateri tak tahan 48 jam pon ?? “. Ada yang komen kat aku gitu. Yelah , kalau dah install macam macam dalam tu … memang la tak sampai 48 jam ! Kena check la apa aplikasi yang kita gunakan dalam tu.. Nak jimatkan bateri di kala terdesak , matikan mobile data , LTE , wifi , GPS dan sebagainya. InshaAllah lama ! Kena tau tips dan tricknya ..

Tonton video .. memang best ! Kualiti paparan sememangnya tip top ! Sebab tu aku yang selama ini tak sukakan Sony , dah jatuh cinta dengannya ! Tu belum masuk sistem bunyinya. Haaa.. Clear !

Ringan dan sangat selesa dipegang hinggakan Qhaliff sering berebut dengan aku telefon ni walhal aku dah bagi dia telefon pintar ..

image

Bila Sony Xperia Z3 ni bergabung dengan Sony Alpha 5100 , pastinya aku memiliki gambar gambar yang aku berpuashati punya la ! Yang bestnya , bila aku tranfer gambar dari kamera Alpha 5100 ni ke Xperia Z3 , laju giler ! Tau tau , dah selesai .. huhuuh.. Tak rugi aku ada dua dua ni ..

Harapan aku , Z4 nanti akan lebih power dari Z3 ni.. hehehe .. Tapi Z3 ni pon dah cukup bagus untuk dimiliki.. Harga ? Tengok kedai kot ? Heeee…

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Semakin banyak songeh , orang kata..Hurmm.. Wife kata sememangnya dia banyak ragam terutama selepas baik dari demam.. Yelah kot tapi kekadang aku perlu gak la keras supaya dia tau yang aku ni bukan sekadar agah !

image

Kekadang tindakan dia tu boleh merbahayakan nyawa dia sendiri atau orang lain terutama aku la.. ehehhe.. Contoh dia meronta ronta nak aku lepaskan dukungan aku ketika menaiki tangga ke bilik air ! Aku dah la fobia sekarang ni.. Takut jatuh je laa..

Hingga abis mandi , tak abis lagi dengan raungannya ! Dia mengantuk sebenarnya tapi tu laaa .. Wife suruh bersihkan badan dia .. Nak tak nak , aku kena la buat.. Kang tidur dengan berbadan kotor disebabkan bermain tanpa henti di sebuah restoran yang sedap untuk dilepak beramai ramai ! Heheheh ..

image

MZ Cafe yang terletak di Gate 1 Putrajaya. Dekat dengan fly over tu laaa .. Haa.. Situ laa ! Harga murah dan pantas ! Tu yang bagusnya.. Hehehe.. Disediakan juga tempat kanak kanak bermain. Di situlah Qhaliff bermain sepuas hati hinggalah bergaduh dengan kawan di situ.. hehehe.. Aku biar jer.. Biar dia belajar skit ..

Disebabkan penat campur mengantuk , dia buat pasal . Dan malangnya , dapat laa jentikan manja di telinga ! Tegur berkali kali , tak nak dengar ! Maka dapatlah habuannya.. Tak lama kemudian , dia tertidur di sisi mak dia ..

Dan aku ?? Hurm.. urut kembali telinga dia.. Sapu siki minyak .. Tak kuat pon .. sekadar gertak jer .. Hurmmm .. Kalau tak sekarang aku ajar gitu , nanti dah besar dia tak takut .. satu hal lak .. Hurmmm .. Kang ada jadi anakku Sazali lak.. Aku gak yang kenaaaa !

Nyesal ? Memang laa.. Mana ada bapak suka suka nak aniaya anak dia .. Iskhhhh… Amaran lisan dah bagi banyak kali.. Bagi lagi amaran bertulis.. Sebelum berlaku apa apa kemalangan , baik hindari .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
 
Satu tika dulu , aku sering berkata pada kawan aku..

“ Untungnya kau dapat bekerja dalam kapal terbang ! Hari hari dapat sentuh badan kapal terbang ! Kalau aku laa.. Jadi tukang cuci kapal terbang pun dah bangga ! “.

Aku sememangnya teringin nak melihat ‘raksasa’ ini dari dekat ! Melihat ‘dia’ terbang tinggi ke udara dengan begitu gagah sekali.. Sungguh menghairahkan sama sekali ! Hahahaha ..

Impian aku , ingin melihat bagaimana kapal terbang ini dibina. Tapi aku tau , impian aku cumalah satu angan angan Mat Jenin ! Aku bukan bekerja dalam bidang penerbangan ni hingga dapat masuk ke kilang kapal terbang ! Sepatah haram tak tau langsung pasal kapal terbang.. hehehe ..

Tapi kita terlupaaa .. Kita terlupa segalanya adalah perancanganNya ! Jangan kita lupa tentang rezeki , jodoh dan ajal segalanya milikNya..

Sapa sangka ? Aku sendiri tak sangkaaa .. Air Asia telah menjadikan impian aku jadi satu kenyataan !! Aku tak pernah mimpikan sama sekali dan … aku sehingga sekarang masih tak percaya , aku telah menjejakkan kaki aku ke kilang kapal terbang yang terletaknya beribu ribu batu dari rumah aku !!

DSC_1317

DSC_1326

Nak berada di kawasan bawah ni pon sebenarnya tak boleh ! Hanya pekerja AirBus saja boleh berada di kawasan ni.. Tapi atas tiket vvip , aku dan rakan rakan dibawa berjalan di sekitar kilang AirBus yang sangat besar ni .. Perghhh.. Masih teringat di benak aku kenangan ni.. hehe ..

DSC_1338

DSC_1336
Dapat jugak pegang .. hahahaha .. Yessss !!

DSC_1328

Dan ini paling gempak ! Abis je lawatan ni , rombongan aku pulang ke tanah air dengan menaiki kapal terbang Air Asia yang paling baru.. kiranya bau kedai  laa dan kitorang la rasmikan ! Terus dari kilang dia yer ! Tak yah sibuk nak beratur bagai nak check tiket.. check passport gituu.. hehehe .. Best kan ?

DSC_1358

DSC_1363

Kapal terbang ni meninggalkan sejuta kenangan terindah buat aku !
DSC_1392
Ok ok.. Ini point utama dia ! Jeng jeng jeng.. Kawan aku , Denzel Yap.. baru je beli model kapal terbang ni ! Haaa .. Apaa ?????  Huhhuhu.. Dia dah beli dahhhh .. Mana acii !

image

DSC_1353

Aku nak beli !!! Huhuhuh…

Sapa sangka kan ? Dengan menulis saja , impian selama ini telah menjadi kenyataan.. Tu belum lagi aku cerita part aku dah masuk dalam semua akhbar utama di negara ni dan juga beberapa majalah yang aku teringin sangat nak masuk.. hehehe .. Hanya dengan menulis !

Tak perlu malu dengan diri sendiri ! Alhamdulillah ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurm.. dah nampak sikit sikit perangai dia.. Aku kena tumpu banyak perhatian pada dia tapi Qhaliff tak nak lepaskan bapak dia ni lak ! Nak suruh berkepit je ngan dia kecuali masa tidur !

Zahra berjaya berdiri dah sekarang .. Berusaha sedikit demi sedikit berdiri ! Dan ternyata di riak wajahnya penuh dengan perasaan bangga ! Adehh..

image

Kalau jatuh pun kannnn.. Dia nangis jap jer.. Pastu dia berusaha naik semula ! Hurmmm.. Takde rasa takut langsung.. Kena selalu perhatikan dia ni.. tak leh dibiarkan ..

image

Nampak gayanya.. Kena hantar masuk Mahaad ni .. kan ? Macam mak dia dan kawan kawan mak dia.. Ramai je berjaya jadi manusia.. huhu .. Satu inspirasi sebenarnya untuk aku membesarkan anak anak ..

Hurm.. InshaAllah… Kena didik dengan cara yang betul .. Kan ? Zahraaaaaaa.. Jom main perang perang !! Mana abang ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Hurmmm.. Dah tak demam tapi perangainya dah semakin ke ‘abang’ sangat dah ! Dia dah pandai jaga adik dia.. Tak kasi adik dia amik barang pastu masukkan dalam mulut. Pastu dah pandai ngadu kalau adik dia kacau dia.. Pastu dia tak kasi adik dia merangkak jauh jauh.. Er , berapa banyak pastu daaa ..

Dan paling ketara.. handphone aku dia amik kalau dia nak ajak aku main dengan dia.. Huhuh.. Suruh bagi tumpuan pada dia .. Adehhh.. Tengah sedap sedap buat kerja .. Tapi anak lebih penting ! Bila tengok dia dah sihat , betapa syukurnya aku pada Allah. Sewaktu terbaring lesu, risau sungguh .. Hurmm…

Nampaknya , dia memang dah besar ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Perghhh

image

Tak nampak ? Ok.. meh aku cerahkann skit dan kasi clear !

image

Haaaaaa.. Tu diaa ! Kali pertama aku makan telur ikan mayong ni ! Biasa makan ikan dia. Mak aku rajin buat kari ikan guna ikan mayong ni.. Haaa .. Sedap kooooo !! Confirm bertambah punya laa ..

Yang ni , kak Laila buatkan untuk wife aku. Ahaaa.. Kena booking awal awal sebabnya menu ni terhad ! Cepat abis koooo ! Ahaaa.. Wa cakap sama luuuu.. Lu lambat booking , hirup kuah asam tempoyak tu je laa.. Tu pun dah sedap ! Hehehehe..

Kebetulan masa aku makan di sana tadi bersama keluarga aku , ada blogger lain gak gi makan sana ! Siap tempat awal awal lagi telur ikan ni haa.. Hahahaha.. Cepat abis gituu .. Dan ada yang pulang hampaaa.. Telur abis ! Amboi.. semua datang nak makan telur ikan je kee ??

image

Apa pun.. sememangnya D'laila Sup Power menyajikan makanan yang sangat menyelerakan ! Ada macam macam kat situ wooo ! Mee udang atau mee ketam antara yang menjadi pujaan pengunjung.. hehehe ..

image

Nak booking tempat , sila pm Kak Laila di Facebook dia.. hehehe .. Selalu cepat abis jualannya.. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Uhuk.. Ni kali pertama aku beli jam yang lebih dari harga RM1K ! Biasanya kalau tengok je harga mencecah RM900 , memang aku terus batalkan hajat tapi kali ni .. hurmm.. Aku nekad !

Di bawah ni , gambar jam tangan lama aku yang dah hilang kerana di curi orang .. Hurm.. Memang lanun sungguh orang itu ! Hurmm… Aku sayangkan jam ni woo ! Bertahun tahun dah pakai tanpa bagi sebarang karenah peribadi pada aku ! Kena curi di gym selepas aku tercicir tapi ada orang jumpa dan dia tau tu jam aku namun ada pengunjung selepas itu , panjang tangan ! Selamat jalan romeoo !

image 

Suka jam ni terutama bila melibatkan suhu dan ketinggian ! Hehehehe .. Memang berbaloi baloi ! Bateri pon aku tak tukar walaupun dah guna lebih 4 tahun.. Huhuhu..

Dan tadi , aku sekeluarga ke KLCC . Aku memang beli jam kat sini jer. Malas nak mencari kat tempat tempat lain walaupun aku tau di Pertama Kompleks atau Sungai Wang Plaza leh dapat murah lagi berbanding beli di KLCC.

image imageimage image

Harga ? Errrr.. Err…

image

Jangan terkedu .. Hehehe.. Aku lama dah idam jam mahal mahal ni.. Ni pertama dan terakhir la aku beli.. Pasni simpan duit untuk projek selanjutnya.. InshaAllah.

Berkenaan jam ni , aku sangat puashati dan tak menyesal beli.. hehehe.. Wife je dok geleng kepala tak abis abis.. hahahaha .. Ok peee .. dari duit abis tak nampak apa apa pon kan ? Haaa..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Setiap kali aku masuk mana mana tandas , aku pasti akan cuak ! Takut jatuh lagi ! Jatuh ari tu adalah satu amaran pertama dan terakhir buat aku ! Kalau jatuh lagi , aku tak pasti aku akan bernasib baik macam sebelum ni ! Hurmm

Tak kira la mana mana tandas pon .. Memang aku akan berhati hati.. Tempat tempat yang licin , memang kena hati hati ! Jangan sesekali anggap kita ni superhero ! Boleh nak pusing bagai laaa konon bila nak jatuh ! Huhhh..

image

Kat sini la aku jatuh ! Nasib baik ketika tu aku dah berada jauh dari pintu tandas. Kalau tak ?? Confirm kepala aku singgah sinki dalam tandas ! Dan ari tu , belakang kepala aku terantuk dengan lantai. Nasib baik aku sempat dongak kepala ! Kalau betul betul terhempas belakang , hurmm..

Kesan dari jatuh tu , kepala aku bengkak sikit dan leher aku pun turut bengkak.. Aku terus cari minyak pati BATOOK yang selalu aku gunakan pada Zahra dan Qhaliff selepas mandi. Terus aku sapu pada leher dan kepala..

Alhamdulillah.. bengkak pada leher , surut beberapa hari kemudian..

image

Aku memang beli banyak untuk bekalan.. Kadang kadang kawan nak beli dari aku.. Hehehe.. aku tak jual ! Kalau nak beli , boleh terus direct ke agen online.. Leh rujuk ke Pati Batook Ori jer.. Order la banyak banyak ! Senang gituuu .. kan ?

Sejak jatuh tu , tiap kali nak keluar tandas , pastikan kaki tak basah dan begitu juga bila turun tangga ! Aku tak berani dah nak berlari atau melompat ! Risau tulang belakang wooooo !!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

image

Terpaksa percaya TURUN BERAT BADAN dengan JSP ?? Hampir tak percaya boleh turunkan berat badan sebegitu banyak hanya dengan jamu?

image 

Bunyi mungkin pelik..asing..tapi dah terbukti berkesan. Jamu yang memudahkan pelawasan, bagus pada yg alami masalah sembelit juga.
Yang pasti pengguna-pengguna gembira dengan perubahan positifnya.

Nak tau lanjut jamu apa ni? Jamu yang multifunction..

  • Nak kurus cara mudah dan tanpa tekanan?
  • Tanpa senaman berat?
  • Tanpa berpantang makan?
  • Tanpa suntikan dsbnya?...

Kami sedia bantu anda
✍ Produk terlaris masa kini
✍ multifunction produk

100% jaminan keberkesanan seawal 3 hari (bergantung pada ketahanan, penerimaan badan individu)

-----------------------

Pengedar diperlukan seluruh malaysia..

Layari page kami :

http://bit.ly/1G32bH0 &

PM KAMI:

http://on.fb.me/1G32aTx

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes