BEN ASHAARI



Nasi Lemak Antarabangsa Kg.Baru yang satu tika dulu antara restoran terhangat di pasaran. Sebut je nama , semua orang pasti kenal !

Semalam , bersama team Kelab Blogger Ben Ashaari ..satu gathering ringkas dibuat di Nasi Lemak Antarabangsa , Kg.Baru. Lokasi yang mudah dicari dan nak parking kereta pon mudah. Bayar je RM5 ! Kalau parking tepi jalan , memang payah la nak cari sebab confirm penuh !

Sampai je sini , terliur aku tengok hidangan yang disajikan di situ. Hurm.. Tak tau nak makan apa dulu. En. Haim , selaku pemilik warung terkemuka ni syorkan aku makan bihun goreng sambal kerang , kuih koci , nasi impit kuah kacang sambal sotong dan soto.. Dan tak lupa air kelapa VVIP !

imageimageimageimageimage

Menu utamanya ialah nasi lemaknya laaa , kan ? Hehehehe …

DSC05412DSC05413DSC05415DSC05417

Nampak sedap ? Alhamdulillah.. semua kena dengan tekak aku ! Hehehe.. Ada yang kata sambal nasi lemak tu agak manis.. Aku tanya En.Halim mengenai tu dan jawabnya , sepatutnya nasi lemak antarabangsa tu perlu digaul dengan rendang ayam serta sambal sekali. Baru terasa kicknya !! Haaaa … Baru aku tauu.. Malam ni aku nak gi rasa sekali lagi ! Hahahaha ..

Qhaliff dan mak dia pesan kuih koci dan air kelapa VViP tapi sayangnya air kelapa VViP dah abis ! Dapat tapau kuih koci jer .. Huhuhuh…

imageimageDSC05418

Sebarang pertanyaan atau nak buat tempahan catering , boleh rujuk pada Nasi Lemak Antarabangsa dan Kelapa Frutti .

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Semalam aku berpeluang ke perasmian butik rakan blogger , Pen Merah di Bangi Sentral. Tahniah kerana berjaya membuka mata ramai pihak yang mana blogger juga mampu pergi jauh jika tahu akan hala tuju sebenar !

Alhamdulillah.. ramai rakan rakan blogger turun bagi sokongan nampaknya ! Meriah dengan kunjungan tetamu dan juga hidangan yang menarik tekak ! Huhuh..

Dengan lokasi yang cukup strategik serta berhampiran restoran yang sudah dikenali ramai , nampaknya butik PEN MERAH DOT COM ni tak dinafikan mampu menarik ramai pelanggan terutamanya peminat fan page PenMerah [dot] com .

 DSC05377 DSC05379DSC05383

Jom naik tingkat 1.. tengok apa yang ada dijual di butik PEN MERAH ni .. Mariiii !!

Masa aku naik ni , tetamu lom dibenarkan naik lagi.. Masih dalam urusan pendaftaran. Tetamu tak dilepaskan serentak. Terpaksa buat by group bagi mengelakkan sebarang insiden tak diingini seperti lepasan air tanpa niat dan sebagainya.. Heheheh.. Gurau.. Tujuan mereka adalah untuk keselesaan tetamu. Memilih dengan tenang gituuu… kan ?

DSC05385

DSC05388

DSC05389DSC05386DSC05387image imageimage image

Amacam ? Ada pakaian untuk lelaki dan perempuan ! Bermakna kalau nak datang bersama pasangan anda , pasangan anda tak de la nak boring ! Dia pon leh cari baju untuk dia .. kan ? Hehehee ..

Untuk pertanyaan lebih lanjut , boleh ke fan page PenMerah [dot] com.

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Ikutkan aku tak jadi ke event  ‪#‎AABCHangout‬ ‪#‎AirAsiaBloggersCommunity ‬yg mana ramai blogger #kelabbloggerbenashaari ni turut serta sebab aku ada banyak event yang perlu hadir semalam.. Tapi disebabkan nak bagi sokongan serta terima kasih pada AirAsia Bloggers Community yang telah sudi menerbangkan aku ke Paris serta ramai lagi rakan rakan KBBA ‘ bercuti ‘ ke luar negara ( kita jangan lupa jasa orang woo ) , maka aku gigihkan diri juga ke sana !

Awalnya aku datang hanya untuk tayang muka jer tapi bila dah nampak pegawai AirAsia yang turut bertugas ada kat situ , En. Fairuz , maka aku terus join gak la.. Aku daftar terus walaupun tak buat reservation. Hehehee..

Bertempat di Berjaya Times Square , ESCAPEROOM menjadi tumpuan puluhan blogger tanpa kira ‘level’ . Maklumlah , dalam dunia blog ni kan ada level.. Tahap retis , tahap cendiakawan , tahap perwira , tahap berani mati dan macam macam.. Tapi yang datang ni , semua tahap picisan.. Hehehe.. kan ?

image image

DSC05393DSC05398

Seronok dan menghiburkan ! 2 jenis permainan dibuat dan semua memberikan kerjasama tanpa ada rasa segan segan tak bertempat termasuk aku ! Hahahaha ..

Yang pastinya , rakan blogger #kelabbloggerbenashaari telah ‘berada di hati’ AirAsia ! Hahahaha.. Alhamdulillah.. Tak sia sia wujudkan KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ni !

Dan .. Lan Careno serta skandalnya , Daus Redscarz telah berjaya menitiskan air mata dengan berjaya ke Cibu , Filipina !! Perghhh.. Nangiss koooo .. hahahaha .. Tahniah geng ! Tercapai gak impian nak dapat trip percuma dengan Air Asia. Bukan tak mampu tapi orang kata , bila jadi blogger ni .. dapat sponsor dari syarikat tertentu tu adalah satu impian ! Kan ? Yelah , penulisan kita dihargai. Kan kan ?

image

Tahniah kepada En. Ashaman , En.Fairuz , Daphne , semua blogger AirAsia Blogger Community , Air Asia , Escape Room , Kelab Blogger Ben Ashaari dan blogger blogger yang hadir semalam ! Ternyata dunia maya memberi pulangan yang lumayan jika kita tau fungsi sebenarnya !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Menurut wife , setiap kali gi kedai runcit tu .. Qhaliff akan tertarik nak masuk ke dalam satu taska yang terletak berhampiran dengan kedai tu.. Hurm.. meriah dengan kanak kanak.. Dia ni memang pantang nampak kanak kanak sebaya.. cepat je nak ajak gi main bersama.. Sian.. boring sangat dah tu !

image

Sebab tu kalau gi Cheras , umah atok dia.. dia suka lepak sana.. Ada ramai kawan dan boleh gi ikut nenek dia naik bas sekolah ! Takde sapa nak marah dia aihh.. tu bas sekolah nenek dia yang punya ! Hahahaa..

image

Kaann… muka happy dalam bas sekolah ! Hurmm… Tunggu 4 tahun la baru gi.. Antar sekarang ? Perghh… kos pembelajaran serupa daddy leh kawin tiap bulan tuuuu !! Huhh.. Berkira ? Giler koooo… ingat seringgit dua ringgit ke ? Tak pe la… kecik lagi.. Baru 3 tahun usia.. Bukan dah nak amik SPM pon tahun depan..hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

“ Yaaayaaaa.. Yayaaa… “. Qhaliff panggil adiknya yang bernama Zahra Nur Iman itu..

“ Zahraa.. Bukan Yaya , Qhaliff Iman.. “. Aku betulkan. Kadang kadang ibunya betulkan sebutan Qhaliff tu.

Sememangnya aku tak nak Qhaliff panggil adiknya tu dengan nama yang sebenarnya aku beri. Bukannya aku tak suka dengan nama Yaya tu tapi aku susah payah gi daftar kat JPN dengan nama yang aku bagai nak rak pikir untuk anak perempuan aku ni haaa ! Tau tau jadi singkat terus ! Hahahaha ..

Setiap nama tu kan ada maksudnya dan juga merupakan doa buat pemilik nama tu..

image

Zahra yang tak nak lepaskan figura perempuan dalam kartun Boboi Boy. Sayang benar dia ngan Yaya..

Nama betul aku ? Takda makna pon.. Hahaha… Adeh..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Tadaaaa ! Guna jer kamera Oppo Find untuk berselfie ! Nescaya anda akan kelihatan kacak tanpa ragu ragu dan Facebook anda akan dihujani dengan pelbagai pertanyaan dan kiriman salam nak berkawan ! Haa..

Lihat saja gambar aku ni ! Dalam keadaan berpeluh disebabkan berjalan di cuaca yang panas , namun peluh tidak kelihatan sama sekali ! Malah aku kelihatan kacak dari sebelumnya ! Macamana tu ? Tiada filter atau aplikasi digunakan bagi menambahkan kekacakan aku yang sedia ada tu.. Hahaa..

image image

Ok.. test amik malam dan di siang hari.. Hurmm.. Makin bagus pulak kamera Oppo ni eh ? Hahaha.. Ke aku yang tak pandai amik gambar ni ? Tapi rasa tak la.. Sememangnya kamera telefon pintar ni dibuat untuk mereka yang berstatus amatur ! Klik saja !

Ini bermakna.. memang confirm la aku yang kacak lagi bergaya ! Takde kaitan dengan kamera ! Kan ? Hahaha.. Ok , aku gurau jer.. Kamera Oppo bagus sebenarnya ! Kena pandai amik gambar tapi dengarnya , kamera Vivo lagi cun dari Oppo kualiti gambarnya .. Hurmm..

image

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Fuhh… malam ni aku bertugas. Ikutkan , aku kena turun jam 1 pagi hingga jam 3 pagi bersama 2 orang jiran lain. Tapi disebabkan aku terlalu penat hari ni , aku terbabas tidur hingga 2 lebih ! Huhuh.. Nasib baik ada kawan kawan lain turut bantu.. Biasanya satu syif , 3 orang .. tapi Alhamdulillah , ada rakan sanggup luang masa kawal bersama.. maka lebih teguh dan seronok la kawal.. Segalanya untuk keselamatan anak bini memasing , kan ?

Disebabkan aku dah terbabas maka aku sukarela masuk ke syif 3-5 pagi.. huhu.. Malam Jumaat tuuu .. Gulp.. Dah la kawasan aku ni , hurm.. Tapi tak pe la.. niat baik kan ?

Lalu taman permainan.. clear ! Kalau tak , ada je budak budak laki perempuan melepak.. Memang kena tazkirah punya la ngan bro bro otai .. Aku nak tazkirah tu , takde la.. Huhuh..

image

Ada rumah terlupa tutup pagar ,jiran berkawal akan tolong tutupkan.. Bagus la gini kan ? Tapi sayangnya ada yang tak membantu.. turun berkawal pon tidak.. Hurmm.. Camana tu ?

image image

Mana mana kereta masuk.. motor masuk , kasi tahan ! Terpaksa kawan !! Banyak kes pecah rumah waktu waktu gini berlaku di beberapa taman dan juga taman perumahan aku tinggal ni !

Sekadar peringatan.. ada juga kes berlaku di subuh hari ! Masa nak keluar gi kerja , masa tu la di serbu dek penyamun berparang ! Haaaa, camana tu ? Nasihat aku la.. sebelum keluar rumah pandang  kiri kanan.. baca doa pelindung diri dan sebagainya.. Jangan terlalu leka..

Jam 5.30 pagi.. Alhamdulillah , taman secure.. balik rumah dan update blog ! Huhuhuh.. Tidur ? Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Akhirnya , tiba di rumah mak aku. Kebetulan aku ada lak kat rumah.. Memang rezeki aku ler ! Hehehehe.. Terus bukak kotak yang aku dapat tu dan .. Waaalahhh ! Set Boboi Boy yang Qhaliff idamkan setiap kali pergi ke 7-Eleven !

image

Seronok banget dia dapat main set ni ! Dok sebut jer Boboi Boy.. Huhuhuh.. Terima kasih 7-Eleven..

Berbaloi sungguh jadi blogger ni kan ? Camna nak dapatkan set ni ? Baca kat SINI ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Aku dah guna Sony Xperia Z3 semaksimumnya ! Bateri yang dikatakan tahan 48 jam , tak sampai pon 48 jam ! Tapi mampu capai 24 jam. Perlu diketahui , intenet on 24 jam dengan kelajuan LTE / 4G. Semua applikasi tidak di logout. Bermakna telefon pintar itu senantiasa sync dan menarik data dan informasi tanpa henti..

Maka tak hairanlah bateri tak capai 48 jam seperti yang diperkatakan melainkan !! Melainkan aku off data dan guna dia sebagai telefon tanpa internet !

image

Ok.. aku ada Oppo Find 7 yang dikatakan antara yang terbaik di kalangannya.. Diorang kata la.. Hehehe.. Aku test guna semaksima yang boleh..

DSC05367

Dan .. dan .. aku kena charge selepas 4-5 jam guna tanpa henti ! Kalau Sony Xperia Z3 , 4-5 jam masih tak lepas 70% pon ! Hurmm.. Rugi benar beli Oppo Find7 ni .. Walaupun dia mampu charge 45 minit untuk capai 100% kuasa penuh tapi bagi aku , kehausan tenaga bateri dengan pantas ni mendukacitakan !

Bateri rosak atau aku on banyak aplikasi yang menggunakan screen ? Tak gak.. aku tutup banyak dah .. tetap cair.. Adeh.. Risau kalau gi event , bateri abis ! Nak tak nak , aku kena offline bila keluar dari rumah.. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

“ Wah… kau jaga anak kau sendiri ? Duduk rumah jer ? Perghh.. seronok la gitu ! Teringin betul aku nak jadi macam kau.. Aku bosan tul kerja kat pejabat tu. Ari ari buat kerja yang sama. Stress ngan boss la.. ngan officemate.. Nasib baik la ada awek cun dalam pejabat tu.. lega la skit.. Hehehe “.

 

Fuh.. sedap tul berkata kata kan ? Ingat duduk rumah tu , sekadar jaga anak ? Dia ingat anak berdisiplin macam komando ke ?? Anak tak cecah lagi 3 tahun laa.. Sorang nak kena dukung memanjang ..sorang lagi kalau leka skit je , ada jer menda dia buat ! Haaa.. Yang kecik kalau letak di lantai , tau tau dah sampai ke dapur ! Huhhhhh..

Dulu masa aku belum bergelar laki orang , aku nampak mak aku duduk rumah cool jer.. Tak banyak kerja pon nak kena buat.. Besarkan anak anak jer .. Senang baitu !

Bila aku ada anak , baru aku mula rasa.. Mak aku , dalam masa jaga anak , dia masih kena cari duit bantu ayah aku ! Macam macam bisnes dia buat ! Hinggalah mak ayah aku buat perniagaan perkhidmatan bas sekolah ! Nasib baik anak anak dah bersekolah masa tu.. Tapi mak aku tetap jugak memasak , membasuh , menyiapkan anak anak dia untuk ke sekolah ! Tenaga datang dari mana pon tak tau laaa .. Aku respek tul !

Aku.. baru 2 orang. Jaga anak sambil bekerja. Serius sangat memenatkan ! Bukan sekadar penat tapi bisa terbakar medula oblogata aku weh ! Ditambah dengan masalah orang lain yang perlu aku fikirkan jalan keluar.. aku kadang kadang ‘lost’ ! Tak tau nak luah pada sapa .. Simpan dalam diri .. Hurmm..

TERUS TERANG aku mengaku.. bukan mudah jaga anak kecil sepenuh masa !! Sorang ok lagi.. 2,3,4 ?? Patutlah mak aku tiap hari jd tarzan..Besarkan 3 anak lelaki dan sorang perempuan. Aku yang 2 org anak ni pon , dh mcm rupa maid bergaji rendah jer..

image image

Nak kemas rumah.. masak.. basuh baju.. jemur.. pastu nak kemas rumah balik.. bagi makan anak .. tidurkan anak.. Perghh… nampak mudah tapi hakikatnya ? Hurmm..

Aku sendiri ari ni berkain pelikat meleleh leleh dah ! Hahaha.. Tunggu nak terburai jer !!! Hahaha.. Adoiiyai.. Baru 2 orang kan ? Kalau 4 ? Silap silap tak sedar pon kain pelikat dah tercabut !

Ini baru besarkan anak anak.. Belum part bagi didikan.. ! Hurmm.. Bukan mengeluh tau tapi mengenang jasa serta pengorbanan mak serta ayah aku.. Kesian diorang. Moga Allah ampuni dosa dosa mereka serta berkatilah kedua orang tua kita..

Hargai isteri anda yang jd suri rumah sepenuh masa dan ibu anda yang besarkan anda !!! Yang bekerja dan balik rumah sambung bertugas tu pon bukan mudah ! Yang suami pon , balik rumah , tolong tolong laa.. jangan gi sambung lepak kat kedai mamak !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Setiap kali aku naik tingkat atas , aku hanya mampu tertunduk ke lantai.. rindu benar kat alat alat ni.. Dah mula nak bersawang dah ni ..

image

Kenapa aku tak workout jer ? Hurmm.. Setiap kali aku cuba workout , bunyi dumbell akan menarik super hero , Qhaliff Iman naik ke atas untuk turut bersama join bersenam ! Huhuhuh..

Bukannya aku tak nak dia join sama tapi merbahaya.. Mana tau tak perasan dia berhampiran dengan aku, aku lepaskan dumbell tu , kena kat dia .. Merbahaya kan ? Pastu dia akan dok ulang alik naik turun tangga .. Haa.. Dah tak tenteram aku nak workout..

Sekarang , lemak makin membiak.. Tunduk skit pon dah mula senak.. Ni tak sedap ni.. Aku kena cari alternatif untuk bergiat cergas !! Perlu jaga stamina dan kekacakan aku.. tapi kalau kacak nanti , gambar aku kena amik dek orang pastu buat fake profile lagi.. Hurm.. Jenuh gini haa..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Sana sini rakyat Malaysia dah mula merungut mengenai kenaikkan harga barang. Termasuk aku ! Aku dah mula ‘buang’ beberapa barang yang biasa aku beli.. Bukan tak penting tapi kena berjimat cermat.. Hurmm..

Selain potong sana sini , kita kena bijak cari side income ! Ahaaa.. Bila sebut side income ni , korang tak leh kena sekadar melabur pastu tidur dengan harapan duit berganda dengan banyaknya ! Hehehe.. Kena gak keluarkan peluh demi mencari rezeki halal dan berkat untuk mereka yang tersayang !

Ok.. Ada banyak peluang perniagaan sebenarnya atas muka bumi Allah ni ! Selagi ada manusia , selagi tu ada kehendak dan keperluan , kan ? Maka , kena bijak amik peluang gini haaa..

Paling mudah laaa..bisnes yang mudah dapat pelanggan ialah melibatkan baby ! Hahahaha.. Kan ? Bila dapat je baby baru , macam macam nak beli dan orang nak bagi hadiah pon pening kepala nak bagi apa ? Kan kan ?

Ok.. aku bagi satu tips bisnes mudah punya ! Baru baru ni , aku ada beli sekotak Pati Batook Ori dari agennya. Aku hanya nak pakai beberapa botol jer.. selebihnya simpan ! Terfikir adik ipar aku yang nak juga minyak batook ori ni , aku pun bagi la semua kat dia dan suruh dia jual je kat pejabat dia .. Tak sampai sehari pon , selesai orang amik !! Tu diaaaa aihh !

image

Kelebihan minyak ni ? Heheh.. Tak yah guna minyak yuyi dah ! Minyak ni , orang dewasa pon leh pakai terutama bila batuk dan selsema. Alhamdulillah .Buatan tempatan dan tak perlu diminum pon ! Sapu jeeeer ..

Mana nak dapatkan ? Camana nak jadi agen ? Ahaaa.. Boleh rujuk di page Pati Batook Ori . Ramai dah jadi agen.. Apa lagi ? Jadilah agen di pejabat anda.. Hehehehe.. Dapat tambah sedikit pendapatan , pon ok la kan ?

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Tergaru kepala.. Bulan ni nak bayar kutu , insuran anak bini ,insuran kereta , road tax , tukar tayar kereta yang dah botak , bateri kereta, nak sambut besday Qhaliff , nak beli barang dapur yang bakal naik mendadak , simpanan mereka.. tabung Haji , SSPN dan pakaian mereka !

Segalanya duit ! Aku perlu kerja keras. Aku tak boleh harapkan duit isteri. Dia dah banyak membantu aku.. bayar itu ini dan sebagainya.. Takkan nak suruh dia buat kerja part time kot ?

Pada masa sama.. aku kena jaga 2 anak yang comel.. Tak dihantar taska lagi.. Kalau hantar , kos sara hidup akan bertambah lagi ! Bukan murah ok !!

Aku kena jaga anak.. aku kena cari duit pada masa sama dan duit yang aku kena carik tu , berganda lebih tinggi dari sebelum aku bergelar  MR.MAMA. Bukan sebab boros ok ! Aku beli pakaian murah. Aku makan apa yang ada .. Sesekali beriadah bersama keluarga.. Semuanya memerlukan duit.

Ada yang bertanya .. Kenapa dengan tangan aku  tu ? Aku manusia biasa. Masalah masuk ke dalam kepala aku , kiri dan kanan. Adakalanya tak dapat jalan keluar , aku jadi stress.. Sedikit demi sedikit aku simpan , lama lama jadi gunung berapi ..

image

Adakalanya aku nak je berhenti dari terlibat dengan dunia maya ni tapi camana nak cari duit bagi menampung perbelanjaan keluarga ? Aku tak nak jadi seperti suami suami yang makan duit bini pastu berlagak dengan orang kata bekerja ! Aku tak nak jadi gitu..

Karenah anak kadang kadang menambahkan lagi tekanan ke atas aku. Terus terang , karenah mereka ni cumalah sebesar kuman tapi disebabkan masalah masalah yang ‘menjengok’ aku , ianya menjadi tekanan buat aku..

image

Akhirnya , aku lepaskan segalanya yang mana orang kata aku bertindak bodoh tapi bagi aku ianya menyelamatkan semua orang terutama ahli keluarga aku.. Dari mereka jadi mangsa amarah dan tekanan aku tu , lebih baik aku buat gitu..

Pastu aku rasa tenang giler ! Kosong !! Takde dah rasa geram..marah..bengang.. dan sebagainya ! Happy terus ! Berbulan punya simpan !

Hurm.. nampaknya aku perlu cari punching bag. Letak satu kat rumah ! Tiap kat rasa stress , boleh gi lepas kat situ ! Dulu , aku lepaskan di gym.. Sekarang ni payah dah.. Hurmm..

image

Bukan mudah jadi MR.MAMA yer ! Tak mudah ! Malah lebih banyak tanggungjawab..

Nasihat aku buat mereka yang dah berkawin , hargai pasangan anda !

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Nampak cam.. hurmm.. hurmm..

image

image

Ok.. dua potong untuk aku malam ni memandangkan anak anak kesayangan aku dah lena diulit mimpi bersama ibu dia .. Heheheh… Alhamdulillah..

Kek Butter Marble Kukus ni dibuat oleh Nur 'Aliah Nadhirah Abdullah yang mana dia dah lama follow blog aku dan akhirnya bersua jua kitorang di warung Nasi Lemak Antarabangsa , Kampung Baru , baru baru ini dan sebentar tadi di D’Laila Mee Udang yang dah tersohor.. hehehe..

Sedap ke ? Aku bukanlah pengemar kek tapi kek ni kalau makan bersama kopi panas , perghhhhh ! Confirm nak order lagi.. Hahahaha.. Maka , makan kena beringatlah aku..

Berminat nak rasa ? InshaAllah menepati selera. Aku punya tekak , tekak antarabangsa tapi ari tu kat Paris , semua tak sedap ! Hahahaha.. Ok , aku tekak Malaysia jer.. lalalal ..

Nak order.. sila baca komen komen terlebih dahulu mereka yang dah menempahnya di SINI..

Terima kasih yer , Aliah..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Keratan gambar yang aku dapat di group whatsapp aku menunjukkan harga rokok bermula 1 April 2015. Tertanya gak aku kenapa perlu selepas 1 April tu ? Ni kiranya harga rokok turun la yer ?

image

Atau harga rokok ni naik ? Hurm.. Nak ke turun , aku tak kisah sebenarnya. Sebabnya aku tau orang yang merokok ni kaya kaya belaka.. Sebab diorang merokok kan ? Ok , tak kisah laa apa pun alasan tapi yang pentingnya , mereka yang nak merokok tu biarlah berhati perut sedikit.. Jangan main merokok depan orang yang tidak merokok ! Kalau mati terus tak pe.. tapi masalahnya mengundang penyakit merbahaya ! Hurm.. tak pasal pasal orang yang tak terlibat terdampar dalam hospital ! Hurmm.. Korang nak sponsor bil ke ?

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes