BEN ASHAARI



 

Stress ! Janji lain.. bila dah siap lain jadinya ! Kononnya segala maintenance akan dibuat andai ada masalah. Tetapi janji tinggal janji !

Apa masalahnya ? Masalah dinding yang aku buat renovation atau ubahsuai terdapat retak retak ! Panggil berkali kali namun hampa !! Tindakan terlalu perlahan..

Akhirnya masalah aku dapat diselesaikan dengan menggunakan Onetime Lightweight Spackling dan Onetime Wall Repair Patch yang dibekalkan oleh Sri Ribuan Industries Sdn.Bhd : How D.I.Y. Should Be.

image

Masalah utama aku ialah dengan retakan halus di dinding. Ini memang mencacatkan permandangan serta semut halus mula bersarang di dalamnya !!

image image

Dengan menggunakan Onetime Lightweight Spackling yang mana produk ini jauh lebih ringan dan mereka mudah mengendalikannya terutama pada mereka yang takde pengalaman langsung dalam bidang ni , mampu membuat pembaikan ini sendiri ! Contohnya aku ! Kalau aku tau la semudah ini . lama dah aku buat sendiri !!!

image

Selain retakan halus Onetime Lightweight Spackling ni sesuai digunakan  jika dinding rumah punya kerosakkan kecil seperti lubang akibat dipaku atau drill. Juga sesuai digunakan diatas permukaan plaster walls / drywall , stucco , particle board serta wood surfaces.

Dan hasilnya selepas 5 minit aku buat… ni pertama kali yer aku buat ! Takde skill dan takde pengalaman !

image

image image

Bila dah kering , amik kertas pasir dan gosok laa.. Baru kemas dan kembali cantik dinding tu.. kan ? Yang penting , semut tak leh buat sarang dahhh.. Haaaa , kan kan ?

Manakala dengan OneTime Wall Repair Patch lak , berperanan untuk menutup permukaan dinding yang berlubang kesan dari akibat dipaku dan ditebuk. Hanya tampal saja OneTime Wall Repair Patch dan kemudian sapukan Onetime Lightweight Spackling ke atasnya. Selesai !!

image

Harga Onetime Lightweight Spackling ? Murah je… GST 6% telah diserap oleh pembekal iaitu Sri Rx andai korang beli melaluinya ! Haaaa !!! Ni masanya untuk berjimat.

image

Jika korang berminat untuk membelinya , bolehlah email ke srirx@sriribuan.com.my dan nikmati harga promo !! Jimat banyak dah tuu..

Ok…  Ada giveaway kali ni ! Ahaaa.. Syarat mudah jer.. Share entri ni di Facebook korang dan tinggalkan komen di sini , dan sila jawab soalan ini .. Siapakah pembekal Onetime Lightweight Spackling  dan Onetime Wall Repair Patch ?  5 terpantas  jawapannya akan dapat produk ni nanti ! Jangan lupa tinggalkan email yer..

Share
Tweet
Pin
Share
33 comments

 

image

Nak makan malam.. gi satu tempat ni..tempat ni dulu mmg kerap gi.. Tiba tiba mlm , mlm ni gi ..Qhaliff meraung tak nk turun kereta.Takut katanya. Aku paksa dia turun gak..Tak sampai 10 saat , berlari dia masuk dlm kereta sambil dikejar oleh wife.. Kebetulan aku ada di dalam kereta. Plan nak lelap mata dalam 5 minit sebab sakit kepala.

Akhirnya tukar port makan..Gi ke PICC. Aku kata kat wife.. Nak tgk apakah Qhaliff wat perangai macam tadi gak ? Kalau dia wat perangai , mmg dia yang bermasalah..

Dan setibanya di tempat tu , dia lak tak sabar nak turun dari kereta walhal tempat ni baru sekali dua je dtg !! Dia seolah serasi lagi tempat ni .. Hurm....

image

Tempat yang aku kata pada awal tu , aku tak leh cerita kat mana. Takut jadi fitnah. Risau gak.. dulu tempat tu macam dah kurang orang.. sekarang ni ramai balik ! Nak kata sedap sangat situ , tak gak.. hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Antara dua.. Samada aku kurangkan amik job atau berhenti terus ? Bukan mudah nak bahagikan masa untuk cari rezeki memandangkan urusan anak anak ni bukan ada masa tertentu.. Bila mereka tidur saja baru aku ada masa untuk blog ! Manakala bila amik job , aku perlu ikuti dateline dan perlukan kreativiti untuk membuat advertorial tersebut.. Haish…

Perhatian perlu 100% pada anak anak atau jika lalai , ianya mampu mengundang kecelakaan.. Mereka ni bergerak pantas ! Dalam sekelip mata saja boleh berlaku apa saja walaupun mereka berada di depan mata.. Hurmm ..

Sebenarnya aku dalam dilema.. Anak anak penting tapi blog adalah punca mata pencarian utama aku. Bukan sedikit pulangannya… berganda dari apa yang aku pernah dapat sewaktu menjadi kuli orang.. Hurmm..

Anak ? Atau kerja ? Hurmmm.. Bukan aku je alami masalah ni.. Ramai lagi ibu bapa di luar sana ..

image image

Terus terang aku bagitau.. sebenarnya aku pon dah tak de masa untuk diri sendiri ! Nak melepak ngan kawan kawan sesekali pon kena pikir panjang..

“ Boleh ke wife jaga anak sorang sorang ? Diorang dah mula lasak.. Haishh.. “

Macam tadi… Berlaku di IOI Mall , Putrajaya. Qhaliff berlari sana sini . Nak tak nak aku kena dukung dia tapi dia meronta nak turun..Bila lepas , dia berlari dan ajak main nyorok nyorok.. Risau aku kalau terlepas pandang…

Ada sekali tu terlepas sebab ada email masuk.. aku terbelek hp jap dan dia dengan pantas berlari keluar dari premis H&M.. Aku cuba kejar , payah..kaki sakit akibat cekam kuku.. Terpaksa tahan sakit dan kejar sambil main psikologi dengan harapan dia tak lari jauh. Yang merisaukan aku ialah takut dia lari ke arah ekslator.. Maklumlah , lagi kita kejar , lagi dia lari.. Dengan cara aku tu , dia akan berhenti berlari dan akan kembali kepada aku.

Bila dah dpt tangkap , akhirnya wat la gini.. Nasib baik sado..kalau tak , mau gak pancit dukung 20++ kg sambil jalan ..

image

Di rumah lak.. dok sibuk memanjat sofa. Aku dok sibuk ngan adik dia , dia tergolek jatuh.. kepala dentum dulu .. bibir darah  ! Cepat cepat demah dengan ais.. Nasib baik rendah jer.. Haihhh.. Geram betul aku.. Pandang sana sini kena.. Pandang sini , sana kena !

Setiap hari , aku tidur kul 2-3 pagi.. bangun awal dan mula bertugas ! Jaga anak dan layan dunia maya ! Aku tak leh buat jadual sebab dunia maya ni sibuk 24 jam ! Serius aku penat kepala otak.. Ini bukan yang aku nak sebenarnya. Nampak menyeronokkan tapi sebenarnya sukar sangat !

Perkara perkara gini buat aku rasa macam nak berenti terus blogging dan tumpu pada mereka jer .. Aku tak mampu nak bahagi kepala otak aku kepada banyak bahagian ! Hurmm..

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Daddy yang manjakan anak perempuan ? Kalau aku kan , aku memang manjakan dua dua anak aku sebab mereka perlukan manjaan. Takkan nak layan mereka macam komando lak kan ? Huhuh…

Anak perempuan mesti lebih ? Tak gak.. tapi kena jaga anak perempuan lebih skit… maklumlah , perempuan kan ? Hurmmm..

Pantang nampak daddy , jadi gini laa..

image imageimage

Terlalu rapat dengan daddy.. kan ? Hahahahhaa… Dah jaga dia dari sehari usia hingga setahun dah ni.. hahahaa…

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Adeh.. serius sakit woo bila kena ! Nak jalan pun payah.. Macam aku sekarang ni laaa.. Apa yang aku buat , memang jadi Rambo jap laa.. Kasi cungkil dan potong ! Tapi masih tak dapat potong sebab terlalu dalam ! Uhuk…

Tapi aku terlupa ! Aku bukan di usi 20 an macam dulu ! Kalau cungkil gitu jer , pasti berdarah n luka ! Bayangkan dalam tak sedar ada kencing manis ??? Adoiiiii .. nayaaaaa oiii !

image

Ada beberapa tips dishare di media sosial antaranya gunakan inai , minyak gamat dan ada yang hardcore guna lilin.. hahahaha … Sebaiknya cegah sebelum kena !

image

Potong kuku tu betul betul. Ikut standard piawaian yang ditetapkan ! Jangan main potong je… kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Huhuhu.. sekali lagi.. huhuhu.. Sewaktu aku terima email dari Haikal’s Outdoor Playgroup , aku teruja dan gembira. Sebab ? Ini kali pertama aku akan hadiri majlis ilmu keibubapaan yang mana ianya berguna  untuk aku sangat sangat !

Bertempat di Dewan Bahtera Ilmu Kindergarden , Bukit Jelutong ini seminar yang bertajuk “ Cabaran Mendidik Anak-Anak Alaf Baru “ sangat membuka mata aku ! Banyak yang tak tahu , aku dah tau. Banyak yang salah , akan aku perbetulkan nanti !

Ok ok.. tapi sebelum majlis tu start , aku terkedu jap.. Hehehhe. Tak sangka lak layanan sampai tahap gini. Terharu aku.. huhuhu… Tapi aku tak parking sini la sebab aku dah parking tempat yg sama dengan pengunjung..

image

Apa yang bestnya ? isu yang dibangkitkan dan aku mengaitkan dengan dua orang anak aku .Topik pembelajaran di usia awal ni yang seronok bagi aku.. Umur 4,5 tahun dah kena gi taksa dan belajar ! Perghhh… Mana bisa gini !

Panel yang hadir ialah Puan Adli Rajiah , Dr.Putri Afzan dan Fynn Jamal. Masing masing ada pengalaman , ilmu dan kekuatan yang mana telah berjaya membuka mata aku , sebagai seorang bapa !

image imageimage

Kensel niat aku nak hantar Qhaliff ke taska tahun depan ! Hehehe.. Tunggu 5 tahun baru gi yer.. Ke 6 tahun ke.. Hehehehe.. Skang , masa bermain.. kita main !!! Bila belajar , belajar la yer …

Terima kasih buat Haikal’s Outdoor Playgroup kerana sudi jemput aku. Hehehehe…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Disambut dengan penuh gilang gemilang ! Tu diaaa aihhh.. ramai jemputan vvip dijemput. Antaranya blogger-blogger popular seluruh tanah air dan luar negara dijemput !

Baca leh.. percaya jangan ! Hahahaha.. Tak de maknanyaa ! Sambut di Secret Recipe, Alamanda jer. Malas nak buat besar besar. Duit tarak. Kalau ada pon , baik masukkan dalam tabung PTPTN diorang. Lagi berbaloi. Takde la nak berhutang masa nak belajar belakang hari nanti .. kan kan ?

image

Simple kan  ? Yang penting , Zahra dah pandai kiss pipi daddy dia ! Satu pencapaian menakjubkan ! Hahahaha .. Qhaliff dulu , lama gak nak kiss pipi daddy dia.

image

Qhaliff camana pulak ? Dia tak cemburukah ? Nehhh.. dia apa heran.. Dulu kek dia , terpacak muka dia ! Haaa… Dia wat hal dia sendiri jer… Apa dia kisah..

image

Hurmm…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Hurmm.. dia dah start main Ultraman , kereta kecilnya dan permainan yg dia abaikan satu hari dulu.. Apakah dia dah mula punya imaginasi ? Sekarang ni pun dah pandai menyanyi menghiburkan hati..hurmm..

Aku teringat segala apa yg dia buat.. memang aku pun dulu gitu.. Permainan pon aku mula cipta sendiri.. Hurmm...

Sian Qhaliff.. takde kawan nak ajak main sama.. Tapi nanti bila ada kawan , abis lupa dunia dia bermain ! Hurmm.. Ikut perangai ayah. Kuar pagi , petang baru nampak muka ! Selagi mak tak menjerit , selagi tu tak balik ! Hahahaha..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Benjol di dahi ! Semoga jadi pengajaran.. Adehh ! Abang dia dah rasa dulu , ni adik lak.. Hurmm..

Aku kena jaga dia ni betul betul. Sebijik ikut perangai aku. Hurm.. Semoga Allah lindungi Zahra Nur Iman dan Muhammad Qhaliff Iman.

image

Selamat Hari Lahir , sayangku…

Jangan gaduh gaduh dengan abang Qhaliff tau ! Pening daddy nak jadi pengadil.

image

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Nak workout ,  si kecik dok sibuk panjat tangga. Si besar lak sibuk nak join sama ! Kalau aku dok memanjang usung diorang , jawabnya , aku akan boroi berterusan la ! Adoi.. Mana boleh tahan gini weh !

Dan akhirnya aku dapat idea ..

image

Dapat la gak bersenam dalam setengah jam ke 45 minit ! Haaa.. Asal berpeluh dah la.. Sado ? Hurmm.. Tak sasar nak sado dah ! Asal tak mengah naik tangga dah la.. heheehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bukan aku je dah jadi Tarzan.. Wife pon dah follow me dah ! Hahahaha.. Suara si ibu boleh kedengaran sehingga bilik air di tingkas atas ! Hahahaha.. Suara dok melarang Qhaliff aniaya adik dia ! Hahahahha..

image

Zahra bakal setahun usia , pada 8hb ni.. Tingkah lakunya jauh berbeza dari Qhaliff yang setahun usia , 2 tahun dulu.. huhuh.. Zahra jauh lebih matang dari abangnya.. Ini sebab dia dok tiru perbuatan abang dia dan kelihatan Zahra bijak seperti.. aku ! Hahahaha..

Diorang ni tak leh rapat.. Kalau rapat , jadi gini laaa !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

image

Lama lagi ? Hehehe.. Tak pee.. persediaan awal ! Nak gi masa puasa , aku tak larat weh ! Ni pon gi , dah terasa penat. Sorang nak dukung.. sorang lagi nak diusung ! Nasib baik ada stroller Bugaboo Bee 3 dan Baby Carrier Stokke ni. Takde la terasa sakit badan atau sorang lagi asyik nak berlari sana sini ! Risau woooo !

Destinasi .. Bangsar Shopping Centre ! Cari apa kat sana ??? Apa lagi… Tempat feveret wife aku la.. MOTHERCARE dan ELC ! Huhuhu.. sebenarnya , aku pon suka ke sini. Rambang mata woo ! Mata aku dan mata anak anak !

image

Kenapa sini ?? Sebabnya , sini besar dan banyak pilihan terutama pakaian dan mainan.. Hehehehe.. Aku pulak yang bersungguh eh ? Dulu kecik kecik , tak merasa.. Tau mak ayah susah.. Tak nak la bebankan diorang.. Hehehe..

image

Sampai je sini , wife aku terus hilang ! Tinggallah Zahra dan Qhaliff bersama aku ! Tak pe la.. aku bagi dia kebebasan merayau mencari pakaian anak anak yang dia berkenan dan aku .. Qhaliff , kita ke seksyen mainan !!! Weeeeee !!

imageimageimage

Dan hasilnya ? Hehehe.. Tu diaaa ! Kalau ikutkan , banyak lagi wife nak amik ! Dia amik , aku bayar ! Boleh ? Hahahaa..

image

Qhaliff lak camana .. huhuhuh.. Dia lagi awal dapat apa dia nak ! Dah dapat apa dia nak.. terus ajak bayar dan balik ! Amboi amboiiii… Dan dannnn dia eh ?

imageimage

Aku ? Hahahaha.. Tengok anak bini shopping dah la ! Dah satu kepuasan. Barangan berkualiti .. Cam pakaian Qhaliff dan Zahra tu.. Basuh banyak kali pon elok seperti baru dibeli jer.. Kalah sikit tak pe la.. Asalkan tahan lama..

image

“ Daddy , ok ke ?? " tanya Zahra..

Daddy mampu kembungkan pipi jer ! Hahahaha ..

Dan di rumah ..

imageimage image

Fuh.. tu diaaa ! Beria punya raya kali ni !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Akhirnya sampai rumah mak aku ! Ada 3 botol. Cukup seorang satu ! Zahra ? No no no… Gigi takde lagi ! Hahahaha..Maka sila tengok abang akak makan dulu yer ? Nanti dah 3 tahun baru boleh.. Awak baru nak cecah 1 tahun , esok tauuu ..

Kali pertama makan Monster Crazy Crunch , aku dah tau pasti akan tercari untuk kali kedua terutamanya Qhaliff. Aku kena berkongsi dengan dia … dan aku akan lebih banyak makan dari dia ! Hehehe.. Budak budak , tak leh makan banyak !

image image

Penerangan yang lengkap , ada kat bahagian belakang botol ni. Boleh la belek tengok kandungan maklumat makanan.. Hehehhe..

image imageimage

Aku tau.. aku tau.. Camana nak order eh ? Hehee.. Cara order ada beberapa cara. Antaranya :

Hotline MCC : 013 889 0044 ( whatsapp )

web : www.crazycrunchy.com/pengedar

Facebook : https://www.facebook.com/CrazyCrunchyOfficial

Instagram : www.instagram.com/monsterscrazycrunch

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Kalau aku payah sangat nak dapat tidur malam yang nyenyak , aku akan sapu minyak Pati Batook Ori ni kat dada , perut  , dahi dan batang hidung aku.. hehehee.. Pastu tak sampai 5 minit , aku pasti akan lena ! InshaAllah..

Sama gak minyak ni aku gunakan pada Qhaliff dan Zahra selepas mandi. Sapu kat dada dan perut diorang.. Untuk elak selsema atau bagi kelegaan supaya dapat tidur lena..

image

Lenguh lenguh kaki pon aku akan pakai minyak ni . Biasanya aku akan beli 2-3 untuk stok sebulan. Ok la kan ? Nak guna minyak yang tak tau asal usul , memang bermasalah terutama kita sebagai orang Islam , dititikberatkan mengenai Halal Haram ni.. hurmm..

Ok ke ? Testimoni ? Hurmm.. aku buat banyak dah entri pasal ni.. Heheheh .. Leh je rujuk entri lepas.. Antara persoalan yang biasa ditanya , mana nak beli ? Camana nak jadi agen ? Buat pendapatan sampingan ? Baby boleh pakai tak ? Apa pun , kita mampu mencuba jer… Selebihnya biarlah DIA yang tentukan.. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Dah mula jadi Tarzan dalam rumah. Si abang dah anggap si kecik ni sama level. Main tak hengat punya gurau ! Adeh.. kena pantau memanjang aku..

Si adik pun lebih kurang laaa sama dengan abang.Nak gak melawan ! Tu belum part berebut mainan. Haihhh ! Siap pukul abang dia tuuuu.. Adoi.. mana belajar pon tak tauu aaaa ..

image

Tapi si abang takde la tahap belasah kaw kaw.. Cuma sesekali terbabas je la.. Teriak si adik tuuuu.. Daddy pujuk jap jer.. Pastu ok ! Huhhh.. Sambung balik main..

Hurm.. tunggu besar skit la baru tambah.. hahahaha.. Pengsan daddy woii ! Tak berupdate blog nanti !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Haih… over benar ! Aku baca statement seorang pengguna Myvi yang mana dia diganggu di atas jalan raya seolah olah dia juga bersalah atas kes lumba haram yang melibatkan sebuah kelab Myvi , baru baru ni.

Perlu ke buat gitu ? Kalau nak tunjuk simpati , mudah jer.. Kita jangan memandu laju di atas jalan raya ! Ikut peraturan. Pakai tali pinggang kelidar. Jangan bermain handphone sewaktu memandu. Haaa… dan banyak lagi kesalahan kesalahan yang kita buat tapi kita buat tak tau !

Ok , aku pon kena ikut gak apa aku kata tu.. huhu.. Tapi aku tak de la nak ganggu pengguna Myvi yang lain. Tak de la tahap gitu walaupun pernah gak ada kereta Myvi memandu laju dan siap bagi lampu tinggi kat aku ! Waktu tu aku ingat Ferrari nak potong aku.. sekali Myvi convert kereta keranda rupanya ! Aishhh.. Aku pikir positif jer.. Mungkin dia nak tercirit dah tuuu .. Biar je la..

image

Jangan la buat gitu yer kawan kawan.. Jangan sampai semua pengguna Myvi terpaksa sembunyikan kereta mereka atau jual kereta dan beli kereta lain semata mata tak nak diganggu..

Jangan la kita tunjuk hero tak bertempat.. Ramai yang guna jalan raya tu.. Kang tak pasal pasal , berlaku kemalangan tak diduga gara gara kita nak tunjuk simpati atau tunjuk hero… Hiskh…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

“ Abang , tolong jemur baju jap… “.

Luruh jantung aku dengar ! Terus terang , aku paling tak gemar ialah jemur baju ! Walaupun gambar aku sedang menjemur baju tersebar luas di Facebook tapi tu tak menunjukkan aku mencintai perbuatan aku tu ! Namun tak bermakna aku juga tak suka buat.. hehehe..

Sebenarnya bagus tau jemur baju ni.. Satu senaman dan juga mengenal lebih dekat ahli keluarga kita ! Contohnya ?Gambar baju di bawah ni.. Bila pulak bini aku belikan kat Qhaliff ? Tak pernah nampak pon.. Dan jawapannya , dia baru je beli ! Haaaa ! Nampak tak permainannya kat situ ? Kalau kita tak jemur baju diorang ni , kita takkan tau isteri kita beli pakaian baru !

image

Ada suami memang macam bos kat rumah ! Semua isterinya dan orang gaji yang buat. Dia rileks jer.. Seronok jadi gitu kan ? Tau tau mati jer.. Mati sebab stress kerja kat pejabat ! Sayangnya.. dia tak merasa pon nikmat berkeluarga… membasuh baju , menjemur .. mendukung anak.. digigit anak.. dilompat lompat atas badan ! Haaaa..

Satu hari nanti.. kita akan rindui semua ni ! Bila dah rindu , baru nak nyesal ? Hurm..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes