Mak aku call. Katanya ada barang tiba di rumah. Aku memang guna alamat rumah dia sebab rumah aku ni , aku jarang nak ada di sebelah siang. Maklumlah , sibuk ngalahkan Menteri gitu ! Heheh. Sibuk dengan urusan anak gitu.
" Ada orang antar bunga" katanya. Aku cam... Wowww ! Sapakah itu ??? Hahaha. Aku ada peminat lagikah sekarang ni ? Maklumlah , dah beranak 3 gitu ! Huhuh.. Tapi sayangnya, aku tak dapat nak terus gi amik sebab aku masih kelesuan. 3 hari di Pulau Pinang yang padat dengan aktiviti travel membuatkan aku muak tengok jalan raya ! Hahahaha.. dan juga kesesakkan lalu lintas. Maka aku nak rehat jer.
Esoknya aku ke Cheras. Nak tau apakah barang yang aku dapat tu. Tak sabar sungguh ! Hehehe. Dan bila sampai je rumah mak aku, terus aku cari barang aku tu. Dan... Tadaaa ! Tu dia , bunga hidup dan berbau wangi. Masih segar lagi gitu. Teruja punya pasal , tak sempat aku nak selfie dengan produk yang aku dapat ni.
Dan best part... mak aku dah mintak sebotol dah ! Dia tau betapa bagusnya produk yang terkandung di dalam kotak tu ! Bukan apa , dulu aku rajin nampak arwah ayah aku guna pada badan dia untuk elakkan badan dari berbau akibat peluh. Dia turut sapu pada siku dia sebelum dia keluar berjalan kaki ke pejabatnya. Perjalanan yang amik masa dalam 30-40 minit la juga. Ikut jalan pintas ! Jimat kos pengangkutan gitu tapi yang pastinya, badan dia tak berbau akibat berpeluh ! Yer, aku sendiri akui tak pernah bau masam pada badan dia.
Ok , aku nak cerita pasal bedak Agnesia ni sebab aku dapat hadiah dari mereka yang mana dua produk Hygiene Care dalam bentuk terbaru manakala produk terbaru mereka iaitu Beau Care yang menampilkan bauan Lavender dan Ros. Menarik wooo !
Agnesia Hygiene Care ni sememangnya dah jadi pilihan ramai ibu ibu sejak berpuluh tahun lamanya. Yer, termasuk mak aku. Dan bila aku post di Facebook , ramai rakan rakan turut meluahkan rasa betapa Agnesia Hygiene Care ni banyak membantu mereka dalam kehidupan sehari hari dalam menjaga kebersihan diri. Tapi Beau Care ni ramai belum tau. Haaa , baru dilancarkan dan semenangnya Lavender dan Ros mempunyai bau yang wangi. Tapi yang penting ialah kemampuan membasmi kuman sehingga 99.9% dan tidak mempunyai Asbestos.
Bedak Agnesia Hygiene Care sangat terkenal dengan rumusannya yang melegakan dan menenangkan malah mempunyai bahan pelindung serta anti bakteria sebanyak 25% zink oksida dan 0.5% Chlorohexidine. Dengan ini ianya mampu menyerap lebihan lembapan pada kulit dan mengelakkan dari berlakunya kegatalan pada kulit .
Menariknya bedak Agnesia ni ialah bedaknya halus dan tidak melekit.Terasa selesa jika anak anak kita pakai terutamanya. Maklumlah , budak budak sekarang ni kan tak suka pakai bedak Tapi bila disapu selepas mandi , memang akan senyap la terus. Wangi jer. Dan untuk orang dewasa , boleh je pakai sebelum tidur atau jika kuat berpeluh , nah , boleh gunakan la. Sapu pada leher , ketiak dan juga siku yang gelap tu !
Contohnya cam aku. Cuaca kering cam ni.. walaupun dah cuci muka , masih terasa berminyak dan terasa tidak selesa untuk tidur. Bilik lak tak leh pasang aircond sebab wife dan anak anak selsema.. maka muka aku akan mudah terasa sedikit gatal. Maka , aku pakai je Agnesia ni untuk mengurangkan rasa gatal tu.
Ada sijil HALAL !
Bedak Agnesia ni bukan baru dibuat 10-20 tahun lepas tapi sudah pun berusia lebih 80 tahun dan sememangnya digunakan pada bayi seawal usia 6 bulan lagi. Yang penting , kandungan di dalam bedak Agnesia ini tidak memudaratkan pengguna mereka. Maklumlah , sekarang ni macam macam bahan ada di dalam satu satu produk tu ! Bahaya kan ? Haa.. boleh dapat kanser dan sebagainya. Tapi Agnesia ni ,
Ok.. Dah, dah ! Aku malas dah nak membebel panjang. Kesimpulannya, aku rasa korang patut beli dan guna. Terutama yang mereka yang mudah berpeluh dengan banyaknya.. ha , sapu je sebelum pakai baju ! InshaAllah , menyamankan.. hehee.
Mana nak beli ? Bedak Agnesia boleh didapati di semua farmasi utama, Aeon Wellness, pasar raya besar seperti Mydin dan 99 Speedmart. Tak susah pun nak cari kan ?
Untuk maklumat selanjutnya, sila ke https://www.facebook.com/AgnesiaMY/.