Dalam satu mesyuarat ... Cadangan diperlukan untuk mengeratkan lagi perhubungan kejiranan di taman itu .. Maka keluarlah pelbagai jenis cadangan ... Paling tidak pon ada 5 cadangan setelah puas berfikir ..
Bila dah bagi cadangan , maka tibalah masa untuk mengkritik cadangan itu .. Pergh.. bukan sorang yang akan kritik tapi ramai !! Pergh.. bab kritik atau tentang ramai.. tapi bila bab nak membantu atau bagi cadangan semua pakat malas nak fikir ..
Ini yang aku nampak .. bila nak kritik , mmg sedap !! Bila suruh buat atau bagi cadangan , haprak !!!: " Lu pandai cakap je la bai .. Takat cakap aku pon boleh.. Cuba usahakan sesuatu dari dok cakap kosong jer !! " ..
Kalau pk dengan akal sebenarnya , nak membangunkan sesuatu lebih sukar dari nak memusnahkan... Blogger yang ada sekarang ni .. majoriti dicop blogger sampah , sebenarnya bijak ! Mereka tak bodoh sebenarnya.. Mereka menggunakan apa saja isu atau publisiti untuk menarik pembaca.. Kena bijak ! Bila pembaca masuk ke blog mereka , penyampaian mereka jika kreatif pasti akan mengujakan pembaca tersebut seterusnya membuatkan pembaca tersebut berminat untuk kembali ke sana .. Jika sebaliknya , maka itu adalah yang terakhir ..
Mmg benar .. dunia blog ni , dunia pelbagai pelbagai pendapat .. macam macam pendapat boleh kita baca .. Tapi ada yang bertindak selamat dengan berdiri diatas pagar.. Mungkin ada sebab .. Jadi tak perlu nak fikir bukan bukan ..
Kesimpulan .. DIGI , MAXIS , CELCOM dan TELEKOM.. Masing masing ada strategi untuk menjual produk mereka .. Terpulang pada citarasa pengguna .. Tak perlu nak kutuk .. Ari ni kita kutuk yang itu , entah esok esok kita guna yang itu..
Jangan lupa .. dunia blog ni kecil ... jangan berlagak sombong ..atau nak tunjuk bijak .. Takat keluar pendapat nak bagi ramai sokong , ramai boleh ... tapi cuba usahakan sesuatu.. Meriahkan dunia blog.. Jangan omong kosong jer ...