ANONYMOUS ... tiada profile atau tiada nama ... hantu atau apa saja .. mungkin dia malas nak tunjuk diri atau malu sbb terlalu kacak ..apa saja alasan , terpulang pada dia ...
Terbaca di pagi hari di sebuah blog rakan .. katanya blogger yang tak benarkan si anonymous ni komen di blognya adalah seorang yang penakut ! Hehe.. Sapa penakut sebenarnya ? Yang komen atau blogger tu ?
Aku antara blogger yang tak benarkan pengomen berdaftar ini komen di blog aku .. Kalau aku benarkan , aku pasti beratus komen ada diblog aku .. Aku tak gilakan komen .. Aku tak gilakan publisiti murahan .. Dan aku tak perlu pandangan dari mereka yang tidak ikhlas !
Bagi aku , komen yang datangnya dari mereka yang berdaftar walaupun tiada profile , dia lebih berani dari si anonymous yang berlagak bijak pandai ni ..
Tolonglah .. jangan fikir blog yang punya kecanggihan atau template yang menarik itu dah cukup bagus .. Bercerita tentang dunia IT atau segala teknik blogging dah cukup bijak tentang dunia maya ini .. Jangan jadi katak bawah tempurung ! Ada yang sembunyi taring ok !
Komen ... nak komen , register je la .. apa susah ? Berapa banyakkah komen datangnya dari anonymous ni benar benar komen ? Kebanyakkan lebih pada memaki hamun .. terlalu sedikit saja yg benar benar komen ...
Aku boleh je bukak ruang komen tu.. sbb apa ? Kebanyakkanya blogger yang bukak tu tak kisah langsung tentang komen tu .. yang penting trafik masuk .. Yang tolong balas komen tu adalah pembaca yang lain ..
Prinsip aku mudah .. MASUK , BACA .. KALAU SUKA , KOMEN.. TAK SUKA ? TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH ..
Sekian .. Anonymous tidak diperlukan di sini .. Anda seperti rakyat tidak punya ID tetapi teringin mengundi !