Tahniah bro Wacana !! Kerana bakal menjadi ayah 8 bulan akan datang .. hehehhe
Sila baca entri INI
Aku bila lagi ? Rezeki aku , Allah beri belah lain dulu... :) .. InsyaAllah... doakan kitorang gak eh...
Tahniah bro Wacana !! Kerana bakal menjadi ayah 8 bulan akan datang .. hehehhe
Sila baca entri INI
Aku bila lagi ? Rezeki aku , Allah beri belah lain dulu... :) .. InsyaAllah... doakan kitorang gak eh...
Memandangkan jumlah komen dah mencecah 1900 (gilos ) , satu angka yang aku tak jangkakan langsung.. huhu.. maka aku terpaksa cari jalan penyelesaiannya.. kalau tak , mau mau 3000 komen !! Tak caya ? Tengok kat SINI ..
Apakah itu ? jeng jeng jeng ... Senang jer... haaa.. ini untuk mereka yang join segmen SAYA sejak pagi tadi saja yer .. hehehe.. yang baru nak join tu , hehehe.. boleh la gak mencubanya tapi kena ikut prosedur yang dah ditetapkan tu .. ok ?
Bagaiamana ??? Apa yang perlu dibuat ?? Mudah jer... tarak susah punya ... Tak payah buat entri punya .. hehehe ... Senang kan ? Haaa... senang jer...
BUAT AYAT BERMULA DENGAN HURUF 'S' SAHAJA DAN BERMULA DENGAN PERKATAAN ,' SAYA' ... TIDAK KURANG DARI 5 PATAH PERKATAAN !! PALING BANYAK PERKATAAN 'S' DAN LOGIK ( MESTI LOGIK DAN KENA AYATNYA ) , DI KIRA PEMENANG !!!
Okeh ? Cun ? Hehehe.. Tutup , jam 6 pagi esok.. hehehe.. Seorang boleh cuba sekali saja !! Hehehehehe ... Sila gunakan kertas kotor dulu yer ( tak leh sebut BERSIH skang ni.. bahaya ) ..
Tinggalkan ayat anda beserta url entri penyertaan anda ( entri segmen SAYA ) di ruangan komen ini .. Terima kasih ..
Lepas aku amik wife aku .. ops.. sebelum tu.. sempat bergambar kenangan kat situ ..
Pada yang tak tau , aku keje kat sini .. ni bangunan baru.. bangunan lama , dok menyewa kat PWTC tu haaa ..Sebelah bangunan ni , bangunan di mana wife aku bekerja.. sebelah sebelah gitu.. hehehehe.. Amacam ? Jimat gitu kan ? Cerita lanjut , klik SINI ..
Pastu terus ke ke Precint Diplomatik .. g klinik sat.. yelah , perut ni tak ok lagi.. asal masuk je , mesti nak keluar terus. .tak sempat nak proses ! Grrr... Rugi jerr.... huhu ..
Bla..bla bla... panjang nak cerita.. aku pendekkan... Giliran aku jumpa doktor.. Perempuan .. muda . Aku malu gitu.. hahaha.. aku segan dengan doktor perempuan lebih lagi muda .. I pemalu uuu .. hahaha..
Dia tanya sakit per.. bla bla bla... Ok.. dia pon dah check.. Pastu aku mintak dia checkkan tekanan darah aku.. Apakah masih tinggi ? Jeng jeng jeng ..
3x dia check ! Tang bawah tu dia kata tinggi.. atas ok .. Aku pon 'ha' kan je laa... Ada sekali tu doktor lain tu dah terangkan.. apa atas dan apa bawah .. tapi memandangkan tak masuk dalam exam blogger, maka aku malas nak ingat ...
Dia tanya aku , tak amik ubat ke ? Aku jawab , ada ubat .. tapi tak nak makan.. hehehehe .. Sbb ada kesan sampingan .. Apakah ? Haaa.... tu orang cakap laa.. doktor cakap kesan sampingan tu tak sepenting nyawa aku ..
Dia suruh aku datang lagi pasni .. Siap buat jadual untuk aku.. Pergh.. bagus betul... hahahaha... Doktor dulu tak la pulak serajin ni.. hahaha ..
Tak kisah la.. aku tanya pasal darah tinggi tu sebab , pengasuh anak buah aku tu , suaminya meninggal dunia dah semalam akibat pendarahan dalam otak berpunca dari tekanan darah tinggi..
Gulp ... jadual pon jadual lah doktor ...
" Alamak .. aku tertelan biji epal ! .. abis laa.. teruk pasni "
Masa kecik kecik dulu , dok punya la suka makan buah .. tapi takut tertelan bijik ... Haaa.. kenapa ? Gulp.. nanti pokok tumbuh dalam perut !! Tu dia.. kalau tertelan bijik epal.. tumbuh pokok epal.. kalau bijik oren , kuar pokok oren.. Kalau biji durian ??? Grrr.. Tapi kalau bijik cempedak , kita leh makan kan ? Hehe..
Tu la dia .. dok punya takut , maka makan pon dengan hati hati.. risau tertelan bijik buah semua tu.. Tapi bila dah besar gini , telan je la bijik tu.. Mana tidaknya , bijik yg tertelan masa kecik dulu , tak jadi jadi gak pokoknya ... Nampak sangat 'tanah' tak subur ! Hehehe..
Tu la dia .. dongeng orang tua dulu dulu.. Semata mata risaukan anak anak diaorg wat keje bodoh.. Ada je menda diorng takutkan anak anak dia ..
Sampai dah tua gini pon dok takut lagi .. Tuuu.. ngan MOMOK .. Hurm.. banyak benor dongeng orang melayu eh .. hehehee.. Zaman skang ni camana lak eh ? Aku takde anak lagi ni ...
KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.
Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.
Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.
Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.
” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.
” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.
” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.
Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.
Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.
Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.
Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.
” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.
” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3, akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.
Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.
” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR (
sumber - Mynewshub.my
Ego adalah bahasa latin bermaksud self-esteem atau harga diri. Ego dibahaskan dgn mendalam dalam ilmu psikologi di Barat. Tapi dalam bahasa harian Islam atau ilmu tazkiah nafs (tasawwuf syar' iy) , EGO bermaksud takabbur.
Takabbur bermaksud merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Dalilnya: azZumar: ayat 72 (sejahat-jahat tempat kediaman kalian ialah simutakbbirin (orang yg besar diri)
Ego si lelaki selalunya dikaitkan dengan kekerasaan dan sifat tidak bertimbang rasa kepada kaum hawa. Lelaki merasakan dirinya lebih mulia dari perempuan. Ia juga dikatakan male ego atau machoisma atau sifat macho lelaki. Cth: lelaki enggan melakukan kerja-kerja rumah, semuanya dilakukan oleh isteri.
Ego pemerintah ialah sifat zalim dan menafikan hak rakyat dan memandang hina kepada mereka. Cth: sifat kebanyakan pemimpin diktator.
Dengan bahasa mudah, EGO ialah sombong.
1. Ujub
seseorang merasai ajaib atau kagum dengan kehebatan dirinya.
Dalilnya: dalam perang Hunain, tentera Islam tewas pada pusingan awal kerana tentera Islam merasa ujub dengan bilangan mereka dan kejayaan mereka membuka kota Mekah. Lihat atTaubah: ayat 25
3. Riak
Riak pula menyerang keikhlasan dalam beribadah. ia merosakkan ibadah, Dalilnya: surah al-Maun (107: 4-7)
Takabbur/ego, ujub dan riak nampaknya sama saja di sisi ilmu tasawwuf. sebab ia semua merosakkan hati dan amal.
(Ref: al-Islam oleh Prof Hasbi asSiddiqiey, PT Rizqi Putra, Semarang, Id. Penawar bagi Hati oleh Syaikh Abd Qadir alMandeeli, Jahabersa)
sumber : al-Ahkam.net
Dalam dunia blog.. cuba kita lihat setiap hari ... ada saja entri yang menarik untuk dibaca ... tapi bila kita baca entri tu , ada saja mereka asyik menuding kesalahan orang lain dalam tak sedar seolah mereka saja yang betul ..
Mmg betul tujuan adalah untuk menyedarkan pembaca .. tapi bagaimana pula dengan diri sendiri ? Contoh bila bab isu artis .. Fasha Sandha yang berbikini .. Berapa ramai wanita kita yang 'berbogel' setiap hari ? Berapa ramai pulak lelaki mencuci mata walaupun kata tak nak lihat tapi bila tengok macam nak telan je perempuan tu ? Tapi yang kita menulis , kita tujukan saja pada artis tu ... hurm...
Cakap pandang pandang... Fikirkanlah sebelum menulis.. Mana tau ,itulah tulisan kita yang terakhir ... dan tulisan kita itulah yang ditinggalkan untuk dijadikan 'saham' kita.. Cuma untung atau rugi saja kesannya ..
Mak aih .. dah lebih 1 ribu komen !! Masing-masing dengan cara ayat tersendiri .. Ramai tanya , bila nak abis ni ?? Jawapan seperti mana yang korang baca dalam tu laa.. Yang terakhir tu la pemenang .. Ramai dah mula mengalah .. Ini ibarat satu permainan la.. Orang yg terakhir tu la menang .. haaaaa.. hehehe ...
Sebenarnya kan , ada satu rahsia kat segmen ni ... Berapa ramai dah mula berkenalan dalam ni ? Haaa.. dah mula bertegur sapa ? Dan satu lagi , mereka yang suka spam , ni la peluang yang aku bagi.. spam je la.. hehehe.. ok la kan ? Bukan selalu aku buat ..
Tu antara rahsia kenapa aku buat .. Kalau orang pk aku dapat trafik , bayangkan mereka yang join tu.. mereka pon dapat kan ? Sebab tu aku suruh tinggalkan link sekali .. Sesenang je dapat trafik dari pembaca lain ..
Jadi bila aku nak tutup ni ? Hehehe.. komen terakhir yang bertahan selama sejam itulah pemenangnya .. Hurm... Hadiah dia ? Macam aku kata tadi , blog dia aku promosi selama sejam di waktu kemuncak .. Kalau aku takde idea untuk update blog , aku biarkan lagi la entri dia tu.. haaa.. ok la kan ? Takkan nak bagi duit kan ? mana puashati ..
Apa aku cerita ni ??? G la tengok sendiri kat SINI
Popular di kalangan blogger ... Ok ? Bukan retis atau sebagainya..
Seronok jadi blogger ? Seronok .. Best.. Ramai kawan .. Ramai gak lawan .. Ramai peminat .. ramai penyanjung.. Apa yang diorg minat .. apa yang diorng sanjung pon aku tak tau ..
Aku ? Popular ke ? Maaf la yer .. kalau orang tegur aku kat mana mana , aku tersipu sipu malu .. Cam baru baru ni , aku di tegur oleh seorang rakan blogger .. Tak de la pulak nak bergambar mesra .. Atau mintak autograph.. Apa yang berlaku adalah , dapat kawan baru.. Sedangkan blogger tu baru sehari dua berblog ..
Kalau orang kata aku popular , aku nafikan terus .. Aku tak langsung popular .. Hanya berapa kerat orang je kenal blog aku .. Kalau popular , sah sah aku jadi jemputan sana sini cam UJANG tu.. Tu baru dikira popular.. kan Jang kan .. Haaa.. Ceh.. nak backlink gak tuuu.. Ni... UJANG akak www.azfar9897.blogspot.com .. sila hafal.. bakal pelakon nanti nehh..
Sambung .. Aku masih jauh lagi untuk mengejar status tersendiri dalam dunia blog ini .. Masih terlalu jauh .. masih dengan strategi strategi tersendiri .. Namun aku masih pandang ke belakang .. Masih mengenali rakan rakan yang banyak membantu aku .. Mat Gebu yang paling lama .. dan paling baru ialah Ira yang senantiasa membantu senaraikan link walaupun dalam keadaan tidak sihat ..
Dalam dunia persahabatan , kita kena terima dan juga memberi .. Jangan rasa diri tu dah cukup besar bila dah berjaya berlari .. Kalau setakat berlari setaman , simpan je la .. Terlalu jauh lagi untuk melangkah ..
Buat rakan rakan blogger ... Hari ini bukan penentu hari esok .. Hari esok bukan penentu kejayaan kita .. Segalanya bermula dari akhlak kita sendiri ..Dengan miliki akhlak yang mulia , tak kira hari apa sekali pon , adalah hari terbaik kita !
Kalau orang tanya aku , mana FB wife aku ? Aku jawab ada la.. Dia nak low profile .. Kalau yang tau tu , tak pe la.. Yang tak tau tu , tak yah la amik tau.. Tak penting .. Biarlah aku ngan dunia aku.. dia dengan dunia dia , di dalam FB ini ...
Bagi aku , ini lebih baik kerana boleh terhindarnya dari fitnah pada masa akan datang .. Sapa tau kan ? Hati manusia ni , macam macam .. Dalam tak diam ada je syaitan membisik .. kan kan ?
Tapi bagi mereka yang dok berkalut bercinta dalam dunia maya ni , nasihat aku satu je la.. Pandai pandai la elakkan fitnah.. Tak perlu la nak bagitau satu dunia tentang indahnya percintaan korang tu .. Dan , jika bergaduh .. abis satu galaksi tau korang bergaduh .. Padahal baru je kenal sehari dua .. Haaa..
Kalau benar sayang dan cinta .. Gunakanlah akal.. nak bergurau ke apa ke , pikiaq la dulu... masing masing ada hati dan perasaan .. Jangan main sedap jer terutama nak post sesuatu di wall tu haaa.. Tu kat Fb.. Kat Twitter lagi !! Pastu bila nak pujuk pon guna je wall ! Apa punya gentleman daaaa... Kasi calar , kasi la ubat .. Ubat mestilah lebih baik untuk elakkan parut tu nampak bertahun lamanya !
Akibat sakit perut malam tadi , tidur aku jadi tak lena langsung.. Kadang kadang rasa cam mimpi je g tandas ... huhu.. Terbawak bawak dalam mimpi pon ada .. huhu ..
Ada sekali tu , aku terasa ada sesuatu berlari lari kat kaki aku .. huhu.. Terus terbangun aku ! Geram !! ARghh.. aku cukup pantang kalau si lipas bermain main kat kaki ...
Dalam gelap tu gak aku menyerang dia ... dia lari !! Menyelinap kat dalam selimut wife aku... Aku nak tampar je lipas tu.. tapi risau lak dia elak , kena wife aku ! Tapi bila tengok lagi menyelinap , mmg aku bertambah geram la..
Terus aku tampar si lipas tu .. nasib baik kena.. kalau tak ?? Aku lak kena tampar ngan wife dalam keadaan gitu ! hahaaha.. bengong punya lipas .. time ni gak cari hal ngan aku.. Dah la sakit perut ...
Aku terpaksa mc hari ni .. hurm.. Aku tak pasti lagi punca... Setakat ni aku ngan wife dok ulang alik g tandas.. nasib baik ada 3 tandas .. takde pakat nak berebut .. kalau tak ? Sila jangan bayangkan ..
Hurm... Baru call adik aku... Katanya dia ngan ayah aku pon sakit perut .. Kecuali mak aku ! hurm.. mak aku tak sakit perut .. perutnya kebalkah ? Setau aku perut mak aku tebal ngan lemak jer.. kebal tu tak la... Hurmm ..
Punca dari situkah kenduri itukah ? Tak baik nak menuduhkan .. Tapi itu je la yang aku makan semalam selain dari epal hijau .. takkan epal hijau tu lak kan ?
Hurm.. ni satu hal lagi kenapa aku malas nak g makan kenduri .. Bab kebersihan ... Sebenarnya bukan sekadar kenduri tapi nak makan kat luar pon susah nak jumpa yang utamakan kebersihan.. Bukannya takde tapi sukar nak jumpa ! Yang mudah jumpa utamakan keuntungan..
Wallahualam.. sat p toilet.. dari semalam , sejam sekali g tandas.. Cam rasa nak pasang unggun api je dalam toilet.. Camping terus !
Yearghh.. keje giler ! hahahaha .. tak pe tak pe.. korang tak yah buat entri.. saja nak tengok masing masing punya visi sewaktu nak buat blog .. hehehe..
Haaa.. Berminat nak join ? hehehe.. tak yah buat entri... jawab terus je kat komen tu haaa... Mudah je kan ? Pepagi gini disertai dengan hujan lebat , pastinya banyak idea disamping mata sebelah yang dah tertutup rapat .. kan kan ?
Begini persoalannya .. " Apakah perkara pertama yang timbul dalam kepala korang sewaktu nak buat blog ? " ...Haa.. maksudnya , bila korang dah abis register dan deco blog tu , apakah yang korang fikirkan tentang blog korang tu ?
Heehehe.. aku ? huhuh.. mana leh tulis dulu.. nanti korang tiru wooo.. aku tulis esok je eh.. biar korang tulis dulu.. Well.. aku kan kena dahulukan kawan kawan .. ok ? Amacam ? Mari berkongsi ..
Tinggalkan jawapan korang di ruangan komen beserta url blog korang.. Haa.. ni takde disenaraikan yer.. hehehe.. kot ada kawan kawan teringin nak blogwalking di pagi hari.. hehehe .. Nite Babe !