Bila wife ajak buat baju raya tahun ni , aku sengaja melengahkan . Biar je dia yang buat .. Aku , malas .. Kos untuk sepasang baju , bukan dah seperti dulu .. Tak cecah 100, tak sah . Kalau bawah 100 tu , jawabnya sekali dua je .. Kualiti tak tau lagi camana..
4 tahun dah aku nikah. Baju yang ada , semua baju awal tahun perkahwinan. Kenapa aku tak beli atau tempah baru ? Entah .. aku rasa cam membazir jer . Lagi pun , sejak dh bergelar bapa ni , keluarga perlu diutamakan.
Teringat ayah aku yang baju rayanya tak pernah tukar hinggalah anak anak yg belikan . Dulu setiap kali raya , aku mesti tanya kenapa tak buat yang baru ? Dia senyum dan jawab ..
“ Biar je anak anak yang pakai baru baru.. “
Duit , bukan mudah untuk diperolehi bagi dia . Kena kerja keras untuk mendapatkannya. Segalanya adalah untuk anak anaknya ..
Dan sekarang , aku memahaminya ..