Maka sebab tu laaa …
Maka sebab tu laaa …
Dalam dia dok main tepi aku , tetiba dia bangun dan ke belakang aku .. Aku perasan tapi tak sangka perbuatan dia ni !! Dia bukak seluar dan lampin pakai buang dia tuuu dan berlari ke tandas ..
Terkejut beruk aku ! Selama ni dia cuma buat bila dengan wife . Tak sangka lak dia buat gitu dengan aku. Aku pandang dia dan dia sengih je sambil pegang anu diaa.. Huk alohhh.. Nak kena sunat dah niiih !
Aku simpan hp aku . Pergerakkan aku slow tapi dalam hati aku suruh cepat sebelum Qhaliff kencing atas lantai ! Dan , jangkaan aku tepat sama sekali !
Dia kencing !! Hurm.. salah aku .. Dia dah warning dah tadi dengan berlari ke tandas ! Adehhh ..
Tak pasal pasal tambah kerja aku …
Bersungguh nak menulis !! Bagi la main SPen aku tuu .. Tiba tiba ... ada satu insiden yg mengelikan hati aku berlaku lalu terus aku terlupaaaa ..
Dah selesaikan Qhaliff, aku kemas rumah skit sblm wife balik dan pening kepala tgk kapal karam di dlm rumah .. Dan ketika inilaaahhh segalanya berlaku !!
SPEN AKU HILAAANGGGG !!! HUARGHHHHH..
Rasa nak bertukar jd hijau jerrr tp bila tgk muka dia , terus aku kekalkan kesabaran aku dan terus mencari dan caridan cari !!
Setengah jam aku geledah umah .. tak jumpa ! Akhirnya aku tenangkan diri dan isitghfar .. Hurrmmm , jumpa dahhh .. Bila masa dia bukak laci dan letak Spen aku dlm tu ?? Bertuah laaaa dia nih ..
Bila aku baca review mengenai dua dua hp ni , aku terpikat ! Serius !! Review yang benar benar memikat .. hehehe.. Tapi takkan takde kelemahan kot ?? Apakah kekurangan kedua dua hp ni ?? hurmmm..
Aku ingat nak jual Nokia Lumia 925 dan Note 8.0 untuk amik Note 3 ni . Yelah , buat apa banyak banyak hp kan ? Tapi rasanya tak jadi la sbb Nokia Lumia 925 ni , berbeza dengan kedua dua phone di atas yg gunakan os Android .. Tunggu murah skit la kot baru nak try .. Tapi nak try yang mana ?
Aku lebih tertarik pada Note 3 yang mana lebih pantas dari Note yang aku gunakan sekarang ditambah lagi dengan kamera serta flash sedia ada di bahagian belakang dan kualiti gmbar yang jauh elok dari Note 8.0 aku skang ni .. Aplikasinya pon jauh lebih baik dari skang ni ..
Sony Experia Z1 , aku baca reviewnya .. Memang best ! Tapi sbb takde ‘pen’ , tak guna gak la .. Walaupun boleh masuk air tapi untuk aku yang senantiasa buat kerja dgn menggunakan hp ni , pasti terasa kekurangan selepas aku kenal Samsung Note yang gunakan SPen ..
Kesimpulan .. Kedua dua phone ni mmg best utk digunakan . Segalanya bergantung pada matlamat aku sendiri. Sony , lasak dan bagus untuk diusung ke sana dalam keadaan apa sekali pon. Manakala Note 3 , bagus untuk mereka yang utamakan kepantasan dalam pengurusan pekerjaan mereka ..
Harganya , lebih kurang dan menaiknya , dua dua ada ‘jam’ .. hehehe .. Gi baca review kat web rasmi mereka ..
“ Daddy jaga aku dari seusia satu hari hingga sekarang ni .. So what ? Ingat duk umah tak leh jana duit ke ? “
Hehehee .. Ada kawan tanya .. Apakah aku masih lagi seorang suri rumah ?? Aku senyum jer.. Aku akui je la .. Nak kata apa dah kan ? Nak je aku tanya la kat diorang ..
“ Korang dapat handphone free tak ? Laptop ? Er , external hardisk ? Powerbank ? Atau tidur kat mana mana hotel dan makan percuma sambil dilayan serupa VVIP oleh pengurus tempat tu ? Atau orang bayar setiap apa yang ko tulis ? “
Bukan riak .. tapi inilah kenyataannya .. Bila pergi kerja , buat kerja .. Balik rumah , lepak kedai kopi .. berborak kosong .. pastu tidur ! Bila sebut internet , katanya membuang masa dan tak berfaedah !
Bersepah orang gini ! Aku bukan apa .. Kesian jer.. Yelah , walaupun gaji beribu atau berpuluh ribu tapi nak tanya .. Apakah anda bahagia dengan kerja anda ? Stress ? Kalau bahagia , bagus ! Anda berjaya capai impian anda .. Tapi kalau sebaliknya ??
Aku dulu , dok senantiasa terfikir.. Apakah ini yang aku cari ?? Bangun pagi , gi keja. Berebut naik LRT .. Kejar masa nak punch card .. Pastu tunggu bos kasi arahan .. Kena perli dengan kawan kawan. Lunch , makan sambil mengumpat .. Pastu balik keje.. Tidur , esoknya ulang semula ! Nak tunggu hari Sabtu dan Ahad tu , punyaaa la seksa ! Bila sampai Sabtu , kejap pulak dia berlalu .. Pastu gi keje balik .. Sampai bila aku nak tensen gini ??? Bukan ini yg nak aku nak ! Bukan gini aku nak abiskan usia muda aku !!
Bila aku fikir gitu , maka aku carilah apa yang aku nakkk sangat dalam kehidupan ini .. Dan Allah tunjukkan jalannya , 5 tahun lepas dan aku berjaya melakukannya dengan baik sehingga sekarang ! Buat pengetahuan korang , aku jarang kekal bekerja di tempat orang. Kalau dapat 3-4 tahun tu , kira bagus laa .. Aku mudah bosan..heeee..
Berbalik pada persoalan rakan aku tu , aku cerita la serba sedikit mengenai kerja aku .. Dan menariknya, dia tertarik dan ingin syorkan pada pihak pengurusan dia untuk gunakan khidmat blogger untuk projek mereka seterusnya .. hee.. Kalau ada rezeki , ada laa .. Cuma tak bestnya , belum apa apa .. dahhhhh minta % ! Hahahahha.. Adeh..
Kesimpulannya , buatlah apa yang kita rasa betul dan benar selagi mana tak melanggar undang undang agama dan manusia , kan ?
Hurm.. aku ada 3 projek hujung minggu ni.. Shell , Petronas dan NGO mana tah .. Nak amik mana satu ? Mana yg bayar banyak la kannn .. Masa itu emas wooo ..
-iklan-
Kami adalah orang baru dalam bisnes kecantikan online, telah beroperasi sejak Julai 2013, secara online. Berskala kecil tetapi bercita-cita BESAR. Kami sedang berusaha untuk meletak nama ELZ BEAUTY sebaris dengan nama-nama besar dengan kedai ONLINE yang telah tersohor.
Walaupun tak dikenali satu MALAYA namun kami telah berjaya mencuri pasaran dan memiliki rangkaian/pelanggan tetap melalui jualan produk-produk kami yang PELBAGAI seperti produk-produk kecantikan, kesihatan & pelansingan serta servis kami yang TIP TOP, Mesra dan Cepat!
Kini, kami ingin melebarkan sayap dengan penambahan rakan kongi atau partner atau member yang sering dikenali dalam laman maya sebagai 'agen dropship'. Jangan silap faham. Fungsi yang sama, cuma nama yang berbeza.
Di Elz beauty, anda tidak dipanggil Dropship tetapi MEMBER. Kerana, anda boleh mendaftar dengan kami sebagai ahli untuk menikmati HARGA MURAH setiap kali membeli dan jika mahu, anda boleh berniaga seperti dropship. Anda tidak perlu modal, tidak perlu simpan barang, tidak perlu pos barang, hanya perlu bertindak sebagai orang tengah, iaitu PROMOTE sahaja & ambil order. Dan anda otomatik menikmati 'untung atas angin'!!
Di Elz Beauty, anda boleh menambah KEUNTUNGAN juga jika berjaya memperkenalkan pelanggan baru atau membawa pelanggan baru kepada kami. Kami akan memberikan BONUS di atas usaha anda itu! Bayangkan, anda mendapat zero percent/0 nilai dari usaha anda mempromote itu dan ini, tetapi, dengan Elz Beauty, kami amat menghargai usaha anda!
Kini, kami juga bakal tampil dengan produk sendiri... yang mementingkan pemeliharaan dan pemuliharaan kulit muka dan badan, iaitu ELZAA SKINCARE & BODYCARE! Kami akan update tentang produk ini dalam entry akan datang! See u soon.... :)
Boleh PM atau hubungi fb/No di bawah utk order atau mendaftar sebagai ahli...:))
Fb Page : ELZ BEAUTY
Page Owner : SAFIA
Blog owner : SOFFYA CIK BULAN
No Fon utk Wassap/Wechat/ :
0179212631
Cuba guna pakai tips ni terutama bila bersukan dan anda berjaya melakukan kejayaan !!
Confirm !! Samada diorg akan bersorak menyokong atau muntah darah di situ juga.. Bergantung pada kekiutan muncung anda juga..
Alhamdulillah .. Best raya ? Hehehe .. Kalau aku kat Kelantan skg , confirm aku pengsan kekenyangan akibat terlebih makan daging.. hehehe .. Darah tinggi ? Er , macam takde dah jee.. huhu .. Pelik ? Magic ? Atau aku yang tak check ? Part tak check tu yang aku tak buat memandangkan takde rasa sakit kepala seperti sblm sblm ni .. hee ..
Selepas solat sunat AidilAdha , aku ajak keluarga aku pergi beraya ke rumah keluarga angkat aku .. Aku membesar dengan diorang laa.. Anak-anaknya semua kawan sepermainan .. Ayahnya , bekas AJK Masjid. Sekarang ni tak jadi dah sbb kakinya dah dipotong akibat kencing manis. Sukar dan bergerak ..
Antara topik yang dibuka ialah mengenai haiwan korban .. Apa yang aku nampak hari ini , disetiap kediaman ( flat / apartment ) dah standby lembu untuk dikorbankan .. Hurmm … Contohnya , di flat ni sediakan 2 ekor.. Flat sebelah 2 ekor .. Kenapa tak digabungkan atau diletakkan saja di masjid dan kemudiannya di bahagikan pada orang yang benar benar layak dapat ?
Hurmm… Menurut ayah angkat aku tu , ‘perangai’ yg tak bagus dibuat oleh ‘mereka’ yang terlupa ALLAH MAHA MELIHAT , ialah memilih bahagian yang mereka nak dan dibawa pulang !! Apa dah jadi ?
Berbeza zaman aku kecil dulu la.. Semua lembu dikumpulkan dan masjid penuh sesak dgn orang yang inginkan daging korban. Mereka datang bersama kupon kupon mereka dapat .. Yang benar2 layak ! Hurmm .. Sekarang ni , makin ramai layak walaupun berkereta mewah !
Aku malas nak kata lebih .. nanti ada pulak yg terasa .. Cuma , kita kena belajar balik la bab bab gini terutamanya bab amanah .. Segalanya akan disoal semula di akhirat ..
Wallahualam ..
Alamanda Putrajaya .. Kalau pergi sini dalam keadaan kelaparan , pasti tak tau nak singgah mana untuk makan .. Kalau ikutkan aku , semuaaa dalam ni sedappp belakaaa ..
Tetapi jika ada wife dan Qhaliff .. confirm kena cari yang menarik dan selesa .. Manakah itu ??
Hehehe.. Aku akan pilih Black Canyon. Satu tika dulu , Black Canyon bukanlah pilihan aku sbb layanan yang kurang memuaskan serta makanan yang .. hurmmm .. ala ala je gitu ..
Tetapi sejak dua menjak ni , terdapat perubahan .. Apa yang dihidangkan , serupa dalam gambar ! Yang ni sukar nak dapat kat mana mana restoran yang pernah aku pergi.. Dalam gambar menyelerakan tapi bila sampai atas meja .. gulp ! Jauh lari rupanyaa..
Kalau tanya aku apakah makanan feveret aku , maka jawapan aku ialah .. semua !! Semua nampak sedapppp !! Huhuh..
Tapi utk malam tu , aku main pilih je.. Tengok gambar cantik , itulah yang aku pilih.. Hehehe… Apakah sama ?
Yerrrr.. samaa .. Hahahah .. Dan rasanya ? Yummyyyy… Harga yang sedikit mahal tidak menjadi perkiraan aku sbb berbaloi dengan apa yang aku makan ..
Aku try 3 jenis makanan dan .. sedap kesemuanya !! Airnya pun sedap banget terutama lime jus dia .. Terasa masam dia hingga ke hujung tekak ! Huhuhu …
Aku keluar dari restoran ni dengan perut kenyang sangat ! Lama dah tak rasa kekenyangan gini bila makan kat restoran .. heeee …
Haa , baru aku tahu kewujudan aplikasi HungryGoWhere.my yg mana mudah utk kita cari restoran utk menikmati makanan tanpa kira masa dan tempat ! Download je ke dlm smart phone korang ( Android dan iOS ) dan bersedialah utk menikmati makanan yg meyelerakan !! Waalaahhh …
Untuk lebih lanjut , sila baca kat SINI ..