Padahal boleh dapat duit !! Memula aku tak tau semua ni tetapi setelah bertahun dalam bidang ni , baru aku tau .. apa yang kita tulis itu patut dibayar !
Bayangkan yer , nak buat blog mmg senang gile laa.. Sapa sapa boleh ! Tapi nak cerita apa ? Kalau dah mula bercerita , ada ke orang nak baca ? Ler .. satu hal pulak tu kan ?
Maka mulalah promosikan blog. Gi laaa promote dalam page sana sini , kat kengkawan .. kena kutuk , kena perli.. kena sindir ! Semangat jatuh , pastu bangkit semula setelah dapat sokongan kawan kawan lain.. Dan kembali promote blog tu di mana mana saja laman sosial !
Bila dah ada trafik atau pembaca , maka ada la yang mula berminat dengan blog kita tu.. Dan mula mintak tolong promotekan produk ,bisnis atau panggil ke majlis majlis tertentu ..
Satu soalan .. Apakah segala usaha untuk menaikkan blog tu , tak perlu dibayar ? Atau memadaikah dengan sekadar diberi makan , penginapan dan hiburan lalu diminta buat kerja walhal blogger juga patut dibayar ! Yerlah , anda perlukan idea , kreativiti , serta usaha untuk menulis dengan baik dalam blog ! Maklumlah , pasti mereka akan pesan tulis yang baik baik je .. kan ?
Hurm.. melainkan , anda buat blog hari ni , esok plan nak tutup dah atau anda ada kerja tetap dan berblog sekadar suka suka .. maka tu tak leh nak kata apa dah ..
Satu soalan buat mereka yang suka amik blogger tanpa bayaran ni .. Apakah tujuan anda itu tercapai ? Dan blogger , apakah memadai dgn sekadar glamer saja ? Sampai bila ? Bila ‘mereka’ tahu blogger sanggup buat keje secara percuma , maka blogger tiada lagi harga dan akhirnya … ramai blogger berbakat akan terkubur ..
Aku ? Selagi ada internet , selagi itu aku akan berjuang. Kerana aku tau kemampuan aku ..