Dah viral. Aku terbaca… Kemudian ramai menghentam dan ada yang backup. Aku pulak camana ??? Hurmm..
Aku yang selalu berurusan dengan client di media sosial biasanya akan lihat dulu dengan siapa yang aku berurusan.. Kerana apa ? Aku tak tau dengan siapa aku berurusan maka aku perlu tahu. Jika dia sudah bagitau sapa dia , tu lagi bagus ! Bagus kerana mudah untuk aku memanggil dia..
Kenapa ? Yang pertama … itu menunjukkan yang kita ni profesional. Bila berurusan , perlu ada batasnya. Bukannya kita berurusan dengan kawan tepuk tampar kita.. Satu lagi , dia tu client kita.. perlu hormat.. Bilia mereka nampak tahap profesional kita , mereka pon akan hormat kita.. Maka , mudah untuk berurusan.. kan kan ?
Angkuhkan Dr. Harlina ? Aku tak rasa langsung.. Dia suruh panggil Puan atau Dr je pon.. Mudah.. Title Doktor tu memang tak bawa ke mati tapi memudahkan dia untuk mengucapkan.. Nak panggil makcik ? Kalau tak tau sapa dia , mungkin boleh la kot.. Tu pun selepas dah stalk FB dia… dan tak tau sapa dia tapi bila tengok gambar , mungkin lebih berusia dari kita tapi paling sesuai , panggil la Puan atau ‘Kak’ … sejuk hati client kita.. kan kan ?
Abis tu panggil ‘ Awak ‘ tak sesuai ke ? Dalam berurusan dengan client di media sosial , untuk memanggil di saat pertama perkenalan tu , tak sesuai.. Selepas lama berbual , mungkin ok la kot. Tu pun kalau dia tak bagitau sapa dia…. dan dia ok jer dalam perbualan tu !
Apa apa pun.. tunjuk siapa kita pada client kita.. Bukan suruh angkuh atau berlagak tapi untuk tunjuk kita profesional dalam berbisnis..